Kedah Ke KL - MctHeory |
- GEMPAR!! Perkara yang paling puak PKR tak suka baca!!
- KASI PANAS!! Apa Cerita Dengan Menteri KDN ni? @HishammuddinH20
- PANAS!! Skandal Wang Zakat Jamil Khir, Bersalah?
- PANASS!! Perangai Buruk Pas Kedah di Bongkar lagi!!
- GEMPAR!! Anwar dan Keluarganya Menyokong 1Malaysia rupanya!!
- KASI PANAS!! YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Agen UMNO dalam Pas?
- LAA EHH!! Cerita BodyGuard Wan Azizah Paling Gila Khinzir!!
- TUDIAA!! Bomoh Cina Pun Mai Jampi Hakim Bebas Anwar?
GEMPAR!! Perkara yang paling puak PKR tak suka baca!! Posted: 11 Jan 2012 09:23 AM PST Rasanya perkara ni yang paling puak PKR tak suka baca. Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kampung Jerek Baru, dekat sini, keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR yang dianggap sia-sia. Kumpulan itu yang diketuai Mohd. Nazri Mohd. Nor menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani hari ini. Beliau berkata, mereka meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang didakwanya hanya "bermain wayang" tetapi gagal menunaikan janji kepada. "Kami kecewa apabila parti itu bersekongkol dengan Pas untuk merampas tanah rakyat di beberapa kawasan Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang. "Rasa sedih juga apabila tanah yang diusahakan rakyat, diambil balik begitu sahaja...rakyat juga menuduh kami bersubahatdalam perkara itu sedangkan kami tidak memperolehi satu sen pun daripada pembangunan tanah berkenaan," dakwa Mohd Nazri. - BERNAMA McTheory: Asyik keluar saja.. nak tinggal apa lagi nanti? hehe.. | ||||
KASI PANAS!! Apa Cerita Dengan Menteri KDN ni? @HishammuddinH20 Posted: 11 Jan 2012 07:32 AM PST Nak tau apa cerita? Baca laa sendiri.. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji komitmen dan kerja kuat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat persiapan dan bertugas 24 jam semasa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901. Menurut beliau, kejayaan polis mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam telah membuahkan hasil yang memuaskan. ''Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota PDRM yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam." ''Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut pendekatan baru ini," katanya. Hishammuddin berkata, dalam pada PDRM bersikap terbuka membenarkan perhimpunan dilakukan secara aman, mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, pihak polis tetap bersikap tegas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam ketika menjalankan tugas semalam. Katanya, walaupun berlaku tiga letupan bom, anggota polis mampu mengawal keadaan dengan baik. ''Insiden ini masih dalam siasatan dan saya sendiri sedang memantau siasatan tersebut, justeru saya meminta agar orang ramai sentiasa bertenang dan tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian ini," katanya. Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan pengadu. Polis sebelum ini mengeluarkan permit untuk membenarkan para penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkumpul di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan 10 syarat. Syarat itu bagaimanapun gagal dipatuhi apabila sebahagian penyokong membawa sepanduk dan kain rentang tertera Lawan Tetap Lawan, Bebas Anwar 901, Rakyat Hakim Negara dan Tolak Fitnah selain memakai topeng muka mirip Anwar walaupun telah dilarang. Sementara itu menerusi laman Twitternya, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pembangkang terutama Anwar kini tidak lagi boleh memburuk-burukkan sistem kehakiman negara di luar negara dan menuduh kononnya mahkamah tidak bebas. Malah katanya, Barisan Nasional (BN) juga akan bertarung di atas padang yang sama rata dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. "Justeru marilah kita (ahli UMNO dan BN) bersama-sama merapatkan barisan dan melihat ke hadapan" katanya Artikel ni Mc ambil dari KulaanNiring Memang hari tu.. polis mesra.. Mc yang banyak tanya dan jadi tukang sibuk pun dorang layan baik punya. he he.. McTheory: PDRM memang cool.. | ||||
PANAS!! Skandal Wang Zakat Jamil Khir, Bersalah? Posted: 11 Jan 2012 05:32 AM PST
Pendedahan ini akan mengkantoikan lagi Nik Nazmi, si pembawa fitnah. Mc harap siapa yang baca artikel ini akan tolong sebarkan, bagi membersihkan kembali fitnah yang tersebar. Artikel sebenar dari blog PPC Terima kasih kepada pihak Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atas maklumat ini. Tolong sebarkan. Jelas wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah. Penjelasan Mufti Wilayah di atas pada 9 Jan 2012 perlu diterima semua pihak. Ia sudah disediakan sejak 1993. Tidak timbul ia disalahguna. Kecuali diputarbelit oleh Nik Nazmi dan Pakatan demi memburukkan Menteri yang jaga Agama Islam. Semua tahu jawapan yang dijawab di Parlimen oleh Datuk Dr Mashitah pada 21 Jun 2011, mungkin tidak tepat kerana disediakan oleh pegawai tertentu yang mungkin tidak memahami bab asnaf zakat sepenuhnya. Jika mahu dibuat andaian ia disabotaj pihak tertentu yang menyediakan jawapan Panglima fikir mungkin ada kebenarannya. Ramai penyokong Pakatan terutama Pas berada di dalam JAKIM. Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman. Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini. Tolong sebarkan agar orang yang difitnah oleh Pakatan Haram akan terbela berkat tangan berbisa kita di alam maya. Tolong jangan buat dosa percuma dengan menyebarkan fitnah tidak berasas. | ||||
PANASS!! Perangai Buruk Pas Kedah di Bongkar lagi!! Posted: 11 Jan 2012 04:36 AM PST Nampaknya, semakin mereka jawab, semakin bercelaru kelihatan kerajaan PAS Kedah. Apa tidaknya, bila mereka jawab lagi: Terbuktilah dan diakui mereka sendiri bahawa Kompleks Membeli belah BOLEH dibina kalau tak runtuhkan Madrasah Salihiah. Ini bukan kami kata, tapi PAS sendiri akui. Sila rujuk petikan dibawah dari blog PAS. Soalan: Apakah keperluan Madrasah dan tanah dijual kalau pun hendak membina Kompleks membeli belah. Tak boleh kah bina kompleks tanpa runtuh dan jual tanah Madrasah? Itu soalan kita. Pas Kedah Jawab: Boleh, sebab atas bekas tanah wakaf tu nanti bukan naik super mega mall atau hotel semua kat situ. Tak celuih. Ia akan jadi tapak parking dan jejantas (kalau tak silap berdasarkan plan tu sekali lalulah, tunggu Dato' Amiruddin pamerkan dalam masa terdekat). Soalnya kalau biarkan di situ ia akan tersisih, terperangkap dan terperosok di celah tiga bangunan utama yang naik 5 tingkat. Lagi susah org nak masuk, kalau org tahu itu surau (setelah buang syarikat insuran) maka nampak koman sungguh surau berbanding bangunan lain yang gagah menggelamkan surau. Tapi mokalu buat di super mega mall Aman Central dengan reka bentuk Islamik kubah dari luar, boleh akses 24 jam, lebih besar.. ia akan nampak lebih gagah. Kali pertama super mega mall di Msia ada surau sehebat itu.. Tempat lain semua surau sempit dalam bangunan. Setelah mengesahkan bahawa kompleks membeli belah BOLEH dibina tanpa meruntuhkan Madrasah Salihiah, mereka juga memberi jawapan kenapa Madrasah Salihiah perlu dirobohkan, iaitu sebab takut tersisih dan nampak koman. Tudia, PAS roboh dan Jual tanah Wakaf bukan sebab ia akan ganggu projek, tapi sebab Madrasah tu akan nampak koman. Nah aih... Ingat tuan-tuan semua, kalau surau nampak koman dan tersisih, robohkan saja..itu perjuangan PAS. Lagi bercelaru bila depa kata, Dato' Amiruddin nak pamirkan dalam masa terdekat. Apa maknanya? Maknanya, pelan tu takdak lagi, ni baru gelabah dok reka macam mana nak tipu rakyat. Kalau plan dah ada, photocopy sekupang saja dah boleh pamir kat rakyat, sejam pun siap. Ini dah berapa bulan tak keluar-keluar pelannya. Cuba baca dibawah ni pula, Mereka dakwa bahawa Tuanku Sultan sudah dimaklumkan, namun terbukti mereka berbohong. Terkini, Mufti dah maklumkan kat Agong di airport. Agong setuju dan tak mau masuk campur urusan pertikaian oleh pihak tertentu terhadap madsarasah. Akhirnya, depa sekali lagi mengaku bahawa mereka menipu apabila membuat laporan polis bahawa Tuanku TELAH dimaklumkan, tiba-tiba "terkini" mufti baru maklum..yang ni pun boleh percaya ka? Semakin cuba dinafikan, semakin terbongkar, jadi serupa tikus memperbaiki labu. Tu pasal, orang tua-tua pesan, jangan dok tegakkan benang yang basah, sia-sia. Tapi yang paling sedih bagi umat Islam Kedah ialah kerana takut kelihatan koman, pemerintah merobohkan Madrasah dan bukan menaiktaraf. Malah Tanah wakaf juga dijual kerana takut madrasah nampak koman. Ingatan untuk semua, kalau Madrasah ditempat anda nampak lekeh dan koman, pastikan kerajaan PAS Kedah tak tau, kalau depa tau depa pi roboh sebab takut nampak koman | ||||
GEMPAR!! Anwar dan Keluarganya Menyokong 1Malaysia rupanya!! Posted: 11 Jan 2012 01:12 AM PST
Mc pun pening nak ulas pasal isu ni. Maklumlah.. Anwar dan keluarga sokong kempen 1Malaysia dan barangan dari kedai 1 Malaysia. Nak kutuk macam mana, kalau tak percaya.. meh baca ada sorang lagi blogger ulas pasal isu ni.. he he.. nak baca klik kat SINI. McTheory: pening-pening... he he.. | ||||
KASI PANAS!! YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Agen UMNO dalam Pas? Posted: 10 Jan 2012 10:24 PM PST Ramai yang terkejut Hasan Ali di pecat. Bertambah terkejut apabila melihat Ustaz Nasha buat PC bersama Hasan Ali. Malah menyokong perjuangan Dr Hasan Ali secara terang-terangan. Malah ada yang kata Ustaz Nasha ni agent UMNO dalam Pas. kah kah kah.. kelakar la Pas ni.. Mana pemimpin tak sehaluan dengan Dap dan Anwar, terus di cop agent UMNO. Dr Hasan Ali perjuangkan Islam dan cuba mengembangkan syiar agama Allah di Malaysia pun, dorang kata Hasan Ali agent UMNO. Sekarang ni, Ustaz Nasha pulak kena tuduh. Ustaz Nasha pun salah seorang pejuang Islam yang tidak pernah bertolak ansur jika Islam dipertaruhkan atas pagar. Kalau bab agama pun kita bertolak ansur.. lama-lama kita kena TOLAK BERANSUR-ANSUR la jawabnya. Sekarang ni.. mana-mana pemimpin Pas yang cuba tegakkan Islam dalam Pas. Akan dikatakan agent UMNO. he he.. bagus betul. Jadi ini bermakna, Pas telah mengakui bahawa UMNOlah yang menjaga syiar Islam dan mengembangkan Islam di Malaysia. Siapa cuba kembangkan syiar Islam dalam Pas, akan jadi agent UMNO. Faham tu.. bagi Pas, jangan cuba cuba tegakkan Islam, kalau tidak pasti akan kena pecat atau dicap jadi agent UMNO. Agent UMNO dalam Pas, kalau pejuangkan Islam. hehe.. pening.. Mc sendiri pun makin pening dengan Pas ni. adeh.. McTheory: Adeh.. makin tak faham dengan Pas ni.. makin jauh menyimpang. | ||||
LAA EHH!! Cerita BodyGuard Wan Azizah Paling Gila Khinzir!! Posted: 10 Jan 2012 07:12 PM PST Cerita donggeng alaf baru ciptaan Anwar untuk pra 901. Bodyguard Wan Azizah kena cucuk semasa salam dengan orang ramai. Pehh.. Bodyguard pun popular ke? Kalau salam dengan Wan Azizah tu ok la, boleh dipercayai lagi. Ni bodyguard Wan Azizah pun ada orang nak salam ke? popular sangat ka si Fayyadh ni? Cerita sebenarnya macam ni, Anwar saja 'buat' cerita ni untuk bangkitkan kemarahan rakyat dan penyokongnya yang dah suam-suam kuku ni. Bila penyokong dan rakyat marah, mereka akan teruja untuk dengar ceramah PKR dan mengikuti semula kes mahkamah Anwar. Kiranya cerita Fayyadh ni mukadimah untuk tarik sokongan semula. Tambahan pula di selangi dengan pembohongan blogger-blogger haram macam kat bawah ni, bertambah panas la cerita donggeng ni. Bila semua dah selesai, Anwar pun dah bebas. Si Fayyadh ni terus melarikan diri dari Hospital. Biasa la takut kantoi berlakon. Taktik busuk nak bakar kemarahan penyokong ni, memang taktik lama Anwar. Sebelum sesuatu peristiwa berlaku, Anwar akan plan untuk 'bakar semangat' puak reformasi yang dah lama lemau. Benda-benda donggeng macam ni yang dia akan buat. Sebab tu orang kata, kalau seseorang tu berkaitan dengan Anwar. Jika ada apa-apa yang berlaku terhadapnya. Jangan percaya lagi, kaji dulu. Kadang-kadang itu semua satu permainan politik dari Anwar. Manusia bernama Anwar ni, 1000 perkataan dia cakap, 1001 tak boleh pakai. Contoh paling mudah, dulu dia maki-maki UMNO/BN kata konspirasi liwat 2.0 tu plan nak penjarakannya, kiranya mahkamah pun berkonspirasi sekali. Akhirnya.. dia bebas.. apakah kebebasan Anwar ni pun konspirasi UMNO/BN jugak? Nampak tak penipuan yang jelas si peliwat tua ni buat? Dah tua nak mampus pun dok menipu orang tak sudah-sudah. Mc pun nak maki jugak la.. Awat la UMNO/BN ni bodoh nak mampuih BERKONSPIRASI dengan MAHKAMAH untuk BEBASkan Anwar? he he.. faham tak perli ni.. McTheory: Konspirasi kepala Otak Hang la Anwar!! Bapak segala penipu! | ||||
TUDIAA!! Bomoh Cina Pun Mai Jampi Hakim Bebas Anwar? Posted: 10 Jan 2012 04:12 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment