Dalam arena politik yang waktu ini banyak disuapkan dengan rekayasa dan juga persepsi yang datang tak henti henti ke atas para pemimpin politik terutama pemimpin UMNO.
Macam macam rekayasa ditaburkan pihak pembangkang keatas pemimpin UMNO demi melihat UMNO bercakaran sesama sendiri dan bercerai berai bagi memudahkan mereka menwan Putrajaya pada PRU 13.
Pekara sebegini sememangnya dari dulu telah wujud namun dengan dunia baru yang mempunyai banyak medium untuk menyebarkan Racun racun berbisa maka ianya semakin menarik untuk ahli diperingkat bawahan sampai menyampai antara satu sama lain.
Gomo nak mengulas mengenai isu Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO yang mana telah difitnah begitu hebat sehingga beliau dan ahli keluarga diaibkan selama 3 bulan mengenai projek NFCorp yang telah disalah sebut oleh Audit Negara.
Sejak meletusnya isu ini 3 bulan yang lalu Shahrizat Jalil tidak henti henti diserang oleh pihak pembangkang dan ada pula segelintir dikalangan UMNO dan juga pemimpin parti komponen BN yang menokok tambah rekayasa tersebut menjadikan Shahrizat Jalil dilabelkan sebagai liabiliti kepada parti.
Mereka yang bercakap itu tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku namun inilah politik dalam UMNO dan BN yang mana jika ada rasa yang menarik pasti hendak ditokok tambah menjadikan ianya lebih menarik dan sensasi.
Apabila Nizar PAS dari Perak menyatakan Shahrizat Jalil membeli baju dalam RM 26 ribu ada pula yang menyambutnya dengan menghebohkan kesana kesini mengenai FITNAH dari Nizar PAS. Malah waktu Persidangan UMNO yang lalu juga Gomo dan rakan blogger lain hanya mampu menggeleng kan kepada apabila ada dikalangan UMNO sendiri yang bercakap soal Baju Dalam Shahrizat RM26 ribu.
Depa yang duduk kata mengenai pekara ini sememangnya Naif dan tidak mengetahui permainan Pembangkang. Pembangkang hanya mencetuskan isu sahaja dan mereka tahu bahawa ahli UMNO akan menyambutnya dengan menyulam satu persatu menjadikan cukup muat kain tersebut untuk dikapankan Shahrizat jalil.
Syukur selama 3 bulan penuh keaiban ini Shahrizat Jalil terus Gah dengan jawatan yang sandangnya selaku Ketua Wanita UMNO sepertimana beliau Menang secara Satu Lawan satu menentang Tan Sri Rafidah Aziz. Dan dalam masa itu lah juga sokongan demi sokongan dari kalangan wanita UMNO Tulang Belakang UMNO datang mencurah curah demi pemimpin yang mereka sayangi.
Pihak Polis menjalankan siasatan ke atas Shahrizat Jalil, begitu juga dengan SPRM dan kedua dua badan pengkuatkuasa Undang undang secara bebas menyiasat dakwaan pembangkang keatas Ketua Wanita UMNO berhubung isu NFC.
Pihak Audit Negara pula setelah 3 bulan baru mengesahkan bahawa mereka tersilap dalam menyatakan mengenai NFC dan juga NFCorp yang dimiliki oleh Dato Seri Salleh suami kepada Shahrizat Jalil. Audit Negara menyatakan yang menjadi masaalah adalah National Fiedlot Kebangsaan dan bukannya Syarikat NFCorp.
Setelah 3 bulan aib buat keluarga Shahrizat Jalil, bermacam macam Fitnah dilemparkan kepada beliau dan keluarga. Hebat asakan demi asakan dari pihak pembangkang dalam isu ini dan ditambah pula dengan mulut mulut celupar didalam UMNO itu sendiri.
Shahrizat Jalil telahpun menyaman Zuraidah MP PKR Ampang dan juga Rafizi Ramli PKR berhubung Fitnah yang dilemparkan sebelum ini ke atas beliau. NFCorp pula difahamkan akan menyaman mereka ini sejurus selesai siasatan lengkap.
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment