House PK |
- PANAS BERAPI! APABILA AMBABIGA DISERANG PENIAGA YANG SUDAH HILANG SABAR!
- CILI KASI TARUK! MARI LIHAT BAGAIMANA KERAJAAN SELANGOR MEROMPAK RAKYAT!
- LAGU KHAS UNTUK AZMIN SI TANGGANG MODEN BERSKANDAL JAMBAN!
- APA NI HADI? ASYIK KENA SOUND DENGAN KARPAL WILCHA JE, MANA MARUAH KAMU?
- TAHNIAH BN SELANGOR DIATAS PELANCARAN CALL CENTER PAKAR!
- PANAS BERAPI! HOUSE PK MENYOKONG PENUH KENYATAAN RAHIM NOOR - NIK AZIZ BAPAK KAFIR!
- CILI KASI TARUK! PAS KEDAH CUBA SABOTAJ SULTAN KEDAH!!!
| PANAS BERAPI! APABILA AMBABIGA DISERANG PENIAGA YANG SUDAH HILANG SABAR! Posted: 11 May 2012 01:34 AM PDT Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya. Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan bertindak berniaga di hadapan rumahnya. Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya. Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak. Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki. Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah pihak berkuasa jika mereka suka. Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH 3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis. Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0 berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April lalu. Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari segi perasaan terganggu atau rimas. Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga. Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH. Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu? Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir rakyat yang menyokong pembangkang sahaja. Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu. Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera. Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon diperjuangkannya. Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar dari penyamarannya. BLUE BEARY |
| CILI KASI TARUK! MARI LIHAT BAGAIMANA KERAJAAN SELANGOR MEROMPAK RAKYAT! Posted: 10 May 2012 11:42 PM PDT Sebelum ini pernah blog ini nyatakan bagaimana bantuan pilihanraya buat PKR akan terus datang daripada Negara Turki. Setakat ini, Dr Mansor Othman (DCM Penang) sedang dalam proses negosiasi, tentang bantuan apa yang perlu dan tidak – di samping memastikan kaedah bagaimana bantuan Turki dapat dibawa masuk ke Malaysia. Macam-macam kaedah sedang dikaji. Dr Mansor diingatkan oleh Turki bahawa pemindahan wang ke dalam akaun PKR (atau mana-mana pemimpin) boleh menjadi masalah. Jika boleh, kali ini, ianya mesti dilakukan secara 'manual' dan tidak menarik minat mana-mana agensi keselamatan Malaysia. Mereka sedang dalam kajian akhir mengenai perkara ini. Selain daripada bantuan Turki, PKR (di atas nasihat Penasihat Kewangan Negeri) juga tidak melupakan jalan lain dalam mencari sumber kewangan yang lebih banyak. Antara yang dikenalpasti untuk menjadi 'golden geese' kepada PKR adalan PKNS. Setakat ini, menurut sumber HQ, beberapa projek PKNS sudahpun menyalurkan sejumlah dana kepada tabung pilihanraya. Perjanjian pembangunan secara joint venture adalah jalan yang paling selamat. Antara projek yang dikatakan menjadi sangat penting kepada dana pilihanraya – sekaligus mempertahan Selangor adalah seperti berikut:- 1. Datum Jelatek (mixed development consisting of four residential towers and retail podium): RM900 juta 2. Sports City, Kelana Jaya (sports-themed mixed development): RM1.8b 3. PJ Sentral Garden City, Petaling Jaya (integrated urban regeneration project): RM2.6b. Khabarnya kebanyakan 'kickback' akan disalurkan kepada DAP. 4. PJ Elevated City (SoHo suites, retail space, al-fresco restaurants, hostels): RM3b 5. Aquavilla, Shah Alam (gated community): RM20juta 6. 90 degrees Residence 1, Selangor Science Park, Cyberjaya: RM118.16 juta 7. Aura, Setia Alam (gated community): RM58 juta 8. Menara Worldwide: RM350 juta Pemain ekonomi yang sudah lama bekerjasama dengan PKNS semakin diketepi. Kebanyakan usahasama baru yang digubal dalam PKNS (semasa pemerintahan PKR) memerlukan 'blessing' Anwar/Azmin. Ini yang dikhabarkan. Tanpa 'blessing' atau restu kedua-dua strategis utama PKR ini, nothing will be done. Soalan utama: apakah semua usahasama ini dilakukan secara tender terbuka? Atau 'selected tender'? Ataupun, berdasarkan 'quotation' yang dihantar sesalinan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor? Apakah ini yang dikatakan kepimpinan bersih dan integriti yang sering Anwar laungkan? Sejauh mana Anwar membezakan antara 'sumbangan peribadi' JV Partners PKNS dengan dana pilihanraya PKR? DAP tidak ada banyak masalah dengan usahasama yang dilakukan. Taikun Cina masih diberikan peluang yang luas. Sementara JV Partner Melayu bergembira dengan projek bernilai RM58 juta dan RM118 juta; DAP lebih minat dengan projek 'bilion' ringgit. Menarik. Khabarnya, ramai juga Taikun Pulau Pinang yang sudah berkongsi peluang di Selangor. Atas nama 'transparency'. Patutlah Khalid Ibrahim beria mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor. Sementara rakyat dimomokkan dengan air percuma – mereka 'makan besar' dengan projek PKNS. Sumber: Gelagat Anwar |
| LAGU KHAS UNTUK AZMIN SI TANGGANG MODEN BERSKANDAL JAMBAN! Posted: 10 May 2012 07:00 PM PDT WAHAI AZMIN, Tak yah la kau nak jual nama Tun M seperti mana kau sebut dalam Malaysiakini portal bebal nak mampos tu! Semua dah tahu kau memang ada SKANDAL JAMBAN beb! Kau hayati la lagu ni wahai si tanggang Moden! Ingat, Syurga ditapak kaki ibu tau, bukan di kote bengkok al juburi! |
| APA NI HADI? ASYIK KENA SOUND DENGAN KARPAL WILCHA JE, MANA MARUAH KAMU? Posted: 10 May 2012 05:00 PM PDT ASAL nak pilihanraya cerita hudud pasti keluar, ini biasa. Asal keluar, mesti ada alasan, sama ada nak buat sebelum ayam berkokok atau selepas disembelih, ini juga biasa. Bila DAP masuk campur, PAS akan senyap balik, ini paling paling biasa. Begitulah nasib hudud di Malaysia ni, hukum Tuhan yang diangkat ke makam tertinggi oleh pemimpin dan ahli PAS, terutama yang dungu-dungu, tapi dalam pada itu diperlaku macam bola. Sebab itu bila cerita hudud ini keluar balik, dari mulut Hadi (mulut sama yang scrap negara Islam/hudud untuk digantikan dengan negara berkebajikan dalam Muktamar PAS tahun sudah), maka penulis tidak langsung terperanjat. Ini memang sudah diagak. Ia ibarat drama telenovela yang plot ceritanya memang macam itu jugalah setiap kali. Kalau tak plotnya, makcik dia rupanya adalah mak kepada kawan rapat sepupunya yang 25 tahun tak jumpa, mesti plot lainnya ialah, mak kepada kawan rapat sepupunya itu sebenarnya adik beradik dengan datuk dia. Maaflah kalau mengelirukan, tapi itu gambaran macam mana hukum hudud ini boleh disepak terajang oleh pemimpin PAS. Kalau pilihanraya lambat lagi, ceritanya macam ini, kalau dah dekat, ceritanya macam ini pula. Hairannya, itupun masih lagi ramai yang tegar-tegar menyokong parti PAS ni. Lupakah dia yang PAS itu bukan mewakili Islam dan perjuangan Islam, nampak sahaja macam itu sebab warna rasmi dia hijau putih. Hakikat yang sebenarnya, Islam hanyalah mainan politik PAS dan hukum hudud juga tidak terkecuali. Sebab itu penulis tak minat nak bincang bab hudud ini. Hukumnya memang hukum Islam tapi ia tidak jauh beza dengan hukum-hukum Islam yang lain, kalau mampu laksanakan, kalau tak mampu ada pilihan lain. Sembahyang yang tiang agama pun, kalau sakit dan sebagainya, boleh digantikan pada masa yang lain. Itu sembahyang, tiang agama dan disebut terang-terang dalam rukun Islam. Yang penulis berminat ialah mempersoalkan kenapa PAS masih lagi tak ubah-ubah pendekatan lama berkaitan hudud ni? Kalau nak kekal relevan, carilah idea dan pembaharuan sesuai dengan peredaran zaman. Masyarakat hari ini bukan mudah dibodoh-bodohkan macam masyarakat dulu. Hari ini arkib berlambak-lambak. Cakap berputar belit sahaja, sekejap itulah fakta apa yang dicakap dulu keluar. Dalam soal hudud ini, pen'scrap'annya telah rasmi diumumkan Hadi tahun lepas dalam Muktamar untuk diganti dengan negara berkebajikan, semua orang pun tahu itu. Dia pusing balik kata nak laksana hari ini, orang dah tak hairan dah. Sumber: MyKMU |
| TAHNIAH BN SELANGOR DIATAS PELANCARAN CALL CENTER PAKAR! Posted: 10 May 2012 12:05 PM PDT |
| PANAS BERAPI! HOUSE PK MENYOKONG PENUH KENYATAAN RAHIM NOOR - NIK AZIZ BAPAK KAFIR! Posted: 10 May 2012 03:12 AM PDT sebagai 'Bapak kafir' berikutan kenyataan terbuka Nik Aziz yang mewajibkan orang awam menyertai rusuhan bersih 28 April. Kenyataan Rahim itu berkait rapat dengan reaksi negatif Nik Aziz yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan haram bagi umat Islam menyertai atau menyokong demonstrasi yang impaknya buruk terhadap ketenteraman - termasuklah rusuhan bersih 28 April. Dalam kenyataannya sebelum ini, Nik Aziz menganggap semua anggota Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesilapan kerana melihat isu rusuhan bersih 28 April hanya dengan sebelah mata - satu penyataan yang sengaja memperlekehkan kelayakan para Ulama yang emnganggotai jawatankuasa tersebut. Apabila Rahim tiba-tiba tampil ke depan menemplek kembali kenyataan Nik Aziz itu, memang termanggu seketika penyokong PAS dibuatnya. Sampaikan Nik Aziz sendiri yang selama ini amat gemar komplen sana sini mempertikaikan akidah dan tahap ilmu orang lain pun kelu lidah tak mampu komen apa-apa. Mungkin melihat Nik Aziz terpana seketika dengan tujahan keras tepat atas dahinya itulah mendorong penyokong PAS dan ramai pimpinan PAS yang lain cuba cover malu yang terpalit atas dahi Nik Aziz. Walhal sebenarnya ramai kalangan mereka hanya baca tajuk sahaja dan tak mustahil sebahagian besar yang lain hanya mendengar dari pihak yang ketiga. Rupanya penyokong dan pemimpin PAS tahu juga apa rasanya bila telinga panas dan rasa marah serta geram bila kena tujah atas dahi oleh orang lain. Sebelum ini tatkala penyokong UMNO dikafirkan dan dipersenda akidahnya oleh pemimpin PAS, ada pernah orang PAS ambil kisah? Bila Nik Aziz memuliakan syaitan sebagai kawan semata-mata untuk menghalalkan hubungan PAS dengan kafir harbi DAP, ada orang PAS terfikir untuk menegur keterlanjuran kata Nik Aziz? Jawabnya tiada... Sebabnya?... Kerana hati nurani penyokong PAS sudah hitam kelam dan buta tuli mengiakan saja dengan segala macam ucap keji dari mulut Nik Aziz sekalipun tahu hakikatnya Nik Aziz hanyalah seorang politikus yang mencari duniawi dengan menjual agamanya. Walaupun penulis tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Rahim menganggap Nik Aziz adalah BAPAK KAFIR (Father Of Kafir) namun sekali sekala ada orang dengan selamba saja balun Nik Aziz elok juga, kena pula yang membalun itu non-politician memang cair tahi telinga penyokong PAS dibuatnya. Nukilan Blue Beary |
| CILI KASI TARUK! PAS KEDAH CUBA SABOTAJ SULTAN KEDAH!!! Posted: 10 May 2012 02:50 AM PDT Walaupun sekali imbas, Kedah kelihatan aman damai dan tidak mempunyai sebarang masalah, hakikatnya aman damai dan ketiadaan masalah tersebut bagaikan api dalam sekam. Pemerintah Kedah agak beruntung kerana kebanyakan rakyatnya boleh menerima apa-apa sahaja dan melihat apa-apa sahaja dengan hukum 'NAFI DAN ISBATH'. Masalah PBT tidak menjalankan tugas yang diberikan semakin menjadi-jadi di Kedah terutama selepas pentadbiran PAS. Semacam ada satu penyakit yang sudah melekat kepada Kerajaan PAS Kedah yang selama ini sibuk ingin memperkenalkan pentadbiran dan pemerintahan Islam atau paling tidak pun berciri-ciri keIslaman. Antara perkara terpenting dan paling asas dalam ajaran Islam adalah KEBERSIHAN. Disebabkan itulah, untuk bersolat, maka umat Islam diwajibkan bertaharah dan berwuduk. Malah kebersihan juga menjadi sebahagian daripada iman sepertimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Bagaimanapun, Kedah dan Kelantan yang berada di bawah pentadbiran PAS secara langsung, tidak mempamerkan ciri-ciri iman, amal dan ihsan sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Kegagalan PAS Kedah melaksanakan perkara paling asas ini boleh dilihat menerusi sampah-sarap di seluruh Kedah yang gagal diuruskan sehingga kini walaupun tidak seteruk di Kelantan dan Selangor serta Pulau Pinang. Apabila diajukan masalah tersebut kepada pentadbiran, maka jawapan yang diterima adalah "INI MASALAH DARI ZAMAN UMNO". Kalau itulah jawapan yang mampu diberikan, mengapa pula PAS sibuk menyuakan diri untuk dipilih sebagai pemerintah? Kalau semuanya diarahkan kepada UMNO dengan PAS Kedah sendiri tidak mampu menyelesaikannya, bukankah lebih baik kalau pentadbiran segera diserahkan kepada UMNO tanpa perlu melalui pilihanraya kerana pilihanraya akan akan membuatkan PAS sekali lagi menabur janji yang tidak mungkin dapat mereka tunaikan. Perhatikan sahaja bagaimana layanan PAS kepada DYMM Sultan Kedah walaupun ramai yang mendakwa Menteri Besar Kedah merupakan sahabat rapat Tuanku.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment