BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! MAMPUKAH #HUDUD MAMPU MENYATUKAN #UMATISLAM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Apr 2014 08:00 AM PDT


Perpecahan umat Islam di muka bumi ini bagaikan sesuatu yang 'abadi' dan tidak dapat dikekang lagi.Walaupun semua kita menyedari akan kelemahan ummah dan pentingnya kita bersatu,namun,entah kenapa umat Islam tetap enggan bersatu padu.Tidak kira di mana,di dalam negara Islam atau negara kafir,ada sahaja alasan dan penyebab yang menyebabkan umat Islam tidak boleh bersatu.Malaysia,suatu ketika dahulu disanjung sebagai negara Islam yang paling maju yang mampu bangkit menjadi relevan dalam arus kemodenan dunia.Namun kini,negara ini seakan telah hilang wibawanya.Jika dahulu kita disegani kerana kelantangan memperjuangkan keadilan sejagat,hari ini kita terpaksa bergantung kepada 'indeks penilaian asing' bagi mendapatkan pelaburan.Jika dahulu kita berdiri atas kecekapan bijakpandai tempatan,hari ini kita terpaksa meminta nasihat pihak luar untuk menguruskan keadaan.Zaman telah berubah,maka cara pentadbiran serta pemikiran rakyat kini berbeza, dan Malaysia tidak ada pilihan selain mengikut arus semasa. 

Bagaimanapun,Alhamdulillah,Malaysia kekal berdiri sebagai sebuah negara Islam yang maju serta relevan dengan zaman.Malaysia kekal teguh biarpun begitu banyak usaha dan tekanan yang dihadapi dari segi politik dan ketidaktentuan ekonomi.Malangnya,dalam keadaan ini,ramai yang mengambil kesempatan untuk meletakkan intrepretasi sendiri ke atas Malaysia,mengikut citarasa politik mereka.Satu pihak,iaitu DAP,tidak henti-henti mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara serta mengimpikan negara demokrasi liberal dengan Ketuanan Cina.Berkiblatkan Singapura,DAP berusaha menghapuskan identiti Malaysia yang berteraskan Melayu.Satu pihak pula,iaitu PKR,tidak begitu gusar tentang 'rupa bentuk' Malaysia,asalkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menterinya.Untuk itu,parti ini sanggup berbuat apa saja yang dilihat mampu membantu mereka mencapai objektif itu.Memandangkan DAP merupakan sekutu terkuat di dalam Pakatan,maka PKR memilih untuk menurut saja segala kehendak parti rasis Cina itu.Satu pihak lagi,iaitu PAS,salah satu parti yang mewakili umat Islam,masih lagi terkial-kial dalam mencari kedudukan di dalam Pakatan.Malang bagi PAS apabila kedudukan mereka di dalam PR bersifat bertentangan dengan kedudukan mereka di mata rakyat, khasnya penyokong mereka sendiri.Dilema PAS ialah sekiranya ia memilih untuk memperkemas kedudukan dalam Pakatan,maka PAS perlu mengambil risiko kehilangan sokongan umat Islam dan begitu juga sebaliknya. 

Keadaan ini berlaku kerana PAS terlalu jauh di belakang UMNO dalam menegakkan syiar Islam atau mempertahankan Islam.Hudud merupakan satu-satunya modal PAS untuk membuktikan yang ia lebih Islam dari UMNO.Kerana Hudud,UMNO-PAS berpecah belah bagai tidak mampu bersatu lagi.Perpecahan UMNO-PAS iaitu dua parti yang mewakili umat Islam semakin hari semakin meruncing.Kini beberapa pihak cuba melihat Hudud dari sudut luar kotak,iaitu sebagai alat untuk menyatupadukan ummah dan bukannya sebagai alat pemecah belah.Maka,semakin hari semakin kuat kedengaran pihak UMNO menyokong Hudud serta mengikut jejak PAS dengan meletakkannya sebagai syarat utama 'keIslaman negara'.Keadaan ini amatlah tidak sihat dari segi realiti negara,mahupun dari segi Islam sendiri.Dari sudut realiti,suka atau tidak,kita perlu mengakui bahawa perlaksanaan Hudud bakal meletakkan negara ini di bawah pengawasan kuasa besar yang memusuhi Islam,sekali gus membuka risiko ke arah tekanan dan kemusnahan.Dari sudut Islam pula,kita perlu mengakui bahawa tiada satu pun negara Islam di dunia yang mampu menggariskan perlaksanaan hudud secara terperinci.Rujukan mengenai hudud berdasarkan kisah Rasulullah SAW telah menekankan soal penjenayah mengaku salah dan meminta agar hukuman dijalankan ke atasnya.Lebih dari itu,Rasulullah SAW bertanya pula,kenapa tidak dibiarkan penjenayah yang lari dari hukuman itu terlepas sahaja ??? 

Jelas,bahawa Rasulullah SAW juga keberatan mengenakan hukuman hudud ke atas penjenayah dan hanya apabila penjenayah mengaku dan memohon hukuman dijalankan ke atasnya,barulah ia dilaksanakan.Justeru,jika Rasulullah SAW sendiri mengambil pendirian yang longgar mengenai hudud,kenapakah kita sebagai manusia biasa pula yang begitu beria-ia ingin melaksanakan hukuman hudud ke atas pesalah ??? Selain itu,satu perkara yang perlu direnungkan sebelum kita tergesa-gesa mengambil pendirian ialah bahawa hukuman hudud telah meletakkan syarat-syarat yang mustahil,antaranya 4 saksi yang tidak melakukan dosa besar ke atas kes jenayah seksual.Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa tidak mungkin seorang yang baik akan membiarkan sahaja jenayah berlaku secara jelas di depan mata.Apatah lagi mencari 4 orang yang baik menyaksikannya.Syarat yang mustahil itu dengan sendirinya memaksa kita mengkaji mesej sebenar Allah SWT.Malangnya,sehingga kini tiada dari kalangan umat Islam yang mampu memahaminya tetapi masih bertegas ingin melaksanakan hukumanNya.

Hakikatnya,tiada dari negara-negara yang menggunapakai undang-undang syariah dan melaksanakan hukuman hudud merupakan antara negara yang maju dan mampu bersaing dengan kuasa besar dunia.Malah,kesemua negara-negara tersebut sentiasa berhadapan dengan masalah sosial, pendidikan,kemiskinan dan perpecahan yang kronik.Kesimpulannya,sekiranya umat Islam di Malaysia menyangka yang hudud mampu menyatupadukan ummah,maka mereka mungkin betul.Tetapi sekiranya mereka menyangka yang penyatuan melalui hudud mampu membawa kekuatan kepada ummah,maka mereka telah tersasar.Tanpa pemahaman yang jitu mengenai hudud dan dengan niat untuk melaksanakannya sekadar untuk menyatakan keIslaman, maka ditakuti yang ia bakal membawa kehancuran.Masalah utama umat Islam bukan undang-undang tetapi pemikiran,pendidikan dan pengetahuan yang cetek.Selagi umat Islam menolak ajaran AlQuran yang menyuruh manusia belajar melalui alam semesta (sains dan matematik),selagi itulah umat Islam tidak akan kuat biarpun kita bersatu dan melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #HIMPUNAN #ANTIGST #GST501 !!! BETUL KERR TAKKAN BERLAKU HURU HARA ???

Posted: 23 Apr 2014 05:00 AM PDT


polis dah bagi green light kat puak pembangkang ni.tian chua dah berjanji kononnya takkan berlaku huru hara.betul kerr apa yang tian chua kata ni ??? apa kata kita lihat video di bawah.saya malas nak ulas panjang-panjang.puak pembangkang kata UMNO kononnya menipu.bukti di bawah tipu kerr ???


