PAPA GOMO

PAPA GOMO


BN Tunai Janji, PR Kencing Rakyat

Posted: 28 Jan 2012 08:48 PM PST







Seramai 500 pemilik pangsapuri di Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah idaman sendiri selepas campurtangan kerajaan pusat berusaha menyiapkan projek perumahan sejak tahun 2003.

Majlis penyerahan kunci dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kepada pemilik pangsapuri di sini.

Beliau berkata kerajaan pusat terpaksa campurtangan memandangkan kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan masalah ini walaupun telah berjanji beberapa kali dengan para pemilik pangsapuri berkenaan.

"Saya dibawa oleh pemimpin tempatan pada Julai 2010 sewaktu mengadakan lawatan rasmi di pasar tani Taman Melawati untuk berjumpa dengan pemilik pangsapuri yang sedang mengadakan piket membantah pemaju yang lewat menyiapkan projek ini," kata Noh Omar.

Noh Omar berkata beliau berjanji untuk membawa isu ini telah kepada kabinet dan meminta pertolongan dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Kong Cho Ha untuk turut membantu menyelesaikan projek yang terbengkalai sekian lama.

Menurut beliau penyerahan kunci telah dilakukan kepada 211 pemilik dan baki penyerahan akan dilakukan pada minggu hadapan. Sehingga kini enam blok sudah siap dan boleh diduduki manakala 3 blok lagi dijangka siap pada April 2012.

"Saya meminta jasa baik pihak Syabas dan TNB untuk memberikan kerjasama dan menyegerakan kemasukan bekalan air dan elektrik agar pemilik pangsapuri ini boleh mendiami rumah mereka," kata Noh Omar.


Sebelum itu, pembeli unit pangsapuri Ukay Bistari melalui Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victims) telah menyerbu menyerbu pejabat tapak pihak pemaju untuk mengambil kunci rumah sebagai protes terhadap kegagalan pemaju menyerahkan kunci hari ini seperti yang dijanjikan pada 27 Disember lalu.

Victim terpaksa meminta Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan membantu termasuk dalam projek terbengkalai di Ukay Bistari ini.

Persatuan ini pernah cuba mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tiada satu pun jawapan positif sebaliknya sering ditolak dari satu jabatan ke jabatan yang lain.

Kebanyakan pembeli apartment Ukay Bistari kini terpaksa menanggung beban dengan membayar ansuran bulanan kepada bank sebanyak RM500 sehingga RM1000 setiap bulan dan masih tidak dapat memiliki kediaman masing-masing daripada Damai Bistari Sdn Bhd.

Beberapa pemilik yang ditemui menyatakan rasa bersyukur dengan campurtangan kerajaan pusat selepas majlis penyerahan kunci dilakukan.

Yusaini Harun, berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama berlarutan namun tidak menepati janji yang dilakukan. "Kami berterima kasih kepada kerajaan pusat yang sudi membantu menyelesaikan isu ini."

Noraiza Abdul Wahab, turut menyatakan rasa syukur kerana perjuangan menuntut hak mereka berjaya. Beliau turut tumpang gembira dengan beberapa rakan yang telah diserahkan kunci walaupun pangsapuri milik beliau akan siap dalam bulan April 2012.

sumber KL POS

Gomo: Tahniah buat Barisan Nasional Selangor yang mampu menyelesaikan masaalah pembeli rumah Ukay bistari Hulu Klang. Nak harapakan kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR hampeh janji punya janji makan pasir jelah jawapnya.

Rakyat Selangor belum telewat untuk berubah dari keadaan yang ada hari ini yang mana ditadbir oleh sebuah kerajaan yang lemah dan korup. Gomo harap PRU13 kelak pastikan Barisan Nasional merampas kembali Selangor.

Psssttt. . . . . Jelas hanya BN sahaja mampu membela nasib rakyat.
Published with Blogger-droid v1.7.4




"Jangan Kita Mengiyakan Sesuatu Yang Tidak Betul Mengenai Pemimpin Kita"

Posted: 28 Jan 2012 06:07 PM PST


"Kita telah kaji dua tahun sebelum ini apabila pembangkang serang peribadi individu pemimpin kadangkala kita sendiri yang 'mengipasnya' dan bukannya mempertahankannya.

"Kita harus sedar bahawa ahli-ahli UMNO sendiri yang menaikkan pemimpin, jadi mengapa mereka sendiri hendak cantas pemimpin UMNO. Jangan kita mengiyakan sesuatu yang tidak betul mengenai pemimpin kita,''

- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin Naib Presiden UMNO

Setuju kenyataan dari D.S. Hishammuddin ini, cuba kita lihat pembangkang yang mana mereka melindungi pemimpin mereka walaupun telah terbukti pemimpin mereka tidak bermoral sepertimana Anwar Ibrahim dengan China Doll dan Liwat nya, Eli Wong dengan gambar Bogelnya dan lain lain pemimpin.

Jadi buat ahli UMNO seharusnya kita usah lagi menjadi api dalam menyalakan apa yang telah dimulakan oleh pihak pembangkang ini. Matlamat mereka adalah untuk membuatkan kita Huru hara, bertikam sesama sendiri yang akhirnya untung adalah mereka dari Pembangkang.


Psssttt..... Renung renungkanlah wahai ahli UMNO seluruh negara......


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Kenapa Video Ni Menarik Untuk Ditonton?

Posted: 28 Jan 2012 06:44 AM PST


PART 1



PART 2


Apa komen puak puak PAS?

Gomo banyak yang nak ulas apa yang berlaku dalam Video diatas ni tapi rasanya jika anda peka dan ingin mengetahui secara mendalam mengenai video pembohongan ini adalah lebih baik anda membongkar bukti bukti penyelewengan yang dilakukan PAS dan Pakatan Rakyat Haram.

Psssttt. . ...... Apa pun Menteri Besar Terengganu memang sempoi, hahahaha

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Anwar Ibrahim Sokong Israel Tetapi UMNO Disamakan Zionis

Posted: 28 Jan 2012 01:00 AM PST




Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel tetapi tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel", katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan untuk membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Lapor portal itu lagi, walaupun Anwar menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwar berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.

"Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka", katanya.

AIDCNews – 27/10/12



GOMO: Elok lah tu bila ketua Umum Pakatan PAS menyokong segala usaha dalam menyelamatkan Israel sebuah negara yang HARAM yang mana telah merampas tanah milik Palestin. ELok sangatlah tu buat Puak PAS yang membanggakan dan menggagongkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Puak Pembangkang dok kata UMNO ni jahat dan zalim macam Zionis tetapi sejahat jahat UMNO yang dikatakan zalim ni kita tak pernah ada niat nak jalinkan Hubungan Diplomatik dengan Israel kerana UMNO tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang SAH.

Anwar Ibrahim boleh kata nak melindungi keselamatan Israel dan Gomo percaya jika Pakatan PAS, DAP, PKR jatuh ke tangan pembangkang maka esok hari Anwar Ibrahim akan mengumumkan hubungan Diplomatik diantara Malaysia dan Israel temetrai sebagaimana Singapura yang melakukan pekara ini apabila keluar dari Malaysia.


KLIK IMEJ

Malas nak komen lebih bab ni takut puak PAS marah Gomo pulak kata Gomo ni lagi jahat macam Israel Zionis keparat. Al Maklum Gomo dan lain lain Blogger ni dikatakan jahat macam Syaitan. Anwar Ibrahim dijulang macam Malaikat. Biasalah.......Anwar je layak masuk Sorga.


Psssttt... Hebat bila Anwar Ibrahim sokong Israel, ni ke Faktor pembebasan Anwar dari kes Liwat?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Fitnah Pembangkang Keterlaluan - Pengarah Eksekutif NFCorp

Posted: 27 Jan 2012 10:00 PM PST


Rafizi Ramli PKR
Kaki Fitnah
(Muka Pun Dah Macam Lembu)


Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau dan anggota keluarganya menggunakan duit pinjaman RM250 juta untuk berbelanja mewah dari menggunakan wang tersebut untuk projek lembu fidlot.

Beliau nyata kesal dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap keluarganya sehingga diberitakan wang dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, kondominium dan paling mengaibkan katanya membeli baju dalam berharga RM16,000.

Wan Shahinur dilihat agak terkejut dengan kehadiran wartawan di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi sepatutnya hanya mengadakan perjumpaan dan memberi taklimat kepada dengan sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Gabungan NGO-NGO Malaysia.

"Perjanjian pinjaman ini telah ditandatangani. Kegagalan untuk membayar pinjaman hanya akan menyebabkan pihak kami diisytiharkan bankrap malah boleh dipenjarakan. Kami tidak akan lari dari tanggungjawab membayar setiap sen dari pinjaman ini.

Tidak timbul langsung soal penyalahgunaan wang pinjaman," kata Wan Shahinur, yang juga adalah anak kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Pihak NFCorp agak kecewa apabila aset dibekukan. Kami perlu memikirkan cara terbaik untuk menguruskan syarikat. Pihak kami perlu membelanjakan RM400,000 sebulan untuk pemakanan lembu fidlot dan pembayaran adalah dalam bentuk tunai kepada para pembekal.

Masa pihak pengurusan turut terganggu kerana 8 hingga ke 9 jam kami perlu memberi kenyataan di balai polis."

Beliau juga memberi penjelasan keputusan syarikat membeli dua unit kondominium di One Merenung adalah satu keputusan terbaik kerana telah memberi pulangan dalam bentuk sewa dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijual.

"Pembelian kondominium ini jelas tercatit dalam perjanjian MOA (Memorandum of Agreement) yang membolehkan syarikat untuk melabur.

Hartanah ini adalah pelaburan terbaik bagi membolehkan kami membayar kembali pinjaman walaupun projek ini telah ditangguhkan. Pinjaman perlu dibayar" kata beliau.

"Kami berniaga dan bukannya ahli politik," tegas Wan Shahinur yang turut menjelaskan projek ini juga bertujuan untuk mewujudkan rangkaian perniagaan bagi kaum bumiputera.

Dalam pada itu beliau memohon maaf kerana kelewatan untuk mengadakan sesi taklimat yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang dan hanya bermula kira-kira dua jam selepas itu.

Sumber: KL POS
GOMO: Pembangkang tidak akan membiarkan kenyataan sebegini walaupun terbukti kebenaran mengatasi segalanya. Apa sahaja penjelasan mengenai Syarikat NFCorp akan diputar belitkan dan ditambah itu dan ini demi menjatuhkan maruah Shahrizat Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Semoga Allah membalas Fitnah Fitnah yang dilemparkan buat Shahrizat Jalil sekeluarga. Amin
Psssttt.... Sekarang ni Mak Lampir Zuraidah dan Rafizi Ramli makin kurang bercakap isu NFC, pasal apa? Ha ha ha

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...