OKS means Orang Kaya Sahaja.
Folks I received this in the mail just now :
"I hope u can bring-up this issue to those in power. Integrated Healthcare Holding (IHH), a company under Khazanah is going for public listing. It's Initial public offering (IPO) for MiTi bumiputera shareholder will be closed on the 5th June.
What really piss me off is the extra requirement to subscribe the shares. Among others: ... for (bumiputera) individu mesti ada cash RM250,000 and net asset RM3 juta.
For bumiputra Company, mesti ada net asset RM10 juta.
So Bro, what type of bumiputera investors yg boleh beli share ni?
tq.
From the link above, I have picked up the story from Berita Harian. Here it is (my comments follow) :
IHH tawar 360 juta saham Bumiputera
2012/05/18
HOSPITAL Pantai di Bangsar antara rangkaian hospital yang dimiliki IHH.
Syarikat buat tawaran IPO untuk langganan penyenaraian pada Julai
INTEGRATED Healthcare Holdings Bhd (IHH), syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta kedua terbesar di dunia yang dikuasai Khazanah Nasional Bhd, menawarkan 360 juta sahamnya untuk langganan pelabur Bumiputera.
Tawaran berkenaan dibuat menjelang tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu
susulan cadangan penyenaraiannya di Bursa Malaysia serta Bursa Singapura
yang dijangkakan pada Julai ini.
Harga tawaran bagi saham berkenaan tidak dinyatakan, namun sumber industri berkata harga indikatif bagi saham untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI itu akan diketahui seawal bulan depan, sementara prospektus IPO syarikat itu pula dijangka dilancarkan pada awal Julai.
Ia ditawarkan IHH di bawah peruntukan khusus Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bertujuan memberikan lebih banyak peluang kepada pelabur Bumiputera memiliki saham syarikat berkenaan.
Mengikut tawaran yang disiarkan di laman web MITI semalam, pelabur Bumiputera yang mahu melanggan saham IHH itu perlu mematuhi syarat di mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ini termasuk memiliki simpanan tunai tidak kurang daripada RM250,000 serta mempunyai jumlah aset bersih peribadi melebihi RM3 juta atau yang sama nilainya dalam mata wang asing.
Bagi agensi perbadanan atau syarikat Bumiputera pula, entiti berkenaan mesti mempunyai jumlah aset bersih melebihi RM10 juta ringgit atau yang sama nilainya dalam mata wang asing berdasarkan akaun terakhir yang telah diaudit.
Tarikh tutup permohonan bagi melanggan saham berkenaan ialah pada 5 Jun ini.
Pelabur yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka secara dalam talian atau menghubungi Pusat Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan MITI di talian 03-20846440 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Harga tawaran bagi saham berkenaan tidak dinyatakan, namun sumber industri berkata harga indikatif bagi saham untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI itu akan diketahui seawal bulan depan, sementara prospektus IPO syarikat itu pula dijangka dilancarkan pada awal Julai.
IHH menerusi syarikat dikuasainya mengendalikan 83 hospital dengan bilangan katil berjumlah 12,300, sekali gus menjadi pengendali pusat kesihatan terbesar dunia di belakang Hospital Corporation of America (HCA) dengan 163 hospital.
Ia memiliki 100 peratus ekuiti masing-masing dalam Parkway Holdings Ltd; Pantai Holdings Bhd; IMU Health Sdn Bhd; 8.8 peratus ekuiti dalam Apollo Hospitals Enterprise Ltd; dan 75 peratus dalam Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH).
IMU Health pula adalah pemilik dan pengendali Universiti Perubatan Antarabangsa di Nilai, Negeri Sembilan; Apollo Hospitals mengendalikan rangkaian hospital di beberapa negara di Asia, sementara ASYH ialah rangkaian hospital terbesar di Turki.
Khazanah menguasai 62.1 peratus kepentingan dalam IHH sementara bakinya oleh Mitsui & Co (26.6 peratus), Abraaj Capital (7.1 peratus) dan dan keluarga Aydinlar (4.2 peratus).
Berdasarkan peratusan itu, ia dijangka berpotensi mengumpul modal sehingga RM6 bilion
Khazanah sebelum ini mengumumkan sudah melantik CIMB Invesment Bank sebagai penasihat bagi IPO IHH itu.
My comments : First of all, suprise, surprise the penasihat is none other than CIMB Investment Bank. As we all know the Prime Minister's sister-in-law's husband (aka the PM's brother) runs CIMB Bank. Once again, it is easy money for CIMB. Congratulations guys. Bukan saja boleh hisap cerut, boleh telan cerut sekali.
But what is the deal with the requirement for bumiputera individuals subscribing for the bumi portion of the shares to have minimum cash assets of RM250,000 or fixed assets "bersih" of RM3.0 million ?? Habis Cik Jah in Sri Menanti who has her kebun and maybe some spare cash in Tabung Haji does not have a chance? This is only reserved for your rich cronies?
And bumiputera companies pula must have assets of RM10.0 million? Kalau lah ada ramai bumiputera companies with RM10.0 million assets, tak payah lah DEB pun. Tak payah lah special bumiputra share allocation.
The purpose of having a special bumiputra share allocation is to make sure bumiputeras (individuals as well as companies) who are on the lower rungs of the economic ladder will also have a chance to parrtake of the nations wealth. Isnt it a tad too ridiculous when you set conditions like these (RM250,000 cash or RM3.0 million assets for bumi individuals, RM10.0 million assets for bumi companies)?
Even Chinese and Indians may not be able to meet these types of money requirements. If bumis can meet these tough requirements, why have the 'special bumiputera allocation' at all?
I am tempted to ask, there are no such requirements for non bumi applicants for these shares. So non bumis with even RM1.0 in assets can still apply for these shares. Bumis individuals pula need RM3.0 million in fixed assets. Only the rich bumi cronies will be able to get the IHH shares.
What kind of advice is this? And you pay money for such advice? IHH, CIMB are all taxpayer owned companies, also known as GLCs.

No comments:
Post a Comment