BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! PENIAGA BURGER MEMBUKA GERAI DI HADAPAN RUMAH AMBIGA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 May 2012 11:57 AM PDT


Seorang peniaga burger yang marah kerana mengalami kerugian sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 bertindak membuka gerainya betul-betul di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH,Ambiga di Bukit Damansara.Ia sebagai tanda protes di atas penganjuran demonstrasi berkenaan.Peniaga tersebut bersama kira-kira 30 peniaga lain yang mengalami kerugian di kawasan sekitar di mana demonstrasi itu diadakan,mahu menuntut ganti rugi yang di dakwa di alami oleh mereka.Mereka dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang sama yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga .Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.Katanya beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga.



BESAR JUGA RUMAH AMBIGA !!!

MUAHAHAHAHA...

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SELEBRITI MUDA JOHAN ARIFF AS'ARI PLAYBOY ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 May 2012 09:02 AM PDT


Wataknya sebagai Botak dalam siri Juvana mencetuskan satu fenomena.Pelakon yang tidak bersandarkan pada wajah kacak semata-mata ini boleh diterima orang ramai.Itu kejayaan seorang anak VIP yang mampu merebut anugerah Pelakon Baru TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011,baru-baru ini.Bagaimanapun,sebagai selebriti muda,Johan Ariff As'ari tidak terlepas daripada gigitan gosip.Paling ketara apabila dia dikaitkan sebagai kaki perempuan yang membabitkan nama-nama besar seperti Izreen Asmida,Fasha Sandha dan Nabila Huda Dan itulah yang cuba dirungkaikan oleh penerbit Bilik 7,Engku Azmin Engku Zaini bersama perantaranya,Riche Rachman.Johan pernah mendapatkan pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi,Indonesia.Berkebolehan menghafal satu setengah juzuk al Quran. Johan juga memiliki diploma Kaunseling dari Kolej Universiti Islam Melaka.Memang sesuai jadi ustaz tapi Johan memilih ke dunia panggung khayalan ini.

Juvana mempertemukan Johan dengan Izreen,kemudian menyusul siri Cinta Alysa yang digandingkan bersama Fasha Sandha yang juga mencetuskan kejayaan apabila rating amat menggalakkan. Sekali lagi,Johan menjadi perhatian selepas berlakon drama Pelangi Kasih, sebagai suami kepada Nabila.Dalam tiga drama bersiri itu,Johan dikatakan menjalin hubungan dengan tiga pelakon wanita yang disebut tadi sehingga ada pihak yang melabelkannya sebagai kasanova.

"Itulah kehidupan dunia artis.Gosip,gosip dan gosip !!! Saya rasa ramai artis melaluinya. Sebenarnya, bidang lakonan bukan minat utama saya tapi ia terbit apabila melihat kakak saya terbabit secara aktif dalam lakonan.Saya menceburi bidang ini secara kebetulan.Pihak penerbitan tertarik selepas melihat watak kecil yang saya pegang dalam drama sebelum itu.Lalu bermulalah Botak dalam Juvana.Awalnya hasrat saya mendapat tentangan ibu bapa tapi saya tetap ingin mencubanya.Akhirnya mereka memberi sokongan positif dengan syarat gunakan landasan ini untuk kebaikan dan jangan hanya melihat dari sudut glamor semata-mata. Kalau berlakon jangan hanya hendak menjadi hero saja,perlu ada variasi dalam lakonan.


"Saya akur dan selepas menjalani penggambaran, maka timbul satu kesedaran bahawa pelakon pun mempunyai peranan tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada penonton. Itulah yang membuatkan saya bekerja keras dengan jujur dan ini adalah satu tanggungjawab. Akhirnya saya mendapat penghargaan dari peminat semua.Alhamdulillah.Saya bukan playboy! Kebetulan saya digandingkan dengan pelakon cantik, popular dan sensasi,maka tumpuan pihak media dan orang ramai jatuh kepada saya sebagai seorang playboy.Dan dalam setiap drama saya bertukar pasangan.Dari sudut positif,saya gembira dapat berlakon dengan mereka yang berpengalaman. Contohnya Fasha, sebelum memulakan penggambaran, dia mengingatkan saya, buatlah apa saja yang dirasakan sesuai untuk watak sebagai seorang suami. Dia akan beri sokongan. Ini lebih memudahkan saya berlakon apabila mendapat kerjasama sepenuhnya dari pasangan saya. Berlakon membabitkan kerja berpasukan dan kejayaan sesebuah drama bergantung pada usaha sama itu.Begitu juga Izreen dan Nabila yang memberi sepenuh komitmen sehingga kami digosipkan bercinta," kata Johan.

Pun begitu, lelaki itu tidak menafikan keistimewaan setiap artis-artis terbabit. Baginya, Izreen seorang yang ceria, mudah mesra dan komited.

"Kebetulan saya masih baru ketika itu dan dia banyak memberi inspirasi kepada saya membawakan watak Botak.Hubungan kami rapat dan menjadi rapat tapi hanya di set penggambaran saja.Fasha pula pelakon yang eksklusif.Saya tak campur kehidupan peribadinya.Fasha seorang gadis manja dan matang.Penampilannya sudah cukup membuatkan orang terpesona.Ketika sesi penggambaran,dia banyak memberi idea untuk memantapkan lakonan kami. Habis saja penggambaran,hubungan kami sebagai kekasih dan suami isteri berakhir di situ.Fasha hanya akan menghubungi saya untuk mengingatkan jangan lupa menonton siri Cinta Alysa di kaca TV.Itu saja dan tak ada apa-apa hubungan istimewa.Kami tidak pernah keluar bersama-sama.Mungkin keakraban kami di set menimbulkan gosip.Beriya-iya dia cuba meyakinkan saya.

"Nabila cukup versatil, profesional dan banyak memberikan teguran demi untuk kebaikan bersama. Sebenarnya, saya rasa gementar apabila diberitahu akan digandingkan dengannya dalam Pelangi Kasih. Sikapnya yang mesra membuatkan kami senang bekerjasama.Hubungan kami semakin rapat apabila saya mengikuti rombongan Amy Search dan keluarga melancong ke Korea. Hubungan kami lebih mesra kerana saya meminati Amy.Maka meledaklah gosip kami berdua.Kami tak bercinta tidak tapi berkawan ya…" kata Johan.


Walaupun sekadar gosip kononnya bercinta,tidak kurang juga ada pihak yang mengatakan Johan menggunakan Izreen, Fasha dan Nabila sebagai jalan pintas untuk popular.

"Mungkin ada antara pelakon baru yang memperalatkan orang lain untuk popular tapi terus terang itu bukan saya. Saya sangat berterima kasih pada artis-artis itu, tapi bukan menumpang populariti mereka.Saya sedar saya ibarat budak baru yang masih bertatih dalam bidang ini.Lakonan adalah sumber rezeki dan saya ikhlas melakukannya demi minat dan tanggungjawab," katanya.

Sesuai dengan pengajiannya di dalam bidang kaunseling,Johan memberitahu Bilik 7 yang dia bukan selamanya di dalam dunia lakonan.Namun buat ketika ini,lakonan terpaksa didahulukan sementelah tawaran yang belum terhenti.

"Cita-cita asal saya mahu menjadi seorang kaunselor.Apabila dah terbabit secara serius dalam dunia lakonan ini, saya terpaksa melupakan bidang pendidikan buat seketika Dan insya-Allah suatu hari nanti saya akan menjadi seorang kaunselor apabila tiba waktunya.Di samping itu saya menyimpan cita-cita menjadi seorang penerbit yang berjaya.Kini saya bekerjasama dengan kakak dalam syarikat kami,Kaleidoskop Production," katanya. - Harian Metro

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! GELARAN 'BAPAK KAFIR' !!! KENAPA PUAK PAKATAN HARAM NAK MARAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 May 2012 05:00 AM PDT


Marah Betul penyokong Pakatan Haram terutama Puak PAS bila bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor memberi gelaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak kafir' berikutan Dengan Kenyataan terbuka Nik Aziz yang mewajibkan orang awam menyertai demonstrasi BERSIH 3.0.Kenyataan Rahim itu berkait rapat dengan reaksi negatif Nik Aziz yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan haram bagi umat Islam menyertai atau menyokong demonstrasi yang impaknya buruk terhadap ketenteraman termasuklah demonstrasi BERSIH 3.0

Dalam kenyataannya sebelum ini,Nik Aziz menganggap semua anggota Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesilapan kerana melihat isu BERSIH 3.0 hanya dengan sebelah mata.satu penyataan yang sengaja memperlekehkan kelayakan para Ulama yang emnganggotai jawatankuasa tersebut.apabila Rahim tiba-tiba tampil ke depan menemplek kembali kenyataan Nik Aziz itu,memang termanggu seketika penyokong PAS dibuatnya.Sampaikan Nik Aziz sendiri yang selama ini amat gemar komplen sana sini mempertikaikan akidah dan tahap ilmu orang lain pun kelu lidah tak mampu komen apa-apa.

Mungkin melihat Nik Aziz terpana seketika dengan tujahan keras tepat atas dahinya itulah mendorong penyokong PAS dan ramai pimpinan PAS yang lain cuba cover malu yang terpalit atas dahi Nik Aziz.Walhal sebenarnya ramai kalangan mereka hanya baca tajuk sahaja dan tak mustahil sebahagian besar yang lain hanya mendengar dari pihak yang ketiga.Rupanya penyokong dan pemimpin PAS tahu juga apa rasanya bila telinga panas dan rasa marah serta geram bila kena tujah atas dahi oleh orang lain.

Sebelum ini tatkala penyokong UMNO dikafirkan dan dipersenda akidahnya oleh pemimpin PAS,ada pernah orang PAS ambil kisah ??? Bila Nik Aziz memuliakan syaitan sebagai kawan semata-mata untuk menghalalkan hubungan PAS dengan kafir harbi DAP ada orang PAS terfikir untuk menegur keterlanjuran kata Nik Aziz ???

Jawapannya tiada ..Sebabnya ???... Kerana hati nurani penyokong PAS sudah hitam kelam dan buta tuli mengiakan saja dengan segala macam ucap keji dari mulut Nik Aziz sekalipun tahu hakikatnya Nik Aziz hanyalah seorang politikus yang mencari duniawi dengan menjual agamanya.Walaupun saya tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Rahim menganggap Nik Aziz adalah BAPAK KAFIR (Father Of Kafir) namun sekali sekala ada orang dengan selamba saja balun Nik Aziz elok juga,kena pula yang membalun itu non politician memang cair tahi telinga penyokong PAS dibuatnya.lihat kembali antara ucapan Hadi Awang berkenaan kafir ini !!! lihat gambar dan video di bawah !!!




ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

MATI SYAHID ???

ATAU PUN MATI KATAK ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! PAKATAN HARAM TAK MENGAKU SALAH SENDIRI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 10 May 2012 01:30 AM PDT


Pakatan Haram yang jadi dalang kepada rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April cuba macam-macam cara untuk tidak kelihatan tidak bersalah dalam isu rusuhan yang tercetus.Antaranya guna Majlis Peguam,pemantau dari luar dan beberapa pihak lain yang diketahui condong kepada politik mereka.Terbaru Pakatan Haram menggunakan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan,untuk mengatakan tindakan melanggar penghadang yang didirikan oleh polis itu sebagai tidak melanggar undang-undang.Kenyataan ini adalah bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh Pengerusi Bersih 3.0 sendiri,Ambiga Sreevenasan yang kesal dengan tindakan peserta Bersih 3.0 melanggar penghadang polis yang disiarkan hampir semua media utama negara pada hari kejadian iaitu Sabtu, 28hb April 2012.Malah Ambiga minta pihak berkuasa ambil tindakan kepada puak-puak yang melanggar perintah Mahkamah tersebut.

Sekarang ada pulak peguam dari Majlis yang diketahui diperalatkan Pakatan Haram,tampil beri kenyataan berdasarakan faham-faham sendiri,yang tujuannya untuk mengelirukan rakyat.saya nak sebutkan disini,tak payah jadi peguam pun kita tahu yang langgar sekatan yang didirikan oleh polis itu adalah satu kesalahan. Kalau tak percaya,cubalah rempuh mana-mana sekatan polis yang didirikan dan tengoklah nasib apa nak jadi selepas itu ??? Kalau kena tembak jangan salahkan saya pulak yer pembaca Badut Rakyat terutama dari Pakatan Haram.oppsss...


isunya,macam mana pulak Majlis Peguam melalui Syahredzan ini boleh kata tindakan merempuh penghadang polis itu tidak melanggar undang-undang.Ya,walaupun disebutkan perintah mahkamah tapi apa beza perintah mahkamah dengan undang-undang ??? Semua orang tahu ini,termasuklah Ambiga sendiri sebagai Pengerusi Bersih 3.0, siapa pulak Syahredzan untuk mengatakan sebaliknya.Persoalan melanggar undang-undang atau tidak dalam kes seumpama ini hanya layak ditentukan oleh hakim Mahkamah,bukan peguam.

Dalam masa yang sama,lihatlah bagaimana Majlis Peguam ini sudah semakin rosak dikerjakan oleh Pakatan Haram. Kalau Majlis Peguam ini diumpamakan seperti almari,nescaya dah banyaklah bahagian almari tersebut yang berlubang dimakan anai-anai.Sesuatu perlu dirancang dan dibuat dari sekarang untuk membebaskan profesion guaman ini dari pengaruh politik sehingga mengatasi undang-undang. Atau di masa hadapan,kita akan melihat sistem perundangan negara kita runtuh dek kerana keputusan yang banyak dipengaruhi politik pihak-pihak tertentu.Tak tahu lepas itu siapa nak percayakan undang-undang lagi dah.



RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HALATUJU PAS MASIH SAMAR - @NOHOMAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 10:00 PM PDT


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar menyifatkan PAS masih samar akan halatuju parti itu menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.Noh berkata percanggahan pendapat bukan perkara baru dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) sekaligus membayangkan pendirian yang berkecamuk sesama pemimpin mereka.

"Kalau kenyataan PAS ini selalu bercanggah sebab pembangkang ini tidak ada perancangan untuk masa hadapan parti.Tetapi bagi saya,saya tidak hairan kalau pemimpin PAS bagi kenyataan yang bercanggah kerana PAS ini pun bukan sahaja pemimpin yang bercanggah tetapi hala tujunya pun tidak pasti," katanya kepada Antarapos.com ketika dihubungi.

Sebelum Ini Timbalan Presiden PAS,Mohammad Sabu menyatakan peningkatan sebanyak 5 peratus sokongan orang Melayu berdasarkan selepas timbulnya isu-isu penyelewengan Umno-Barisan Nasional termasuk isu NFC,PTPTN dan kehilangan wang zakat Wilayah Persekutuan.Namun Ketua Penerangan PAS Pusat,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang media sebaliknya menjelaskan bahawa parti itu mengalami kesukaran untuk bersaing dengan UMNO bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar dan Felda.

"Jadi saya harap penyokong-penyokong PAS hendaklah sedar bahawa mereka ini sudah lama ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka.Jadi hari ini sudah nampak tembelang mereka sudah mula pecah...bukan sahaja dari segi arah tuju perjuangan parti tetapi pemimpin mereka juga memberi kenyataan yang bercanggah," katanya.

Ditanya lebih lanjut berhubung Mat Sabu yang mengaitkan sokongan Melayu semakin terhakis kepada Umno disebabkan isu-isu penyelewengan dan PTPTN,Noh kemudiannya menegur PAS yang jarang menegur soal moral pimpinan PR yang kini dilihat semakin hancur.

"Kalau Mat Sabu, namanya dah Mat Sabu, dia tidak akan sentuh dari segi moral sebab dia pun tahu sejarah moral dia sendiri.Jadi dia tidak mahu nanti kalau dia sentuh moral, nanti orang kata paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih," katanya lagi - AntaraPos

EKSKLUSIF !!! 'PINK VILLAGE 2' AKAN BERADA DI HARI BELIA 2012 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 07:00 PM PDT


TARIKH : 23,24,25,26 DAN 27 MEI 2012

TEMPAT: PADANG PERKHEMAHAN PUTRAJAYA

PENGENALAN

PINK VILLAGE 2.Perkhemahan kali ke 2 oleh Pergerakan Puteri UMNO Selangor.Perkhemahan Puteri UMNO Negeri Selangor yang di namakan "PINK VILLAGE". Peserta terdiri dari Puteri UMNO di Bahagian Bahagian di dalam Negeri Selangor.Peserta akan disertai Puteri dari 22 bahagian di dalam Negeri Selangor. Peserta dikalangan kaum India dan Cina juga akan turut serta didalam Perkhemahan "PINK VILLAGE".

Perkhemahan selama 3 hari ini akan diisi dengan Program Program
seperti Kebudayaan,Kesihatan,Sukan,Pendidikan dan Agama.

OBJEKTIF

1. Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan untuk mencapai
matlamat Himpunan Jutaan Belia.
2. Menyemai semangat setiakawan dan tolenrasi
3. Memupuk kerjasama dan persahabatan dari penglibatan pelbagai kaum.
4. Mengenal dan mempelajari budaya pelbagai kaum
5. Melahirkan Belia dan Beliawanis yang sihat, cergas, agresif dan ceria
6. Membantu dan menjadi sukarelawan dimasa masa memerlukan.
7. Mengenal pasti golongan Belia dan Beliawanis yang bersemangat
tinggi dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi Pilihanraya.
8. Membina semangat dan berwawasan Belia dan Beliawanis.

AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN "PINK VILLAGE"

PENASIHAT : SHUHAILA BINTI DATO' M. ZIN

PENGERUSI : ZAHIDA ZARIK KHAN

AHLI JAWATANKUASA
ADRILLIZA MD ABDAN
RINA MOHD HARUN
SHURATINI HJ ABDUL RAHMAN
NORHAMIZAH HJ MAT TAHIR
HANIMASRA MARHANI
ZAHANA HAMDZAH
JAMILAH HANIM OTHMAN
SALBIAH SAARI
SITI NOR DEWI MOHD NORMAN
ZULIMAH MUKID
ROZAZITA DAUD
MONIRA OTHMAN
JASLINA HERAWATI HARIS FADZILAH
SITI NOZILAH SAKIMIN
SITI NOR IZAWATI SHEIKH IBRAHIM
ROSELINDA JAMIL
HERNI AZURA GHAFAR
AMELIYA ALYKALAM
NORFARHANA ALHAM
SALWA HJ YUNUS

SEKRETARIAT - PUTERI UMNO BAHAGIAN PANDAN

PERKHEMAHAN "PINK VILLAGE 2012"

KUMPULAN SASAR

1. PUTERI UMNO NEGERI SELANGOR 2000 ORANG
2. PUTERI MCA 100 ORANG
3. PUTERI MIC 100 0RANG
4. GERAKAN 100 ORANG
5. PPP 100 ORANG
6. NGO 600 ORANG

ATURCARA PROGRAM

PERKHEMAHAN

1. MAJLIS PERASMIAN

2. LAWATAN DARI VVIP KE TAPAK PERKHEMAHAN

3. PROGRAM AGAMA - Pertandingan Membaca Al Quran Dan Lain-Lain

4. PROGRAM SUKAN - Senam Tari,Marathon Dan Lain-Lain

5. PROGRAM KEBUDAYAAN – Malam Kebudayaan,Pertandingan Karaoke,Malam Unggun Api dan lain-lain

MINI CARNIVAL

1. JUALAN MAKANAN BASAH

2. JUALAN MAKANAN KERING

3. PROGRAM KESIHATAN

4. TAPAK PAMERAN

5. BENGKEL KESIHATAN

6. KAUNTER SPR DAN KEAHLIAN PUTERI



AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!!

SEGALANYA UNTUK ANDA !!!

HOT NEWS !!! ISTERI JIMMY SHANLEY MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 04:00 PM PDT



Pengacara dan aktor,Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah bahawa isterinya Nursuhaila Elaini Suhaimy mengakui mengandung anak luar nikah dan mengugut untuk mengugurkan kandungannya itu jika anak yang dikandung itu kepunyaan Jimmy.Dipetik daripada Sinar Harian,Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu isterinya membuat pengakuan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) pada 24 Januari 2011 yang lalu selepas dia menegur isterinya yang didapati masih berjudi.Ketika disoal peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus,pelakon berusia 31 tahun ini berkata,pengakuan daripada isterinya itulah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.Pesanan ringkas tersebut turut memberitahu bahawa anak yang dikandungkan oleh Suhaila adalah anak luar nikah, turut disebutkan ketika prosiding berjalan adalah pesanan ringkas yang berbaur ugutan.

"Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab menjawab anak tersebut adalah anak haram.Mampus pi lah anak siapapun.Ada aku kisah," kata Jimmy yang membaca SMS isterinya di hadapan Hakim Syarie,Saharusin Selamat.

Ujar Jimmy,dia sudah banyak kali menegur isterinya berhubung perkahwinan mereka,namun ia tidak dipedulikan,malah Nursuhaila pernah bertindak menghilangkan diri selama 16 hari sebagai protes selepas ditegur oleh bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.Sementara itu,ketika prosiding Jimmy telah mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurut Jimmy,isterinya telah mungkir janji sebelum berkahwin iaitu berjudi semula, menghilangkan diri selama 16 hari,bercuti di China tanpa izinnya,mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai anak luar nikah dan mengugut mahu mengugurkan kandungan jika mengandungkan anak Jimmy.Prosiding perbicaraan akan bersambung 14 Mei ini untuk sesi soal balas.

KITA TUNGGU ADAKAH ANAK ITU HALAL ATAU TIDAK !!!

ANDA INGIN MENGETAHUI STATUS TERBARU BERKENAAN PEREMPUAN YANG MEMUKUL BAYI DENGAN KEJAM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...