Kedah Ke KL - MctHeory |
- EKSKLUSIF!! PENIAGA MENGAMUK, PANTAI MERDEKA JADI PANTAI KUMBAHAN!!
- LAAA EHH!! PEMIMPIN UMNO TOLAK HUKUM ISLAM??
- PANAS!! SIAPA ULAMAK PAS NAK MASUK UMNO?
- TERPANAS!! PERKARA-PERKARA YANG BOLEH BUAT PAS KEDAH ANGKAT BUNGKUIH!!
- KASI PANAS!! LAGI AHLI PAS MASUK UMNO!!
EKSKLUSIF!! PENIAGA MENGAMUK, PANTAI MERDEKA JADI PANTAI KUMBAHAN!! Posted: 26 Dec 2011 07:12 AM PST Ini satu cerita yang agak kotor.. sampai saja Mc ke medan makan ni, Mc terhidu satu benda yang sangat busuk.. Nak tahu apa.. tengok artikel di bawah.. peniaga meluahkan perasaan..
Nak tau kenapa ni marah sangat? Meh sambung tengok gambar di bawah pulak!!
Siapa yang tak marah, bila tempat berniaga makanan di penuhi dengan sisa kumbahan yang hanya terletak di belakang deretan kedai. Tambahan pula perkara ini bukan baru berlaku. Sudah lebih DUA BULAN!.. selepas dua bulan, ada ahli Majlis datang melihat keadaan ini. Kemudian.. selepas 10 HARI.. perkara yang sama berulang kembali.. AIR KUMBAHAN.. dalam bahasa kasarnya AIR TAIKK meleleh keluar hingga penuh padang belakang medan makan. Cuba bayangkan satu padang bola penuh tahi.. agak-agak la baunya macam mana. Selang beberapa meter dari padang tu medan makan. Cuba fikir, siapa la yang boleh berselera makan dalam keadaan begitu? Kemudian fikir pula, bila pelanggan taknak makan disebabkan bau yang busuk. Macam mana peniaga nak berniaga? Siapa yang nak beli makanan kat depa kat medan makan tu? Kalau orang tak beli, peniaga nak dapat pendapatan dari sumber mana? Sudah la sewa bulanan perlu di bayar. Pendapatan pula kurang. Tidakkah ini membunuh peniaga yang sebahagian besarnya melayu di sini? Di mana Exco dan PBT yang bertanggung jawab, takkan nak tengok saja? Makan gaji buta ka? Di manakah slogan Kedah Sejahtera? Negeri berkebajikan? Medan makan tu kerajaan BN yang buat. Sewaktu kerajaan BN memerintah, seliaannya tidak mendatangkan masalah.. bila tiba Pas memerintah, macam-macam pula yang jadi. Pas memang tak layak untuk mentadbir negeri. Hanya pandai cakap, tapi kerja hamPAS! McTheory: Serik rasanya bagi Pas jadi kerajaan negeri.. | ||||||||||||||||||||||
LAAA EHH!! PEMIMPIN UMNO TOLAK HUKUM ISLAM?? Posted: 26 Dec 2011 03:32 AM PST HUKUM ISLAM YANG TELAH DISUSAHKAN Mc bukannya nak amik tahu sangat hal keluarga orang. Tetapi bila juak-juak pembangkang asyik pukul canang sangat tentang masalah keluarga orang lain, maka Mc terpaksa bersuara juga. Mengapa perlu dikisahkan hal keluarga orang? Adakah keluarga sendiri sudah cukup sempurna? Bagi pendapat Mc, hal isteri Najib hendak bertudung atau tidak, hal anak perempuan Muhyiddin nak tutup aurat atau tidak, bukannya urusan kita sebagai rakyat. Jika hendak menegur pemerintah ada tata susilanya. Bagaimana pula dengan para pemimpin PR? Bertudungkah anak dan isterinya? Apa kata nasihatkan dahulu pemimpin Pakatan Rakyat baru lihat kepada pemimpin yang lain. Jangan pula kuman diseberang laut nampak, tapi gajah depan mata tak nampak. Manusia sekarang keliru antara aurat dan kulit. Ramai yang menyangka kulit itulah aurat. Maka mereka berbaju ketat dan bertudung, kononnya menutup aurat sedangkan mereka hanya membalut kulit. Bertudung juga bukanlah seperti tudung yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, iaitu "menutupi dada kamu". Kebanyakan wanita hari ini mengenakan tudung sebagai trend semata-mata. Wujudlah pelbagai jenis tudung dengan nama tertentu. Tudung dikomersilkan secara berlebihan sehingga menenggelamkan fungsi dan tujuan asalnya untuk menutup aurat, bukan menutup kulit. Sememangnya semua sudah maklum dan tahu hukumnya bertudung ini tetapi tidak pula dinyatakan oleh mana-mana hadis ataupun kupasan ulama' ianya akan membatalkan keIslaman seseorang BUKA MINDA MASING-MASING | ||||||||||||||||||||||
PANAS!! SIAPA ULAMAK PAS NAK MASUK UMNO? Posted: 25 Dec 2011 11:12 PM PST Selepas Hasan Ali dan Ustaz Nasha ada sorang lagi dari Dewan Ulama Pas yang boleh membuatkan Pas pusat dan Pas Kedah sakit otak dengannya nanti. Malah ada dengar ura-ura bahawa beliau akan menyertai UMNO. Mc bagi hint mengenai beliau. Beliau seorang ahli Parlimen di Kedah. Antara Ulama terkenal dalam Pas, di segani oleh lawan dan kawan. Cuma akhir-akhir ini, beliau menghadapi masalah dengan pentadbiran Pas Pusat yang ketepikan Islam dan menyanjungi Dap. Beliau sudah berjumpa dengan kepimpinan tertinggi untuk menyatakan hasrat beliau. Jika beliau masuk UMNO, akan ada empat orang lagi Ulama Pas akan bersama UMNO. Semuanya hanya tunggu 'green light'.. Apakah ini tanda-tanda awal kiamat bagi Pas? McTheory: Ini bukan cerita donggeng, ini cerita betul.. tunggu saja la.. | ||||||||||||||||||||||
TERPANAS!! PERKARA-PERKARA YANG BOLEH BUAT PAS KEDAH ANGKAT BUNGKUIH!! Posted: 25 Dec 2011 06:13 PM PST 5 DUN yang buat Pakatan Haram gelabah tak senang duduk di Kedah Negeri Kedah Mempunyai 36 Dewan Undangan Negeri Pas = 16 Kerusi Bebas = 1 Kerusi(menyertai PKR kemudian letak PKR = 4 Kerusi jawatan PRK Bkt Selambau PKR menang) DAP = 1 Kerusi BN = 14 Kerusi Majoriti Mudah 36 kerusi bahagi 2 = 18 + 1 = 19 kerusi majoriti 2/3 = 24 kerusi BN kalah sebanyak 1463 undi kepada Pakatan Haram di 5 kawasan dun 1) N.26 Tanjung Dawai kalah kepada PAS = 79 undi 2) N.24 Jeneri kalah kepada PAS = 167 undi 3) N.09 Bukit Lada kalah pada PAS = 208 undi 4) N.27 Pantai Merdeka kalah pada PAS = 503 undi 5) N.04 Ayer Hitam kalah pada PAS = 506 undi Jumlah = 1463 undi N26 Tanjung Dawai (PAS) Jumlah Pengundi = 29,589 = Kaum = Melayu-80.80%, Cina-12.94, India-5.37%, lain-lain-1.02% DR Hamdan Mohamed Khalib (PAS) = 11,497 undi Datuk Arzmi Hamid (BN) = 11,418 undi Majoriti = 79 undi undi rosak = 618 undi ????? Jumlah Undi = 23,533 undi..peratus mengundi 79.535% penyandang (PRU11) = Datuk Arzmi Hamid (BN) majoriti = 5,151 undi N.24 Jeneri (PAS) Jumlah Pengundi = 21,382 Kaum = Melayu-92.58%, Cina-1.42%, India-0.06%, Lain-lain-5.93% Yahaya Abdullah (PAS) = 8,608 undi Datuk Hasbullah Lebai Isa (BN) = 8,441 undi Majoriti = 167 undi undi rosak = 251 undi ???? jumlah undi = 17,300 Peratus mengundi= 80.91 % Penyandang (PRU 11) = Ismail Harun (BN) majoriti= 640 undi N.9 Bukit Lada (PAS) Jumlah Pengundi = 23,444 Kaum= Melayu- 89.11%, Cina-8.42%, India-1.78%, Lain-lain-0.69% Ahmat Izzat Shauki (PAS) = 9,600 undi Datuk Ariffin Man (BN) = 9,392 undi Majoriti = 208 undi undi rosak=395 undi ????? Jumlah Undi = 19,387 undi peratus mengundi = 82.69% Penyandang (PRU11) = Datuk Ariffin Man (BN) Majoriti = 2,769 undi N.27 Pantai Merdeka (PAS) Jumlah Pengundi = 34,428 kaum=Melayu-82.69%, Cina-9.95%, India-6.95%, Lain-lain-0.45% Abdullah Jusoh (PAS) = 11,654 undi Datuk Dr Suib Saedin (BN) = 11,151 undi Majoriti = 503 undi undi Rosak= 296 undi Jumlah Undi = 23,101 undi Peratus mengundi = 67.1%??? Penyandang (PRU11) = Datuk Suib Saedin (BN) Majoriti=2661 undi??? N.4 Ayer Hitam (PAS) Jumlah Pengundi =25,742 Abd Ghani B Ahmad (PAS) = 10,652 undi Othman Aziz (BN) = 10,146 undi Majoriti = 506 undi undi rosak =352 ???? Jumlah Undi = 21,171 undi Peratus Mengundi 82.24% Kawasan 5 dun ni BN mempunyai harapan cerah untuk merampas kembali, sekiranya peristiwa permasalahan dalaman UMNO PRU 12 tidak berulang pada PRU 13, dengan keadaan Parti PAS yang sekarang mempunyai permasalan dalaman, mahu pun di peringkat Pusat dan juga peringkat Negeri, maka PAS menempuhi saat getir PRU kali ini. Tambahan pulak ura-ura DAP mahukan 4 lagi kerusi di Kedah, bagai satu tamparan bagi Pas. Dalam kenyataan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Wajar pertimbangkan cadangan DAP) - Klik Sini . Bagai mengiakan niat DAP yang mahukan 4 kerusi di Kedah, sekiranya begitu bertambah la kerusi DAP dalam Pakatan Haram, ia membuatkan pengundi melayu atas pagar akan merasa hilang kepercayaan terhadap PAS Kegagalan PR atau PAS sendiri gagal melunaskan janji pada PRU 12 juga sudah di ketahui umum, rakyat Kedah tertipu dengan janji manis PAS, pandai berjanji tapi tak pandai tunaikan, ini telah menimbulkan ketidak puasan hati pengundi atas pagar, Kerajaan Negeri yang di Tadbir PAS tidak Amanah, dengan peruntukan Kerajaan Pusat untuk menyelangara jalan yang tak di gunakan sepenuhnya untuk memberi keselesaan pada rakyat dan pada awalnya Kerajaan Negeri cuba sembunyi hal yang sebenar dan menyatakan peruntukan tersebut di simpan di dalam Tabung Amanah Jalan Raya. Namun akhirnya terdedah, apabila Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan penyelangaraan jalan raya yang di beri Kerajaan Pusat untuk membayar gaji Kakitangan Kerajaan Negeri. Yang menjadi persoalannya kenapa pentadbiran PAS tidak amanah dan kemana hala perginya duit balak yang di katakan untung yang membuat Kerajaan Negeri bongkak sebelum ini. PAS kedah juga terbahagi kepada dua kumpulan, 1 kumpulan PRO Phahrolrazi, 1 kumpulan lagi PRO Azizan, Azizan di hentam PAS sendiri dengan mengatakan Azizan PRO UMNO, kerana layanan Azizan terhadap UMNO. PKR pulak bagai akan hilang bisanya di Kedah, apabila khabar angin Kaum India mula hilang kepercayaan terhadap PKR, ianya bagai satu tanparan buat PKR di Kedah..tambahan pulak permasalan terbaru telah wujud di antara PKR dan PAS di Kuala Kedah Klik Sini Isu hukum hudud juga memberi satu lagi masalah pada Pas Kedah. Jika dahulunya mereka pernah berjanji akan melaksanakan hudud di Kedah. Namun setelah menjadi kerajaan, Ustaz Azizan sendiri telah membuat kenyataan bahawa Pas tidak akan melaksanakan hudud. Ini membuatkan ada sesetengah ahli Pas kecewa dengan kenyataan Ustaz Azizan. Apakah hudud hanya mainan politik Pas untuk menagih undi? Permasalahan Antara Hassan Ali, Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan PAS pusat juga memberi impak sebenarnya kepada reputasi PAS di Kedah. Perpecahan diantara Pro Ulama dan Pro bukan Ulama juga akan meresapi di kalangan Ahli PAS di Kedah..begitu juga kes Taib Azamudden Md Talib yang di singkirkan dalam jawatan PAS Negeri bagai memberi satu bonus untuk BN Baling. Tambahan ada khabar angin mengatakan bahawasanya Taib Azammuden ingin beralih angin kepada UMNO. PAS Kedah juga gagal mewujudkan peluang pekerjaan baru pada rakyat dan gagal menarik pelabur ke Kedah, ini telah menunjukan PAS lemah dalam pentadbiran, segala pelabur-pelabur yang sedia ada adalah daya usaha BN yang memerintah sebelum PR ambil alih Kedah. Garapan terbaik dari Media Kedah | ||||||||||||||||||||||
KASI PANAS!! LAGI AHLI PAS MASUK UMNO!! Posted: 25 Dec 2011 04:12 PM PST Makin lama makin meluat orang dengan Pas. Janji macam-macam tapi haram apa pun takdak. Apa yang Pas tahu hanyalah jilat Dap, sanjung Dap, puja Dap. Sebab Pas percaya, Pakatan Haram sekarang amat bergantung kepada Dap untuk mengalahkan BN. Jika Dap takdak, PKR dan Pas.. boleh bungkuih buat nasi lemak. he he he... KEPALA BATAS - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini. Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini. Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO. "Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu. "Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu. Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO. Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas. Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu. "Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu. "Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya. Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang. = Utusan |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment