Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Komen Bob Lokman terkejut beruk, apabila Afdlin Shauki Sertai UMNO!!
- PANASS!! Lagi kumpulan ANTI BEBAS ANWAR bersuara di Kedah!! #Justice4Saiful
- TUDIAA!! Bangunan UMNO Kedah di Conteng oleh Puak haram jadah Anwar!! #justice4saiful
- KASI PANAS!! Ustaz Fathul Bari Haramkan Puak Mahasewel dan Jambu Anwar!!
- Terkini!! Adam Adli dipanggil ke balai Polis!
- PANASS!! PERKASA Membantah Madrasah Salihiah DiRobohkan!! #saveKedah
- PANAS!! Jabatan Pertahanan Awam Tolong CUCI Markas Pas #saveKedah??
TUDIAA!! Komen Bob Lokman terkejut beruk, apabila Afdlin Shauki Sertai UMNO!! Posted: 06 Jan 2012 06:40 AM PST Bob Lokman terkejut beruk apabila dia mengetahui bahawa Afdlin Shauki menyertai UMNO. Seolah-olah berita itu adalah berita palsu dan Afdlin Shauki menyertai UMNO kerana terpaksa. "Persoalannya, jika Afdlin menyertai Umno kerana perjuangan, ia menghairankan saya. Kerana sepanjang perkenalan saya dengan beliau, bagi saya Afdlin tidak pernah memandang serius perbezaan politik mana-mana parti di negara ini. Mungkin ada sesuatu sebab mengapa Afdlin berbuat demikian, Afdlin ada jawapannya saya tidak boleh membuat telahan sebarangan kerana saya belum berkesempatan bersemuka dengannya," jelas Bob lokman. Ternyata, Afdlin Shauki tidak termakan dengan hasutan Bob Lokman yang mendakwa Pas parti lebih Islam dari yang lain. Walaupun di serang teruk oleh pencacai Pakatan, namun Afdlin dapat bertahan dan kukuhkan hati untuk bersama UMNO demi perjuangan Agama, bangsa dan tanah air. Mungkin dulu Afdlin tak percaya betapa buruknya perangai puak Pakatan ni. Kini setelah menyertai UMNO, rasanya dia sedar, bahawa pilihannya tepat. Pada Bob Lokman.. Afdlin Shauki taknak tiket syurga Pas ko tu.. Sebab dia nampak ko pun takdak rupa golongan yang nak masuk syurga. Asyik maki hamun orang saja kerjanya. McTheory: Sendiri sesat.. jangan salahkan orang lain.. | ||||||||||
PANASS!! Lagi kumpulan ANTI BEBAS ANWAR bersuara di Kedah!! #Justice4Saiful Posted: 06 Jan 2012 05:12 AM PST
Lagi laporan polis dibuat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia kepada rancangan berhimpun mendesak keputusan mahkamah supaya membebaskan Anwar. Wakil-wakil dari Pemuda umno Bandar Baharu, Majlis Belia Daerah, Kelab belia India, Gerakan dan Perkasa turun padang membantah perhimpunan bebaskan anwar yang bakal berlangsung pada 9 Januari 2012 di hadapan mahkamah. Para wakil NGO dan parti komponen BN, merasakan ianya tidak wajar di lakukan dan biar nasib Anwar di tentukan oleh mahkamah. Malah mereka merasakan perhimpunan ni umpama ugutan dan tidak hormat pada undang2 yang sedia ada. Jurucakap pada kumpulan ini Tuan Helmi Bin Khan, AJK UMNO Kulim Bandar Baharu. Mewakili kumpulan, merayu supaya pihak berkuasa tidak keluarkan sebarang permit pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Mereka menganggap perhimpunan itu bukan bertujuan untuk berhimpun secara aman, ianya bertujuan untuk membuat kacau dan mendesak mahkamah. Jikalau kita tunduk pada mereka, ini bermakna undang-undang negara boleh di permainkan. Majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan perhimpunan. Anwar bukanlah manusia istimewa, beliau perlu ikut undang-undang jika didapati bersalah. Mereka juga berharap Menteri KDN jangan terlalu berlembut, kerana kes ini ditangguh terlalu lama. Kita terlalu memberi muka terhadap Anwar sehinggalah ia seolah-olah berkuasa untuk ketepikan undang-undang negara. Rakyat melihat segala tindakan kerajaan. Rakyat mahu kerajaan bertindak tegas untuk menjaga keamanan negara. Pedulikan golongan manoriti yang mahu membuat kacau, utamakan rakyat Malaysia yang lain, golongan senyap yang cintakan keamanan. Mc pun menyokong apa yang Tuan Helmi ni katakan. Jangan sampai rakyat melihat kerajaan sekarang lemah untuk kuatkuasakan undang-undang. Mereka ini sudah terlalu 'lemak' untuk di manjakan. Undang-undang ada, cuma tidak digunakan dengan sebaik mungkin. McTheory: Cukuplah kita bagi mereka peluang.. mereka hanya barah yang merosakkan negara! | ||||||||||
TUDIAA!! Bangunan UMNO Kedah di Conteng oleh Puak haram jadah Anwar!! #justice4saiful Posted: 06 Jan 2012 03:12 AM PST
Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan "Bebaskan Anwar" dan "Gerakan 901". Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kerja-kerja bodoh ini tentunya dilakukan oleh puak-puak 3suku dari Pakatan Haram. Pemuda UMNO Kedah merancang tindak balas untuk perbuatan lahanat mereka ini. Nampaknya puak ini sememangnya dah melampau dan mencari pasal. McTheory: Rumah dah kena conteng.. takkan nak tengok saja kot? | ||||||||||
KASI PANAS!! Ustaz Fathul Bari Haramkan Puak Mahasewel dan Jambu Anwar!! Posted: 06 Jan 2012 12:12 AM PST Terbaik Ustaz.. kasi hentam budak tak cukup akal tu. | ||||||||||
Terkini!! Adam Adli dipanggil ke balai Polis! Posted: 05 Jan 2012 09:43 PM PST Salah seorang hero Mahasewel Adam, dipanggil oleh polis tadi. Adam Adli Abd Halim yang aktivis pelajar yang terkenal dengan kejadian menurunkan bendera di Putra World Trade Center (PWTC) bulan lepas telah dipanggil oleh polis hari ini untuk di soal-siasat mengenai insiden tersebut. Adam, 23, telah dipanggil memberi kenyataan di polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 11am hari kerana berani menurunkan bendera yang ada gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Disember 2011. Peguam Fadiah Nadwa Fikri Liberty yang mewakili Adam berkata, apabila dia bertemu dengan pegawai Inspektor Mohamad Nor dan bertanya mengapa Adam di soal siasat, pegawai terbabit berkata dia di soal kerana ada laporan polis mengenai insiden turunkan bendera. "Jadi kami tidak tahu sama ada perkara itu benar dan tuduhan apakah yang telah dibuat dalam laporan tersebut. "Jadi tidak ada asas di mengapa Adam ialah dipanggil kepada balai polis hari ni," dikatakan Fadiah ketika ditemui oleh pemberita di luar balai polis. Apabila dia bertanya Adam di siasat di bawah seksyen berapa, pegawai polis berkenaan memberitahu yang Adam telah disiasat di bawah 504 kanun keseksaan dengan 'dengan sengaja menghasut kemusnahan keamanan' dan hukuman ialah penjara dua tahun. Semasa soal-siasat, Adam diminta menjawab 11 soalan , bagaimanapun, dengan menggunakan seksyen 112 (2) dia tidak menjawab 11 soalan oleh pihak polis. Sementara itu, Adam berkata soalan yang diberikan oleh pihak polis tidak berasas dan mempersoalkan kepada laporannya di ancam masih lagi belum di siasat. Malah Adam dan SMM akan kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan ada kekasaran pihak polis terhadapnya dan SMM. Sedangkan semua orang tahu bahawa, pihak polis telah memberi peluang kepada Adam dan SMM untuk berundur, cuma mereka yang berdegil dan melawan. Sehinggalah puak SMM mengugut untuk memecahkan pintu pagar UPSI dan pihak polis terpaksa mengambil tindakan. Psst: Cakap banyak apa Adam Adli oii.. hang tak kena sepak dengan kami dah kira baguih dah.. McTheory: hang berani mai la turun UUM.. kita tengok ada teloq ka takdak! | ||||||||||
PANASS!! PERKASA Membantah Madrasah Salihiah DiRobohkan!! #saveKedah Posted: 05 Jan 2012 07:12 PM PST Terima Kasih Tok Him kerana menyokong perjuangan kami di Kedah. Mc dengar Perkasa Malaysia akan datang buat solat hajat dan kempen bantahan di Surau Madrasah Salihiah. Bila tu Mc belum pasti, akan di beritahu nanti. Kempen membayar duit MAIK bermula.. umat Islam Malaysia boleh berikan derma anda di nombor akaun di poster terbabit. McTheory: Mempertahankan Syiar Islam di Kedah.. | ||||||||||
PANAS!! Jabatan Pertahanan Awam Tolong CUCI Markas Pas #saveKedah?? Posted: 05 Jan 2012 04:12 PM PST
Ada satu cerita pelik tapi benar.. mengenai satu jabatan kerajaan pusat yang beroperasi di Baling, Kedah. Di katakan telah membuat satu kerja AMAL paling pelik dalam sejarah. Mc diberitahu, JPAM dikerahkan oleh pegawai atasannya bergotong-royong membersihkan Markas Pas di Baling. Apa kena mengena JPAM ni dengan Markas Pas? Kalau mereka membersihkan masjid atau surau, Mc tak persoalkannya, namun.. mereka bekerjasama dengan ahli Pas, turun dan membersihkan markas seolah-olah ia satu tanggung jawab wajib bagi mereka. Bagus mereka menolong orang dan bergotong royong, namun apa yang Mc lihat di sini. JPAM ini sebenarnya 'telah diserap' dengan virus 'Pakatan Haram' di dalamnya. Mereka telah condong pada paksi sebenar. Banyak lagi sebenarnya kakitangan kerajaan yang makan gaji dengan PUSAT tapi kerja dengan NEGERI. Malah mereka pula yang menjadi pengintip 'pencari salah' kerajaan pusat untuk diberi kepada puak Pakatan ini. Kalau mereka tu dari agensi atau jabatan kerajaan negeri, Mc tak terkilan sangat. Sebab memang kita duduk negeri bawah Pas sekarang ni. Puak depa kawal semua.. kalau boleh hanya orang Pas saja yang boleh kerja dengan negeri. Orang UMNO haram la tak boleh. Kerajaan dan kementerian perlu melihat ini dengan serius. Ini cuma satu contoh Jabatan kerajaan. Banyak lagi perkara yang sama telah berlaku di Kedah ni. Banyak lagi yang pelik berlaku sekarang ni.. makin lama, makin pelik. McTheory: Sejak bila JPA kerjanya cuci markas Pas?.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment