UMNO Online - “Siasatan Kehilangan MH370 Tidak Termasuk Aspek Jenayah – Hishammuddin” plus 9 more |
- Siasatan Kehilangan MH370 Tidak Termasuk Aspek Jenayah – Hishammuddin
- Perhimpunan Anti-GST 1 Mei Haram – Polis
- Akibat Terlalu Banyak Berpolitik, Hari Ini Rakyat Selangor Jadi Mangsa – Shukur
- 18,357 Flood Victims Qualify For Govt Aid
- Hudud : Beranikah Pas Langgar Konsesus Pakatan Pembangkang?
- Perbezaan Politik Tidak Halang Usaha Pulihkan Projek Terbengkalai – Halimah
- Tiada Tempat Bagi Golongan Ekstrimis Dalam Masyarakat Malaysia – Khairy
- Pemilihan PKR : Hanya Drama Percaturan Politik Suami Isteri – Dr Salleh
- Pencarian MH370 Dari Udara Ditangguh Lagi Kerana Cuaca Buruk
- Turun Padang, Perjelaskan Dasar Kerajaan Untuk Menangi Hati Rakyat
Siasatan Kehilangan MH370 Tidak Termasuk Aspek Jenayah – Hishammuddin Posted: 23 Apr 2014 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April - Siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 oleh Pasukan Penyiasat Antarabangsa tidak termasuk aspek jenayah kerana ia di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata tujuan utama pasukan itu ialah untuk menilai, menyiasat dan menentukan punca sebenar insiden itu agar insiden yang sama tidak berulang pada masa depan. Katanya siasatan akan dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 1966 dan standard yang ditetapkan mengikut Lampiran 13-Siasatan Insiden dan Kemalangan Pesawat, Konvensyen Chicago, yang memerlukan setiap pihak menyiasat kemalangan udara secara bebas dengan kuasa penuh di negara masing-masing. “Biro Siasatan Kemalangan yang diwujudkan sejak Disember 2011 di bawah Kementerian Pengangkutan akan bertindak sebagai sekretariat bagi pasukan siasatan ini,” katanya dalam taklimat media berhubung perkembangan MH370 yang memasuki hari ke-47 hari ini. Katanya Kabinet telah membincangkan dan meluluskan pelantikan sebuah pasukan penyiasatan antarabangsa untuk menyiasat kehilangan pesawat itu dan Kementerian Pengangkutan diberi tanggungjawab untuk membuat draf terma rujukan kepada pasukan itu. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila didapati ia menukar laluan. Analisis terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. Mengulas perkara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pasukan penyiasat itu akan merangkumi tiga kumpulan iaitu kumpulan kelayakan terbang, untuk meneliti isu seperti rekod penyelenggaraan, struktur dan system pesawat. “Pasukan itu juga termasuk satu kumpulan operasi yang akan meneliti rakaman penerbangan, operasi dan meteorologi semasa insiden itu. “Ketiga ialah kumpulan perubatan dan faktor manusia yang bertujuan untuk menyiasat isu-isu seperti psikologi, patologi dan faktor survival penumpang dan anak kapal,” katanya. Selain itu, Hishammuddin berkata Malaysia juga membincangkan untuk melantik pakar-pakar dari negara-negara Asean lain mengikut blok Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Kerjasama Berkaitan Siasatan Insiden dan Kemalangan Pesawat yang ditandatangani pada 2008. “Kami sedang dalam proses mengenal pasti anggota dan wakil yang mendapat pengiktirafan dan akan mengambil anggota bagi pasukan itu mengikut standard antarabangsa. Kami akan mengumumkan nama anggota-anggota itu minggu depan,” katanya. |
Perhimpunan Anti-GST 1 Mei Haram – Polis Posted: 23 Apr 2014 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April - Polis telah melabelkan perhimpunan Anti-GST pada 1 Mei yang dicadangkan sebagai haram. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata penganjur perhimpunan itu telah mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut, tetapi gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka, tempat yang dirancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut. “Mereka perlu memenuhi kedua-dua syarat sebelum tarikh akhir selama 10 hari, yang mereka tidak dapat lakukan, jadi perhimpunan itu menyalahi undang-undang. “Kami menggesa orang ramai supaya tidak menghadirinya,” kata beliau. |
Akibat Terlalu Banyak Berpolitik, Hari Ini Rakyat Selangor Jadi Mangsa – Shukur Posted: 23 Apr 2014 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim agar menerima cadangan pembelian air sebanyak 20 juta gelen daripada Negeri Sembilan, sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi mengatasi masalah air yang semakin kritikal di Selangor hari ini. Menurut beliau, Khalid perlu menerima tawaran tersebut sebagai satu alternatif sementara menunggu siapnya pembinaan loji air Langat dua yang kini sedang dalam pembinaan. "Dalam hal ini, saya minta agar Khalid janganlah berdegil. Masalah air bukan masalah kecil. Air adalah perkara asas dalam kehidupan. Rakyat sudah tidak tahan dengan catuan air yang berlaku di seluruh Selangor hari ini. Ia benar-benar menyusahkan rakyat. "Dulu, kerajaan pusat nasihatkan kerajaan Selangor agar cepat-cepat meneruskan pembinaan Loji Air Langat dua, tetapi Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Selangor lebih banyak main politik. Akibatnya hari ini, rakyat di Selangor menderita akibat air dicatu. Perindustrian di Selangor juga sudah mula tergugat. "Ini semua berlaku kerana kepimpinan negeri yang dikuasai oleh PKR lebih banyak main politik demi kepentingan peribadi tanpa mempedulikan nasib rakyat. Namun nasi telah menjadi bubur. Cuma saya minta hari ini, agar Khalid dengarlah nasihat. "Terimalah cadangan supaya Selangor beli air dari Negeri Sembilan, atau segeralah cari alternatif lain. Ini untuk rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi atau politik mana-mana pihak," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Selain itu, beliau yang juga merupakan ADUN Kuang turut menggesa kerajaan Selangor supaya pantas memikirkan pelbagai alternatif lain, dan mempercepatkan usaha contohnya meninjau kawasan lombong di sekitar Selangor yang bersih airnya, agar ia dapat disalurkan dan digunakan oleh rakyat. "Kerajaan PKR Selangor perlu cepat bertindak. Jangan lembab dalam hal ini. Masalah air sudah menjadi krisis di Selangor. Sebelum ini, di bawah pentadbiran BN tidak pernah terjadi hal-hal sebegini. PKR perlu mencontohi kepimpinan BN, memandang ke hadapan dan bukannya asyik berpolitik sepanjang masa. "Krisis air ini juga adalah hasil kegagalan dan ketidakcekapan kerajaan PKR yang mentadbir Selangor. Mereka banyak bermain-main. Projek membina Loji Air Langat Dua yang bermula pada zaman pemerintahan BN mereka hentikan tanpa alasan kukuh dan lebih kepada unsur politik kepartian. "Hari ini, akibat kelembapan dan kebodohan mereka mentadbir, hampir seluruh rakyat Selangor menjadi mangsa. Konon nak berikan air percuma, tetapi hari ini rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas mengalir keringat tak kira tua muda untuk mengangkat air. Tolonglah, ini soal rakyat, bukan soal politik kepartian untuk kepentingan dan agenda peribadi," tegasnya lagi. -MediaUMNO |
18,357 Flood Victims Qualify For Govt Aid Posted: 23 Apr 2014 04:08 AM PDT KUANTAN, April 23 – A total of 18,357 people affected by the floods in the state in early December last year are eligible to receive assistance from the government, said Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Of the total, 17,468 have received the RM500 aid and the rest would be receiving it soon. He said the state government realised that the names of a small number of flood victims had been dropped due to several factors, including the attitude of the people themselves. “There was a bit of commotion and confusion in terms of the distribution of the aid money, which was due to several factors, including some residents whose homes were flooded but refused to move (so their names were not listed). “There was also cases of homes which were not affected by the floods but had been registered in evacuation centres,” he said when replying to a question from Datuk Mohd Zaili Besar (BN-Panching) at the Pahang state assembly sitting at Wisma Sri Pahang here, today. In Kuantan itself there were 10,140 people still waiting for the monetary aid which they had expected to receive by this April 28-30. Adnan said the state government had also received complaints that some flood victims had received the aid twice but it was difficult to investigate because of the number of victims involved in the disaster. On the US$10 million (RM32.5 million) donated by the United Arab Emirates (UAE) government for the flood victims, he said it would continue to be channelled into the accounts of the victims. He said all matters pertaining to the distribution of UAE’s financial assistance would be maintained by the embassy of the country and the state government only provided the list of the flood victims and their bank accounts. |
Hudud : Beranikah Pas Langgar Konsesus Pakatan Pembangkang? Posted: 23 Apr 2014 03:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April – Perancangan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri terbabit dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat masih belum mendapat kata sepakat secara terbuka oleh anggota pakatan yang lain khududnya PKR dan Dap. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob tidak hairan dengan penerimaan anggota dalam pakatan pembangkang berkaitan hukum hudud sebagaimana memahami bahawa idealogi antara parati-parti pembangkang terbabit tidak selari. "Mereka ini nama sahaja bergabung dalam satu pakatan tetapi pengisian dalam konsep kesatuan itu tidak pernah ada sebagaimana diibaratkan tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain," katanya kepada UMNO-Online. Kerajaan Pas Kelantan merancang untuk tetap lakukan pembentangan dalam sidang Dewan akan datang bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan. Dilaporkan anggota Dap dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran telah memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang selain 38 Ahli Parlimen DAP termasuk yang beragama Islam dikatakan tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat kelak. "Jika dalam satu perancangan untuk membawa perubahan kepada hanya satu negeri pun sudah mendapat tentangan jadi bagaimana mungkin antara ketiga-tiga parti dalam pakatan ini akan mencapai satu keputusan konsensus untuk mewujudkan pentadbiran terbaik di negara ini jika mendapat kuasa. "Dalam mana-mana kumpulan pun khususnya organisasi politik, setiap anggota saling bergantungan dan saling menyokong namun dengan apa yang berlaku berkaitan isu hudud tersebut terbukti pakatan pembangkang tidak dapat membentuk satu keputusan bersama." Justeru katanya, dengan apa yang berlaku maka dapat disimpulkan tentunya sesuatu yang buruk akan berlaku dalam negara apabila kepimpinan parti yang berpakat tidak sehaluan. "Pakatan pembangkang sememangnya mempunyai idealogi yang berbeza-beza dan saling tidak sepakat dalam hal-hal yang membabitkan berkaitan prinsip dalaman parti malah mereka bergabung selama ini pun hanyalah sandiwara untuk mendapatkan kuasa politik dan kedudukan. "Ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mana semua perkara mengutamakan penyertaan dan persetujuaan dari anggota parti membabitkan 13 kompenan dalam BN yang akhirnya membawa kestabilan kepada negara ini," katanya lagi. Ujarnya lagi dalam pakatan pembangkang sendiri dapat dilihat bahawa Pas bukanlah parti dominan yang berani untuk menyatakan pendiriannya malah dalam banyak insiden Pas terpaksa bersikap alah dengan sekutu Dap dan PKR sendiri. "Sehingga kini, antara PKR dan Dap masih gagal menyatakan secara terbuka terhadap perancangan Pas untuk melaksanakan hudud jadi beranikah Pas untuk bertegas?" -MediaUMNO |
Perbezaan Politik Tidak Halang Usaha Pulihkan Projek Terbengkalai – Halimah Posted: 23 Apr 2014 01:47 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 April – Perbezaan fahaman politik bukan halangan kerajaan pusat untuk membantu memulihkan mana-mana projek perumahan yang terbengkalai, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique. Memberikan contoh kejayaan kementerian memulihkan sebanyak 12 daripada 14 projek perumahan terbengkalai di Pulau Pinang sehingga Mac lepas, beliau berkata keutamaan kerajaan adalah membantu mengeluarkan rakyat daripada masalah yang dihadapi berbanding soal latar belakang politik mereka. “Kerajaan memandang serius kes ini, tidak terkecuali di Pulau Pinang dan langkah baik pulih yang diambil telah membantu memastikan 4,503 pembeli di negeri itu telah menghuni rumah masing-masing. “Kita harus ingat, kemajuan sesuatu projek perumahan bergantung kepada perancangan dan komitmen pemaju dalam melaksanakan sesuatu projek yang tentunya tidak berkaitan langsung dengan fahaman politik,” katanya menjawab pertanyaan Senator Dr Ariffin S.M. Omar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Ariffin ingin tahu tindakan kerajaan Persekutuan dalam memulihkan projek perumahan terbengkalai, khususnya di Pulau Pinang. Halimah berkata baki dua lagi projek perumahan yang terbengkalai itu kini sedang dipulihkan kementerian. Beliau berkata sesuatu projek yang terbengkalai tidak harus dikaitkan dengan unsur politik kerana masalah tersebut sebenarnya berpunca daripada pengurusan pihak syarikat dan pemaju yang tidak memuaskan, di samping keadaan ekonomi dan pasaran harga tanah semasa. Dalam perkembangan sama, Halimah berkata sehingga Mac lepas, sebanyak 206 projek perumahan telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai dan daripada jumlah itu 151 projek atau 73.3 peratus daripadanya telah dipulihkan oleh kementeriannya. Tindakan ini telah memberi manfaat kepada seramai 23,942 orang pembeli, katanya. |
Tiada Tempat Bagi Golongan Ekstrimis Dalam Masyarakat Malaysia – Khairy Posted: 23 Apr 2014 01:32 AM PDT MELBOURNE, 23 April – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tiada tempat bagi golongan ekstremis politik dan agama dalam masyarakat di Malaysia. Bercakap di hadapan 800 pelajar universiti rakyat Malaysia yang datang dari seluruh Australia untuk sidang kemuncak Malaysia Australia (MASA) kali kedua di sini, beliau meminta mereka supaya mengambil jalan tengah dan mempunyai pendirian yang sama untuk manfaat negara. Khairy mahu para pelajar berpegang kepada prinsip Rukun Negara untuk terus hidup dan berkembang dalam dunia moden. “Tanpa pendekatan liberal seperti yang termaktub dalam Rukun Negara, yang dalam semangat itu, menggambarkan falsafah progresif dan politik kesederhanaan pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita berdepan risiko menjadi tebusan kepada kuasa-kuasa ekstremis dalam sistem politik kita sendiri di tanah air,” katanya. “Golongan ekstremis ini, sama ada mereka menyebabkan sikap fanatik atau cauvinisme etnik, merupakan satu kuasa yang mahu memecahbelahkan kita sebagai satu bangsa. “Mereka wujud di mana-mana, dalam kerajaan dan pembangkang dan di atas pagar juga,” kata Khairy. Beliau berkata Perdana Menteri berazam untuk menewaskan kuasa jahat dan mencari pendirian yang sama dan akan diguna pakai bagi menghalang Negara daripada musnah. “Tanpa keadilan, kebebasan dan komitmen demi kesejahteraan setiap rakyat Malaysia, akan ada orang yang merasa tertindas atau terpinggir, sama ada ia berupa penindasan politik atau peminggiran ekonomi, perasaan itu boleh cepat berubah menjadi api kemarahan dan pemberontakan yang akan menyemarakkan ketidakstabilan, sesuatu yang secara relatif tidak mampu dihadapi oleh Malaysia yang masih baru dalam bidang ekonomi dan demokrasinya. Adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk memilih jalan tengah, yang sederhana dan progresif kerana bagi saya ini merupakan satu-satunya pilihan bagi Malaysia. Khairy juga meminta para pelajar supaya berfikiran terbuka dan tidak membiarkan diri mereka mudah percaya kepada satu pihak atau pihak yang lain. “Seronoknya menjadi seorang pelajar ialah anda perlu mendedahkan pemikiran anda kepada pelbagai pemikiran dan ideologi,” katanya. Turut berucap di sidang kemuncak itu termasuk Datin Paduka Marina Mahathir dan ketua pegawai eksekutif Talentcorp Johan Mahmood Merican. Penceramah juga berkongsi perspektif mereka berhubung kemajuan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020. “Malaysia berada pada saat kritikal dan memerlukan bakat-bakat hebat seperti anda untuk memastikan kejayaan Wawasan 2020,” katanya. Konsul jeneral Malaysia di sini Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya, berkata ucapan Khairy merupakan satu inspirasi, seimbang dan diterima baik oleh pelajar. Mohd Rameez akan menutup sidang kemuncak itu petang esok. |
Pemilihan PKR : Hanya Drama Percaturan Politik Suami Isteri – Dr Salleh Posted: 23 Apr 2014 01:10 AM PDT KOTA KINABALU, 23 April – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu lawan satu menentang isterinya, Datin Dr Wan Azizah, sememangnya telah diduga dari awal lagi. Menurut beliau, ini ekoran sejak awal lagi, ramai yang merasa sangsi dan curiga, termasuk ahli dan penyokong PKR sendiri terhadap hasrat Anwar untuk bertanding jawatan nombor satu itu. "Mana mungkin berlaku pertandingan suami-isteri bagi jawatan tersebut. Seperti yang pernah saya bayangkan dalam kenyataan saya sebelum ini, nampaknya ia benar-benar terjadi apabila Anwar akhirnya mengumumkan penarikan diri bertanding jawatan Presiden PKR. "Pengumuman awal Anwar sebelum ini untuk menentang isterinya bagi saya hanyalah helah politiknya saja. Pertama, untuk memberi isyarat bahawa jangan ada sesiapa dalam parti menentang isterinya. "Kedua, untuk mengalihkan perhatian kepada isu politik berbanding kes yang dihadapinya di mahkamah. Ketiga, untuk menutup kecewa dengan prestasi parti — penurunan majoriti di Kajang serta kekalahan di Balingian," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambah Salleh, kepemimpinan tertinggi dalam PKR sebenarnya sudah diatur oleh sepasang suami-isteri itu. Anwar dan Wan Azizah merencanakannya pemilihan ini mengikut citarasa dan kemahuan politik mereka. Survival politik mendahului prinsip perjuangan. Kepentingan diri dan keluarga mesti mengatasi kepentingan parti dan ahli. "Perkara ini telah saya perkatakan sebelum ini. Maka sebab itu, kita melihat pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR ini juga akan ditentukan oleh pasangan suami isteri ini. "Dalam persaingan enam penjuru ini, sudah pasti mereka akan memilih dan memihak kepada Azmin Ali. Pelbagai kisah dan cerita yang didendang sebelum ini hanyalah lakonan mereka semata," ujarnya. Sementara itu jelas beliau, dalam kes Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution yang mencuba nasib jawatan Timbalan Presiden, ianya tidak lebih hanyalah untuk mengimbangi atau mengurangkan undi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Sebab itu saya katakan pemilihan PKR menjadi lebih dramatik apabila tiga calon jawatan tertinggi PKR membentuk kumpulan bagi menghadapi persaingan.Walaupun tidak jelas siapa dalang sebenar, namun pasangan suami-isteri yang mengemudi PKR pasti ada peranannya. "Trio berkenaan termasuk Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli. Mereka sepakat membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti kali ini, sekali gus sebagai satu pakej alternatif. "Saifuddin merupakan salah seorang daripada enam calon Timbalan Presiden yang antaranya membabitkan Abdul Khalid, penyandang jawatan itu, Azmin Ali serta Naib Presiden, Tian Chua.Nurul Izzah pula mempertahankan jawatannya, manakala Rafizi mencuba nasib untuk jawatan Naib Presiden," kata beliau. Apapun skrip drama dan persembahan sepasang suami isteri itu ujar Salleh, pemilihan dalam kepemimpinan PKR yang bermula Jumaat ini merupakan sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, kerana ia memperlihat matlamat dan halatuju parti tersebut masa akan datang. -MediaUMNO |
Pencarian MH370 Dari Udara Ditangguh Lagi Kerana Cuaca Buruk Posted: 23 Apr 2014 12:05 AM PDT PERTH, 23 April – Operasi pencarian dari udara yang dirancang pada Rabu di kawasan berkedudukan 855 kilometer dari barat laut Perth bagi mengesan penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lepas, terpaksa ditangguh susulan cuaca buruk. Tiga pesawat yang sudah berlepas untuk misi itu pada awal pagi telah dipanggil balik, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan di sini. Menurut kenyataan terkini JACC itu, cuaca buruk tersebut mengakibatkan laut bergelora dan jarak penglihatan terjejas, sekali gus membahayakan pasukan mencari. Operasi pencarian dari udara lazimnya mengambil masa lapan jam untuk perjalanan pergi-balik dan dua jam bagi menjalankan operasi mencari. Dalam pada itu, 12 kapal yang terlibat dalam misi hari ini meneruskan operasi mereka. Semalam JACC menangguhkan operasi pencarian dari udara susulan ribut tropika ‘Jack’, bagaimanapun operasi diteruskan kemudian menggunakan lima pesawat tentera. Misi hari ini dirancang membabitkan 10 pesawat. Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat milik Malaysia Airlines itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara pada awalnya dilaksana di Laut China Selatan sebelum ditumpukan di Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan pesawat melencong jauh daripada laluan asal. Berdasarkan analisis data satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom, pada 24 Mac lalu iaitu hari ke-17 pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. |
Turun Padang, Perjelaskan Dasar Kerajaan Untuk Menangi Hati Rakyat Posted: 22 Apr 2014 11:19 PM PDT KLUANG, 23 April – Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata menjelang hari ulang tahun UMNO ke 68 pada 11 Mei ini, terdapat dua perkara perlu dipertekankan bagi memperkukuhkan lagi parti. Dua perkara tersebut jelas beliau ialah pemimpin UMNO terutamanya di peringkat bahagian dan akar umbi perlu faham dan tahu dasar kerajaan dan keduanya pemimpin harus turun padang mendekati rakyat dan bukannya membuat program sesama sendiri sahaja. Jelas beliau lagi semua pemimpin UMNO khususnya di peringkat akar umbi perlu faham dan jelas dengan apa sahaja usaha kerajaan baik kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN). Ini tambahnya perlu kerana ianya dapat membantu kerajaan di dalam memberi kefahaman kepada rakyat tentang apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat. "Contohnya BR1M… Pembangkang tuduh BR1M adalah gula-gula pilihan raya. Oleh itu pemimpin akar umbi harus tahu bahawa BR1M bukanlah untuk orang susah tetapi untuk mereka yang layak. Siapa yang layak… ini yang mereka harus faham dan terangkan. Kalau untuk mereka yang susah dan miskin, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan bantu. "BR1M adalah untuk kebaikan rakyat tetapi rakyat tidak faham. Maka tugas pemimpin UMNO terutamanya di peringkat akar umbi untuk membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat," jelasnya kepada UMNO-Online. Perkara kedua kata beliau ialah pemimpin harus turun padang dan jangan buat progam sesama sendiri . “Semua pemimpin di peringkat atasan sehinggalah ke akar umbi haruslah turun padang dan mendekati rakyat. Ya betul.. ada yang turun padang dan buat program tetapi mereka buat program sesama mereka iaitu sesama ahli UMNO sahaja. Perkara ini perlu diperbetulkan. Jika tidak, sudah pasti PRU ke-14 nanti kita akan menghadapi masalah untuk mendapat kepercayaan rakyat. "Pemimpin harus mendekati semua golongan rakyat tidak kira mereka itu penyokong UMNO atau tidak. Kepada yang masih was-was kepada perjuangan UMNO dan dasar kerajaan inilah harus kita dekati dan fahamkan mereka. Jawab kemusykilan mereka”, ujarnya. Apabila rakyat telah faham jelas beliau, sudah pasti mereka akan dapat menilai semula yang mana betul dan yang mana tidak. “Saya amat berharap, UMNO dapat berubah dan mengambil semangat sempena hari UMNO tidak lama lagi untuk kita terus memperkukuhkan parti. "Kita sematkan nama UMNO di hati rakyat. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan UMNO perlu diperkukuhkan di dalam mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada PRU ke-14 kelak”, katanya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment