Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Parti Pas jatuh Kafir Setelah Menyokong LIWAT?

Posted: 19 Jan 2012 07:15 AM PST



Saudara-saudara sekelian percayalah,


Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama pembangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.


Firman
Allah swt: Surah al-Asra' ayat 32:

Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Kamu semua hendaklah mengambil (hukuman zina) daripadaku. Sesungguhnya ALLAH telah menunjuk jalan penyelesaiannya. Penzina yang telah berkahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan direjam hingga mati. Penzina yang belum kahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan dibuang daerah."

- Hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah

Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s. (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela."

- Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah

PAS sudah lupa akan hadis diatas, dan hanya mengingati hadis dan ayat Al-Quran berkenaan hukum Hudud sahaja. Ia merumuskan bahawa PAS juga telah jatuh kafir seperti mana tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO. PAS mengarahkan penyokong-penyokongnya menjaja seluruh negara yang UMNO tolak hukum Hudud Allah. Sedangkan Pas menghalalkan LIWAT! Apakah itu tidak menolak hukum Allah?

Nabi sudah dicipta oleh PAS. Imam Mahdi pun sudah ada. Lama-lama nanti agaknya dicipta agama baru pulak. Sedangkan PAS ini adalah sebuah parti politik. Sebijik macam golongan Syiah.

Nah kamu wahai Pas, sifat kafir itu kembali kepada siapa sekarang?

EKSKLUSIF!! BN Kedah Yakin Dapat Tawan Balik Kedah!! #SaveKedah

Posted: 19 Jan 2012 04:35 AM PST

Sidang media ni mula-mula untuk program Sambutan Tahun Baru Cina.. tapi akhirnya.. lain pulak yang jadinya..
Datuk Paduka Ahmad Bashah bersama Datuk Chong Itt Chew



Tok Bashah bantai Pas Kedah

Tok Chong pulak ulas mengenai MCA sekarang..

Pagi tadi Datuk Paduka Ahmad Bashah, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, bersama Datuk Chong Itt Chew, Pengerusi MCA Kedah, membuat program bersama rakyat sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Maka adalah sidang media untuk program tersebut, soalan-soalan lain tak berapa best nak dengar. Bila tiba, soalan harapan BN untuk menang PRU ke 13. Ini soalan yang di tunggu-tunggu.

Tok Bashah berkata, beliau yakin Kedah akan kembali kepada BN. Kalau mengikut situasi sekarang, rakyat Kedah sudah muak dengan Pas. Tambahan pulak, dibantu dengan kes Hasan Ali yang mahu mengadakan 'road show' di seluruh negara bagi membongkarkan kemungkaran Pas. Tentulah lagi huru-hara Pas dibuatnya.

Ini melemahkan lagi Pas di peringkat pusat dan juga negeri.

Datuk Chong pulak menjelaskan, sokongan kaum cina kepada BN semakin bertambah. Tidak dinafikan, sebelum ini kaum cina menyokong pembangkang, namun selepas 3 tahun Kedah di bawah Pas. Ekonomi negeri tidak berjalan lancar seperti mana yang dijanjikan.

Tidak banyak peluang terbuka untuk kaum cina menjanakan ekonomi. Tidak seperti zaman BN dahulu, di mana kerancakkan ekonomi di Kedah membuka peluang perniagaan di samping pendapatan rakyat juga bertambah.

Kerajaan negeri sekarang hanya tahu bercakap, bercakap, bercakap. Ceramah, ceramah, ceramah. Lain takdak..

Mula-mula orang suka la.. lama-lama siapa pun akan jadi menyampah. "No Action Talk Only"

Kita sambung balik program mesra rakyat Tahun Baru Cina yang dibuat pagi tadi, biasa la, program kebajikan macam ni selalunya BN yang buat. Nak harap kerajaan negeri?... hampeh.. kebajikan pala otak depa!

Macam pernah ku lihat..

