Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


Muhasabah diri! Ustaz Kazim Elias Bercerita Di Ganggu Oleh Pondan??

Posted: 26 Jan 2012 07:12 AM PST


Gelak-gelak juga.. fahamkan apa yang Ustaz Kazim cuba sampaikan tu..

KASI PANAS!! Pulau Pinang Sarang Pelacuran Pondan?

Posted: 26 Jan 2012 05:12 AM PST



Apa dah jadi dengan Pulau Pinang sejak di Perintah oleh DAP? Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan sekitar Georgetown tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan. Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.


"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.

Mat Kilau Penang

PANASS!! Puak Pencacai Pakatan Komen Hina Al-Quran??

Posted: 26 Jan 2012 02:12 AM PST



Petikan dari blog Angin Perubahan

Berikut adalah komen daripada seorang pengomen tegar Malaysiakini bernama Kong Bu Fenzi yang menulis "cariklah masjib, buatlah sumpah dengan Al Quran" dalam artikel ini. Lihatlah bagaimana biadap dan kurang ajarnya komen yang diluluskan dalam Malaysiakini.

Etika kewartawanan sudah dicabuli untuk kepentingan politik semata-mata. Malah turut digunakan untuk menghina kesucian Al Quran. Rakyat perlu menolak budaya biadap sebegini. Inilah kebebasan cara biadap.


McTheory:
makin lama makin melampau.. nak mampus kot?

LAA EHH!! Mahfuz Bakal Jadi Menteri Luar Pakatan Rakyat??

Posted: 25 Jan 2012 11:12 PM PST



Baca twitter di atas. Sumber gambar Mc ambil dari SINI. Mahfuz menteri luar? Mahfuz Omar? Ahli Parlimen Pokok Sena tu? Bakal jadi Menteri Luar? kah kah kah .. Boleh ke Mahfuz cakap omputih? Azmin tu puji ke perli? Rasanya dia perli Mahfuz tu. ha ha ha...

Suruh Mahfuz jadi menteri luar, serupa suruh dia pergi bunuh diri la.. Azmin ni berniat jahat ni..



Gambar macho seorang bakal Menteri Luar..
Lepas Abu Dhabi, ke Manchester, jauh perjalanan abang Mahfuz kita ni. Banyak duit belanja. Opss.. lupa pulak, bakal menteri luar kena la training dulu ya.. ha ha ha..

Penyokong pencacai Pas, pulun dok kutip derma, jihad konon, yang pemimpinnya, pi sana sini makan angin.

Kesiann kesiann..

McTheory:
Kalau dia menteri, lingkup Malaysia.. ha ha ha..

PANASS!! Kisah Benar Pergaduhan di Jalan Kebun!!

Posted: 25 Jan 2012 08:12 PM PST



Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Izinkan kami di sel13.com menerangkan kepada anda apa yang sebenarnya berlaku dan punca kepada masalah tersebut.

Kampung Jalan Kebun

Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.

Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa 'hidup' dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Ulasan Peristiwa

Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.

Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.

Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.

Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?

Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sel13.com

TUDIAA!! Dr. Asri Menegur Perbalahan di antara Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari!

Posted: 25 Jan 2012 05:12 PM PST


Sikap sebegini perlu dipuji.

Antara pendakwah negara kita, tiada sebarang kesalahan belajar perkara yang baik dari mereka.


Jika ada bercanggahan dengan pegangan, kajilah dengan lebih dalam dengan bantuan Ulama yang jujur dan amanah bawa cahaya Ilahi.

Bab menuntut ilmu perlu diteruskan tidak kira dari siapa. Bab politik kita sendiri tentukan pada saat ketika mahu undi.

Sudah tentu parti yang tidak menjual kalimah Allah yang akan menjadi pilihan hati.

Namun benarkah Abu Aqif suka memecah belahkan diantara Ulamak seperti mana yang di nyatakan dalam blog PPC ni? Mc ingat Abu Aqif perlu menjawab perkara ini.


McTheory:
berbeza pendapat takpa, tapi jangan sampai berpecah belah..

(EKSKLUSIF) Rasa Keluar Lebihan Mani Semasa Solat - Ustaz Kazim & Ustaz ...

Posted: 25 Jan 2012 01:48 PM PST

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...