Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! Ustaz Kamal Saidin Hentam Pas Kedah kaw kaw punya!!
- EKSKLUSIF!! Rakyat Kedah Mengamuk Terhadap Anwar!!
- KASI PANAS!! Formula Nak Bagi Pas Bungkuih di Kedah. Ahli UMNO Jangan Baloq!
- LAA EHH!! Adam Adli Ada Skandal Dengan Saipuddin kot?
- TUDIAA!! Cerita Menarik Mengenai Mahfuz Omar!!
- TUDIAA!! Filem Terbaik 2012, Bakal Pecah Punggung!!
KASI PANAS!! Ustaz Kamal Saidin Hentam Pas Kedah kaw kaw punya!! Posted: 02 Jan 2012 07:12 AM PST Ceramah ni memang best.. Ustaz Kamal terbaikk.. | ||||||||
EKSKLUSIF!! Rakyat Kedah Mengamuk Terhadap Anwar!! Posted: 02 Jan 2012 04:46 AM PST Petang tadi, lagi rakyat membuat laporan polis. Kali ini di IPD Kulim. Lebih 50 orang berkumpul menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengkhianat negara Anwar Ibrahim.
Masuk yang ini rasanya sudah beratus laporan polis terhadap himpunan reforbasi 901 yang akan diadakan di hadapan mahkamah. Tujuan utama berniat jahat bagi membantah keputusan mahkamah pada 9 januari nanti. Ini tunjuk perasaan di Kulim, ada lagi di Kuala Kedah oleh wanita UMNO yang membuat laporan polis dan beberapa tempat lagi. Tunjuk perasaan ini berlangsung bagi meluahkan perasaan betapa bencinya mereka terhadap Anwar yang dianggap pengkhianat Agama, Bangsa dan Tanah Air. Tunjuk perasaan ini berlangsung secara aman selama 30 minit dan bersurai selepas atas nasihat polis. Mc ada videonya, luahan rasa dari peserta. Nanti Mc upload. McTheory: Anwar.. orang dah benci kamu Anwar... | ||||||||
KASI PANAS!! Formula Nak Bagi Pas Bungkuih di Kedah. Ahli UMNO Jangan Baloq! Posted: 02 Jan 2012 12:12 AM PST
Mc nak tunjukkan statistik, UMNO kalah sebab ahlinya baloq liat (malas). Kawasan yang tak patut kalah, tapi kalah sebab sendiri punya pasal. N. 4 Ayer Hitam Jumlah Pengundi 25,742. Ahli UMNO di dun Ayer Hitam = 11,370 Abd Ghani Bin Ahmad (PAS) = 10,652 undi (menang) Othman Aziz (BN = 10,146 Undi Majoriti = 506 undi Undi Rosak = 352 undi Jumlah Undi = 21,171 Undi, Peratus Mengundi 82.24% UMNO/BN tidak sepatutnya kalah di kawasan ini. Cuba lihat jumlah Ahli UMNO di kawasan Ayer Hitam 11,370 orang, berbanding undi yang Pas menang 10,652 undi. Ahli UMNO lagi ramai dari undi kepada Pas. Kalau semua ahli UMNO keluar mengundi, Insyallah kawasan Ayer Hitam pasti kembali ke tangan UMNO/BN. Itu baru ahli UMNO, belum termasuk lagi MCA, MIC dan Gerakan. Mana pi semua ahli-ahli komponen BN ni? Mai tengok lagi satu kawasan.. P. 7 Padang Terap Jumlah Pengundi 36,086. Ahli UMNO 18,796 orang Mohd Nasir Zakaria (Pas) = 15,003 undi (Menang) Dato Paduka Ghazali Ibrahim (BN) = 14,634 undi Majoriti = 369 undi Undi rosak = 770 undi Jumlah Undi = 30,407 undi, Peratus Mengundi 84.26% Parlimen Padang Terap lagi satu kawasan yang tak patut kalah. Jumlah ahli UMNO yang sebegitu ramai 18,796. Sedangkan undian yang Pas dapat hanya 15,003 undi. Sangat jauh bezanya. Kenapa UMNO/BN kalah? Kerana ada di antara kita yang mengambil mudah tentang halnya pilihanraya. Mana pergi semangat orang UMNO untuk menang. Kita jangan kisahkan orang lain, pedulikan diri sendiri dulu, kemudian tengok keluarga kita, kemudian anak cucu kita yang boleh mengundi. Ajak mereka keluar mengundi, tapi kalau rasanya dia tu nak pangkah lain. Baik tak payah pun tak pa. he he he.. Sebenarnya, UMNO/BN kalah di Kedah bukan kerana Pas dan Pakatan kuat. Kerana kita sendiri yang lemah dan tidak bersatu. Sampai sekarang, masih ada lagi Bahagian UMNO yang berbalah. Malah ada pula Ketua Bahagian yang sudah pun berkempen untuk pemilihan UMNO kelak. PRU semakin dekat dia tak kisah, tapi dia lebih tumpukan pada pemilihan. Orang jenis macam ni, memang tak layak jadi Ketua Bahagian. Bahkan untuk menjadi ahli UMNO pun tak layak, sebab jiwanya hanya mahu kuasa, bukan perjuangan. Statistik dan mengkaji kekalahan kita pada PRU yang lepas akan Mc update dari masa ke semasa.