Berkumpul sebelum mulakan program..

Banyaknya.. berapa lori ni..

Skuad Sayang Wanita Kedah mulakan dulu..

Waa!! manyak happy dapat hadiah..

Tok Bashah pun turun padang..

Tok Bashah dan Tok Chong sama-sama mesra rakyat bro..

Kalau selalu turun jumpa rakyat, pemimpin akan tahu denyut nadi rakyat. Rakyat nak kerajaan yang boleh memberi mereka kebajikan, bukan yang mengharap kebajikan rakyat pada mereka. Macam Pas Kedah sekarang. Kata kerajaan kebajikan, apa yang Pas Kedah buat untuk 'berkebajikan' pada rakyat?



McTheory:
Macam takdak apa-apa pun.. yelekk..

TERKINI!! Apa Tony Pua Buat Dengan Zahid Hamidi Dalam Kementerian Pertahanan??

Posted: 19 Jan 2012 02:46 AM PST

Apa yang Zahid Hamidi buat dengan Tony Pua dalam Kementerian Pertahanan? Berborak? Bertekak?







Sekarang ini sedang berlangsung sidang media selepas lawatan pemimpin pembangkang yg diketuai YB Tony Pua, YB Dr. Dzulkifli Ahmad dan YB Saifudin Nasution Ismail untuk mendapat penjelasan berkaitan kontrak pembelian ketenteraan kerajaan Malaysia.

Dari pembelian kapal selam sehingga la yg terbaru isu penyerahan kontak RM9 Billion projek merekabentuk, membina, melengkapkan, memasang, meluluskan, integrasi, ujian dan penyerahan 6 buah Littoral Combalant Ships (Frigatr Class) oleh Boustead Naval Shipyard.

Jumlah kontrak asalnya RM6 Billion tahun lepas melonjak kepada RM9 Billion apabila diumumkan tahun ini.
Laporan lanjut menyusul nanti.

Sumber asal SINI

PANASS!! Apa kes dengan Azhar Idrus dan Fathul Bari ni??

Posted: 19 Jan 2012 12:12 AM PST



Sama-sama perjuangkan agama. Sama-sama mahu Islam di perkasakan, kenapa perlu tuduh menuduh? Boleh berbincang dan selesaikan di meja rundingan. Azhar Idrus pun satu, tak soal siasat, main bedal gelarkan orang macam-macam. Sebagai seorang Ustaz kan lebih bagus selidik dulu sebelum cakap.

Inilah kelemahan manusia, bila dia rasa dirinya dah hebat dan kuat. Mulalah dia akan buat yang bukan-bukan. Kutuk orang sana-sini..

Adeh..

PANASS!! Ahmad Maslan Kata Blogger UMNO Sampah??!

Posted: 18 Jan 2012 09:12 PM PST



Kontroversi yang terjadi diantara blogger UMNO, FB, Twitters dan Ahmad Maslan sebenarnya adalah satu fitnah. Satu perangan khas untuk memusnahkan rangkaian pejuang alam maya UMNO. Baca penerangan dari blog Generasi Pejuang Bangsa.

GPB nak tergelak   dengan satu tuduhan fitnah di FB yang menuduh bahawa Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah berkata blogger sokong UMNO & BN sebagai sampah .


Apa tidaknya baru minggu lepas saja Datuk Ahmad Maslan a.k.a Tok Mat datang ke P.Pinang dalam satu program penerangan anjuran BN negeri .  GPB dan beberapa blogger Penang hadir dan berjumpa serta makan bersama beliau .


Kalau gaya  makan seperti  di atas bersama blogger  pro UMNO  oleh seorang Pak Menteri yang juga  Ketua Penerangan parti ,  pemimpin macam ini ke nak kata blogger UMNO adalah  Sampah ??

Malah semasa menyampaikan ceramahnya , beliau juga  mengiktiraf   peranan  blogger pro UMNO/BN   sebagai media digital yang penting untuk strategi penerangan  kepada rakyat dan golongan muda.




Tuduhan fitnah ini  jelas agenda  jahat pihak lawan untuk memecabbelah kan jentera  UMNO /BN . Mungkin pembangkang panas kot dengan penerangan Tok Mat ke seluruh negara yang tengah rancak ketika  ini ...




PANASS!! Kontroversi Tauliah Pengerusi Terap Care?!!

Posted: 18 Jan 2012 06:12 PM PST


Sebelum kita mula cerita, Mc nak terangkan dulu, apa itu Terap Care. Sebab selain penduduk Padang Terap di Kedah. Mc rasa tak ramai yang tahu pasal ni.
Terap Care merupakan satu Lembaga Swadaya Rakyat atau NGO Islam yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Padang Terap tanpa mengira warna kulit dan ideologi.




Wow.. kalau kita pegang pada definisi Terap Care ni, memang terbaik lah untuk rakyat. Sekali pandang sememangnya akan terpegun dengan keindahan NGO itu. Tetapi sayangnya, apabila Pengerusinya dicemari oleh anasir-anasir PAS. Beliau juga dipertikaikan kredibiltinya dengan dua persoalan yang timbul.

Sudah la Terap Care ni dikatakan bukan badan berdaftar.. Pengerusinya pula dilanda kontroversi Tauliah dar Mufti Kedah.

Mc rasa beliau perlu jawab soalan ini untuk menjelaskan segala yang kabur.

Soalan yang perlu beliau jawab :


1) Bagaimana beliau boleh menjadi penceramah yang bertauliah oleh Mufti Kedah? Hakikatnya dia gagal menghabiskan pelajarannya di KIAS dan KUIN sebab tidak lulus periksa. Mungkinkah ini ada campurtangan dan salahguna kuasa pihak atasan Kerajaan PAS Kedah?

2) Bagaimana beliau boleh menjadi penceramah yang bertauliah oleh Mufti Kedah? hakikatnya beliau tidak pernah belajar di mana-mana pondok sekalipun? Adakah beliau memberi sijil-sijil palsu kepada JAIK dan JAIS semasa permohonan tersebut? 

Keraguan demi keraguan timbul dalam perkara ini. Seseorang yang tidak layak, telah di tauliahkan. Kenapa begitu?

Mc berharap ada pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat sejauh mana kelayakkan beliau untuk mengajar hal-hal berkaitan dengan agama. Kerana dikhuatiri dengan tidak cukup ilmu didada beliau maka akan ramai lagi yang akan turut sama tersesat. Nauzubillah....


McTheory:
Agama jangan main-main, sesat naya nanti.

PANASS!! Adam Adli 'KOMA' Bila Bertembung Panglima Ludah!!

Posted: 18 Jan 2012 03:12 PM PST


Mengikut maklumat yang diterima, geng Mahasewel yang di ketuai oleh Adam Adli. Sedang menuju ke bangunan UMNO.

Tujuan mereka tidak lain tidak, hanyalah untuk membuat kacau semata. Namun pergerakan geng mereka telah di baca oleh beberapa pihak.


Disebabkan kedatangan puak mahasewel ini diketahui lebih awal. Panglima Ludah UMNO, si Armand PJU bersama sahabat-sahabatnya menanti kedatangan si Adam Adli.

Penantian mereka, hampa apabila geng Mahasewel yang dijangka datang, tidak jadi datang dan hilang dalam perjalanan.

Mungkin mereka tahu bahawa, kedatangan mereka akan di sambut meriah, sebab itu mereka melarikan diri dulu sebelum kena.

mana ada.. yilekk..




Rasanya kalaulah si Adam tu berani datang, mau KOMA kot bila jumpa dengan Panglima Ludah. he he he..



sumber gambar Blog Double Y dan Hurairahady..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...