Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


Panas!! UMNO Rasuah!!

Posted: 18 Nov 2011 09:29 AM PST



Sebut saja UMNO, rasuah. Sebut UMNO saja, rasuah. Apa Pas tak pernah rasuah ka? Pas baik sangat ka? Dap dengan Pkr tu maksum? Rasanya Pakatan punya kes rasuah pun jenuh juga ceritanya.

Hari ni Mc berjalan jauh, dari Penang sampailah Alor Setar. Singgah makan dan berehat kat kedai-kedai tepi jalan. Bila lepak kedai kopi, macam2 la kita boleh dengar. Tambahan pula kalau kedai kopi tu dipenuhi dengan puak-puak Pas.

Dari cerita kerajaan bagi rm100 (khas untuk budak sekolah), sampai la cerita duit rm500. Semuanya kutuk, takdak satu pun puji atau kata kerajaan baik. Mula-mula Mc dengar saja la. Lepas tu malas nak layan, Mc buka akhbar Utusan baca depan puak-puak tu.

Puak-puak tu tengok Mc macam nak makan! Dari jauh dengar puak-puak ni dok kata hishh.. UMNO rasuah! Mc sabar saja. Bila masa nak bayar, Mc pun tanya salah sorang dari pakcik-pakcik tadi. Betui ka UMNO rasuah?

Pakcik tu dengan semangat balas balik. "Ya la, UMNO rasuah" Mc tanya lagi, "apa yang rasuah?"
Dia kata macam-macam, hampir kata semua rasuah!
Mc senyum.. Pakcik tadi sambung, "UMNO makan duit rakyat". Kemudian, Mc tanya dia dengan baik, "betui ka UMNO makan duit rakyat?"
Dia mengangguk dengan semangat.

Lepas tu Mc bagi soalan cepumas. "Akhbar Utusan ni UMNO punyakan?" Pakcik tadi mengangguk.
"Harakah ni Pas punya kan?" Dia angguk lagi.
"Cuba tengok harakah helaian dia berapa keping, dan Utusan pula berapa keping, kemudian bandingkan harganya pula".
Kat situ pun kita tau siapa yang suka makan duit rakyat! Mc bagi buah penamat.

Untuk makluman semua harakah Pas ni harga dia rm2.00. Tapi helaian dia berapa belas helai saja. Nak dibandingkan dengan Utusan, yang beratus helaian tetapi harga cuma rm1.50, helaian besar lagi. Jadi kat situ pun kita dah nampak, harakah memang untuk perah duit saja. Dah la berita tulis syok sendiri, kena bayaq mahai pula tu.

Sambung cerita, Mc pun berlalu meninggalkan pakcik tadi bersama akhbar Utusan dan Harakah, sambil dia terpinga-pinga membelek kedua-dua akhbar tersebut.

Insyallah jika dia mempunyai akal, dia akan memahami apa yang Mc kata.

McTheory:
Kat situ pun kita tau, sapa yang suka perah duit rakyat!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gempar!! Madrasah Salihiah (Pas Kedah mahu roboh) Sudah Di Kosongkan??

Posted: 18 Nov 2011 07:23 AM PST

Sebentar tadi Mc ke Madrasah Salihiah di Jalan Tambang Badak, Alor Setar. Madrasah dan surau yang akan dirobohkan oleh Pas Kedah.

Niat hati nak temubual tuan punya madrasah atau individu disana. Namun hampa apabila, madrasah terbabit kosong! Yang tinggal hanya kain rentang merayu meminta bantuan rakyat Kedah dan rakyat Malaysia untuk menghalang kekejaman dan kezaliman Pas Kedah yang mahu merobohkan madrasah dan surau diatas tanah wakaf!!

Bersamalah kita membantu mereka menghalang kekejaman ini!!

McTheory:
Mana semua Umat Islam ni? Awat diam!

Panas! Orang Pas Kata Ds Najib Pi Haji Main-Main!!

Posted: 18 Nov 2011 12:06 AM PST

Salam semua,

Pagi tadi Mc meronda ke kawasan Serdang Kedah. Di antara kawasan hitam yang makin menjadi kelabu. Insyallah jika rajin usaha, mungkin boleh diputihkan.

Apa yang menjadi yang peliknya, mentang-mentang la Quthbah Jumaat hari menceritakan pasal haji. Pak-pak haji Pas ni, lepas habis sembahyang Jumaat, dok berkumpul ramai-ramai menggumpat pasal Ds Najib.

Depa kata Ds Najib pi Haji cuma nak main-main. Geleng kepala Mc dengar. Ada ka orang pi haji nak main-main? Baru lepas buat ibadat, dah mula nak buat dosa. Ni la jenis orang Pas yang takdak otak.

Buta perut takdak akai! Dosa pahala boleh buat main-main ka? Daripada Ds Najib pi Mekah buat haji main-main, baik beliau pi Paris ka, German ka, London ka. Baru boleh pi enjoy. Pi kat sana tu puas boleh main.

Orang menunaikan haji pun hangpa dok bising kata main-main. Orang buat ibadat hangpa hukum kata orang tu pi main. Kalau kena hangpa buat salah, tahi yang busuk pun hangpa kata wangi. Roboh Surau buat Shopping mall pun hangpa kata baguih.

Islam jenis mana, mazhab jenama apa pun Mc taktau la dengan puak Pas ni. Hukum hakam, halal haram semua depa punya. Sampaikan nak masuk syurga kena tanya depa.

Mc minta semoga Allah bukakan hati depa semua. Putihkan yang mana hitam, wangikan segala busuk! Aminn..

McTheory:
Tak semestinya orang tu pakai kopiah dari tak alim dari orang pakai serban..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PANAS VIDEO TERLAMPAUI!! Jangan Gelak Bila Tengok Video Ni!!

Posted: 17 Nov 2011 10:07 PM PST


Melayu punya iklan cadbury.. ha ha ha..

MUHASABAH DIRI!! Apabila Sembahyang Dalam Lagu!! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Nov 2011 03:25 PM PST


Gelak-gelak juga, ada banyak kebaikkan dan ilmu yang ustaz tu berikan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...