Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


SIDANG DUN KECOH - AZMIN ALI TIKAM LIDAH DGN. KHALID IBRAHIM!!?

Posted: 25 Mar 2012 07:19 PM PDT




Azmin Ali dilihat tidak bijak mengawal emosi tatkala berhadapan dengan musuh. Kekeliruan timbul apabila Azmin dilihat beriya2 menyerang Hasan di Sidang DUN minggu lalu. 


Lebih malu apabila MB Selangor yang juga Pemimpin PKR Negeri menafikan tuduhan Azmin dan mendakwa peruntukan Kos Ubah Suai Pejabat ketika memegang jawatan Exco itu rasional dan tidak melanggar etika. (KLIK DI SINI untuk tonton Video kenyataan MB Selangor nafi tuduhan Azmin.)






Azmin yang sebelum ini pernah membuat kenyataan terbuka mengkritik Pimpinan Khalid Ibrahim menerusi talian telefon bersama media yang kononnya diboikot TV3 secara susunatur akalnya yang kian beku untuk meyakinkan pengundi agar terus mengundi PKR dengan manifesto baru yang meletakkan dirinya selaku MB baru. Adakah Azmin berani mengkritik tindakan Khalid Ibrahim secara terbuka di Sidang DUN Selangor yang sedang berlangsung pada ketika ini?


Azmin juga dilihat tidak seteru dengan Pimpinan2 yang dilabel Reformis pada era 1998 dan menjadi punca utama beberapa pimpinan ini bertindak keluar dari parti dan tidak menyokong Anwar.







Dalam masa terdekat ini Hasan Ali yang masih tidak memberi respons terhadap tuduhan jahat Azmin ke atasnya bakal memberi kejutan buat Timbalan Presiden PKR itu. Mungkin sudah tiba masanya Hasan Ali mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku dan campurtangan kuasa pihak luar dalam Pentadbiran Negeri.


Ini kerana ADUN2 PKR, Parasit2 PAS dan DAP dilihat merancang menggunakan kuasa veto mereka memperlihatkan Hasan Ali juga seorang Pemimpin Korupsi. Ianya sudah pasti palsu. Namun Hasan Ali bakal melengkapkan pakej masalah besar Kerajaan Negeri Selangor. Bukan sahaja Akidah, malah juga masalah Korupsi.







Hasan Ali juga pada bila2 masa sahaja bakal menunjukkan rekod Azmin Ali sepanjang memegang jawatan Ahli Parlimen Gombak. Jangan dilupa. DUN Gombak Setia adalah sebahagian dari Parlimen tersebut.


Dan jangan juga dilupakan. Hasan Ali merupakan Bekas Exco paling kanan satu ketika dahulu. Mereka semakin lupa agaknya.


Apa2 pun ketidakcelaruan yang berlaku sehinggakan mengeluarkan tuduhan palsu yang didedahkan pihak mereka sendiri membuktikan unsur politik mereka amat melampau dalam menguasai dan membolot kuasa politik sesama mereka.


Sehingga lupa akan tanggungjawab dan amanah dalam memastikan rakyat Selangor terus dipelihara. Malah menjadi mangsa kerakusan. Tuduhan jahat dan melampau mereka terhadap Kerajaan BN Selangor terdahulu hari ini memperlihatkan seolah2 terkena batang hidung mereka sendiri.




VIDEO - BUDAK ADAM ADLI SERTAI PRO ASPIRASI..!!

Posted: 25 Mar 2012 04:38 PM PDT



Kalau dalam Politik Pembangkang mana2 Pemimpin yang mengkritik dan tidak bersetuju dengan kenyataan Gabungan Pembangkang dilabel Agen UMNO. Tak kiralah kritik ikhlas atau tidak, terus dilabel Agen UMNO. Kalau lompat parti kena tengok juga. 

Kalau lompat parti2 dalam Gabungan mereka, sudah pasti dipuji dan digelar pejuang. Kalau lompat masuk UMNO tak payah siasat terus digelar Agen UMNO.






Yang menariknya, dalam politik mahasiswa sekarang pun dah pandai lompat 'parti'. Kalau di dalam Politik Mahasiswa dilabel sebagai apa? Salah seorang pendokong Pro Mahasiswa dan pengikut Kumpulan Adam Adli seperti video di atas telah menyertai Pro Aspirasi. Kenapa? Tonton dan sebarkan. Pro Mahasiswa taknak berdemo ke bila ada kawan dah tinggal Kumpulan kamu? Berdemo saja.






Tapi ada juga yang beri cadangan paling bijak. Mana2 mahasiswa yang malas nak belajar dan ekstrim lebih minat untuk bergiat aktif membabi buta dalam Politik Mahasiswa, belajarlah di UNISEL atau mana2 IPT di bawah Kerajaan Negeri Pembangkang. 

Baru mereka boleh nilai siapa Pemimpin yang benar2 jujur memperjuangkan Mahasiswa. Apa2 pun TONTON VIDEO DI ATAS.



VIDEO PANAZZ KHALID GAGAP 'HINA' TUDUHAN AZMIN ALI T'HADAP HASAN ALI!!

Posted: 25 Mar 2012 12:31 PM PDT




Ini satu insiden yang membuktikan pergeseran 2 Pemimpin PKR Selangor. Seorang kemaruk berlagak dalam Sidang DUN nak tunjuk hebat macam hero di Negeri tersebut. Seorang lagi mahu kekal MB dan buat kenyataan 'pelik' kerana dikhuatiri akan terbongkar penyelewengan sepanjang memerintah Negeri yang sama.
 
Ikut rasional kenyataan Khalid Gagap lebih tepat kerana Dr. Hasan Ali merupakan bekas orang kanan beliau. Azmin tak pernah duduk di Pejabat Kerajaan Negeri pun. Hanya sibuk cari strategi mahu rampas jawatan MB. 


 


Beliau mahu mempamerkan diri seolah2 jaguh di Negeri ini yang memperlihatkan 'kelayakan' dirinya memegang jawatan MB. Di samping ia memberi ruang kepada pengundi untuk beri peluang kedua kepada Pakatan untuk kekal di Negeri tersebut pada PRU13. Walhal kedua2 nya sama sahaja.

Tonton video yang dipamerkan.



KHALID GAGAP MINTA RAKYAT AMPANG B'SABAR.. WANG BANTUAN DIBERI LEPAS PRU13!!

Posted: 25 Mar 2012 10:12 AM PDT



Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kali ini sememangnya paling memberi tamparan hebat buat Pakatan yang kini kehausan Wang Hasil Kerajaan Negeri. 

Janji PRU12 yang ditawarkan BN bukan sahaja dipenuhi, malah bertambah walaupun gagal mempertahankan Negeri Selangor. Kerajaan yang dikepalai PKR tidak pernah 'berputus asa' memberi pelbagai alasan yang seperti biasa menyalahkan Kerajaan terdahulu sebagai faktor 'pendorong'. Sama seperti Kelantan. Walaupun sudah 20tahun menawan Negeri, masih memikirkan alasan tersebut releven.

Lebih dari 5,000 masyarakat sekitar Ampang dan Hulu Langat hadir pada majlis bantuan kepada mangsa banjir  di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, semalam semasa PM menyentuh hal itu sudah cukup untuk mengambarkan suasananya.



 



"Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...? Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? Cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?

"Semua belum (ditunaikan) lagi. Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi," kata PM yang mendapat respons positif dengan menyahut '1Malaysia.'





Dulu kata hebat sangat. Kata kekayaan Negeri Selangor bakal dijadikan mereka setaraf Negara2 Maju di Dunia. Kini Penasihat Ekonomi Selangor pula dilihat 'hebat' bersama Pemimpin2 Yahudi Dunia.



 


Fikir strategi politik nak tawan Malaysia semata2. Fikir cara 'efektif' nak bunuh Kerajaan. Guna persepsi2 bukti, bukti diketepikan dahulu. Asak dan asak biar nama Pemimpin UMNO yang disasarkan busuk namanya terlebih dahulu. Biar minda rakyat keliru. Alih2, mereka sesama mereka terkeliru. Pun didakwa berpunca dari UMNO.

Walaupun Jadual beliau pada ketika ini sepatutnya berada di Litar Sepang bersempena dengan Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia, PM dengan selamba menjelaskan,

"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan. katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta yang diantaranya adalah wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumbangan yang menerusi Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.

Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.



ULAMA' PAS CABAR PERANG -TOKOH PARASIT 'RASUK' PRESIDEN TERIMA SEMULA JAWATAN BUKAN ISLAM !!

Posted: 25 Mar 2012 08:24 AM PDT




Beberapa Tokoh Ulama' PAS didakwa sudah tidak mampu mengawal emosi dengan tindakan biadap beberapa individu di dalam Kumpulan Parasit PAS terhadap Presiden PAS Hadi Awang. 




Semua ini gara2 keengganan beliau buat pertama kali sejak Keputusan Pemilihan AJK PAS Pusat tunjuk kepada keputusan Parasit2 PAS menerima Pemimpin Bukan Islam menduduki  jawatan tertinggi Parti.

Parasit2 PAS yang diantaranya Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly didakwa memperkecil2 kan Presiden sebagai Pemimpin yang masih berfikiran sempit dan terlalu tunduk kepada Majlis Syura Ulama' PAS. Walhal mereka mendakwa Hadi Awang tahu akan potensi besar undi bukan Islam bakal memihak kepada PAS jika tawaran tersebut diberikan kepada beberapa tokoh Bukan Islam yang berpengaruh.

 
Dan Hadi Awang juga didakwa bersikap tidak profesional dan menerima fakta bahawa potensi undi Melayu untuk memilih PAS pada PRU13 agak kecil untuk mencapai kemenangan besar parti tersebut. 

Parasit2 PAS juga agak musykil dengan kedegilan Hadi Awang dalam meluluskan usul ini kerana sebelum ini banyak cadangan yang dikemukakan dapat diterima walaupun memerlukan beberapa perbincangan susulan.

Beberapa tokoh Ulama' PAS juga bertegas dalam cadangan ini kerana ianya dikatakan kemuncak keruntuhan perjuangan Islam yang dibawa mereka dan kejayaan paling hebat Parasit2 PAS jika ianya diluluskan menerusi Usul Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat yang majoritinya dikuasai Parasit2 tersebut.




Ulama'2 PAS juga akan sentiasa mempengaruhi dan mengingatkan Hadi Awang agar tidak menarik semula kenyataan beliau semalam berkenaan isu ini atau mereka sendiri akan 'berperang' dengan Parasit2 tersebut.

Ini dikhuatiri akhirnya cadangan ini akan diluluskan kerana didakwa beberapa Pemimpin Parasit telahpun bertemu dan memberi jaminan kepada Anwar akan memastikan tawaran ini dapat diluluskan. Ianya dilihat mampu berlaku kerana Parasit2 PAS sebelum ini telah berjaya menguasai keputusan Parti termasuklah isu pemecatan Hasan Ali yang pada awalnya dinafikan Presiden.

Parasit2 PAS dakwa mereka ada peluang cerah untuk menarik semula kenyataan Presiden kerana menguasai Pimpinan Tertinggi seterusnya tunduk kepada keputusan mereka.






Isu ini menjadi kekecohan dari kalangan PAS setelah AJK Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad membuat kenyataan secara terbuka bahawa PAS kini sudah menerima tawaran bagi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat dari kalangan bukan Islam.

Kenyataan yang diumumkan menerusi Wacana Isu Politik anjuran Sinar Harian itu telah menimbulkan kemarahan Dewan Ulama' dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Parasit2 PAS dikenalpasti telah berbincang untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Ambiga. Namun belum sempat tawaran tersebut diberikan Ambiga telah menolak bulat2 kerana tidak percaya akan potensi parti tersebut untuk menguasai Parlimen Malaysia secara keseluruhan.



Lagi Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk untuk Baca) :- 


KETUA DEWAN PENYOKONG PAS LETAK JAWATAN - AKUI WUJUD PARASIT PAS!!?

Posted: 25 Mar 2012 06:19 AM PDT




Merasakan jasa dan khidmatnya dalam Pas seperti tidak diperlukan lagi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa, hari ini.

Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap Pas, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.

Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila Pas Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang  dengan memutuskan untuk tidak memilih calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya terpaksa ambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini sehingga menyebabkan Pas Pusat meminggirkan kami," katabeliau pada sidang media di sini petang ini.


Dalam pada itu, Ooi berkata, kira-kira 50 ahli DHPP negeri mengambil langkah yang sama dan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan parti itu.

Ditanya sama ada akan menyertai Barisan Nasional (BN) jika ditawarkan, Ooi berkata, ia akan dipertimbangkan.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas menjangkakan akan menurunkan lebih ramai calon bukan Islam pada PRU13.

Berikutan langkah itu, kepimpinan Pas di Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sarawak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuk meletakkan calon dari DHPP untuk bertanding.

 


JANGAN BACUL BERJUANG UNTUK WANITA - SHAHRIZAT.

Posted: 25 Mar 2012 05:38 AM PDT



Pergerakan Wanita Umno berikrar memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kaum wanita amat menghargai kestabilan politik, perpaduan kaum dan pembangunan ekonomi yang sentiasa menjadi perhatian kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.


 

"Saya yakin bahawa pengundi wanita untuk PRU-13 akan bagi sokongan yang hebat kepada Perdana Menteri dan kepimpinan beliau.

"Isu-isu wanita mendapat pembelaan yang tiada tolok bandingannya kerana semuanya diambil tahu," kata Shahrizat kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga 1Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2012 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di Dataran Sejarah di sini, hari ini.





Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tiada sebab untuk kaum wanita terutamanya Wanita Umno tidak menyokong kepimpinan Najib.

Shahrizat berkata beliau akan bertemu dengan ketua-ketua wanita Umno negeri untuk mendapatkan senarai nama calon PRU13 dalam masa terdekat.


"Ini merupakan pertemuan terakhir untuk mendapatkan senarai nama calon yang sebenarnya sebelum dikemukakan kepada Perdana Menteri," katanya.

Mengenai pertambahan calon wanita Umno pada PRU13, beliau berkata inilah yang diharapkan namun masih belum dapat diputuskan.







Sementara itu, Mohd Ali selaku Pengerusi Badan Perhubungan BN Melaka yakin BN akan memenangi majoriti dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan pada PRU13.

Beliau berkata Umno negeri sedang menyiapkan senarai calon seperti yang diminta oleh Perdana Menteri.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...