Kedah Ke KL - MctHeory |
- SOSIAL!! LELAKI TIKAM TEMAN WANITA BERKALI-KALI DI KHALAYAK RAMAI!!
- PANAS LAGI!! MAT SABU CADANG TANDING DI KEDAH?!!
- TUDIAA!! PEMUDA PAS NASIHAT JANGAN TINGGAL PAS, PAS PUSAT PULA SURUH KELUAR CEPAT SIKIT!!
- LAAA EHH!! PUAK HARAM NI TAK SUDAH NAK PERAH DUIT RAKYAT??
- KASI PANAS!! KISAH ADUN PAS YANG BIADAP!!
- HANGAT PUNYA CERITA!! KISAH BLOGGERS KEDAH BERBOGEL??
- PANAS!! BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!!
- PANAS!! LAGI RAKYAT KEDAH TOLAK KERAJAAN PAS!!
SOSIAL!! LELAKI TIKAM TEMAN WANITA BERKALI-KALI DI KHALAYAK RAMAI!! Posted: 15 Dec 2011 10:09 AM PST Mc pun blur tak tau nak bangkitkan isu apa tengah malam ni. Cuma mai kita layan video kejam gila ni. Teman lelaki tikam Awek berkali-kali sampai mati. Orang China memang kejam.. harap jangan la ada manusia macam ni kat Malaysia. | ||||||||
PANAS LAGI!! MAT SABU CADANG TANDING DI KEDAH?!! Posted: 15 Dec 2011 07:11 AM PST Lelaki komunis terakhir ni ada hati nak balik bertanding di Kedah? .. Nampaknya Mat Sabu nak cari kerusi selamat untuk dirinya. Dulu dengar dia nak ke Kelantan, tapi setelah kes menyokong komunis. Penyokong Pas Kelantan sendiri menolak Mat Sabu di sana. Apa Mat Sabu ingat dia boleh menang kalau bertanding di Kedah? Video ni khas buat Mat Sabu kalau berani bertanding la di Kedah Video ni juga khas untuk penyokong PAS.. Video daripada Media KedahKalau berani tanding la di Kedah.. siapa tak kenal Mat Sabu, kawasan mana yang dia pegang semuanya lingkup dan tak terjaga. Lebih elok Mat Sabu pilih Penang la, sebab saudara seangkatan dia ada sana. Si Lim Guan Eng tu.. McTheory: Sejak kawan dengan Guan Eng.. makin bulat muka Mat Sabu.. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||||||||
TUDIAA!! PEMUDA PAS NASIHAT JANGAN TINGGAL PAS, PAS PUSAT PULA SURUH KELUAR CEPAT SIKIT!! Posted: 15 Dec 2011 04:35 AM PST Pas sekarang sudah jadi parti politik yang sempurna. Atas, bawah, tepi dan belakang. Semuanya politik. Dalam kes Hasan Ali pun macam tu juga. Si Pemuda Pas berlakon kononnya sokong Hasan Ali, namun peringkat Pusat pula, Pas seolah lagi suka Hasan Ali keluar Pas. Bak kata orang lagi cepat lagi bagus. Pas bermain diantara baik dan buruk. Pemuda Pas melakonkan watak baik kononnya memujuk dan menyokong, hanya untuk menunjukkan bahawa ada lagi pemimpin Pas yang menyokong Hasan Ali. Jika Hasan Ali keluar Pas pun, bukan salah mereka, kerana mereka sudah cuba memujuk. Itulah permainan politik Pas. Mulut saja manis, hati tuhan saja yang tahu. Sedangkan sejak Hasan Ali berada didalam Pas, pelbagai rintangan terpaksa beliau hadapi. Diantaranya apabila beliau cuba menegakkan syiar Islam di dalam parti Islam. Macam pelik bunyinya kan..tapi itulah hakikat. Pas hanya Islam pada nama, namun rohaninya, Islam Pas dah hilang. Bak kata orang umpama, anak dara yang tiada dara. Dalam Pas, siapa yang cuba mengajar cara Islam yang betul, lurus dan benar. Pasti akan dipulau dan dijadikan musuh. Kalau songsang macam Nik Aziz, Mat Sabu, Mahfuz dan lain-lain. Nescaya akan disanjung dan dijulang sampai mati. Kalau tak percaya, rasanya Ustaz Harun Din pun dah tak lama tu.. McTheory: Daripada mengotorkan nama, baik keluar saja dari Pas.. | ||||||||
LAAA EHH!! PUAK HARAM NI TAK SUDAH NAK PERAH DUIT RAKYAT?? Posted: 15 Dec 2011 02:11 AM PST
Contoh terbaik Mat Sabu merayu penyokong Pas di suruh menderma.. Video Mc ambil dari Medan Tempur Kedah Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta ahli parti pembangkang yang menerima RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), supaya menderma RM100 kepada parti bagi membantu mereka menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipersoal beberapa pihak. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, permintaan itu tidak sesuai kerana BR1M, bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bukan untuk tujuan lain yang berunsur politik. "Wang itu sepatutnya digunakan untuk memperbaiki kehidupan, untuk membeli keperluan rumah bukannya untuk didermakan kembali kepada parti politik mereka," katanya. Beliau berkata, walaupun perkara itu, terpulang kepada penerima untuk dermakan ke mana, tetapi dari segi moral mereka tidak menghargai bantuan kerajaan kerana sudah dapat bantuan, mereka nak beri derma pula pada parti. Senator Ezam Mohd Nor pula menyifatkan ia tindakan tidak bertanggungjawab. "Mereka ambil hak rakyat miskin yang memerlukan untuk tujuan politik parti. "Saya cabar parti pembangkang buat penjelasan dan tarik balik tindakan yang amat tidak bersifat negarawan ini," katanya. Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar dakwaan yang SMS itu disebarkan parti pembangkang, ia perbuatan tidak bertanggungjawab kerana wang itu diberikan untuk meringankan beban rakyat. "Jika ada yang berbuat demikian, mereka ini mengkhianati diri sendiri dan keluarga dan ia juga disifatkan tidak amanah atas pemberian ikhlas kerajaan," katanya. Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar bagaimanapun menafikan Pas ada menghantar SMS itu dan berkata, parti pakatan pembangkang sudah mempunyai dana mencukupi untuk menghadapi pilihan raya umum itu. "Kita tidak buat perkara sebegitu, duit kita semuanya cukup dan diharapkan mereka yang mendapat duit RM500 itu agar gunakannya untuk persekolahan anak-anak, pembangkang tak perlu duit tersebut," katanya. Betul ke cukup Mahfuz? Kalau cukup kenapa setiap kali ceramah, tak sudah-sudah minta hangpa dok minta derma? This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||||||||
KASI PANAS!! KISAH ADUN PAS YANG BIADAP!! Posted: 14 Dec 2011 11:38 PM PST Kenal dengan gambar di atas? Inilah gambar Adun Kubang Rotan si YB Nasir. YB yang mempersoalkan kenapa pergi melawat rumah penduduk yang terbakar, kerana Wakil Rakyat bukan BOMBA!! adehh.. . Dulu Mc pernah cerita mengenai hal ini dalam post yang lepas. Cuma kali ni Mc nak tumpukan tentang soal kerja seorang Wakil Rakyat. Untuk baca post yang lepas klik SINI. Apa kerja seorang wakil rakyat sebenarnya? Sibuk dengan meeting di pejabat kerajaan? Sibuk dengan ceramah? Sibuk dengan perniagaan sendiri? Sibuk dengan bini pertama, kedua, ketiga.. Atau sibuk dengan main golf? Cuba tanya YB Nasir, dulu semasa ceramah di Kubang Rotan, agaknya apa yang pernah beliau janjikan? Berbakti pada rakyat. Membela rakyat atau Wakil Rakyat bukan BOMBA? Andaikata, kalau beliau sebut, di pentas ceramah mengenai "Wakil Rakyat Bukan BOMBA" nescaya, tak akan ada orang yang akan mengundi si YB Nasir ni. Penduduk tengah susah, salahkah kita pergi melihat, membantu dan meringankan beban mereka? Salah? Kalau dengki pun jangan la tunjuk depan-depan. Allah maha kuasa, depan kami YB Nasir menunjukkan perangai buruk YB tu. Mungkin YB ingat kami ni budak-budak bodoh yang sedang melepak kot. he he.. Kalau YB bertanding lagi di Kubang Rotan, YB pasti akan melihat perkataan "Wakil Rakyat Bukan BOMBA" di mana-mana saja. Ayat YB tu kami akan gunakan sebaik mungkin. Islam bukan hanya pada pakaian YB, berjubah, berkopiah dan berjanggut tak boleh menutup betapa busuknya perut kita. Apa pun, terima kasih kerana belanja kami makan hari tu.. susah nak rasa duit orang Pas. he he.. McTheory: YB datang dengan Mat Sabu, makin gemuk dia, Guan Eng bagi makan apa gamaknya.. ha ha ha.. | ||||||||
HANGAT PUNYA CERITA!! KISAH BLOGGERS KEDAH BERBOGEL?? Posted: 14 Dec 2011 09:11 PM PST Amboihhh.. bila nampak tajuk lucah sikit, mula la laju klik masuk ke blog ni. Sebenarnya takdak pun blogger yang bogel. Cuma Mc nak perkenalkan rakan-rakan blogger Kedah yang akan membantu dan bersama Mc, bogelkan Pakatan Rakyat. Tak kisah la isu apa pun, kita bogelkan mereka hingga rakyat kenal siapa sebenarnya pemimpin Pakatan Rakyat, penyelewengan dan tidak amanahnya mereka pada rakyat. Buka topeng sebenar mereka. Topeng yang selama ini digunakan untuk kaburkan mata rakyat. Mc nak perkenalkan rakan-rakan baru dalam alam maya.. bagi mengempur Kerajaan Pas Kedah, Rakan blog pertama ialah Media Kedah (http://unitmediakedah.blogspot.com) yang dikendalikan oleh Team Media Kedah. Team Media Kedah ni besar, Mc pun salah seorang dari Team Media Kedah. Cuma blog ni dituankan kepada Pisau Kedah. Antara blog baru yang semakin mendapat sambutan. Pisau Kedah ni rajin mencari isu baru. Memang wajib baca.. Blog Kedua ialah blog Medan Tempur Kedah (http://medantempurkedah.blogspot.com). Blog baru yang di cetuskan oleh Pemuda Melayu Kedah. Bagi pembaca yang selalu membaca blog Mc. Pemuda Melayu Kedah adalah penulis jemputan di blog Kedah Ke KL. Beliau banyak membantu Mc dulu. Kini Mc nak bantu dia pulak. Sebagai blogger baru, Mc minta pembaca support blog Medan Tempur Kedah. Blog Ketiga ialah blog Melayu Kedah Terakhir (http://mkedah.blogspot.com). Blog ini blog baru yang diasaskan di Langkawi. Namun penulisnya bukan seseorang yang baru dalam bidang penerang dan penulisan. Tulisannya memberi impak kepada kita dan juga seorang yang kreatif. Memang blog yang patut dibaca.. Mc perkenalkan 3 blog baru pro UMNO yang memberi tumpuan pada isu Kedah dan kami akan bersama-sama mengempur Pas Kedah hingga rakyat tahu siapa sebenarnya Pas Kedah dan tahu apa yang telah mereka buat selama memerintah. Apa yang mereka buat, dan apa yang mereka tidak buat. Mc juga berharap, rakan-rakan blogger Kedah yang lain menyertai kumpulan kami. Seperti blogger Kedah Times, Pak Teh Kata, Sungguh Ka dan Aloq Staq Blog. Semakin ramai, semakin kuat perjuangan kita. Mengikut perkiraan sekarang, merujuk kepada ranking Alexa, blogger Kedah pro UMNO telah berada jauh didepan daripada blogger Kedah pro Pas. Ini bermakna, gelombang alam maya pun sudah berubah. Rakyat Kedah bersama kita. Kita teruskan momentum ini hingga ke PRU ke 13. McTheory: Rampas Kedah dari kerajaan Pas!! | ||||||||
PANAS!! BUKTI NYATA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH HUTANG BERJUTA-JUTA!! Posted: 14 Dec 2011 06:11 PM PST Dalam artikel yang lepas, Mc pernah mempersoalkan tentang hutang berjuta Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Namun selepas Mc difahamkan rakan blogger Sungguh Ka pernah membuat pendedahan ini. Mc pun dengan sukacitanya mendedahkan apa yang patut rakyat Kedah hatta Malaysia baca mengenai hal ini. Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan : KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan. · Difahamkan projek pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00. · BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Di sini Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.
