PAPA GOMO

PAPA GOMO


Panggilan Jihad Buat Cyber Troopers Kerajaan & Pembangkang Pagi Ini

Posted: 02 Feb 2012 06:00 PM PST



Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


GOMO: Jadi buat para pembaca yang prihatin dan peka mengenai pekara ini maka diminta anda semua untuk bersama sama kita mencari remaja yang hilang ini. Remaja tersebut syndrom down Dan sudah pasti jika kita tidak membantu maka potensi untuk pekara tidak diingini mungkin berlaku.

Gomo harap para pembaca dapat menolong mencari Remaja Syndrom Down ini.

Buat sahabat Blogger, facebooker, Twitter dan mana mana medium yang ada sama ada dari Pro Kerajaan mahupun Pembangkang marilah kita sama sama menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Remaja lelaki ini. Gomo yakin jika sebaran secara total melalui semua Media Cyber baik pro Kerajaan mahupun pembangkang remaja yang hilang ini akan dijumpa dalam masa yang singkat.

Tolong Ye sahabat Blogger, facebooker, Twiiter baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang.


Psssttt... Sekali sekala kita keluarkan artikel Bantuan Kecemasan sebegini menjadikan diri kita lebih dihargai oleh pembaca. Amin

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Dialog Panas Antara Wartawan Beautifulnala Dan Anwar Ibrahim

Posted: 02 Feb 2012 04:00 AM PST





Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan akhbar itu menyatakan kononnya beliau menghalalkan homoseksual.

Ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta sebagai gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan menjadikan jumlah saman sebanyak RM150 juta.
Sumber Keldaikini

20 haribulan tempoh hari Anwar Ibrahim menyaman Utusan kerana laporan akhbar tersebut yang mengulas mengenai kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong udang undang Homoseksual di Malaysia diberikan kebebasan.

Apa alasan Anwar Ibrahim menyaman? Ini alasannya:

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan,"

Wow, kerana Anwar Ibrahim malu bahawa berita yang utusan laporkan telah pun sampai ke peringkat Antarabangsa. Ha ha ha... Ok lah tu Hak Anwar Ibrahim nak menyaman Utusan, kita serah je pada Mahkamah menentukannya.



Tapi Gomo agak pelik bila Anwar Ibrahim tidak pula MENYAMAN akhbar The Wall Street Journal (WSJ), Asia, pada tarikh 26 Jan 2012. Akhbar The Wall Street dengan jelas menyatakan bahawa Anwar Ibrahim menyokong Israel dan bersetuju agar keselamatan Israel dipertingkatkan serta dilindungi dari sebarang ancaman.

Duta Palestin di Malaysia juga telah pun mengeluarkan kenyataan kecaman mengenai Keselamatan Israel yang mana Anwar Ibrahim sokong dan akhbar akhbar di Malaysia telah mengeluarkan apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim dalam akhbar The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Semalam sewaktu lawatan Anwar Ibrahim di Wilayah beliau telah menafikan bahawa beliau menyokong keselamatan Israel dan menuduh akhbar tempatan yang dimiliki UMNO telah memutarbelitkan fakta. Anwar Ibrahim menyatakan dalam ceramah nya semalam beliau difitnah.

Dan semalam juga apabila ditanya oleh seorang wartawan pada program di wilayah Persekutuan:

Wartawan: Kenapa Dato Sri saman Utusan Malaysia?

Anwar Ibrahim: sebab akhbar itu memutar belitkan cakap saya dan berniat jahat!

Wartawan: Kenapa Dato Sri menyokong keselamatan dan hak negara Israel?

Anwar Ibrahim: mereka bohong dan memutar belitkan kenyataan saya..berniat jahat!

Wartawan: Adakah Dato Sri akan saman juga akhbar Wall Street Journal?

Anwar Ibrahim:
ada soalan lain?..

Ha Ha Ha.... kenapa Anwar Ibrahim tak jawap? Kenapa tak SAMAN akhbar Wall Street Jurnal tu jika benar kenyataan beliau telah diputarbelitkan? Kenapa?



Semoga rakyat Malaysia sedar akan tipu helah Anwar Ibrahim ini. Percayalah jika Pakatan PAS,DAP,PKR menang pilihanraya maka Malaysia akan jalin kerjasama dengan Israel tampa ragu ragu malah PAS akan menyokongnya kerana Kuasa sudah berada didalam tangan.


Psssttt... Jangan gadaikan negara demi kuasa Politik wahai para pemimpin....


"Kita Kawan Israel"

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...