PAPA GOMO |
- Negara Berkebajikan PAS Agenda DAP Kafir Harbi - Hassan Ali
- Karnival Sayangi Selangor Bikin Pakatan DAP, PAS, PKR Kecut Telor
- PANAS - Video Tragis Rompakan Wang Rakyat Didedahkan
Negara Berkebajikan PAS Agenda DAP Kafir Harbi - Hassan Ali Posted: 26 Dec 2011 05:00 PM PST ''Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan 'politik memenuhi kehendak rakan' hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya. ''Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,' - Hassan Ali Gara gara kenyataan diatas YB Hassan Ali dihentam begitu hebat oleh pemimpin PAS yang lain terutama mereka yang kita tahu pro Edrogan ataupun lebih tepat proksi Anwar Ibrahim. Salah dimana kenyataan diatas yang dinyatakan oleh Hassan Ali namun itulah padah yang diterima Hassan Ali dalam membetulkan semula landas perjuangan PAS. Namun demikian Hassan Ali tetap maintain dan tidak berundur sama sekali dengan kenyataan tersebut tetapi beliau mengambil jalan play safe apabila menarik semula Kritikannya keatas negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS waktu ini. Video diatas jelas mengambarkan bahawa negara berkebajikan yang direncanakan PAS sebenarnya adalah satu retorik semata mata. Malah Yb Hassan Ali sendiri mengakuinya pada sidang media yang lepas seperti mana terkandung didalam video diatas. Atas desakan pimpinan PAS pusat maka Hassan Ali menarik balik kenyataan nya yang memperlekehkan Negera Berkebajikan yang PAS perjuangkan walaupun didasar Hassan Ali beliau sendiri kecewa dengan peranan yang dimainkan PAS waktu ini bila bersekongkol bersama DAP yang merupakan parti Anti Islam, Melayu dan Raja Raja. Yang mencetuskan polemik terbaru dalam menentang Yb Hassan Ali kini adalah Mustafa Ali setiausaha Agong PAS yang mana telah melabelkan Hassan Ali sebagai Agen UMNO. Sebelum ini Khalid Samad dan beberapa pimpinan PAS yang lain juga bertindak sedemikian apabila menuduh Hassan Ali proksi UMNO yang mensabotaj PAS dari dalam. Para penyokong Pas perlu sedar apa yang diperjuangkan oleh Hassan adalah Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu dan bukan seperti yang didakwa Mustafa Ali. Tuduhan jahat sebegini sebenarnya adalah satu agenda DAP dalam memecah belahkan PAS dari dalam dan ini dilakukan kepada Hassan Ali yang kita tahu memegang kuat akan perpaduan Islam, Melayu dan mendukung istitusi Raja Raja Melayu selaras dengan perlembagaan. PAS sebenarnya telah Gagal dalam memperjuangkan Islam sepertimana yang mereka laungkan sebelum ini. Dan pekara ini semakin hari telah diakui oleh ramai ahli ahli PAS sehingga ada yang bertindak keluar dari parti PAS ekoran matlamat PAS yang sudah jauh memesong dari landasan yang sebenar. 'politik memenuhi kehendak rakan' - Hassan Ali Ketua dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Tantawi serta bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Yb Hassan Ali dalam membela dirinya dari fitnah pemimpin PAS yang lain. Sokongan yang bertali arus ini juga bukan nya datang dari kalangan pemimpin PAS dan juga ahli mereka sebaliknya ramai orang Melayu yang mana parti politik mereka sama ada UMNO, PKR dan lain lain menyokong apa yang diucapkan Hassan Ali. Blogger pro Kerajaan juga menyokong kenyataan Hassan Ali dalam memartabatkan Islam, Melayu dan Institusi Raja kerana apa yang dinyatakan ini adalah selaras dengan perlembagaan negara yang mana kita perlu dukung. Pada Gomo, tidak kira lah parti mana pun pemimpin itu namun jika matlamatnya iaitu demi Islam, Melayu dan Raja Raja diperjuangkan maka kita wajib menyokong nya. UMNO sudah lama dengan perjuangan ini dan adalah satu pekara yang menarik jika lebih ramai pemimpin parti lain bersama sama UMNO dalam hala tuju yang sama. Psssttt.. Semoga lebih ramai orang Melayu akan sedar apa yang kita ada dalam Malaysia ini DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Karnival Sayangi Selangor Bikin Pakatan DAP, PAS, PKR Kecut Telor Posted: 26 Dec 2011 07:00 AM PST BN negeri telah menyusun pelbagai aktiviti berasaskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor .Karnival ini adalah penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor tahun ini demi manfaat penduduk di negeri ini. Matlamat majlis ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri (Najib) yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor akan turut diserahkan kepada Najib pada majlis berkenaan. Sumber KL POS Psssttt... Jom kita hadir beramai ramai pada 28 hb December ini.....Kasi gegar Shah Alam DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
PANAS - Video Tragis Rompakan Wang Rakyat Didedahkan Posted: 25 Dec 2011 11:04 PM PST Kalau tak kena tipu namanya bukan lah Kerajaan PAS, DAP PKR selangor. Kalau bukan namanya Tipu kita panggil dengan nama Kencing Rakyat. Gomo tertarik dengan apa yang telah dijual oleh kerajaan Pakatan Haram Selangor dalam meraih undi rakyat Selangor. Meh sini baca petikan dibawah: SHAH ALAM, 10 NOVEMBER : Sejak diperkenalkan hampir tiga bulan lalu, seramai 160,000 orang warga emas berjaya didaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menyertai program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri. Jom Shopping adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung di dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Melalui program ini, setiap peserta di beri wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan. pada peringkat awal sahaja setiap Dun boleh menghantar 200 orang setiap bulan namun kini bilangannya bertambah memandangkan jumlah yang berdaftar semakin meningkat. Dalam perkembangan yang sama, sehingga Oktober tahun ini, sejumlah 20,382 warga emas yang mendaftar telah dibawa berbelanja di pasaraya-pasaraya terpilih. Daripada jumlah penyertaan itu, Kerajaan Negeri dijangkakan akan membelanjakan sejumlah RM2,038,200 keseluruhannya. Namun sejak penganjuran Jom Shopping, Kerajaan Negeri telah membayar RM1,042,000 kepada semua pasaraya yang terlibat dan bakinya akan menyusul. Sumber Keladaikini Benarkan apa yang mereka kerajaan Pakatan Selangor nyatakan sepertimana didalam kenyataan diatas? Betul ke beb? Meh sini layan video dibawah ini: Tu dia, jangan kata untuk rakyat Selangor tapi sebenarnya depa ni pulun duit rakyat kononya untuk diagihkan kepada warga emas sebaliknya wang sebanyak RM 2,038,200 yang telah dirompak hanya meliputi sebilangan sahaja dari mereka warga emas dan yang selebihnya telah dikaut oleh pemimpin Kerajaan negeri. Yang pohon 160 ribu rakyat warga emas namun yang mendapat RM100 hanya yang TERPILIH sahaja. Awat yang terpilih sahaja yang meraih sumbangan RM100 tu? Yang lain pasal apa tak dapat? Kalau nak beri kenapa tak beri pada semua yang pohon? Kalau dah yang memohon 160 ribu Rakyat warga emas kenapa tak diberikan kepada semua? Nak kelepet duit kot mana lagi depa ni pemimpin Pakatan PAS, DAP, PKR Selangor ni? Baik lagi kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib Razak bila menghulurkan bantuan tampa prejudis dalam mengira siapa pun rakyat itu. Semua meraih pulangan dalam hal ini dan ianya terbukti sama sekali selama mana BN mentadbir negara. BN cakap BN laksanakan bukan macam kerajaan Pakatan Selangor yang cakap pandai tetapi tidak mampu melaksanakannya. Pilihan ditangan anda dan renung renungkan lah..... Psssttt... Sampai bila rakyat nak kena tipu ni? DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment