Kedah Ke KL - MctHeory |
- Terkini!! Anwar sedang berceramah di Kelab Sultan Sulaiman! #bebasanwar901
- Terkini! Ceramah PKR pra 901 di Kampung Baru!!
- KASI PANAS!! Apa punya bangang la Persuruhjaya Pas Selangor ni?
- JENG! JENG! JENG! Siapa Yang DiPertua Kawasan Pas Kedah Bakal Meletakkan Jawatan??
- TUDIAA!! Pas Kedah Berbohong Lagi.. Jenis Munafik Memang Susah Nak Ajar!!
- EKSKLUSIF!! Ibrahim Ali Pulak Mengamuk Kat Pas Kedah!!
- PANASS!! Amanat Almarhum Ustaz Fadzil Nor, semakin hilang di dalam Pas!
Terkini!! Anwar sedang berceramah di Kelab Sultan Sulaiman! #bebasanwar901 Posted: 08 Jan 2012 09:19 AM PST | ||||||||||||||||||||||
Terkini! Ceramah PKR pra 901 di Kampung Baru!! Posted: 08 Jan 2012 05:34 AM PST | ||||||||||||||||||||||
KASI PANAS!! Apa punya bangang la Persuruhjaya Pas Selangor ni? Posted: 08 Jan 2012 04:35 AM PST Adehh.. ni lagi satu umat manusia yang bangang di muka bumi ni. Adakah sama demo dengan haji. Dulu Nik Aziz kata demo ni sama dengan sembahyang Jumaat, kali ni Dr Rani pulak kata sama dengan haji. Adakah, kita umat Islam beribadat, berjemaah hanya apabila kita tak puas hati kat Allah saja ka? Sebab demo terjadi apabila ada si beruk-beruk yang tak puas hati dengan kerajaan pemerintah, sama ka tu? mangkuk sungguh mamat ni. McTheory: Pas ni makin sesat la.. makin jauh perginya.. | ||||||||||||||||||||||
JENG! JENG! JENG! Siapa Yang DiPertua Kawasan Pas Kedah Bakal Meletakkan Jawatan?? Posted: 08 Jan 2012 12:12 AM PST Nampak Pas Kedah bakal bergegar lagi apabila seorang Yang Di Pertua Kawasan akan meninggalkan parti kelak. Mc diberitahu beliau meninggalkan parti atas sebab kecewa dengan perjuangan Pas sekarang yang lebih banyak menyongsang dari mengikut landasan yang sebenar. Sebagai seorang ahli veteran dalam parti, beliau tidak sanggup meninggalkan Pas. Namun disebabkan perjuangan demi agama Islam yang sebenar, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Pas. Sambung baca SINI McTheory: Semakin ramai ahli Pas telah meninggalkan parti! | ||||||||||||||||||||||
TUDIAA!! Pas Kedah Berbohong Lagi.. Jenis Munafik Memang Susah Nak Ajar!! Posted: 07 Jan 2012 09:12 PM PST Pendedahan yang menarik ini Mc dapat daripada blog Kedah Times..memang kagum dengan pendedahan depa ni. Bukan main hebat lagi PAS mencanangkan bahawa Jawatankuasa Surau telah menderhaka kepada Tuanku Sultan apabila bersolat hajat memohon agar Madrasah Salihiah tidak dirobohkan. Kata mereka itu adalah keputusan Sultan, dan bukan keputusan PKNK dan Kerajaan Negeri. Mudahnya mereka cuci tangan, tapi cuba kita baca petikan dibawah: Sinar Harian: Adakah isu ini sudah dipersembah kepada pengetahuan Tuanku Sultan? Sheikh Muhamad Baderudin: Kelmarin, Tuanku Sultan ada bertanya mengenai isu ini kepada saya. Saya sedang berusaha aturkan perjumpaan dengan Baginda dalam masa terdekat, untuk memperjelas isu madrasah ini, terutama berkaitan fatwa yang dibuat. Ini membuktikan bahawa, sehingga Tuanku Sultan bertanya, Fatwa ini masih tetap belum dipersembahkan kepada Tuanku. Malah Tuanku belum diperjelaskan lagi tentang isu Madrasah Salihiah ini. Cuba baca sebahagian daripada laporan polis Ketua Pemuda Parti yang nak merobohkan Madrasah Salihiah: 2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong. Tanpa pengetahuan, beliau membuat laporan palsu bahawa "Fatwa TELAH dipersembahkan...". Kalau perkara sebesar ini boleh diperbohongkan, cuba bayangkan apa lagi yang dibohong beliau. Malah, pendedahan demi pendedahan membongkarkan bahawa perkara tersembunyi disebalik Tindakan Kerajaan Negeri menjual tanah wakaf ini.. Malah surat dibawah memperjelaskan lagi beberapa isu yang menjadi persoalan hebat iaitu: 1. Bahawa penjualan Madrasah Salihiah adalah dipohon oleh PKNK, dan tidak ada kena mengena dengan cadangan menambahbaik wakaf. Ia dipohon oleh Dato' Abdul Rahman Ibrahim dan sudah tentu dengan perkenan pengerusi PKNK, Ustaz Azizan. 2. Ia juga menjelaskan bahawa kebenaran perobohan surau itu adalah kebenaran bersyarat iaitu, Surau itu mesti lebih besar, lebih luas, seboleh-bolehnya berasingan dari bangunan lain dan ditadbir bersama oleh JK Madrasah Salihiah yang ada. 3. Jadi, adakah terdapat bukti bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi? Kerana sibuk memaki hamun, Kerajaan PAS tidak sedar bahawa Fatwa bersyarat tersebut tidak langsung dipenuhi, malah tidak berani dibentangkan kepada rakyat mahupun pihak jawatankuasa Madrasah. Walhal penglibatan JK asal Madrasah adalah sebahagian dari syarat Fatwa tersebut. Bukan setakat tidak bekerjasama dengan JK Madrasah yang ada, JK tersebut diserang kiri kanan. Apa bentuk kerjasama kah ini? Dan jika syarat tidak dipenuhi oleh kerajaan PAS dan PKNK, mengikut fatwa ini bermakna perobohan tidak boleh dilaksanakan. MAIK dan Majlis Fatwa tidak boleh dipersalahkan perobohan diteruskan. Malah, bagi memelihara amanah pihak yang mewakafkan, Kerajaan PAS dan MAIK juga wajib membentangkan apa perancangan terperinci untuk digunakan wang RM1.48 juta ringgit itu? Sudah adakah? Setahu kami, tidak ada yang berani merancang apa-apa berkenaan duit tersebut kerana bahang panas tidak memelihara amanah akan memburu sesiapa sahaja yang bersubahat. Tidak ada satu pun bukti bahawa kerja-kerja dan perancangan penting bagi memelihara amanah wakaf tersebut diwujudkan samada oleh PKNK atau kerajaan negeri. Tapi bukti kegelojohan aktiviti Meroboh dan Menjual tanah tersebut telah berlaku. Kesimpulannya, terbukti bahawa perobohan dan penjualan harta wakaf Madrasah Salihiah ini tidak ada kena mengena dengan menambahbaik amanah wakaf, sebaliknya memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli belah yang bakal dihuni dengan pelbagai aktivi komersial yang mustahil dapat dikawal halal haramnya. Dan tanah wakaf itu akan menjadi saksi melangkaui hayat sesiapa pun diantara kita disini, aktiviti-aktiviti yang tidak selari dengan apa yang diajar Rasulullah SAW berlaku diatas tanah wakaf. Yang manakah lebih utama? Kompleks komersial atau Amanah Wakaf? | ||||||||||||||||||||||
EKSKLUSIF!! Ibrahim Ali Pulak Mengamuk Kat Pas Kedah!! Posted: 07 Jan 2012 06:10 PM PST Nampaknya isu Madrasah Salihiah terus menjadi perhatian NGO-NGO Melayu di Malaysia. Pihak Madrasah Salihiah menerima sokongan terbaru daripada Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) semalam, apabila Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali bertekad akan bersama-sama dengan pihak Madrasah, Badan bertindak dan NGO lain untuk berjihad mempertahankan Madrasah Salihiah yang mahu dirobohkan oleh Pas Kedah.
Selepas memberi ucapan dan diterima sebagai ahli Badan Bertindak, Dato Ibrahim Ali mengajak semua hadirin yang menyokong pihak Madrasah ke jalanraya, berarak untuk ke balai polis Alor Setar, bagi membuat laporan polis di atas salahlaku dan keraguan yang terdapat didalam tindakan MAIK dan Pas Kedah menjual tanah wakaf khas Madrasah Salihiah kepada pihak pemaju.
Keadaan bandar Alor Setar sedikit huru-hara semalam apabila Tok Him mengajak semua hadirin kejalan raya. Namun terkawal kerana mereka bukan hendak buat tunjuk perasaan, tetapi hanya mahu meluahkan rasa dengan membuat laporan polis. Biar semua orang Alor Setar hatta Kedah 'terkesan' dengan perbuatan Tok Him semalam. Rasanya ramai yang terkejut beruk buat kali keberapa tah.. hehe.. Pas Kedah.. makin penin la garu kepala.. McTheory: Syabas Perkasa.. syabas Tok Him!! | ||||||||||||||||||||||
PANASS!! Amanat Almarhum Ustaz Fadzil Nor, semakin hilang di dalam Pas! Posted: 07 Jan 2012 03:35 PM PST Disebabkan pemimpin Pas sekarang ni sudah hampir lupa diri, bagaikan tersongsang arah. Blog Medan tempur telah mengeluarkan amanat Almarhum Ustaz Fadzil untuk kita bandingkan dengan pemimpin-pemimpin Pas sekarang. Pas di zaman Almarhum Ustaz Fadzil amatlah berbeza dengan Pas di waktu kini, kerana dulu Pas boleh dikatakan ekstrimis Islam yang cuba mengISLAMkan semua perkara di Malaysia. Tetapi kini, sejak Almarhum Ustaz Fadzil meninggalkan Pas. Perjuangan Pas huru hara, Hadi Awang bagaikan lalang yang ditiup angin. Pendirian tak tetap, kejap Islam, kejap selam. Malah jika nak dibandingkan Pas dengan UMNO. UMNO yang dulu Pas tuduh sekular, sekarang lebih ISLAM berbanding parti Islam yang telah direform menjadi Parti Kebajikan (pada diri sendiri). "JANGAN MASUK PAS UNTUK CARI DUNIA.
JANGAN PANGGIL PEJUANG ISLAM UNTUK NAK DI PUJI.
JANGAN PERASAN MACAM ULAMA KALAU PERJUANGAN SETAKAT SERBAN, JUBAH, JANGGUT DAN KOPIAH.
PAS BUKAN UNTUK BURU DUNIA,PAS UNTUK BURU AKHIRAT HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID,HIDUP BERIMAN,HIDUP BERMARUAH" |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment