Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Depa Dok Kalut Bini Orang Tak Pakai Tudung, Adik Beradik dan Saudara Kita dah Pakai Ka?

Posted: 17 Nov 2011 05:49 AM PST


Dok kalut Rosmah tak pakai tudung. Biaq pi la dia, tu urusan Rosmah dengan Allah. Kita yang kat bawah ni mampu menasihatkan saja. Dari dok jaga kain orang, baik jaga adik-beradik sendiri, saudara-saudara kita. Adakah semuanya dah baik-baik belaka?

McTheory:
Tak payah sibuk orang, cermin diri dulu lagi bagus..

Tudiaa.. Mai Baca Sat McTheory Nak Habaq ni!!

Posted: 17 Nov 2011 01:03 AM PST



Nak buat pengumuman! Dengan secara hormatnya nak bagitau, McTheory telah pulang ke Kedah dengan jayanya. Sebelum ni ada pihak dari pihak sebelah sana (Pas Kedah) mencabar Mc untuk turun Kedah membantu jentera psywar UMNO. Kata mereka UMNO Kedah nazak takdak isu.

Mc turun ke Kedah bukan sebab UMNO Kedah. Mc takdak kena mengena dengan UMNO Kedah. Memang la ramai kawan daripada UMNO Kedah, tapi nawaitu yang sebenarnya hanyalah ingin membongkar keburukkan dan kejahatan Pas Kedah semasa pentadbiran sekarang.

Mereka begitu berdabik dada mengatakan Pas Kedah kerajaan tadbiran Islam. Hakikat sebenarnya banyak songsangan dan putar belit dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Pembahagian tender, balak, pasir projek ikan keli, projek pertanian dan projek kerajaan negeri yang lain semuannya bermasalah! Kerajaan Kedah mendabik dada mengatakan mereka berjaya mengurang hutang negeri. Hakikat sebenarnya bayar hutang tu sebenarnya wajib, itu tanggung jawab.

Namun disebalik alasan membayar hutang, kewajiban kerajaan negeri juga perlu menyediakan infrastruktur bagi rakyat. Kemudahan-kemudahan lain seperti perkilangan, projek pembangunan, perumahan dan jalan raya. Ada Pas buat semua tu? Kilang yang ada lagikan lingkup ini pula nak buat kilang?

Masalah sosial yang berterusan, seliaan pada setiap dun juga Pas gagal. Banyak tanggungjawab pada rakyat yang Pas gagal tunaikan. Belum lagi masuk janji manifesto yang lepas. Rasanya banyak yang Pas tidak buat. Semuanya kita akan kutip dan dedahkan.

Kemungkaran Pas Kedah terserlah dengan kezaliman merampas tanah wakaf dan surau untuk membuat shopping mall. Allah maha berkuasa, setiap yang zalim dan batil pasti akan ada balasannya.

Pada penerangan Pas Kedah dan Ketuanya yang begitu angkuh dan berlagak. Jangan risau, cerita pasal akhbar rasmi Warta Darulaman yang tanggung hutang beratus ribu pada pencetak pun akan masuk dalam pendedahan bersiri. Tunggulah habuan mu!!

Ada orang kata Mc blogger berbayar, demi Allah Mc bukan blogger berbayar. Hingga sekarang satu sen pun Mc tak pernah dapat dari mana-mana individu atau mana-mana pihak. Mc berusaha sendiri, dibantu oleh rakan PMK dan Media Kedah, kami berjalan sendiri, bergerak sendiri. Tidak pernah ada sesiapa bantu atau mahu bantu dari segi kewangan atau tajaan.

Mc boleh hentam Pas atau hentam UMNO. Siapa yang tak betul pasti akan kena hentam. Tapi perjuangan Mc lebih berlandaskan perjuangan UMNO. Setia pada parti, bukan pada pemimpin! Tapi lebih taat kepada Allah Swt.

Target sekarang! Musnahkan Pas Kedah habis-habisan. UMNO Kedah kita simpan dulu, sampai masa nanti ada harinya kita ajar!

McTheory:
Ingat! Setia pada parti bukan pada pemimpin! Taat hanya kepada Allah swt!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

GEMPAR!! Penipuan Dan Helah Seorang Exco Kedah!!

Posted: 16 Nov 2011 10:11 PM PST

  Adun Bukit Selambau (N25) merangkap Exco Kerajaan Negeri
memutar belit fakta sebenar bencana alam yang berlaku 
di kawasannya di dalam surat khabar Warta Darul Aman


Nama
YB. S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM, AMK.
Portfolio
Pelancongan
Hal Ehwal Masyarakat India
Pengurusan Sumber Manusia


Helaian surat khabar Warta Darul Aman..terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kedah (keluaran September / oktober 2011) muka surat 11







Ini gambaran sebenar petugas UMNO/BN cawangan Taman Bandar Baru,Sungai Lalang bersama kakitangan JKM dan I.C.U (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) bahagian Kuala Muda bertungkus lumus hingga ke lewat malam untuk menyenaraikan dan mendaftar mangsa ribut di kawasan itu

salah sebuah rumah yang rosak teruk di dalam kejadian Ribut pada 10 / 08 /2011





Petugas dari UMNO/BN cawangan dan JKM mengambil keterangan dari mangsa ribut



Keterangan Mangsa ribut di sertakan laporan Polis



Pendaftaran oleh kakitangan JKM

Selepas selesai pendaftaran mangsa ribut................