Nilai defisit budget Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar RM20,000,000.00. Persoalannya, di manakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS nak korek RM62,000,000.00 ini bagi menyiapkan KUIN…..? Dengan defisit RM20,000,000.00 ditambah pula kos penyelenggaraan KUIN RM62,000,000.00, Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang ini saja sebanyak RM82,000,000.00. Kalau macam ni la gayanya, boleh BANKRUPT. SAH BANKRUPT……. Renung-renungkanlah……. Patut la jawapan dari Ustat Jijan lebih kurang bunyinya "pinjam dulu pikiaq kemudian……. Esok nu sapa jadi MB pulak pikiaq la macam mana nak bayaq…….pakat-pakat pikaiq". Adakah mungkin terlalu asyik tengok RM ni, kebajikan rakyat serta pembangunan Negeri Kedah terlalai. Bukit mana, denai mana, paya mana, sungai mana, lurah mana, hutan mana pulak perlu dirobek bagi menyelesaikan masalah-masalah lain. Janganlah pula rumah terbakar kampung tergadai……. Fikir-fikirkanlah……. | ||||||||
PANAS!! LAGI RAKYAT KEDAH TOLAK KERAJAAN PAS!! Posted: 14 Dec 2011 03:09 PM PST SAYA amat tertarik dengan ucapan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, semasa membahaskan usul ucapan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Dengan menggunakan loghat Kedah, beliau telah mengistilahkan kerajaan Pas di negeri Kedah sebagai 'kemereh'. Apa yang saya faham, sebagai anak jati Kedah, istilah 'kemereh' bermaksud pendek akal, cakap saja pandai tapi tak pandai buat kerja atau lekeh. Dahulu semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Pas Kedah berjanji pelbagai perkara dalam manifesto mereka. Orang tua, orang muda, petani, tok imam, bilal masjid, peniaga dan nelayan akan terbela di bawah tema 'Kedah Sejahtera'. Itulah ceritanya. Lain pula jadinya selepas berkuasa. Kononnya hampir 82 peratus janji-janji dalam Manifesto 2008 sudah ditunai. Ingat orang Kedah ni bodoh sangatkah hendak ditipu sedemikian rupa? Saya terpanggil untuk menyenaraikan beberapa perkara untuk menunjukkan betapa 'kemerehnya' kerajaan Pas Kedah yang cakap tak serupa bikin ini. Pelbagai janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya belum ditunai. Antaranya: * Janji memberi elaun kepada tok imam dan bilal masjid. Sampai sekarang belum beri. * Janji untuk menubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah. Sampai sekarang belum tubuh. * Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang masih rugi. * Janji ada Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang dapat dana tersebut. * Janji kemungkinan untuk menurunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja. Juga masalah kekurangan air di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kadar caj air yang berbeza-beza di Kulim High Tech. * Janji hendak beri perlindungan Takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Sampai sekarang belum beri. * Janji hendak membina kemudahan sukan khusus untuk wanita. Sampai sekarang belum bina. * Janji hendak tingkat aktiviti pelancongan. Yang berlaku adalah kemerosotan pelancong dari luar yang berkunjung ke negeri Kedah. * Janji hendak beri cuti edah selama 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Sampai sekarang belum ada berita. Kalau hendak disenaraikan semua janji, memang banyak lagi. Realitinya, banyak sangat janji yang tidak ditunaikan. 'Kemereh' sungguh kerajaan Pas Kedah! Yang bertambah di Kedah hanyalah pub, rumah urut, kedai nombor ekor, mesin slot dan pusat karaoke. Balak sebesar betis pun ditebang demi untuk menjana pendapatan kerajaan negeri. Madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun pun hendak diroboh demi hendak membina pusat beli belah. Saya orang Kedah yang sedar segala penipuan ini, tidak mungkin saya akan mengundi calon-calon Pas di PRU ke-13 nanti sumber Medan Tempur Kedah |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment