Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PELIK!! Persatuan 'Melancap' Untuk Orang Cacat!!

Posted: 13 Nov 2011 09:18 AM PST



Pelik tapi benar, satu pertubuhan yang dipanggil Whitehands. Pertubuhan amal yang mahu memuaskan nafsu orang kurang upaya yang mempunyai keinginan berseksual namun terbatas keinginannya disebabkan tidak mampu.


Pertubuhan ini ditubuhkan di Jepun. Dengar cerita akan membuka cawangannya diserata dunia.

Ciri keselamatan yang lengkap, melancap siap pakai sarung tangan, dan kondom untuk kebersihan dan jangkiti kuman.

Awek-awek cun disediakan.

Namun, perkhidmatannya bukan percuma, ada bayaran untuk perkhidmatan tersebut. Untuk mengetahui bayaran dan syarat-syarat yang lain boleh klik SINI.

Agak-agaklah, dapatkah mereka membuka cawangan di Malaysia? Kalau ada di Malaysia, jangan pulak ada yang berlakon cacat, untuk ambil servis ni? ha ha ha..

McTheory:
Negara ni negara Islam.. tak dapek dehh nak bukak!

PANAS!! Walaupun dibenci dan dimarah, Melayu tetap perlu bersatu - Tun Dr Mahathir

Posted: 13 Nov 2011 07:39 AM PST



Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Seperti katanya, menegur sudah, marah sudah dan menangis pun sudah, namun ternyata apa yang dihajati dan diharap belum sepenuhnya tercapai. Malah perpecahan dalam kalangan Melayu dilihat semakin berada pada tahap kritikal.

"Biarpun ada orang benci pada saya, ada orang marah pada saya, tapi saya perlu katakan itu...bahawa orang Melayu perlu bersatu." kata Tun.

Paling kritikal dan penting pada waktu ini ialah perpecahan orang Melayu. Ia mesti diatasi segera. Ini Kerana Melayu kini sudah mempunyai pelbagai parti politik yang mereka boleh sokong. Dulu hanya Umno dan Pas, sekarang tidak lagi, Sudah ada KITA dan sebagainya. Jadi kita orang Melayu sudah berpecah menjadi tiga atau mungkin lebih.

Kita perlu sedar kita tidak lagi menjadi majoriti. Sedangkan untuk memerintah, kita bergantung kepada majoriti. Sekarang siapa yang menang itu yang kita sokong, jadi kita terpaksa menunggu keputusan mereka.

Sudah banyak kali saya katakan, orang Melayu kena bersatu. Tapi kita degil. Sebagai contoh Pas, mereka Melayu tetapi mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Sedangkan Umno minta kerjasama dulu tapi mereka tidak mahu, dengan DAP mereka mahu. Ini yang saya kata Melayu tidak mahu bersatu.

Dengan DAP mereka sanggup gugurkan Negara Islam. Pada pandangan saya mereka ini hanya bekerjasama untuk menang sahaja. Tentang prinsip perjuangan, mereka tidak peduli. Melayu yang sedar hari ini perlu kembali bersatu demi survival bangsa.

Rindu dengan cara pemerintahan Tun, semua boleh bersatu tidak kira apa bangsa, ekonomi meningkat, negara semakin maju, rakyat sudah mampu hidup mewah tapi semua sudah berlalu. Saya mendoakan kesejahteraan Tun agar dapat memberi buah fikiran yang bernas kepada pemerintahan DS Najib

Sedutan wawancara antara wartawan Sinar Harian dengan Tun Dr Mahathir

PANAS!! Mat Sabu Buat Kacau di Johor, Pukul NGO!!

Posted: 13 Nov 2011 05:53 AM PST



Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Pasir Gudang malam tadi sehingga menimbulkan pergaduhaan amat dikesali dan beliau dianggap tidak sepatutnya datang ke negeri ini kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.

"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).


"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan.


Juga dilaporkan:

Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU)

Cenangau

PANAS!! Kenapa Ustaz Azizan MB Kedah Sayangkan UMNO??

Posted: 13 Nov 2011 02:08 AM PST



Sebagaimana yang aku janjikan, aku bongkarkan apa yang terjadi kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dan status jawatan yang disandangnya itu malam ini. Sebenarnya, musuh utama MB Kedah itu sekarang ialah puak-puak PAS Kedah sendiri.

Dan paling mengejutkan ialah Azizan selama ini berjaya mempertahankan jawatan MBnya itu hasil pertolongan dan sokongan dari pihak UMNO..!!!

Sebagaimana kita tahu sebelum ini dilaporkan bahawa Azizan Razak berkali-kali cuba digulingkan oleh puak-puak PAS sendiri, terutamanya Phahrolrazi dan Ir. Amiruddin, terutamanya ketika Azizan sedang menjalani rawatan jantung di IJN.


Pada satu ketika, Azizan sudah hampir digulingkan dan jawatan MB Kedah sangat hampir bertukar tangan kepada Phahrolrazi atau Amiruddin sendiri. Malah, nama calon MB Kedah yang baru hanya menunggu masa saja untuk diumumkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

Namun, mendengar rancangan "coup de tat" tersebut, Azizan bingkas dari sakitnya dan bergegas pulang ke Kedah meskipun doktor menasihatkan beliau untuk terus mendapat rawatan di IJN. Sebab itu juga, MB Kedah itu terus masuk pejabat dan tidak menghiraukan nasihat doktor tersebut.

Menurut sumber yang aku terima lagi, selama ini Azizan banyak kali di"kena"kan oleh barisan Exco-Exconya yang menyebabkannya kadangkala tersilap membuat keputusan dan menandatangani perkara yang memberikan "bola tanggung" untuk "musuh dalam selimut"nya itu memburukkan nama Azizan di Kedah.

Namun, setelah dirujuk kepada beberapa pegawai Kerajaan Negeri yang sememangnya diketahui penyokong kuat UMNO, Azizan di"breif" bahawa tindakannya itu kurang tepat dan akan menghasilkan "back fire" terhadap dirinya. Setelah diperbetulkan kesilapan itu, barulah Azizan kenal "siapa kawan, siapa lawan" sebenarnya...

Hakikatnya, sudah banyak kali Azizan "diselamatkan" oleh pegawai-pegawai pro-UMNO tersebut. Dan dikhabarkan bahawa Azizan juga mulai sedar tentang konspirasi dalaman yang sedang dihadapinya. Mengaku atau tidak, Azizan memang sayangkan UMNO berbanding beberapa rakan PAS Kedah yang "berhati busuk"...

Bagaimanapun, untuk menjaga imej dan nama PAS Kedah, Azizan takkan sekali-kali mengaku tentang hakikat ini kepada khalayak umum, khususnya kepada media. Dia tak mahu disebabkan kemelut PAS Kedah yang rakus kepada jawatannya itu, ia akan memalukan PAS di seluruh Malaysia. Dipercayai, sebab itulah Azizan sembunyikan hal ini...

Percaya atau tidak, itulah hakikat PAS Kedah sekarang sehingga PRU ke-13 kelak. Saya yakin, kalau ditanya malah diasak bagaimana sekalipun, Azizan takkan mengaku kesahihan berita ini. Namun saya yakin, hati kecilnya kuat mengangguk kebenaran pendedahan ini. Justeru itu, tak payah tanya pada Azizan..dia takkan mengaku punya...

Saya masih ingat kata-kata Phahrolrazi yang mengidamkan jawatan MB Kedah itu..."Salah satu sebab mengapa Datuk Azizan perlu turun dari jawatan MB ialah kerana dia terlalu bagi muka pada UMNO"...sayang juga Azizan pada UMNO ye? Mengapa? Hanya Azizan saja yang tahu jawapannya...

Kisahnya dari blog Duke Of UMNO

PANAS!! Dap Dan Anwar, Mahukan Seks bebas!!

Posted: 13 Nov 2011 12:32 AM PST


Portal Dap melayu menyokong penuh 'Seksualiti Merdeka' satu penganjuran parti seks bebas yang berlangsung secara haram. Mereka Dap Melayu dengan teguh berada dibelakang penganjur S.Ambiga iaitu bekas seorang peguam yang sememangnya terkenal dengan aktiviti aktiviti haramnya.

Ambiga yang juga penganjur himpunan Bersih 2.0, mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk ketua umum Pakatan si Anwar Ibrahim. Anwar yang sememangnya mempunyai imej seks bebas dan songsang yang terkenal, menyokong penuh penganjuran Seksualiti Merdeka dengan alasan mahu membela nasib golongan songsang di Malaysia.




Bukankah seks songsang dan bebas ini merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang negara? Jangan cakap pasal Islam la. Kita ambil undang-undang sekular pun, ia tetap salah. Kenapa mereka ini mahu menghalalkannya?

Dengan alasan ia tergolong dalam Hak Asasi Manusia, maka kumpulan songsang ini dibenarkan?

Apa bezanya seks songsang dengan kumpulan ajaran sesat?

Ia tetap songsang dan sesat. Jadi ia salah!

Kalau kita bersetuju dengan penganjur seks songsang, mungkin selepas ini akan ada penganjur yang akan membuat majlis membela penjenayah pula.

Hak asasi manusia, ditubuhkan oleh kaum yahudi untuk membela nasib kaum mereka apabila ditekan dengan kuasa lain satu ketika dahulu. Mereka mengunakan hak asasi manusia untuk terus hidup dan berkuasa.

Namun setelah mereka kukuh dan kuat. Mereka menafikan hak asasi manusia kepada pihak lain. Contohnya cara mereka menjajah dan menafikan hak rakyat Palestin.

Sebab itu kita perlu berjaga-jaga dengan pihak yang selalu mengunakan perkataan hak asasi manusia. Kerana selalunya pihak yang berniat jahat sahaja yang akan menafikan undang-undang dengan alasan tersebut.

Bila mereka berjaya, mereka akan pijak pula kita dengan undang-undang ciptaan sendiri dan menafikan hak kita menuntut segalanya.

Itulah permainan halus yang digelar 'the theory of zionis'

Permainan untuk berkuasa, permainan untuk menjajah. Sekarang pun unsur-unsur ini diterapkan secara perlahan-lahan di Malaysia. Unsur-unsur liberal, unsur-unsur pluralisme dan freemason wujud dengan cemerlang sekali.

Mereka mahu menghalalkan yang haram. Mereka mahu undang-undang jadi lemah. Senang mereka mengubah negara mengikut corak pemerintah mereka. Raja-raja disingkirkan, Islam diolah, Melayu dicampak.

Kononnya ia perjuangkan rakyat. Seks bebas di julang, liberal dimartabatkan. Islam dan Melayu hanya tinggal dalam muzium.

Apakah anda mahu hidup dinegara yang sebegitu?

Mungkinkah Pas akan membantah? Pas ni ibarat lembu dicucuk hidung. Mengikut apa saja cakap tuannya.

Pas tak boleh harap, dari harapkan Pas. Umpama menunggu kucing bertanduk.. faham?


McTheory:
Tepuk dada tanya iman..

PANAS!! Projek Lembukan Melayu Sudah Bermula!!

Posted: 12 Nov 2011 08:04 PM PST


Bila baca berita ni Mc rasa nak tersenyum sorang-sorang. Ini satu lagi projek nak melembukan Melayu. Pada yang tak tahu cerita mungkin boleh percaya dengan cerita politik ala belas kasihan macam ni. Pada siapa yang kenal Dap, tak mungkin berita sebegini dapat menipu.

Dap nak tolong Surau dan Sekolah Agama Rakyat? kah kah kah.. biar betul ni?


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tokong pun mereka tak mampu nak bantu, inikan pula Sekolah Agama dan Surau? Pehh.. hebat permainan politik Dap sekarang. Mana belajar? Anwar ke?

Tanyalah kaum cina, dari dulu hingga sekarang, walaupun MCA tu dipinggirkan oleh kaum cina, namun bila susah dan terdesak siapa yang mereka cari? MCA jugak. Kenapa tidak Dap? Sebab Dap hanya pandai berjanji waktu PRU, tapi lepas tu batang hidung pun tak nampak. Cakap saja lebih, lebih kurang Pas juga la.

Kaum cina mengakui MCA banyak membantu mereka dan kaum cina terbela dari segi ekonomi dan pelajaran. Walaupun kurang bantuan dari kerajaan, namun MCA berusaha mewujudkan tabung dan derma membantu sekolah persendirian cina. Bukannya Dap!

Tokong-tokong cina pun dapat bantuan dari persatuan cina yang diketuai oleh MCA ni. Dap baru sekarang nampak muka tu pun hanya untuk kempen PRU. Lepas PRU nanti hilangla kelibat adun Dap.

Macam ni ke nak kita percaya yang mereka nak bantu Sekolah Agama Rakyat dan Surau? Hentikan laa.. janganla buat cerita tahyul macam. Geli geleman dengar wehh..

Ada satu kes di Johor Bahru, Adunnya Dap di kawasan Taman U, Skudai. Masalah perumahan, sampah sering tidak berangkut, ada masalah rompakan dan lain-lain. Cari adun Dap, entah ke mana, dah lama tak nampak batang hidung. Akhirnya beramai-ramai mereka ke biro aduan MCA.

MCA mengambil tindakan dengan menghubungi majlis pembandaran dan menyelesaikan masalah penduduk. Walaupun kawasan tersebut kawasan Dap dan MCA tidak mempunyai kuasa. Namun disebabkan sifat tanggungjawab tugas kepada masyarakat. Tanggungjawab dilaksanakan. Adun DAP? Entah, pejabat pun lama tak bukak.

Nasib kaum cina pun mereka tak pedulikan, ini pula nak jaga Melayu? Fikir la sendiri beb.. Kat atas tu semuanya retorik, projek nak Perbodohkan Melayu saja. Dengan bahasa sopannya, Dap nak pancing undi Melayu, tu saja.


McTheory:
Adun Skudai ialah Dr. Boo Cheng Hau! malas kaki ular..

TUDIAA!! ADUN DAP MENINGGAL, PENCACAI PAS SAMBUT AL-FATIHAH!!

Posted: 12 Nov 2011 05:40 PM PST

Itulah yang terjadi apabila Politik melebihi Agama. Agama letak tepi, politik dulu. Cerita ni Mc ambil dari rakan blog GMC yang sempat merakamkan keBODOHAN juak Pas yang memang BODOH!


Sejak bila masuk Dap terus jadi Islam? Atau sejak Dap berkawan dengan Pas ni. Terus automatik tukar agama kah? Kesian melihat pencacai Pas yang taksub tak keruan hinggakan orang bukan Islam mati pun mereka nak sedekahkan Al-fatihah. Apa pun baghal puak ni. Islam mana yang mereka guna pakaikan?





Insafla Pas.. apa nak jadi dengan puak ni. Sedarlah, perjuangan Pakatan Rakyat tu cuma politik. Gabungan HARAM Pakatan yang tak berdaftar tu pun hanya untuk berkuasa. Takdak kena mengena dengan agama. Kalau puak Pas mati, Dap tetap tak boleh mandikan jenazahnya, Dap tetap tak boleh sembahyangkan jenazah dan uruskan pengkebumian. Sebab mereka bukan Islam, mereka KAFIR.

KAFIR dalam erti kata bukan Islam. Bukan Islam, kehidupan mereka hanya tamat di atas dunia saja. Tidak ada lagi selepas itu. Kalau ada pun dijanjikan batu arang nak bakar kamu semua dalam nereka nanti. Ada faham?

Apa punya lembu la puak Pas ni..

McTheory:
Kesian melihat pencacai Pas yang sesat tu..

HOT!! Kisah Malam Pertama!!

Posted: 12 Nov 2011 12:21 PM PST



Kita 'OFF' politik kejap. Kita layan kepala dengan sebuah cerita kelakar.

Di sebuah kampung, sepasang pengantin telah selamat diijabkabulkan pada siang harinya, dengan sekali lafaz mereka telah menjadi suami isteri yang sah dan majlis perkahwinan mereka berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang dijemput.

Sisuami dek kerana takut bunting pelamin, manalah tau malam tu malam subur bininya, tak nak pulak dikata orang projek dulu sebelum nikah, maka sisuami awal-awal lagi telah membuat persiapan dengan membeli kondom untuk digunakan pada malam bersejarah bagi kedua mempelai, bagi si isteri itulah malam pecah tanah dari suami tercinta. (first hand)

Berlakulah apa yang sepatutnya berlaku pada malam pertama. Tiang bendera yang sedia terpacak dipakaikan kondom menanti isteri yang telah lama diidamkan. Bagi menambahkan suasana romantis lampu bilik tidak dipadamkan. Kedua pengantin dapat melihat dengan jelas lembing dan perisai pada tubuh masing-masing. No sensor you.

Bila saja terpandang anu suaminya, pengantin perempuan tersenyum puas melihat lembing yang masih bersarung… dipendekkan cerita maka berdayunglah sepuasnya pasangan pengantin baru ini kelautan yang tak bertepi sepanjang malam itu…

Keesokan paginya si ibu perasan anak perempuannya sudah mandi basah kepala lalu bertanya pada si anak… apa macam malam tadi, seronok?… Si anak tersipu-sipu menjawab… wooo mak, barang ori… dalam plastik lagi …!

Kah Kah Kah Kah...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...