Mensyuarat tergempar di adakan di antara penduduk,ketua UMNO cawangan,bersama wakil JKM dan I.C.U (bahagian Kuala Muda) di dalam Dewan UMNO cawangan Taman Bandar Baru

Pada lewat tengah malam para petugas menyalurkan bantuan makanan dan lawatan bersama pihak JKM dan I.C.U



Di sebalik usaha keras petugas UMNO dan kakitangan JKM , kakitangan I.C.U. S.Manikumar hanya mengambil kesempatan menujuk keperihatinan sebagai YB kawasan itu..langsung tiada petugas dari kalangan Pakatan Rakyat yang membantu..selang beberapa hari baru bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri sampai berjumlah RM200 ringgit setiap rumah mangsa ribut..selepas itu tiada apa-apa bantuan dari PR..

Namun dari pihak JKM bantuan terus menerus,,sehinggalah penyelengaraan selesai di semua rumah mangsa ribut,,dan kosnya di tanggung semua oleh JKM dan I.C.U..
sehingga hampir menjelang hari raya..Pihak I.C.U telah memberi sumbangan kewangan untuk menyambut hari raya

PSSST...
Kalau bab nak putar belit dan sembunyikan fakta..Pakatan Rakyat memang cekap

Dari Blog Media Kedah

PANAIH AIHH! KOMEN RAKYAT KEDAH YANG WAJIB KITA BACA!!

Posted: 16 Nov 2011 08:08 PM PST




Komen ni asli dari ruangan Komen Kedah Ke KL. Cuma ejaan dan singkatan Mc penuhkan untuk memudahkan pembacaan.


Komen yang pertama,

Assalamualaikum aku cukup sedih dengan perkembangan negeri asai aku Kedah. Aku sangka dulu UMNO habih haprak dah, terutamanya zaman Osman Arrof, yang orangg kampung panggil Osman 'ghroup'..kerja rampas tanah orang Melayu.. Tapi sangkaan aku meleset.. aku bagi undi kat PAS.. aku ingat PAS akan ubah Kedah jadi 'Negeri Naugan Ulamak'.. tengok2 Kedah jadi negeri naugan 'ULARMAK'!!

Aku rasa dalam sejarah Tamaddun Kedah Tua..dari zaman Merong Mahawangsa sampailah ke zaman MB Mahathir Khalid.. belum pernah terjadi sejarah buruk lagi jahat laknatullah seorang MB Islam Melayu..(merampas Tanah Wakaf, roboh Madrasah dan surau) AZIZAN TERGAMAK HANG BUAT KERJA LAKNAT NI AZIZAN!!!

NAQAL KITAB MANA YANG BAGI 'HALAI' MUSSOLLA/ SURAU BOLEH DIROBOH KALAU MAKMUM SIKIT ATAU KURANG DARI BEBEBRAPA NISOB?? APA NAK JADI DENGAN NEGERI KEDAH HA? SEJAK PAS PERINTAH SEMAKIN GILA STAIL PENTADBIRAN!!!

Aku harap AZIZAN jangan lupa diri..jangan angkuh dan lagak sombong di kerusi MB.. hang jangan lupa Azizan Allah Ta'ala 'sambung' nyawa hang yg dah nak 'mampuih' dah hari tu.. tiba2 hang buat kerja nak PERUNTUH SYIAR ISLAM!! dengan apa alasan sekalipun Madrasah yang banyak jasa dan sentimental value bagi kawasan Tambang Badak-Jalan Lumpor-Pintu Sepuluh tidah HALAL dirobohkan.

Maslahat pada umat Islam lebih penting dari segala2nya!! bukan duit yg kita nak Azizan oii..kawasan tu Cina dah lama idam!! Maruah azizan oiii...MARUAH ISLAM..MARUAH MELAYU.. kalau depa bagi 100 juta untuk ganti Madrasah tu pun kita tak boleh bagi.. sebab tapak itu adalah warisan waqaf 102 tahun yang lalu!

PAK HANG pun takdak lagi Azizan oiii!! Awat hang jadi bodo Laknat Azizan oiii..Cina DAP Kafir dari Pulau Pinang tu hang boleh percaya? bagi projek macam ni dok peruntuh Islam? Hang nak angkut mai Cina2 kapiaq Penang-KL-Singapore masuk ramai2 beli lot2 kedai dan kondo mewah Rm500 juta tu ka Azizan? hang pakai dasar nak mampuih apa ni ha? dasar komunis misai putih ka?? hang bodo nak mampoih Azizan oii..

Madrasah apa dalam shopping mall yang ada azan 5 kali? Madrasah apa dalam shopping Mall yang akan ada imam2 mai tiap2 subuh baca TARHIM?? apa akan jadi pada maruah Islam? kapiaq kata boleh ambik senang rumah ibadah org Islam walaupun dah bertapak 102 tahun? awat hang jadi MUNAFIQ azizan oii?? hang tak takut ka bala Allah turun mai kat Alor Setaq??? Solat Hajat akan dibuat..serentak esok (hari ni) malam Insya Allah! aku takut hang terguling muntah darah berbuih mulot kot Azizan oiii.. jangan2 angkuh sangat!! Balasan Tuhan cepat la ni!!

Tamatlah komen yang pertama!! Haa.. apa macam? Betul-betul berapi!!

Mai kita baca komen yang kedua pulak!!

Kecelakaan pemerintahan MB Azizan ni cukup banyak...tapi malangnya UMNO Kedah aku rasa dah 'mampuih' dh kot!!! Mat Bashah ni, DS Najib mau bungkuih (cepat-cepat) lepas tu tendang dia pi duk pulau mana2!! Satu apa pun dia tak amik peduli pasai kecelaruan MB Azizan ni!! dia macam support sama kerja gila PAS.. pengerusi badan perhubungan apa lembik nyok ni? PAS duk sakan balun rakyat..UMNO Kedah dok sedap lena.. meleleh ayaq lioq!! tak pantas, tak cekap..buat tak kesahh..sebab PRU 13 UMNO Kedah nak 'sedekah' Kedah kat DAP-PAS DS Najib kena serius pantau Kedah. DS Najib kena 'zalim' sikit kat pemimpin UMNO Kedah.. cantaih awai2 perosak2 ni... ini punca Azizan dengan DAP laknat sakan merosakkan Kedah!!

He he he.. bab komen kedua ni Mc mengambil sikap terbuka. NO KOMEN!! Depa memang macam tu.

McTheory:
Pendirian peribadi, Mc sokong sangat dengan komen kedua tu!!

KEMPEN!! LANCAR PERANG JIHAD TERHADAP KERAJAAN PAS KEDAH!!

Posted: 16 Nov 2011 05:08 PM PST


Wahai Umat Islam di Kedah, sudah butakah mata anda, tertutupkan telinga dan pintu hati apabila sebuah Tanah Wakaf yang berusia 102 tahun, tempat anak-anak mengaji dan bersembahyang akan dirampas oleh sebuah kerajaan zalim bertopengkan kerajaan Islam.

Di mana letaknya nilai anda sebagai seorang umat Islam? Di mana letaknya maruah perjuangan anda apabila sebuah madrasah yang diatas tanah wakaf khas untuk menyebarkan agama Islam telah DIRAMPAS dengan kejamnya oleh pihak yang pentingkan WANG dari AGAMA!!

Mereka yang gelarkan diri mereka sebagai pejuang agama kononnya TERLEBIH ISLAM dari orang lain, kini terbabit dalam gerakan menjual tanah wakaf untuk digadaikan kepada saudagar cina Penang bagi membuat sebuah Kompleks membeli-belah.

Apakah setaraf sebuah kompleks membeli belah dengan satu madrasah lama yang bernilai dari segi nostalgia dan fakta sejarahnya? Lamanya madrasah itu hampir sama nilainya dengan Masjid Zahir yang hanya beberapa ratus meter saja dari madrasah terbabit.

Kenapa Masjid Zahir boleh dicantikkan dan diwarisankan kepada generasi akan datang. Tetapi tidak MADRASAH SALIHIAH KANCHUT?


Berapa lama UMNO/BN memerintah, tanah wakaf kekal sebagai tanah wakaf. Madrasah yang beratus tahun tetap kekal di atas tanahnya. Namun selepas Kedah di ambil alih oleh sebuah parti ISLAM TERLEBIH (kononnyalah). Terus mereka MERAMPAS dan mengambil tanah itu untuk dijadikan projek pembangunan.

Sudah tidak adakah tanah lain di Alor Setar Kedah untuk dibangunkan? Apakah tanah wakaf itu bernilai tinggi kerana ia berada betul-betul dikawasan perniagaan kaum cina? Apakah ada kepentingan pihak lain yang menghasut untuk merampas tanah tersebut?

Mungkinkah semua persoalan ini ada kena mengena dengan kontraktor pembinaan yang datangnya dari Pulau Pinang. Syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.

Sanggup kerajaan Pas Kedah mengadai tanah wakaf, merobohkan Madrasah dan surau semata-mata mengejar projek rm500 juta untuk dijadikan kompleks membeli belah?

Perkara ini bukan main-main, sudah ada pihak yang mahu melancarkan perang jihad kepada kerajaan Pas Kedah! Mc menyokong pihak yang mahu berjihad untuk mempertahankan tanah wakaf terbabit. Hangpa semua memang pejuang Islam sebenar!! Jika projek ini terus dijalankan juga oleh Pas Kedah. Wajib kita umat Islam di Kedah, bahkan di Malaysia amnya, menolak Pas.

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. "Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan."

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji hanya akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.







McTheory:
Apakah dengan fakta-fakta ini tidak menjadikan kita wajib mempertahankannya??
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...