Jika UMNO Kedah bersatu, dan tumpukan pada PRU, Insyallah peluang UMNO/BN menang di Kedah akan lebih cerah. McTheory: Bina kekuatan diri, lebih baik dari harapkan yang luar. | ||||||||
LAA EHH!! Adam Adli Ada Skandal Dengan Saipuddin kot? Posted: 01 Jan 2012 09:12 PM PST Punya teruk budak tu buat kacau, sampai kena tangkap masuk lokap. Riuh sana-sini, hasut rakan-rakan nak belajar. Buat kacau sampai pecah habis cermin farmasi. Takkanlah sampai teruk macam ni pun Adam Adli masih lagi tidak boleh di sentuh? Lagi satu, apa masalah Timbalan Menteri ni? Ada mental problem ka? Ehh.. ko menteri pi jaga hal besar-besar la. Kes Adam Adli ni ko tak payah masuk campur. Apasal nak bela sangat? Ada apa-apa ka? ishh.. Biar Universiti yang buat keputusan. Mc tau ko menteri nak jaga stail 'New Politik' itu ko punya pasal. Kitaorang yang dok memerhatikan budak Adam ni, kecik-besar-kecik-besar saja. Kalau pihak berkuasa susah sangat nak buat keputusan. Biar rakyat saja yang tolong 'settlekan'. Nak ambil tindakan pun sampai ada Timbalan Menteri campur tangan, punya la powernya si budak Adam ni. Senang macam ni la Pudin, Mc tahu ko ada cara ko sendiri. Malah kami rakyat marhein ni pun ada stail kami sendiri. Kalau mereka bebas buat kacau, malah tidak pulak di ambil tindakan. Kami pun rasanya akan buat perkara yang sama. Biar kuasa rakyat menentang kuasa 'minoriti mahasiswa'. Lagipun kami juga 'senior-senior' yang dah lama grade dari U. Biar senior saja ajar junior yang melampau ni. Kalau tunggu pihak berkuasa lambat sangat. McTheory: Depa bukan nak belajar pun, hantar pi masuk training Askar la..jadi patriotik sikit. | ||||||||
TUDIAA!! Cerita Menarik Mengenai Mahfuz Omar!! Posted: 01 Jan 2012 06:12 PM PST Siapa tak kenal dengan Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena dan juga Naib Presiden Pas. Walaupun dalam akademiknya si Mahfuz ni agak kurang. Memang kurang teruk la.. bukan kurang sikit. Tapi lagaknya, gayanya dan caranya yang membuatkan pengikut Pas menganggap Mahfuz ni umpama hero. Dah lama Mahfuz jadi Ahli Parlimen. Mc dapat sumber dari dalam Pas sendiri, yang mengatakan Mahfuz pada PRU ke 13 ini teringin sangat nak tanding jadi Adun. Kalau di lihat pada mata kasar, nampak Mahfuz seolah-olah turun pangkat, tapi sebenarnya kalau beliau menang jadi adun, peluangnya untuk menaiki takhta kerajaan negeri terbuka besar. Mahfuz merupakan calon untuk menduduki kerusi MB Kedah. Cuma, segala langkah dan orang yang mengaturkan jalannya di pangkah dulu oleh Ustaz Azizan, sebelum si Mahfuz sempat nak buka langkah, Ustaz Azizan lebih pandai membaca. Sebab tu sampai sekarang, Mahfuz masih lagi gigit jari, kalau nak ikut populariti, Mahfuz lagi hebat dari Ustaz Azizan. Itu pasal kerusi MB. Ada satu lagi jawatan yang si Mahfiuz ni nak sangat. Iaitu Presiden KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah). Setahu Mc la, Mahfuz ni mana tau apa pasal bola, tapi yang dok pulun tarik si Mahfuz ni ialah penolong jurulatih Kedah iaitu Radhi Mat Din (bekas pemain kedah). Malah si Mahfuz ni pernah meeting secara rahsia (rahsia cara dia la) dengan kakitangan KFA. Kononnya takmau bagi orang tau. Tapi akhirnya.. apa yang dia kata rahsia, haram semua orang pun tahu. he he.. Maunya tidak, meeting rahsianya di buat di kedai makan. he he he.. cerdik tak cerdik si Mahfuz ni. Tapi dalam banyak-banyak story pasal Mahfuz ni, cuma ada satu saja yang paling best. Dia ni sehati-sejiwa dengan isterinya. Banyak majlis-majlis rasmi, isterinya yang hantar. He he he.. macam mana tak hantar.. si Mahfuz ni, pandu kereta pun tak reti, lesen pun takdak. Otaknya ada sikit lemah, lambat pikap, sebab tu bila kita tengok setiap kenyataan Mahfuz, menampakkan ke'bebal'annya tu. Namun Mc respect la orang macam dia ni boleh jadi Ahli Parlimen dan Naib Presiden Pas. he he.. pandai Pas pilih pemimpin. McTheory: Kalau pemimpinnya bebal, yang bawahnya masyallah lagi la teruk! he he.. | ||||||||
TUDIAA!! Filem Terbaik 2012, Bakal Pecah Punggung!! Posted: 01 Jan 2012 03:05 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment