BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PENGACARA HAMPIR MATI KERANA MINUM PELUNTUR PAKAIANN ??? BIAR BETUL ???

Posted: 16 Apr 2012 01:05 PM PDT


Seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

HOT VIDEO !!! PAKATAN HARAM PERSENDA RAJA-RAJA MELAYU !!! @AZMINALI DAN @KHALIDSAMAD TUDUH UMNO ???

Posted: 16 Apr 2012 08:40 AM PDT


tu dia,sikit-sikit salah UMNO !!! Perangai pemimpin Pakatan Haram ni senang jer nak tutup malu yer ??? dah buat lepas tu nafi,lepas tu salahkan UMNO !!! Yang Azmin Ali tu pulak kalau saham beribu-ribu tu salah UMNO Ker ??? Azmin Ali,anda tahu ker Dr Rahman Kadir tu orang UMNO Atau tidak ??? beliau hanya Doktor !!! bila wartawan kata tanya "so ambil tindakan Lah Yb ???" Lain pulak Azmin Ali ni jawab !!! minta maaf,terlampau geram..mana tak nya,dah lah tak mengaku salah sendiri lepas tu nak salah kan UMNO,apa kata cakap "yer,salah saya.saya minta maaf kepada rakyat malaysia.saya takkan buat lagi dan saya akan perbaiki kesalahan saya di masa akan datang" kan senang ??? mana tahu rakyat maafkan anda YB AZMIN ALI,AHLI PARLIMEN BUKIT ANTARABANGSA !!! opss terbesar pulak perkataan

ini,nak salahkan UMNO.kepada Azmin Ali,dah jumpa ker ibu anda ??? kalau belum apa kata jumpa dulu,tak kesian ker ibu anda yang sakit melahirkan anda 9 bulan anda dalam kandungan tu.anda ni satu jer saya nak sebut " kacang lupakan kulit" dah lah,malas saya nak layan pemimpin Pakatan Haram ni.agaknya sampai "Akhir Hayat jadi Pemimpin Pakatan Haram pun salahkan UMNO" opps,jangan saman saya pulak.kalau nak saman,pergi saman Dr Rahman Kadir tu,beliau yang melihat perbuatan anda !!! Ada Berani ??? Berani kerana Benar !!! Takut Terjun Lombong..ehhh silap,Takut kerana salah..Mari kita saksikan Insan Asyik Menyalah kan UMNO !!!





ANDA INGIN MELIHAT KEMBALI BETAPA KURANG AJAR NYA PEMIMPIN PAKATAN HARAM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ADAM MAHASEWEL BERDEMO SAMBIL LALOK ??? BIAR BETUL ???

Posted: 16 Apr 2012 06:09 AM PDT



Blog medan info kita menyiarkan dua keping foto mahasiswa UPSI yang digantung pengajiannya berdemo di Dataran Merdeka,14 April.


Hakikatnya,SMM (Solidariti Mahasiswa Mahasiswa) gagal mendapat sasaran bilangan siswa sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini.

Kenapa SMM gagal mendapat sasaran pengikut ?

Blog suarapakatanrakyat meletakkan faktor kegagalan itu berpunca daripada Adam Adli.

Namun,tidak ramai yang tahu tentang politiking dalaman gerakan pelajar haram itu, terutama berkenaan kemelut dalaman,persaingan di antara NGO-NGO di bawah naungan SMM dan 'Who Hijacked SMM' sejak tahun 2011.

SMM asalnya ditubuhkan pada tahun 2002 oleh GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) yang disebut-sebut di bawah restu Dewan Pemuda PAS, kini telah dihijacked oleh tokoh politik tertentu untuk kepentingan politik peribadinya.

"SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri dan bagi saya sepatutnya presiden Gamis merupakan pengerusi SMM ataupun bersepakat antara front-front ini bagi memutuskan mana-mana presiden lain sama ada presiden Dema, presiden Kami atau presiden PKPIM.Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini.

"Saya melihat penggunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpulan tertentu.Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju", kata Mohd Yusof Hadhari,bekas Ketua Penerangan Gamis.-AIDC

INI LAH PERKARA SEBENARYA BERLAKU !!!

INI PUN SALAH UMNO JUGA KER ???

LEBIH BAIK BELAJAR !!!

LEPAS KERJA LANTAK LAH NAK POLITIK PUN !!!

KATA MAHASEWEL TAKKAN ADA PEMIMPIN POLITIK DALAM DEMO !!!

TENGOK APA DAH JADI ???

TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH TU BUKAN AHLI POLITIK KER ???

ADAKAH PTPTN PATUT DI MANSUH KAN ???

ATAU DI PERBAIKI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS AND VIDEO !!! PAKATAN HARAM PERSENDA RAJA-RAJA MELAYU !!! APA KATA ZAHID HAMIDI ???

Posted: 16 Apr 2012 05:24 AM PDT



Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa mempersendakan dan mengejek Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah di Istana Negara Rabu lalu sebagai kurang ajar dan biadap.Mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, tindakan pembangkang itu juga mempunyai unsur hasutan supaya masyarakat akan terikut dengan perlakuan sedemikian.

"Ia adalah majlis rasmi dan ia seharusnya dihormati walau dalam kapasiti apa pun.Janganlah pembangkang masukkan elemen kebencian, rasa tidak hormat kepada protokol. Saya fikir seharusnya perkara ini tidak harus berlaku wlaupun kita berbeza parti dan di dalam soal integrity dan protokol, kita seharusnya menghormati," katanya ketika ditemui pada Program Peduli Jujur Sinar SPRM Bersama Ahli Parlimen dan Masyarakat Bagan Datoh.

Justeru,beliau mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbabit sekali gus memberi peringatan kepada semua pihak agar menghormati institusi Diraja di negara ini.

"Saya fikir perkara ini harus disiasat dan harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin generasi akan datang serta dijadikan panduan supaya mereka lebih matang di dalam menangani perbedaan pendapat.Saksi pun ada yang mendengarnya,YB Kamalanathan yang berada di barisan belakang pemimpin pembangkang yang mengejek itu, dan beliau pun mendengar dengan jelas.



AntaraPos Melaporkan Dalam laporan sebuah akhbar kelmarin turut menyebut,Dr Rahman Kadir menulis menerusi blognya www.badutrakyat.blogspot.com mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bersikap biadap dengan bercakap ketika kehadiran pemimpin utama negara.Malah,Dr Rahman mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke Balairong Seri.Oleh demikian,Dr Rahman yang berada pada istiadat pertabalan terbabit boleh menjadi saksi kepada suruhanjaya terbabit, katanya.

"Dr.Rahman pegawai perubatan yang berada di situ,yang boleh dijadikan sebagai saksi untuk mengadakan siasatan. Kalau mereka (pembangkang) boleh mendesak Suruhanjaya Diraja diadakan terhadap penyelewengan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan,kita pun boleh menuntut supaya SPRM mesti diwujudkan walaupun tidak disiasat oleh pihak polis bagi tindakan undang-udang dilakukan," katanya.

HARAP MAAF !!

BLOG INI BUKAN KEPUNYAAN DR. RAHMAN KADIR :-) !!!

BELIAU HANYA MEMPUNYAI FACEBOOK !!!

ANDA INGIN MELIHAT KEMBALI BETAPA KURANG AJAR NYA PEMIMPIN PAKATAN HARAM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KALAU DI BIAR KAN MAKIN MENJADI-JADI PEMIMPIN PAKATAN HARAM NI !!!

ELOK SANGAT SURUHANJAYA DIRAJA DI ADAKAN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! KENYATAAN PENUH PENGAKUAN NALLAKARUPPAN BERKENAAN HUBUNGAN ANWAR IBRAHIM DAN SHAMSIDAR !!!

Posted: 15 Apr 2012 10:00 PM PDT


Setelah hampir 14 tahun mengunci mulut,akhirnya pada Mac 2012,Senator Datuk S Nallakarupan mula buka mulut.

"Saya mahu perbicaraan dimula dengan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar. Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini.Saya juga akan beritahu 'hasil' yang diperoleh Shamsidar dan Anwar daripada perhubungan sulit ini," katanya dalam sidang media di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur,28 Mac.

Shamsidar,wanita yang disebut Nalla itu adalah merujuk kepada Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali,Timbalan Presiden PKR.Ummi Hafilda,adik bongsu Azmin yang turut hadir dalam sidang media Nalla itu berkata beliau pernah mengintai Nalla membawa Anwar dan Shamsidar pada pada 30 Jun 1997 dari Bangsar Shopping Complex ke Tivoli Villa.

"Saya pergi mengintai Datuk Nalla, 30 Jun 1997, (di mana Nalla) menaiki kereta Daimler WBV 37. Saya rakamkan semua gambar-gambar tersebut.Saya cabar Anwar, Azmin, Shamsidar saman saya", katanya.

Nalla mengesahkan kebenaran kata-kata adik Azmin Ali itu.

"Ummi Hafilda sudah jadi camera man..dia tangkap gambar di Tivoli Villa,bila saya angkat Anwar di dalam kereta.Saya ikut Datuk Nalla daripada Bangsar Shopping Complex..dua jam saya tunggu Anwar dan Shamsidar dalam kondo (Tivoli Villa),5.30 petang hingga 7.30.. Magrib", sambung Ummi Hafilda.

Untuk memahami episod bersejarah yang bermula pada 30 Jun 1997 hingga membawa kepada pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO dan terpaksa bergelut di mahkamah pada tahun 1998 , sila baca di sini

Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah,peguam popular masa kini yang dilantik Nalla mewakilinya berkata anak guamnya akan melakukan pembelaan kebenaran untuk melawan saman fitnah Anwar.

"Beliau (Nalla) akan timbulkan pembelaan justifikasi ataupun pembelaan kebenaran bahawa apa yang beliau cakap itu adalah benar.Dengan itu injunksi (menghalang Nalla bercakap tentang isu ini yang dipohon Anwar) akan runtuh dengan sendiri. Mana-mana mahkamah pun tidak akan terima injunksi jika ada pembelaan yang sedemikian" katanya.

Katanya, kes ini bukan kes peribadi sebaliknya melibatkan kepentingan awam.

"Isu ini bukan isu peribadi di antara seorang dengan seorang yang lain, tetapi ini adalah satu isu di mana masyarakat ada hak nak tahu.Sebab ia melibatkan pemimpin, bakal pemimpin (Perdana Menteri), rakyat mesti tahu, apa kebenaran yang sebenarnya", katanya.

Berdasarkan bukti-bukti yang ada pada Nalla,Shafie yakin beliau boleh menang dalam kes ini.

"Yang saya yakin kita boleh menang (kes ini), kalau saya boleh sebut istilah dalam Bahasa Inggeris, Datuk Nalla ini akan bercerita dari 'horse's mouth' (satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal atau yang tidak dapat disangsi).Mengikut beliau (Nalla), beliau ada di mana-mana tempat, bukan satu, dua tempat,", katanya.

Kehadiran YB Zulkifli Noordin dan Anuar Shaari mengukuhkan lagi hubungan akrab Nalla dan Anwar sekitar tahun 1990-an, di mana tempoh masa hubungan sulit Anwar-Shamsidar berlaku.Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan berkata Nalla sering datang ke pejabatnya untuk menemui Anwar tanpa perlu membuat temu janji.Zulkifli yang pernah menjadi salah seorang peguam bela Anwar untuk kes 1998 mengesahkan lagi hubungan rapat Anwar-Nalla di mana beliau pernah dilantik sebagai peguam pemerhati kepada Nalla yang ketika itu masih berpihak kepada Anwar.



Sumber AIDC

ADAKAH INI PEMIMPIN ANDA WAHAI PUAK PAKATAN HARAM ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DR ASRI KUTUK PERBUATAN MAHASEWEL ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 15 Apr 2012 07:00 PM PDT


Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut ;

1. Pertamanya,saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian.Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda,tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman.Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini.Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci.Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi,namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.

4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN,tetapi korupsi,penyalahgunaan kuasa,gaya mewah 'orang-orang tertentu' yang melebihi kewajaran dan lain-lain.Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.

5. Pada saya,alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu.Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain samada pembangkang ataupun kerajaan.

6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan.Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat.Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.

7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAHU AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok.Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas,tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif.Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus.Kebocoran di sana sini.Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.

9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu,sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.

10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MANA SATU YANG BETUL PASAL PERKAHWINAN SHAM KAMIKAZE NI ???

Posted: 15 Apr 2012 04:00 PM PDT


Kisah perkahwinan kedua Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin ( kakak kepada Maulana – bekas pelajar AF8) kini seolah menjadi misteri.Sham yang aktif sebagai pendakwah bebas,telah menafikan beliau berkahwin lagi.Penafian dibuat melalu Facebook miliknya :

"Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?" Katanya.

Namun,Nurul pula bertindak sebaliknya dengan menegaskan mereka telah berkahwin.


Berikut petikan Twitter Nurul,beliau meminta kepada seseorang (Suffian Jaafar) untuk membantunya mendapatkan sijil nikah dengan Sham.


Mana Yang Betul : Nurul Kata Ya !!! Sham Kamikaze Nafi !!!


Nurul adalah ibu tunggal beranak satu kelihatan agak tertekan dengan apa yang berlaku.Di pihak Nurul tidak ada sijil nikah dan gambar perkahwinan,namun dia kelihatan bersungguh mengatakan ia berlaku.Di mana pernikahan berlaku pun tidak diketahui namun dikatakan ia telah dilangsungkan 16 Januari lalu.Keluarga Nurul bagaimana pun tampil mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlaku.Sham Kamikaze pula mengatakan apa yang tersebar adalah fitnah.

Kalau Nurul nak marah pun terpulang pada beliau,tapi nurul juga kena tampilkan bukti yang jelas untuk menyokong dakwaan itu.itu baru adil.Sham sebagai pendakwah bebas pula harus lebih tahu,andai mereka telah berkahwin tapi menafikannya,maka rujuklah dengan yang lebih arif, kerana ada kemungkinan boleh jatuh talak dengan penafian seumpama itu.Apa pun,masa akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...