Kedah Ke KL - MctHeory |
- MUHASABAH DIRI!! Bolehkah Umat Islam Mandi Bogel..?
- TUDIAA!! Apa Masalah Lagi Dengan Ku Li Ni?
- DAHSYAT!! Patung China Doll Untuk Puaskan Nafsu!!
- KASI PANAS!! Benarkah Projek Lembu NFC Gagal? Siapakah Manusia Lembu PKR?
- KASI PANAS!! Kisah Bob Lokman MURTAD kan rakyat Johor part2
- PANAS!! Maksiat di Kedah semakin menjadi-jadi??
MUHASABAH DIRI!! Bolehkah Umat Islam Mandi Bogel..? Posted: 12 Nov 2011 06:08 AM PST Ustaz Fathul Bari.. |
TUDIAA!! Apa Masalah Lagi Dengan Ku Li Ni? Posted: 12 Nov 2011 04:35 AM PST Hmm.. macam-macam la orang tua ni. Ku Li ni jenis kepala angin jugak. Kena hati-hati dengan orang tua ni.. |
DAHSYAT!! Patung China Doll Untuk Puaskan Nafsu!! Posted: 12 Nov 2011 01:22 AM PST Seksi seh patung ni.. betul ke ni patung? atau orang macam patung? atau patung macam orang? yang mana satu ni? hehe.. Sekali tengok macam orang pun ada. Dahsyat zaman sekarang ni, patung pun boleh jadi tempat lepas nafsu. Ini dipanggil self servis la kan. Ada baik dan ada buruknya benda ni. Baik untuk orang yang nafsunya tersangat kuat, dengan adanya patung ni, boleh la dia ada tempat untuk melepaskan nafsunya. Tak la dia pergi cari anak dara orang rogol sana sini. Boleh kurangkan penyakit kelamin, HIV, Seplis dan lain-lain. Kurangkan masalah moral, tapi nanti takut ada pula yang jatuh cinta dengan patung ni. heh.. Muka patung pun dah ala china doll.. hehe.. McTheory: Patut bagi satu kat Anwar tu.. sesuai.. |
KASI PANAS!! Benarkah Projek Lembu NFC Gagal? Siapakah Manusia Lembu PKR? Posted: 11 Nov 2011 11:08 PM PST TANJONG KARANG: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membidas sikap pembangkang kerana mengelirukan rakyat mengenai isu kontroversi projek ternakan lembu feedlot di bawah kendalian syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). "Mereka pembangkang sendiri keliru tidak faham apa yang mereka cakap, jadi apa yang mereka cakap menyebabkan rakyat menjadi bertambah keliru," katanya. Beliau menjelaskan, pertama sekali NFC bukanlah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)tetapi ia adalah syarikat sendirian berhad yang memasuki tender terbuka bagi membangunkan projek ternakan fidlot. "Tidak bermakna namanya ada perkataan "Nasional" bermaksud ia ada kaitan dengan kerajaan, katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan MIC Parlimen Tanjong Karang. Oleh itu, kementerian beliau tidak ada kuasa untuk memeriksa perjalanan sesebuah syarikat sendirian berhad jika wujud penyelewengan dan sebagainya, kata beliau. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail di lobi Dewan Rakyat pada Khamis bahawa kemudahan pinjaman mudah yang disalurkan kepada NFC telah digunakan untuk membeli sebuah kondominium mewah menerusi maklumat yang diperolehi daripada akaun NFC di CIMB Bank di Taman Tun Dr Ismail. Oleh itu, jika pembangkang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan kewangan NFC, mereka bolehlah bertanya sendiri dengan syarikat sendirian berhad itu bagi mendapat maklumat, katanya. Bagaimanapun, Noh berkata kerajaan menyalurkan kemudahan pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC menerusi satu akaun khas yang dibuka di Malayan Banking Bhd. Beliau berkata, pinjaman itu hanya boleh disalurkan kepada NFC setelah mendapat sokongan seorang pegawai daripada Kementerian Kewangan dan seorang pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, sebuah agensi di bawah kementeriannya. Setakat ini, RM181 juta telah dikeluarkan oleh NFC dan daripada sejumlah permohonan yang dikemukakan, kebanyakannya berkaitan dengan ladang lembu dan tiada permohonan untuk membeli kondominium yang dikemukakan, katanya. Noh berkata, kerajaan hanya mengawal daripada segi pengeluaran wang dari akaun khas itu dan memastikan 8,000 ekor lembu daging dihasilkan dalam tempoh tiga tahun oleh NFC. Kementerian tidak boleh mengawal NFC daripada segi apa yang dilakukan terhadap wang pinjaman berkenaan. Benarkah NFC bermasalah? "Program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA). Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur. Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani. Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC. Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN. Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007. Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar. Fakta yang di ambil dari blog House PK Dalam rujukan yang diberikan diatas kita telah jelas bahawa Projek Ternakan Lembu tersebut adalah projek yang mana menghasilkan daging lembu buat rakyat Malaysia. Malah dalam kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa Syarikat National Fidlot Coporation mendapat Pinjaman dan bukannya Wang yang diberikan begitu sahaja kepada mereka. Untuk makluman Projek Lembu ini sebenarnya amatlah bagus untuk rakyat Malaysia khusunya orang Islam itu sendiri. Daging yang ada hari ini dipasaran kebanyakkan nya adalah diimport dari India yang mana harga yang dijual di Malaysia ini sekitar RM20 ke 25 sekilo. Tahukan anda berapa harga yang dijual sebelum sampai ke Malaysia? Untuk pengetahuan semua daging yang ada dipasaran yang datang dari India adalah hanya sekitar RM5 ke 8 sahaja. Namun akibat dikuasai oleh mereka tauke tauke cina yang sudah memonopoly Business pembekalan daging ini maka harga yang sampai sudah melambung tinggi. Projek Lembu yang diusahakan oleh NFC ini adalah bertujuan untuk mematikan langkah Tauke tauke Cina yang memonopoly pembekalan daging lembu dipasaran tempatan dan seterusnya memberikan rakyat Malaysia harga yang terrendah berbanding sekarang dan juga memastikan proses penyembelihan dan sebagainya adalah terjamin halal serta mutunya juga terbaik. Jadi pembangkang merasakan projek Lembu ini Rugi dan sebagainya adalah tidak tepat kerana apa yang diusahakan telah terbukti berjaya walaupun Syarikat NFC menghadapi kesukaran demi kesukaran yang amat nyata dalam masa mereka membangunkan ladang Fidlot Negara. Sebenarnya ramai orang Melayu tidak sedar bahawa banyak barangan keperluan kita telah dimonopoly oleh tauke Tauke Cina besar yang mana mereka selalunya sesuka hati menaikkan harga barang bekalan kepada peruncit dan peniaga. Ini bukan sahaja berlaku dalam isu jualan daging lembu malah melibatkan banyak barang makanan dan juga barangan lain. Orang Melayu sepatutnya berasa bangga bila ada syarikat yang cuba menutup monopoly kaum Cina dalam bidang makanan sepertimana yang NFC lakukan. Kita inginkan barang yang berkualiti dan terjamin halalnya dan bukan kita beli dan masak serta makan tanpa mengetahui proses yang berlaku di India dimana Daging Lembu yang kita makan ini diimport dari sana. Sambung baca SINI Projek melembukan rakyat ni sebenarnya di mulakan dari Saifudin Nasution dan jambu Anwar si Rafizi. Dua ekor lembu ni bersuara kononnya ada unsur-unsur kroni, napotisme dan seleweng dalam projek NFC ni. Walaupun syarikat ni masuk secara tender terbuka dan dibawah Syarikat sendirian berhad dan takdak kena mengena dengan kerajaan, namun dua ekor lembu ni tak sudah-sudah menuding jari membuat fitnah keatas kerajaan pusat. Dua ekor lembu jantan dan di tambah pula dengan sekor lagi lembu betina si Zuraida 'mak lampir' tak sudah-sudah memfitnah projek NFC ini sebagai gagal. Ia tidak gagal, cuma ada masalah kelewatan, namun ia berjalan lancar. Apa masalah dengan 3 ekor lembu PKR ni? mental problem ka? McTheory: Inilah masalahnya bila ada lembu dikalangan manusia.. |
KASI PANAS!! Kisah Bob Lokman MURTAD kan rakyat Johor part2 Posted: 11 Nov 2011 08:07 PM PST Dulu Mc pernah melaporkan bahawa Bob Lokman khawarij paling pelawak popular dikalangan puak Pas, telah menghukum fatwa rakyat Johor yang bekerja di Singapura adalah murtad. Nak baca klik sini Selepas itu Bob Lokman berceramah di Dewan JKKK, Kg Baru, Sg Ara Bayan Lepas. Dihadapan hadirin beliau mengulangi serangan terhadap rakyat Johor bahawa mereka jatuh murtad.Menariknya kalangan khawarij PAS percaya dengan dakwaan Bob sambil bertakbir. Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja. Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?" Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia (rakyat Johor) qado sembahyang, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!" Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad" Dengan angkuh dan dengan sifat ujub Bob Lokman mengaku didepan hadirin kononnya beliau baru mendapat hidayah! Sebenarnya apa yang Bob Lokman maksudkan beliau baru mendapat hidayah untuk mengkafirkan umat Islam Johor! Sambung baca di SINI Tahukah Bob bahawa tidak semua orang yang menetap di Johor dan kerja di Singapura adalah rakyat Johor? Malah ramai perantau yang merantau tinggal di Johor untuk bekerja di Singapura adalah dari negeri-negeri lain. Paling ramai dari negeri Kelantan. Negeri Nik Aziz. Apakah mereka itu juga murtad? Rakyat Johor kebanyakannya bekerja di Singapura paling lama pun 4 tahun kerana selepas itu mereka terpaksa tunggu untuk dapatkan permit baru selama 3 bulan, Itu pun kalau dapat. Kalau tak dapat, maka kontrak mereka tidak dapat disambung. Sebab itu kebanyakkannya bekerja di Singapura untuk mengumpul wang, kemudian balik Malaysia buka perniagaan sendiri. Tuduhan Bob mungkin hanya berdasarkan beberapa kes terpencil. Namun menjatuhkan hukuman murtad pada kesemuanya adalah satu keterlaluan. Lebih-lebih lagi, mungkin berapa kerat rakyat Johor yang kerja di Singapura, yang ramainya hanyalah perantau dari negeri lain. Namun memurtadkan seseorang Islam adalah tuduhan yang amat berat. Apakah rakyat Johor mahu berdiam diri? McTheory: Nak tengok saja ka, gemuk ni kutuk hangpa oii.. |
PANAS!! Maksiat di Kedah semakin menjadi-jadi?? Posted: 11 Nov 2011 05:21 PM PST Apa dah jadi? Blogger Pas mendedahkan sarang maksiat di Kedah? Gunung Jerai, lambang kegagahan negeri Kedah. Diantara gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Penuh dengan sejarah, keindahan alam dan juga misteri yang tidak terungkai di dalamnya. Namun sudah tercemar apabila dilaporkan menjadi 'pot' remaja untuk beromen dan bermaksiat. Berani benar mereka melakukan sedemikian. Ini kerana, gunung jerai mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pernah dahulu, ada pasangan remaja yang 'terlekat' batu dalam lesung dan tidak dapat dipisahkan. Kerana mereka berzina dikawasan jin Islam. Akibatnya, pengamal perubatan tradisional datang untuk menyelesaikan masalah mereka, setelah hospital pun tidak dapat berbuat apa-apa, kecuali memotong anu lelaki tadi. Tetapi mungkin pasangan yang berani bermaksiat ini sudah tidak fikirkan baik dan buruknya. Janji dapat melepas nafsu, tidak kira di mana pun asalkan orang tak nampak kira ok. Selain gunung jerai, dikatakan gunung keriang juga menjadi pot untuk pasangan haram bermaksiat. Gunung keriang bukan sahaja pot untuk bermaksiat, malah ia dijadikan pot untuk remaja melepaskan ketagihan dadah. Dikawasan Gunung Keriang juga dijadikan tempat mengedar ganja dan mengisapnya secara sembunyi. Tanyalah remaja disekitar Alor Setar, apakah mereka tidak mengetahui perkara ini. Nescaya ramai yang mengetahuinya, kerana Gunung Keriang (Kawasan Kubu Kuat Pas) sememangnya sudah lama menjadi 'pembekal' ganja kepada remaja di sekitar Alor Setar. Bukan Mc nak menuding jari, tidak. Tetapi gejala ini sudah lama berlaku. Mungkin ada sesetengah diantara kita sedar, dan ada yang tidak. Namun penagihan dadah dan maksiat perlu dibenteras dengan segera. Kerajaan negeri dan jabatan agama Islam negeri perlu melakukan sesuatu jika tidak perkara ini akan menjadi lebih teruk dan kritikal. Kerajaan Pas Kedah, boleh menyusun berpuluh-puluh ceramah politik dalam sebulan untuk orang mengundi Pas. Namun tidak adakah usaha untuk mengadakan ceramah agama bagi kesedaran rakyat. Di tangan Pas Kedah. Maksiat semakin menjadi-jadi, dadah makin kritikal, graf jenayah semakin meningkat. Apa dah jadi? Dimana Pas Kedah terapkan pentadbiran Islam? Orang Pas cakap bab Islam, umpama dia sorang saja yang pandai bab Islam, namun dalam segi mentadbir? Buktikan dahulu kepada kami Pas mempunyai pentadbiran Islam yang kuat. Bukan hanya bercakap dan berceramah politik disana-sini. Sudah la penjanaan ekonomi negeri, Pas hanya harapkan sumber balak. Perkilangan, FDA dan sumber lain semua lingkup. Bab sosial juga gagal, apa lebihnya Pas berbanding kerajaan UMNO dahulu? Apa yang Pas buat setelah mendapat kerajaan negeri dari UMNO? Kalau dasarnya tidak berubah, malah menjadi semakin teruk, baik bagi balik Kedah dekat UMNO. Menegur, mengkritik dan berjanji memang mudah. Namun dalam melaksanakannya.. apakah Pas berjaya? McTheory: Beli cermin, cerminkan diri sendiri.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment