Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEGAR DAHH!! Ini Muka Bakal Adun dan Ahli Parlimen Kelak!!

Posted: 21 Jan 2012 09:01 AM PST

Pelbagai tuduhan terhadap UMNO Kedah yang dikatakan tidak bergerak dan seolah-olah telah mati. Di sini Mc nak terangkan, UMNO Kedah bukan tak bergerak, cuma sebilangan Bahagian UMNO yang masih lagi lena diulit intan. Mimpi basah disiang hari.

Hari ini Mc meluangkan masa mengikut program sempena sambutan Tahun Baru Cina, bersama Adun Belantek Datuk Tajudin Abdullah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Azeez Abdul Rahim.

Sememangnya dua insan ini tak pernah penat dan lelah dalam program mereka bertemu dan mesra rakyat.

Mula-mula kita pergi di Dun Belantek.








Ehh.. YB naik Kelisa saja ka?..

Sebenarnya banyak lagi gambar YB Tajudin dalam sesi bertemu rakyat, namun Mc cuma ambil sikit saja. Letak banyak-banyak nanti muak pulak pembaca tengok. Namun sebagai orang muda, Mc memang kagum melihat kesungguhan YB Tajudin. Memang lepas ni Adun dan Ahli Parlimen kena pilih orang muda. Baru laju sikit bekerja.

Lepas pada Belantek, Mc berkunjung pula ke Parlimen Baling. Salah satu kawasan Parlimen Pas yang paling bermasalah. Ahli parlimen sekarang, Ustaz Taib Azzimuddin, serupa tak pernah wujud. Takpa kita layan gambar dulu.









Datuk Azeez seorang penyelaras parlimen Baling, tetapi popularitinya tersangatlah tinggi dikalangan rakyat Baling sekarang ni. Hinggakan Mc lihat seolah-olah beliau pulak yang memikul tanggung jawab sebagai ahli parlimen. Namun Datuk Azeez yang payah risau la, confirm Datuk Azeez jadi calon PRU ni dan akan menjadi ahli parlimen Baling yang baru.

Nak harapkan Pas?

Tunggu la lama-lama sikit.. nanti waktu kempen PRU, baru la puak Pas ni turun padang nak buat baik. 3 tahun depa abaikan rakyat, nanti waktu kempen, rasanya, jijak semut pun tak mati kot.


McTheory:
Lepas mula la janji bulan dan bintang.. Pas Pis Pus..

Tudiaa!! Kerajaan Kedah Supply Teh Tarik Free Pada Rakyat!!

Posted: 21 Jan 2012 07:28 AM PST

Lihatlah air Teh Tarik free yang disupply oleh kerajaan Kedah kepada rakyatnya. Mulia sungguh kerajaan negeri Kedah kepada Kampung Lubuk Badak Baling Kedah.

Inilah akibatnya kalau pembalakkan tidak terkawal. Habis musnah alam sekitar. Rosak habis sumber minuman orang kampung. Inikah dinamakan Kedah Sejahtera?

Kedah sejahtera, rakyat sengsara!!

KASI PANAS!! Kontroversi Kecoh Tokong Di Hadapan Surau?

Posted: 21 Jan 2012 04:51 AM PST


Harap-harap kerajaan Kedah pandang serius benda macam ni. Jangan dok berceramah saja, tapi pasal rakyat haram tak peduli pun.

PANASS!! Bukti Yang Menunjukkan MAIK Sememangnya Tak Amanah!! #SaveKedah

Posted: 20 Jan 2012 11:12 PM PST

a) Tanah Wakaf Madrasah Salihiah Kanchut hendak diserahkan kepada Jabatan Agama Islam sebagai pemegang amanah yang baru sebagai mengantikan nasir amanah madrasah sekarang.
b) Datuk Yang Dipertua nasihatkan kepada Jawatankuasa supaya membina komplek madrasah tersebut 3 tingkat atau lebih, memandangkan kedudukan tanah wakaf tersebut amat strategik.
c) Datuk Yang Dipertua cadangkan supaya Pembinaan Kompleks ini diserahkan kepada mana pihak syarikat atau agensi dengan secara pajak atau lainnya.



Ini gambaran lebih dekat..


Inilah adalah surat perjanjian diantara Kariah Jawatankuasa Madrasah dengan pihak MAIK. Pertukaran Nasir Amanah ini terjadi pada tarikh 27 JULAI 2002.

Semasa pertukaran Amanah Tanah Wakaf ini Datuk Yang Dipertua tidak membenarkan tanah ini dijual. Itu diantara syarat utama.

Malah Madrasah Salihiah ini sepatutnya di bina 3 tingkat atau lebih kerana kedudukkannya yang strategik. Tapi MAIK bina berapa tingkat? 2 tingkat saja kan.

Malah Datuk Yang Dipertua berharap Madrasah Salihiah dapat mengembangkan syiar Islam dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Namun sehingga tanah dijual ia tiada usaha dari MAIK.

Untuk pengetahuan semua pembaca, selama 10 tahun MAIK memegang amanah di Madrasah Salihiah, selama itu jugalah tidak pernah MAIK datang membayar duit seliaan, air dan letrik. Semuanya di tanggung oleh kariah jawatankuasa.

Duit seliaan diambil dari sewa syarikat Insuran Takaful. Kiranya selama ini Madrasah Salihiah hidup bergantung kepada sewa syarikat Insuran. MAIK yang diamanahkan, tidak pernah peduli pun.

Mungkin atas sebab demikian pemaju telah mengeluarkan satu surat supaya pemilik syarikat Insuran Takaful mengosongkan premisnya dengan segera.




Bila pemilik Insuran Takaful dihalau, maka pihak Madrasah akan menghadapi masalah dalam untuk menyelia bangunan Madrasah. Kenapa perlu di halau dahulu pemilik syarikat Insuran, sedangkan badan utama dalam Madrasah itu masih belum lagi boleh dirobohkan atas perintah mahkamah.

Ini satu taktik kotor yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri dan pemaju.

Makin lama makin kotor permainan mereka. Inikah kerja cara Islam yang dilaungkan oleh Menteri Besar Kedah?

Menghalau, menindas, menipu dan salahgunakuasa.. semata-mata untuk menjual Tanah Wakaf yang dijadikan tempat kita bersolat dan menjalankan aktiviti agama?

Makin teruk nampaknya parti Islam ni. Demi kuasa dan wang, ISLAM SELALU DIPERGUNAKAN OLEH PAS!!



McTheory:
Ada lagi pendedahan nanti.. cepat atau lambat saja..

TUDIAA!! Bola Kedah Kalah Lagi!! Letak Jawatanlah Presiden dan Pengurus!!

Posted: 20 Jan 2012 08:12 PM PST

UNDURLAHHH!! PRESIDEN & PENGURUSAN KFA


Memang patut undur pun.. kalau boleh sekali dengan Jurulatih.. dah masuk 4 perlawanan, bukan kata menang, nak dapat 1 GOL pun takdak. Bolos lagi banyak la dok ada. Sebelum terlambat, baik tukar orang laa.. Pemilihan pemain IMPORT pun macam haramm.. siapa pilih gamaknya? Tak membantu langsung!!
APA LAGI YANG KFA MAHU "KAN" DENGAN BOLA 
SEPAK DI KEDAH.
NAK CARI PENGARUH ORANG @ LUBUK DUIT KA..........

POLITIK PUNCA KEMEROSOTAN PASUKAN KEDAH DARULAMAN????




Seperti dijangka, ribuan penyokong Kedah berkumpul di luar astaka utama bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan di atas prestasi hambar skuad Kedah. Kedengaran laungan "Undur Khazali Undur".


KEDUA-DUA ORANG PENTING HARUS BERUNDUR SECARA TEHORMAT DEMI MARUAH BOLA SEPAK KEDAH........CONTOHI KELANTAN.... JANGAN BAGI PEMINAT TURUNKAN DEPA NI..... BAGI ORANG YANG TAU JAGA DAN URUS BOLA SEPAK........

Penyokong yang x puas hati dgn kfa buat bantahan di SDA..
Bolasepak KEDAH adalah MARUAH rakyat KEDAH .......Tidak Hairanlah Penyokong² berhimpun untuk menyuruh orang yang tidak tahu menjaga MARUAH berundur supaya memberi peluang kepada yang TAHU

TERINGAT CITA DULU2, MASA TU GENG PALING SIBUK DON ANTAR MEMO KAT SULTAN KEDAH PASAL MASA DEPAN BOLA SEPAK KEDAH 

Kalau depa takmau turun dan undur juga.. kita kasi gegar dengan DEMO.. baik punya..

Maklumat :-Team Media Kedah

TERPANAS!! Yb Pas Saman Penyokong Pas RM10juta!!

Posted: 20 Jan 2012 05:12 PM PST

Hiasan semata...

Artikel yang mengejutkan ini Mc ambil dari blog AkuBekasPkr. Mc mengetahui perkara sebenar, tetapi tidak pulak Mc sangka bahawa YB Pas ni sanggup menyaman penyokong tegar Pas sendiri. Nampak sangat YB Pas ni dah tahap kronik dah.

"Sedih dan pilu". Itu sajalah ungkapan yang dapat aku rungkaikan kepada 2 orang penyokong tegar PAS dan pengundi kepada YB berkenaan, apabila mereka menyerahkan notis saman yang baru diterima daripada peguam lantikan Yb muda di Kedah.


Kedua-dua mereka didakwa telah 'menghina' dan membuat 'tohmahan' terhadap YB berkenaan kerana telah membongkarkan penderitaan penduduk beberapa kampung terlibat, berhubung jalan kampung yang sangat tidak terurus, melalui program Titik Sentuhan' terbitan RTM pada jam 9 malam 18 Disember 2011.

Encik Hanafiah dan Encik Zakri, hanya 'pekerja kampung' dan termasuk di dalam kumpulan 'orang miskin' yang tidak berpendidikan telah diberi notis seminggu supaya memohon maaf secara bertulis kepada Yb berkenaan dan secara terbuka melalui RTM.

Selanjutnya Yb berkenaan telah meminta mereka yang terlibat supaya membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM 10 juta

Mereka telah menyatakan sesuatu yang benar daripada pemerhatian mereka sebagai rakyat yang memilih YB berkenaan, kerana mereka adalah di antara penduduk yang sering menggunakan laluan yang dimaksudkan.

Persoalannya:

1. Apakah motif sebenar YB muda PAS ini mahu menyaman rakyat sendiri yang dikira antara yang daif di kawasannya.

2. Wajarkah Yb PAS ini, yang telah dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah membantu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat mengambil tindakan menyaman rakyat dan penyokong sendiri, hanya kerana ditegur oleh rakyat.

3. Kenapa begitu mudah sekali pemimpin PAS di Negeri Kedah ini mahu mendapatkan laba dan keuntungan sehingga terlupa kepada peranan, tugas dan tanggungjawab sebenar?

4. Apakah Yb muda PAS ini fikir, apabila sudah menjadi kerajaan maka rakyat tidak berhak menegur dan apabila ditegur, ianya sudah menjadi fitnah dan tohmah?

5. RM 10 juta yang dituntut adalah satu jumlah yang sangat besar kepada rakyat di kampong WALAU PUN SANGAT KECIL KEPADA YB2 PAS SEKARANG.


McTheory:
Senang cakap YB Nasir ni dah lupa diri sebenarnya..

EKSKLUSIF!! Video Datuk Mukhriz Mahathir Menyokong Untuk Selamatkan Madrasah Salihiah!! #SaveKedah

Posted: 20 Jan 2012 04:12 PM PST


Sokongan kuat daripada Datuk Mukhriz menyemarakkan lagi semangat Badan Bertindak untuk terus berjuang mempertahankan madrasah.


McTheory:
Biar putih tulang, jangan putih mata.

TUDIAA!! Perkara Tergempar Jadi KLIA.. Ada BOM?

Posted: 20 Jan 2012 11:31 AM PST


Rilekk.. jangan tekanan.. layan video ni dulu.. santai sikit.. lepas ni sambung balik politik.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...