Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


BUAT PUISI.. VIDEO A.SAMAD SAID BALUN AZMIN ALI ANAK DERHAKA!!

Posted: 10 May 2012 07:19 PM PDT







KARPAL SINGH SELAR HADI AWANG PEMIMPIN ISLAM RETORIK!!

Posted: 10 May 2012 04:45 PM PDT




Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.




"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini.


ADUN DAP BALUN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR.. AGEN UMNO JUGAK!!?

Posted: 10 May 2012 09:37 AM PDT

Foto : Utusan.


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyokong pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin yang menyifatkan tempoh empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai dipenuhi pelbagai 'jenaka kesilapan yang melucukan.'

Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A. Prakash berkata, apa yang dinyatakan oleh ADUN daripada DAP tersebut sememangnya berlaku di daerah Klang yang mana ada ahli majlis didakwa tidak tahu berbahasa Melayu.

Selain itu dakwanya, ada sesetengah ahli majlis tidak menjalankan tanggungjawab mereka menyelesaikan masalah rakyat, selain tidak menyalurkan bantuan meskipun menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri sebanyak RM50,000.

"Kita tidak nafikan apa yang dinyatakan oleh wakil rakyat itu (Wing Yin). Di Klang sendiri, rakyat merasai pentadbiran negeri pada hari ini termasuk ahli majlis tidak mengutamakan rakyat dan mengamalkan sikap 'pilih bulu' dalam pembahagian gerai Deepavali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, paling meragukan ada ahli majlis di daerah itu tidak membuka pejabat mereka untuk memudahkan rakyat mengemukakan permasalahan walaupun difahamkan menerima peruntukan RM2,500 sebulan daripada kerajaan negeri untuk tujuan itu.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin ketika dihubungi berkata, apa yang dinyatakan oleh Wing Yin itu sebenarnya telah dibangkitkan oleh GAPS sejak pertubuhan berkenaan ditubuhkan tiga tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh empat tahun pentadbiran, kerajaan negeri dilihat terpalit dengan pelbagai isu serta dakwaan penyelewengan.

Ini termasuk salah guna kuasa melibatkan perlombongan pasir, Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Kalau nak menyentuh mengenai ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti, kerajaan negeri sepatutnya faham tiga perkara itu terlebih dahulu, bukannya hanya tahu bercakap sahaja," ujarnya yang turut mahu satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat pentadbiran PKR, DAP dan Pas di negeri ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini melaporkan Wing Yin telah menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan bahawa tempoh empat tahun kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor dilihat dipenuhi pelbagai 'jenaka kesilapan yang melucukan.'

Beliau mendakwa, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Melayu.

Selain itu, Wing Yin turut menyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus yang tidak sepatutnya digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya harus dipraktik dan diamalkan parti itu sendiri.

Malah, ADUN itu turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan 'Ahli Parlimen berkuasa' yang dilihatnya mempunyai 'keputusan muktamad'.

Pada masa sama, terdapat ahli majlis daripada DAP yang gagal bertindak balas terhadap rungutan yang disuarakan rakyat dan tidak menghadiri mesyuarat bagi menangani pelbagai masalah.



SELANGOR KE ARAH NEGERI KAMARAU 'BUATAN PKR..!!'

Posted: 10 May 2012 06:22 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masalah air di Selangor perlu diselesaikan segera bagi mengelak pembangunan dan pelaburan di negeri ini terbantut.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rizab air yang begitu sedikit iaitu kira-kira 2.4 peratus tidak membolehkan pelaburan seperti pembukaan kilang-kilang di negeri itu dilakukan.

``Saya dimaklumkan terdapat 29 kilang yang kalau dibenarkan melabur boleh membawa jumlah pelaburan RM3.8 bilion dan 12,300 peluang pekerjaan tetapi tidak boleh diberi kebenaran (dibuka) kerana masalah air.

``Jadi projek Langat 2 perlu dilaksanakan kerana (jika tidak) Selangor akan menghadapi masalah air yang serius dan akan menyusahkan pelbagai urusan besar dan orang ramai,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Himpunan Usahawan Mikro Kecil dan Sederhana atau Jom Niaga Edisi Selangor dan Pelancaran Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah (CIF) di sini hari ini.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Pimpinan Khalid Ibrahim menolak Perjanjian Projek Logi Langat 2 yang bakal memberi bekalan air jangka panjang kepada rakyat Negeri tersebut pada masa jangka panjang.

Penolakan tersebut dilihat sebagai strategi yang akhirnya dijadikan senjata Pembangkang terhadap BN tatkala bermula masalah kritikal membabitkan bekalan air di Selangor.


ISU MATA LEBAM - TERBARU KES SAMAN MUSA HASSAN TERHADAP ANWAR!!

Posted: 10 May 2012 02:41 AM PDT



Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober ini untuk perbicaraan penuh kes saman bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas bertemu peguam K K Lim yang mewakili Musa dan Bani Prakash mewakili Anwar.
 
Bani memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 24 Mei ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan pihak plaintif (Musa) memfailkan isu-isu yang akan dibicarakan pada perbicaraan itu.

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan serta mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya serta kapasiti profesionalnya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...