PAPA GOMO |
- Papa Gomo Lembu? Live From NFC Dalam Mencari Kebenaran
- Edisi Bongkar Fitnah Pakatan Pembangkang Ke Atas NFC
- KANTOI - Ambiga Pandikutty Lari Ke Seri Lanka Mencari Modal Dakwat Kekal
- Ekslusif - Video Konspirasi PAS, DAP & PKR Dalam Penggunaan Dakwat Kekal
Papa Gomo Lembu? Live From NFC Dalam Mencari Kebenaran Posted: 17 Nov 2011 09:16 PM PST Sekarang Papa Gomo berada di Ladang National Feedlot Coporation di Gemas Negeri Sembilan bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan Pakatan Pembangkang yang dinyatakan sebelum ini bahawa NFC Gagal dalam menjalankan urusan daging lembu.
Now nak pi tengok Lembu pulak..... |
Edisi Bongkar Fitnah Pakatan Pembangkang Ke Atas NFC Posted: 17 Nov 2011 06:00 PM PST Fitnah pakatan pembangkang bermaharajalela keatas Projek Nasional yang dibangunkan oleh Syarikat Fieedlot National Coporation. Biar fitnah datang melanda sekalipun dibawah ini kami tampilkan kebenaran dan diminta agar seluruh rakyat menilainya. Pakatan Pembangkang juga dicabar untuk memberikan Bukti nyata akan Fitnah yang mereka lemparkan ke atas NFC. Fasa 1 : MEMBINA NFC FEEDLOT Kapasiti fidlot 6000 ekor setempat dicapai 8,000 ekor dibawa masuk tahun 2010 dicapai (8,016 ekor) Pengembangan kapasiti fidlot NFC untuk mencapai sasaran akan dimulakan 2012 Disasarkan bermula secara kecilan pada 2012 selepas 'export-grade abatoir' dibina oleh kerajaan,kapasiti contract farming sepenuhnya boleh dimulakan BREEDING PROGRAM NFC memulakan breeding program tersendiri pada May 2009 di National Feedlot Centre 4 paddock dibina,4 lagi sedang dibina pada masa ini dengan pembersihan pokok akasia dan penanaman rumput NFC breeding rate: 70% (Brahman) dan 65% (Wagyu) Grazing Area Supplement Feeding Fasa 2 : Mengembangkan NFC dan Contract Farming Program Export Quality Abattoir Feed Mill Contract Farming Program EXPORT QUALITY ABATTOIR 'Export quality abattoir' kelolaan kerajaan perlu dibina segera supaya boleh menampungkan kapasiti seluruh projek 'contract farming' Keperluan asas: Minimum 750 ekor sehari,perlu ada : kill floor,boning and packaging,chiller and/or freezer storage and dispatch,holding pens,cold storage,downstream value adding,by-products rendering and all infrastructure.Halal compliant,Menemui standard AQIS, EU dan USDA.Implementasi VHM and HACCP risk management standards Mencapai akreditasi 'halal' FEED MILL NFC perlu membina 'feedmill' untuk menampung keperluan 'contract farmers' Disasarkan pembinaan ini akan lengkap bersama dengan 'export grade abattoir' Fasa 2: Contract Farming Program Projek ini merupakan satu projek pembangunan sosio- ekonomi yang diusahasama antara Kerajaan dan NFC Jumlah penternak yang dicadangkan adalah 310 peserta Projek ini akan dimulakan pada bulan Mei tahun 2011, dan telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Implementasi Contract Farming NFCorp shall - assist with the establishment of a contract feedlot farming scheme through the National Feedlot Entrepreneur Development Programme in collaboration with the Government prepare and manage a supply and buy back feedlot agreement between NFCorp and the Contract Farmers with the approval of the Government prepare standard operating procedures for the Contract Farmers with the assistance from the Government; and assist with the supply and buy back feedlot cattle from Contract Farmers in accordance with the agreement mentioned in Sub-Clause 7.2 (c)(ii) subject to the completion of the Export Quality Abattoir Persediaan Contract Farming Kapasiti "mini-abattoir" NFC di Gemas adalah 100 ekor sehari, atau 26,000 ekor setahun (5 hari kerja seminggu) Keperluan untuk memenuhi kegunaan 310 penternak adalah 716 sehari, atau 186,000 ekor lembu setahun NFC mempunyai "technical specs" membina "Export Quality Abattoir" berkapasiti 400 ekor sehari Penyediaan makanan untuk penternak perlu disediakan oleh NFC, seperti tertulis di dalam "implementation agreement" Kuantiti sebanyak 454,425 ton setahun, atau 1,745 ton sehari Permohonan NFC untuk menggunakan pinjaman NFC bagi mendirikan kilang makanan atau "feed mill" Semua dokumentasi mengenai SOP telah dihantarkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk maklumbalas dari pihak Jabatan Modul latihan "training program" penternak sudah disiapkan Jabatan membekalkan manual penternak ruminan Integrator, para penternak kontrak, dan badan-badan kerajaan perlu mempertahan ladang daripada FMD Ini memerlukan system biosekuriti yang padat dan berkesan, dari segi infrastruktur, SOP dan kimia pencuci Sumber Blogg Badut Rakyat Psssttt.... Kita cabar puak Pakatan Pembangkang masuk ke Ladang NFC ini dan lihat sendiri perkembangannya. DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
KANTOI - Ambiga Pandikutty Lari Ke Seri Lanka Mencari Modal Dakwat Kekal Posted: 17 Nov 2011 05:22 AM PST Ambiga Pandykutty Tuntutan BERSIH : Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 4. Masa kempen minima 21 hari • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 5. Akses media yang bebas dan adil • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka. 6. Kukuhkan institusi awam Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 7. Hentikan rasuah Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 8. Hentikan politik kotor Diatas adalah intipati tuntutan dari pihak BERSIH yang mana kita tahu diketuai oleh Ambiga Pandikutty dan juga pemimpin Pakatan Pembangkang. Tuntutan yang kononya dapat menjamin pilihanraya yang Bersih dan adil pada PRU 13 kelak. Gomo tidak mahu mengulas kesemua tuntutan pihak Bersih kerana 7 dari tuntutan itu semuanya memang telah tersedia selama ini dalam Pilihanraya Malaysia. Namun tuntutan keTIGA yang mana Penggunaan Dakwat Kekal berbeda dengan yang lain memandangkan ianya adalah satu pekara yang baru. Sepertimana Gomo tunjukkan dalam video diatas ini jelas membuktikan bahawa Dakwat yang dikatakan Kekal yang diminta oleh pihak BERSIH untuk digunakan pada PRU 13 adalah tidak KEKAL sama sekali. 5 minit sahaja dakwat tersebut hilang dan pengundian Kotor akan berjalan. Sehingga kesaat ini seorang pun pemimpin Parti PAS, DAP dan PKR malah Ambiga Pandykutty belum mampu menjawap dan memberikan bukti bahawa Dakwat Kekal yang diminta mereka untuk digunakan pada PRU13 kelak terjamin selamat. Apakah Pemimpin Pakatan Pembangkang hanya tahu mendesak SPR dalam penggunaan dakwat Kekal tetapi tidak mahu memberikan jaminan kepada SPR bahawa Dakwat Kekal Selamat digunakan rakyat Malaysia? Ingatlah Agenda Pakatan Pembangkang ini, nama mereka pun sudah jelas mempunyai motif Jahat " PAKATAN" jika tidak berniat jahat sudah pasti tidak ada pakatan sebaliknya "KOMPONEN" yang digunakan sepertimana Barisan Nasional. Sekarang ini kita rakyat Malaysia Mendesak agar Ambiga Pandikutty dan juga kepimpinan Pakatan Pembangkang tampil memberikan BUKTI nyata bahawa Dakwat Kekal selamat digunakan dan mampu mengelakkan penipuan undi lebih dari sekali. Kami mengalu alukan respon Pakatan Pembangkang dalam hal ini....... Psssttt... Syukur rakyat sudah semakin jelas bahawa Dakwat Kekal akan digunakan Pakatan Pembangkang untuk menjahanamkan negara. DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Ekslusif - Video Konspirasi PAS, DAP & PKR Dalam Penggunaan Dakwat Kekal Posted: 16 Nov 2011 10:00 PM PST "Set Mencuci Dakwat Kekal" Dakwat Kekal namun ianya tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh Malaysia dalam menghadapi proses Pilihanraya. Penggunaan Biometrik disarankan untuk ketelusan pengundian. Dibawah ini Video yang Gomo rakamkan lewat pagi tadi mengenai Demo cara cara Dakwat Kekal digunakan jika berlangsung pilihanraya dan juga Cara cara menghilangkan dakwat kekal tidak sampai 5 Minit. Pohon saksikan sehingga tamat apa yang berlaku. Jelas terbukti buat kita seluruh rakyat Malaysia bahawa Dakwat yang dikatakan kekal ini adalah tidak Kekal sama sekali sepertimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pembangkang. Malah tuntutan pihak BERSIH yang mendesak SPR menggunakan Dakwat Kekal pada PRU 13 juga jelas terbukti agenda Jahat yang dirancang bersama PKR, PAS dan DAP demi memenuhi hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sihat. Indelible Ink Dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd dari negara India. - Sebotol Indelible Ink mampu menampung seramai 700 orang pengundi -Kekal 2 ke 3 di jari hari tampa menggunakan apa apa pencuci. Cleaning 1 - Mengandungi Sodium Hydroxide Solution yang boleh diperolehi di farmasi, Hardware Cleaning 2 - Mengandungi Alcohol with Turtentine yang boleh didapati di Farmasi dan kedai Hardware Panic Stone - Sering digunakan untuk membersihkan Kuitik Kapas - Boleh diperolehi di Farmasi APA MOTIF PAS, PKR & DAP YANG SEBENARNYA DALAM ISU DAKWAT KEKAL? Untuk makluman semua, pihak pakatan pembangkang beriya iya mendesak SPR untuk menggunakan dakwat Kekal adalah bertujuan untuk mencetuskan huru hara dihari pengundian dijalankan pada PRU 13 kelak. Caranya mereka akan memanipulasi keadaan yang mana mereka Jentera yang telah dilatih dalam menghilangkan dakwat Kekal akan menjalankan tugas menghilangkan dakwat yang ditanda dijari pada pengundi yang telah selesai bagi membolehkan pengundian dijalankan sebanyak 2 mahupun 3 kali dalam satu satu masa. Bila berlaku hal sedemikian maka akan ada pula kumpulan yang yang memboikot sewaktu proses pengundian berjalan yang mana kita sendiri boleh bayangkan situasi yang tegang akan berlaku disetiap pusat pembuangan undi. Dalam hal ini yang akan memperolehi keuntungan besar adalah Pakatan PAS, DAP dan PKR yang mana mereka akan menyatakan kepada rakyat bahawa proses pengundian telah tercemar dan tidak telus kerana ada yang telah membuang undi lebih dari sekali. Malah Gomo juga berani nyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan menyediakan satu Team Khas yang akan melakukan rusuhan di setiap lokasi bagi memberikan tekanan kepada pihak SPR untuk membatalkan pilihanraya walaupun selepas keputusan pengundian diperolehi. Setelah kekcohan ini berlaku pihak Pakatan Pembangkang akan memastikan agar pilihanraya diadakan semula dan tidak mustahil pada waktu ini rakyat akan terhasut dengan Agenda Pakatan Pembangkang yang menyatakan Barisan Nasional iaitu kerajaan menggunakan taktik kotor dalam proses pengundian. Dan percayalah bahawa jika diadakan Pilihanraya semula walaupun tampa Dakwat Kekal Pakatan Pembangkang yang mana setelah tamat proses pengundian bukan lagi sebagai Pembangkang sebaliknya Kerajaan Malaysia. Ini lah motif utama mereka Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana mereka tahu Rakyat mudah dihasut dalam proses pilihanraya dan itulah juga peluang buat mereka bagi menawan Putrajaya. Mungkin ada yang beranggapan apa yang Gomo nyatakan ini hanya sekadar Fantasi dan bukan realiti namun Gomo nak berikan anda semua kenyataan dari Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi : "ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi. ." Kenyataan diatas sudah jelas menyatakan bahawa jika berlaku kekecohan mengenai Dakwat Kekal ini,ketegangan tidak akan dapat dikawal seluruh negara dan ianya akan mengundang bencana buat rakyat Malaysia keseluruhanya. Dengan bukti VIDEO yang Gomo tampilkan diatas maka seharusnya pihak Pakatan Pembangkang Menafikan dan menidakkan apa yang terkandung dalam video tersebut. Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Wan Azizah dan juga seluruh pemimpin Pakatan Pembangkang mesti memberikan BUKTI bahawa Dakwat Kekal yang mereka perjuangkan tidak akan HILANG dalam masa 5 minit. Indelible Ink - utk buktikkan orang tu sudah pun mengundi. Tapi tak mengesahkan pengenalan orang tu. Biometrik - mengesahkan identiti individu utk mengundi dan seterusnya direkodkan individu tersebut telah mengundi. Yang mana Pilihan Anda? Psssttt.... Sorry lah rakaman amatur, Gua pulak bukannya pernah jadi pengacara ke apa ke. Kira bidang terjun cam Johari Abdul je ha ha ha DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment