Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Abu Aqif dan Ustaz Fathul Bari Minta Maaf Pada Ustaz Azhar Idrus..??

Posted: 02 Feb 2012 07:35 AM PST



Betui ka? tengok la sendiri..

KASI PANAS!! Beza Bahasa dan Ilmu Ustaz Pas dan Ustaz Tulen!!

Posted: 02 Feb 2012 04:36 AM PST

Kisah Menarik ni Mc ambil dari Aloq Staq Blog. Beliau membezakan diantara Ustaz Pas dan Ustaz biasa. Malahan hujah dan percakapan yang mana harus dan boleh diguna pakai.


Terdetiklah hati aku nak bersama-sama memperbetulkan sesuatu perkara yang telah lama orang Melayu dok buat selama ini iaitu di penghujung setiap solat MENYAPU MUKA SELEPAS MEMBERI SALAM.





Nampaknya ulasan 2 orang Ustaz di atas adalah MENYAPU MUKA SELEPAS MEMBERI SALAM DIPENGHUJUNG SOLAT ADALAH SESUATU YANG BERSANDARKAN HADIS DHOIF (LEMAH) ... Seandainya kita beramal dengan Hadis Dhoif , ianya adalah SIA-SIA ...

Sesuatu yang sia-sia, tidak perlulah kita teruskan lagi ... Tak gitu kawan-kawanku sekalian  ??...

 OPPPPSSS !!! .... TIBA-TIBA,

AKU TERJUMPA PULA VIDEO USTAZ AZHAR (USTAZ PAS) KAT BAWAH NI >>>







Haru-haru ! ...


Dua orang Ustaz (Bukan PAS) kat atas tadi sebut tak perlu sapu muka ...


Manakala, Ustaz Azhar Idrus dalam nada menghentam dua Ustaz tersebut dan beliau pula membenarkan sapu muka ...

Guanoooo ni ??

 Maka, aku pun mencari-cari lagi jawapan ...

 Lalu terjumpa pulak video kat bawah ni sebagai penyelesaian dalam hal HADIS DHOIF ini ...

Bagi aku, video kat bawah ni yang amat chantek ! Agamawan kenalah berbahasa elok dan cantik supaya tidak dilihat Islam ini berpecah belah - seolah-olah Ustaz menghentam Ustaz - dah tu sama-sama Islam dan berilmu pulak tu ! ... Ikuti penjelasan Ustaz Fathul Bari (Ustaz UMNO) ini ...






Kesimpulannya sekarang, bagi aku terpulang kepada anda semua sama ada untuk mengikut dua orang Ustaz yang di atas sana, ataupun Ustaz Azhar Idrus ... dua-dua ada hujjah mereka yang tersendiri ... semuanya akibat kerana Hadis Dhoif - Ustaz PAS sudah "maki BODOH" & "ustaz CAP AYAM BERAK CAIR" sama itu dua orang Ustaz yang bukan PAS ...


Renung-Renungkan sikap dan cara mereka ... MANA SATU YANG IKUT NABI ?...

Wallohuaklam !...

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

GEMPAR!! Apa kaitan Anwar Ibrahim dan Israel? (email dari pembaca)

Posted: 02 Feb 2012 01:42 AM PST



Sekali lagi Mc menerima email dari pembaca blog.. kalau tak salah Mc, ini orang yang sama. Kali ini beliau mengulas mengenai kisah Anwar dan Israel. Beliau selitkan persoalan dan pernyataan yang mungkin tak pernah kita fikirkan. Baca email dari beliau,


Salam Mc,


Sehari dua yang lepas, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam wawancara beliau dengan Wall Street Journal (WSJ) telah menyatakan sokongan kepada Israel dengan mengiktiraf dan menyokong akan tindakan-tindakan bagi memelihara KESELAMATAN ISRAEL. Sikap ini telah membakar hati dan jiwa rakyat Malaysia terutamanya rakyat yang beragama Islam. Kalau selama ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel apatah lagi menjalin hubungan diplomatik dengannya maka dengan sekelip mata DSAI telah mengubah pendirian ini tanpa mengambil kira aspirasi,hati dan perasaan rakyat Malaysia.


Sebenarnya, bagi mereka-mereka yang yang mengikuti dengan rapat sikap dan tindak tanduk perangai DSAI ianya tidak banyak berbeza dengan keadaan dan situasi Israel pada hari ini kalau pun ianya tidak sama. Justeru tidaklah menghairankan jika beliau mengiktiraf dan menyokong Israel secara terbuka apatah lagi bermuka-muka dengan negara-negara Barat kesayangan beliau.


Situasinya begini, Israel meletakkan dirinya dalam keadaan KEBIMBANGAN diserang oleh negara-negara Arab yang ada disekelilingya dengan hasrat mendapat simpati dan pembelaan dunia, khasnya negara-negara kuasa besar. Hakikat sebaliknya yang berlaku. Negara-negara Arablah yang sentiasa kebimbangan dan menderita dinegara sendiri daripada ancaman negara Penakluk Israel.


Hal yang sama berlaku keatas DSAI dengan menuduh haknya dinafikan sebagai rakyat, beliau difitnah, beliau diracun, nyawanya terancam dan bermacam-macam lagi tohmahan. Ini semua akan meletakkan beliau dalam keadaan ketakutan dan keselamatan beliau tidak terjamin dan seterusnya menagih simpati rakyat. Hakikatnya beliau yang mengancam keselamatan negara. Jadi apa bezanya dengan keadaan Israel sekarang?


Malangnya lakonan DSAI ini telah memerangkap ramai pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat atasan untuk mengutuk dan memperlekehkan DSAI. Kenyataan mengutuk DSAI oleh kepimpinan tertinggi UMNO sebenarnya merupakan publisiti untuk DSAI. DSAI akan lebih seronok jika lebih ramai pemimpin tertinggi UMNO memperkatakan tentang diri beliau yang bererti beliau masih ditakuti, masih berpengaruh dan diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi kerajaan. Nama beliau disebut-sebut oleh segenap lapisan, maka DSAI masih hidup, masih diingati, ditakuti, dibimbangi dan digeruni.


Beliau memerangkap kepimpinan UMNO menjadi pecacai untuk menjaja dan mempromosi beliau apatah lagi menjelang PRU 13. DSAI tidak perlu berkempen, mengadakan roadshow seperti Dr Hassan Ali. Sebaliknya beliau boleh bersantai sambil menikmati segala nikmat yang tersua dan terbang keluar negara dengan bebas dan senang hati kerana tahu kempen untuk mempromosi diri beliau dijalan dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin tertinggi negara dan segala penat lelah dan perbelanjaan ditanggung.


Tidak cukup dengan tenaga dalam negara, diluar masih ada Al Gore, Clinton, Murdock, Wilfowitz, Soros dan berdozen-dozen lagi. Sebenarnya DSAI lebih takut kalau beliau tidak diberi perhatian, tidak dikutuk dan umpan yang ditaburkan tidak di makan oleh mangsanya. Beliau akan lemas dan gelabah, jika beliau tidak dipedulikan dan dibiarkan tenggelam dari kaca TV, didada akhbar, dilaman blog. Pada masa yang sama jangan kita anggap rakyat bodoh dan tidak mengenali siapa DSAI. Cuma kita bimbang kalau terlalu diperkatakan sifat negatif DSAI rakyat terbanyak akan merasa JEMU dan MUAK. Kalau keadaan sebegini berlarutan keadaan "Backfire" akan berlaku dan kenyataan "Keselamatan DSAI" adalah benar..


Pemimpin negara dan UMNO jangan risau kerja kita masih banyak dimedan dan lapangan. Lebih keraplah berjumpa dan mengambil tahu hal rakyat. Kalau pengundi di DUN kita ada 30,000 pengundi sudahkah kita bersalaman dan bersua muka dengan kesemua mereka? Sudahkah kita kenal berapa orang OKU dan Ibu tunggal dikawasan kita? Berapa lelaki dan berapa perempuan? Berapa ramai anak-anak sekolah. Berapa buah rumah yang ada, apa komposisi kaum nya. Berapa ramai pengundi kita berada diluar dan anak siapa. Berapa ramai lagi anak-anak yang sudah cukup umur yang belum mendaftar pengundi dan berapa banyak lagi persoalan rakyat yang tak perlu diperturunkan disini. Kerja-kerja ini adalah lebih baik dari kerja mempromosi DSAI.


Mc untuk renongan (Nama Mat Salleh, otak dan semangat Melayu pure) kah kah kah


Tan Anak Laha 


X-BTN

Ulasan Mc:
He he.. untuk pengetahuan pengirim email dan pembaca, maksud McTheory tu ialah Malay Created Theory atau dalam bahasa melayunya, Teori Buatan Melayu. Sama la macam UMNO, nama omputih tapi hati dan jiwanya Islam dan Melayu.

Kembali pada ulasan si X-BTN, sememangnya pendapat beliau adalah benar. Dari kita fokuskan kepada Anwar Ibrahim, lebih baik kita fokuskan kepada kerja-kerja kita yang tertunggak. Kenali siapa pengundi kita, rapatkan diri dengan penduduk sekeliling. Insyallah, UMNO/BN akan lebih dihormati oleh rakyat Malaysia.

Lantakla puak lain nak kutuk apa, janji rakyat Malaysia suka UMNO/BN. Ignore je si Anwar tu.. berentikan diri kita untuk memberi promosi percuma pada orang macam ni. Buat mengabiskan boreh sajo. he he..

Lepas ni jika takdak berita penting mengenai Anwar, lebih baik kita toksah dok highlightkan mamat ni la. Tengok muka dia lama-lama pun buat semak jugak.


McTheory:
Tan anak Laha ni, Islam ke orang Asli? he he..

PANASS!! Ultras Kedah Mula Boikot Pasukan Bola Kedah!!

Posted: 01 Feb 2012 09:22 PM PST


Ultra Kedah adalah kelab pemyokong fanatik yang sentiasa menyokong pasukan Kedah dikala susah ataupun senang. Namun bila Ultras sudah memBOIKOT, pasti ada sesuatu yang tak kena.. sambung baca dibawah,





Mc menyokong penuh BOIKOT yang ultras Kedah buat. Memang prestasi pasukan Kedah amat menyedihkan akhir-akhir ini. Terlalu banyak kekalahan tanpa sebarang jaringan. Pemilihan pemain import juga teruk. Kesilapan pengurusan menolak pemain import yang banyak berjasa dulu, adalah satu tindakan yang bodoh.

Marlon Alex James, pemain import pertahanan yang banyak membantu Kedah dalam menjuarai liga dan piala Malaysia pada tahun-tahun yang lepas. Namun di tolak mentah-mentah oleh pengurusan dan jurulatih atas alasan yang tidak munasabah. Namun Marlon mendapat tawaran dari ATM dan prestasi Marlon di ATM sekarang sangat cemerlang.

Berbanding pemain import Kedah sekarang, yang lebih banyak panaskan kerusi pemain simpanan dari bermain bersama pasukan utama. Tahap permainan pemain import lebih teruk dari pemain tempatan.

Sudahlah pada awal musim ini pasukan Kedah melepaskan ramai pemain utama, contohnya seperti Azmi Muslim dan beberapa orang pemain lagi. Pengambilan pemain baru pulak yang tidak berkualiti, jadi pasukan Kedah sekarang banyak buang pemain bagus, dan kumpulkan pemain yang tidak bagus.

Adakah ini pengurusan yang cekap? Dulu semasa Datuk Othman Aziz menjadi pengurus, rasanya pasukan Kedah antara pasukan yang amat digeruni, sekarang? Akibat percaturan politik yang melampau, presiden dan pengurus yang dilantik hanya berdasarkan keperluan politik, hasilnya? pasukan Kedah umpama sayur yang boleh ditelan oleh pasukan lain bila-bila masa sahaja.

Jika mahu pasukan Kedah kembali seperti dulu, tindakan drastik perlu dilakukan untuk menyelamatkan pasukan bola sepak Kedah.

Orang Kedah takmau tengok pasukan Bola Sepak Kedah macam dulu ka?


McTheory:
Pas ni jaga apa pun lingkup..bukan tau buat kerja pun..

TUDIAA!! Bob Lokman Bawa Geng Artis Lagi Masuk Pas!!

Posted: 01 Feb 2012 06:12 PM PST


Nampaknya sorang lagi rakan artis berjaya di "PAS" kan oleh Bob Lokman. Kenapa perlu masuk Pas jikalau hanya mahu berubah? Apakah dengan masuk Pas, Islam seseorang akan menjadi lebih bagus? dan segala dosa yang lepas akan hilang begitu saja? Apakah jaminan syurga yang telah diberikan oleh Nik Aziz menyebabkan tarikan seseorang yang mahu berubah menjadi baik di'mesti'kan masuk Pas?


McTheory:
Kesian minah nih.. terpedaya dengan Bob Lokman..

TUDIAA!! Pas Putrajaya Gunakan Sambutan Maulidur Rasul Untuk Paww Duit Rakyat?!!

Posted: 01 Feb 2012 03:46 PM PST



Apa nak jadi dengan Parti Pas ni (Parti Adat dan Sukan). Hinggakan majlis maulidur rasul pun menjadi tempat nak mereka nak paww duit rakyat. Kalau tak percaya baca artikel dibawah,

Pas Putrajaya akan menganjurkan majlis makan tengah hari sempena Maulidur Rasul bersama Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pada 5 Februari ini bertempat di Dewan Kondominium Saujana Aster, Jalan P11H/1, Presint 11, Putrajaya.


"Program ini diadakan bertujuan menyemai cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. dengan menjadikan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiulawal setiap tahun sebagai syiar," kata Ketua Pemuda Pas Putrajaya, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki.
Selain daripada itu, kata beliau program makan tengah hari itu disasarkan untuk mengutip dana bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.


Pas Putrajaya, katanya mensasarkan kutipan sebanyak RM50,000 akan berjaya dikutip dengan program yang dianjurkan itu.


Tambahnya, tiket berharga RM20 seorang dijual dengan harapan penyertaan daripada pelbagai peringkat.


Tiket boleh didapati dengan menghubungi Dr Hairul di talian 013-1234567.


Katanya, sebagai simbolik kepada kemenangan rakyat pada PRU ke 13, Putrajaya sering kali disebut di bibir rakyat oleh mereka yang dambakan sebuah kerajaan baru yang adil, bersih, berkebajikan, telus dan amanah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Bagus betul puak ni, kutipan derma adalah satu simbolik kemenangan Pakatan Haram. Rakyat yang dambakan kerajaan baru yang adil, bersih, berkebajikan, telus dan amanah, harus menderma banyak-banyak pada mereka, baru mereka akan jadi sebuah kerajaan yang bagus.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Pas Putrajaya ni. Derma banyak-banyak pada mereka untuk mereka menjadi kerajaan yang baik.

Kalau jadi kerajaan nanti, mereka akan buat slogan "dermalah duit untuk negara" heh..


McTheory:
Puak ni bagus, sapu duit rakyat depan-depan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...