Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


LAAA EHH!! TAFSIRAN AYAT KAMAL SAIDIN MENARIK UNTUK KITA BACA!!

Posted: 17 Dec 2011 07:36 AM PST

Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa'; 141)

Allah SWT menjelaskan kepada kaum Muslimin, bahawa orang-orang munafik itu senantiasa menunggu-nunggu peluang yang baik yang menguntungkan diri mereka.

Mereka mencari-cari kesempatan bila akan terjadinya peristiwa yang menimpa kaum Muslim ini dengan harapan supaya kekuatan Islam akan hancur dan kemenangan kepada orang-orang kafir



Itulah sebabnya maka apabila kemenangan diperoleh kaum Muslimin mereka mengaku bahwa mereka membantu kaum Muslimin, agar mereka memperoleh kesempatan untuk menikmati kemenangan itu tetapi sebaliknya apabila kemenangan berada di pihak orang-orang kafir merekapun mengatakan bahawa mereka berusaha dengan keras untuk membantu mereka dalam menghadapi serangan-serangan kaum Muslimin

Ini bermaksud supaya mereka dapat memperoleh bahagian dari kemenangan tersebut.

Jelaslah bahawa perbuatan orang-orang munafik itu adalah semata-mata untuk memperoleh keuntungan, tetapi tidak mahu menanggung risikonya.

Dengan demikian mereka ingin mendapatkan keuntungan-keuntungan tanpa berusaha dan ingin menyelamatkan diri tanpa bersusah payah.

Maka Allah SWT menegaskan kepada kaum Muslimin bahawa Dia akan menentukan di hari kiamat siapa-siapa di antara mereka yang betul-betul beriman dan melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas, dan siapa yang munafik yang pura-pura beriman tetapi di hatinya langsung tidak berminat kearah itu


Allah akan memberikan pahala kepada siapa yang berhak menerimanya, dan juga akan memberikan siksaan kepada siapa yang berhak menerimanya.

Dan Allah SWT menjanjikan kepada kaum Muslimin bahawa selama orang orang Muslimin itu tetap berpegang kepada agama melaksanakan apa yang diperintahkannya dan menjauhi apa yang dilarang, serta berusaha menyiapkan apa yang diperlukan untuk pertahanan agama, nescaya Allah akan menjamin kemenangan mereka, dan sedikitpun tidak akan memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk memperoleh kemenangan atas orang-orang mukmin.

Sg. Rapat Online

Eksklusif!! YB Zul Noordin Bersama Pihak Madrasah Salihiah Berbincang Mengenai Nasib Madrasah yang mahu dirobohkan!

Posted: 17 Dec 2011 06:07 AM PST

Nantikan Eksklusif bersama YB Zul Noordin mengenai kisah Madrasah Salihiah yang menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Pas Kedah.

Madrasah dirobohkan, shopping mall diutamakan.

KASI GEGAR!! YB ZULKIFLI NOORDIN CERAMAH DI ALOR SETAR MALAM INI!!

Posted: 17 Dec 2011 01:11 AM PST


Pada pembaca blog Mc menjemput para pembaca beramai-ramai ke ceramah umum YB Zulkifli Noordin, Naib Presiden Perkasa Malaysia.

"Memperkasakan Bangsa, Memertabatkan Agama"

Tarikh: hari Sabtu, 17hb Disember 2011.
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Sek Keb Kampung Gelam. 
Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah. 

Jika anda Taatkan Islam, sayangkan melayu, hadirlah bersama kami..

McTheory:
Ingat satu.. Politik Bukan Agama..

TUDIAA!! PAS TERUS SESAT DARI LANDASAN!! - ZAHID HAMIDI

Posted: 16 Dec 2011 11:11 PM PST



KUALA LUMPUR Dis – Isu calon pilihan raya umum ke-13 dalam parti PAS menunjukkan parti itu kini berada di persimpangan bagi menentukan hala tujunya, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu berdasarkan kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan parti tersebut menyimpang daripada matlamat asal.

"…mereka (PAS) kini berada di persimpangan jalan, di antara perjuangan menegakkan cita-cita Daulah Islamiah atau menegakkan sebuah kerajaan berkebajikan.


"Justeru apa yang disuarakan oleh Datuk Dr Hasan dan Nasharudin itu jelas adalah satu manifestasi ketidakpuasan hati mereka berdua kerana PAS kini dilihat telah semakin tersimpang dari matlamat asal penubuhannya," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan ditemui pemberita selepas Perasmian Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gombak Setia dan Nasharudin yang mewakili kawasan Parlimen Bachok akan digugurkan daripada senarai calon PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan PAS cuba membariskan calon yang kena dengan "selera" parti sekutu mereka DAP.

"Walaupun kita (Umno) berbeza pendapat dan pegangan ideologi politik, tetapi tentu sekali kita (Umno) tidak rela parti yang dikatakan berlandaskan Islam ditunggangi oleh parti yang idealisme perjuangan dan falsafah politik yang nyata berbeza matlamat," katanya.

"Kita tidak mengambil kesempatan terhadap perpecahan dalaman PAS itu, tetapi kita sedia membuka pintu tanpa mereka perlu masuk menjadi anggota Umno asalkan perjuangan kita itu turut diberikan sokongan oleh mereka," katanya. - Media UMNO

KASI PANAS!! GAY MELAYU, INILAH HASIL PERJUANGAN ANWAR DAN AMBIGA!!

Posted: 16 Dec 2011 07:11 PM PST



Inilah Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan oleh pihak pakatan mahukan.Kebebasan berkahwin sesama sejenis,kebebasan mengamalkan hubungan diluar tabii.

Baru baru ini kita digemparkan dengan kehilangan pelajar perubatan Malaysia di Ireland. Ahli keluarganya lebih lapan kali berulang alik pergi mencari Alif Alfian namun gagal.


Pelajar tajaan Petronas ini gagal dihubungi malah langsung tidak berhubung dengan keluarganya.

Hari ini punca segala kehilangan pelajar pintar ini terdedah apabila dikhabarkan beliau sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.Langkah yang diambil oleh pelajar ini sudah pasti disambut baik oleh pihak PKR,PAS dan DAP.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa pelajar ini yang terlalu risau akan kehilangan anak selama 8 tahun tetapi digemparkan dengan berita yang menghayat hati ini.

Satu kenyataan dan gambar yang di'hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.

Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di'khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di'khabarkan hilang oleh ahli keluarga. 
- Kita Gempur




Rosak-rosak, inilah yang kita takut akan terjadi di Malaysia jika puak-puak songsang ni dibiarkan bebas memilih pasangan masing-masing tanpa di selia oleh sesiapa.

Budak Melayu mangkuk ni sanggup pilih pasangan gay jantannya, dari keluarganya sendiri. Apa punya manusia la budak ni.

McTheory:
Inilah hasil didikan songsang atas perjuangan Anwar dan Ambiga..

TUDIAA!! AZIZ BARI SUDAH MENINGGAL?

Posted: 16 Dec 2011 04:33 PM PST

Bukan meninggal dunia, tapi meninggalkan UIA.. ohh..


"Dan pada akhirnya, Prof Aziz Bari secara rasmi tidak lagi dengan UIA. Kehilangan kepada universiti. Tetapi keuntungan kepada negara kerana beliau kini boleh bercakap dengan lebih bebas", kata Wan Saiful Wan Jan dalam twitter 3 jam lalu.

Wan Saiful adalah salah seorang pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), dimana Aziz merupakan felo kanan NGO tajaan asing itu.


Minggu lalu, peguam Aziz, Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan anak guamnya itu telah menghantar surat kepada pihak universiti berhubung dengan peletakan jawatan sebagai pensyarah di universiti itu.- AIDC



Alhamdullilah.. ibu bapa pun senang hati bila orang macam ni tidak lagi mengajar anak mereka. Selamat anak bangsa dari profesor kangkung yang syok sendiri ini.

Semoga Aziz boleh tumpukan perhatian pada politik pula selepas ini. Mc doakan Aziz dipilih Anwar untuk menjadi calon PKR pada PRU ke 13 ini.

McTheory:
Tak payah berlakon lagi, wajah sebenar orang dah nampak..

KASI PANAS!! PEPECAHAN UMAT ISLAM YANG MELAMPAU!!

Posted: 16 Dec 2011 02:39 PM PST

Jika Umat Islam bersatu.. ia mampu dilaksanakan..


KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri ini tanpa kebenaran pemerintah.

Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.

Titah baginda, masalah tersebut berlaku disebabkan tiada persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi sesama umat Islam itu sendiri.


Justeru, Sultan Mizan menyeru seluruh umat Islam di negeri ini agar mencari jalan penyelesaian demi kedamaian serta kemurnian hubungan antara pihak-pihak yang bertelagah.

"Masalah ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda dan umat Islam dihina dan dipermainkan.

"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini.

"Oleh itu, beta menyeru rakyat sekelian supaya sama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak bertelagah agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Raja Chendering yang kini dikenali sebagai Masjid Sultan Ismail di sini.

Keberangkatan Sultan Mizan diiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Turut hadir, putera baginda, Tengku Muhammad Mua'az; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta para pembesar dan kenamaan negeri.

Baginda turut mengajak umat Islam agar mengambil iktibar daripada tema sambutan Awal Muharam tempoh hari iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah yang menuntut umat Islam sentiasa bersatu padu dalam jemaah berdasarkan tuntutan al-Quran.

Malah, baginda juga menyeru umat Islam supaya menjadikan peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah sebagai pengajaran apabila berjaya menyatukan dua golongan yang bertelagah iaitu Aus dan Khazraj.

Dalam pada itu, Sultan Mizan yang baru menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 serta dua putera baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di masjid berkenaan.

Masjid Sultan Ismail yang mula dibina baru sejak 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta siap sepenuhnya pada Mei lalu dan ia merupakan antara 491 buah masjid yang terdapat di Terengganu. - Utusan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...