Kes menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Mana Mau Lari Ni...

Posted: 27 Jan 2012 06:00 PM PST
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 Mac untuk perbicaraan kes menghina mahkamah melibatkan penulis blog, Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan demikian selepas Amizudin memohon penangguhan bagi memberinya masa melantik peguam dan membalas notis usul.
Terdahulu, Amizudin, 43, memaklumkan bahawa beliau tidak pernah menghilangkan diri dan bukan sengaja mengelakkan diri daripada menghadiri prosiding.
Katanya, tiada sebarang notis diserahkan kepadanya dan hanya mengetahui prosiding kes tersebut melalui akhbar.
Dakwaan Amizudin itu disangkal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, 70, kerana pihaknya telah ke rumah Amizudin beberapa kali namun gagal menemui beliau. – Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...