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #DONGZONG DAH #BERANTAKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Apr 2014 01:30 AM PDT


Akhbar China Press dan Sin Chew Jit Poh melaporkan kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong,iaitu Bock Tai Hee,mengenai pergolakan di dalam Dong Zong yang dikatakan semakin serius.Bock Tai Hee menyeru agar Presiden Dong Zong, iaitu Yap Sin Tian agar menangani isu itu sebaik mungkin agar pertubuhan itu terus mendapat sokongan kaum Cina.Menurut Tai Hee,Dong Zong kini berpecah kepada pasukan A dan B.Bagaimanapun,kenyataan tersebut telah disangkal oleh Timbalan Presidennya,Chow Siew Hong.Tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap perpecahan di dalam Dong Zong memandangkan berita mengenainya hanya disiarkan di akhbar berbahasa Cina.Inilah antara 'hak keistimewaan' kaum Cina di negara ini di mana mereka mempunyai akhbar berbahasa ibunda sendiri yang berpeluang menulis apa saja termasuk perkara sensitif serta menutup atau mengecilkan sesuatu isu agar tidak 'heboh' di kalangan bangsa lain.Masyarakat Cina di Malaysia sering menjadikan isu pendidikan sebagai isu utama.Namun,matlamat akhir mereka nampaknya turut berbeza-beza yang mana secara tak langsung membentuk pasukan A dan B yang diperkatakan oleh Tai Hee,Satu kumpulan ingin menjadikan budaya dan bahasa Cina sebagai teras atau teraju utama pembangunan negara dengan bermula dari sekolah sehingga ke universiti dan alam pekerjaan. 

Manakala,satu kumpulan lagi hanya ingin menggunakan alasan 'pendidikan Cina' bagi mengukuhkan sokongan kaum itu dalam usaha ke arah Ketuanan Cina yang berpegang kepada fahaman liberal ala Singapura.Walaupun kedua-dua pasukan mempunyai matlamat yang sedikit berbeza namun,kedua-duanya tetap berdiri atas satu platform yang sama iaitu platform 'perkauman'.Kedua-duanya juga tidak punya semangat patriotik serta menolak identiti dan aspirasi negara.Selain matlamat yang berbeza,terdapat juga perbezaan pendapat dari segi pendekatan dalam perjuangan.Selama ini,Dong Zong (Gabungan Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina) dan Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina) sering bergerak di bawah satu payung iaitu Dong Jiao Zong.Bagaimanapun dalam memperkatakan tentang Sistem Pendidikan Nasional,Dong Zong memilih cara keras dengan berdemonstrasi dan menutup ruang perbincangan tetapi Jiao Zong lebih berlembut dan memilih untuk meneruskan perbincangan dengan pihak kerajaan.Akibatnya,Dong Zong menuduh Jiao Zong sebagai 'takut' digelar ekstrem apabila enggan turut serta dalam perhimpunan tunjuk perasaan.Jiao Zong pula menuduh Dong Zong tersasar dari hala tuju kerjasama antara mereka apabila mengadakan perhimpunan tanpa berbincang dengan mereka dan juga persatuan Cina yang lain yang memegang amanah,terutama Hua Zong. 

Hua Zong sebelum ini telah menjauhkan diri dari Dong Zong apabila Dong Zong memilih untuk memandang sepi akan kelulusan kementerian pendidikan terhadap Sekolah Tinggi China Kuantan bagi menawarkan peperiksaan mengikut sistem kebangsaan ataupun Unified Examination Certificate (UEC) yang menggunakan silabus berbeza dalam bahasa Cina.Nampaknya,di kalangan masyarakat Cina sendiri ada yang kurang senang dengan sikap ekstrem sekumpulan dari mereka yang bergerak di atas nama Dong Zong ini.Ramai yang memperkatakan mengenai kelemahan sistem pendidikan di Malaysia dan masyarakat Cina, khasnya,merupakan pihak yang paling lantang mengkritik perkara ini sama ada melalui NGO, mahupun melalui parti politik iaitu DAP.saya tidak menafikan bahawa terdapat begitu banyak kelemahan dalam sistem pendidikan nasional, namun perjuangan untuk memperkasakan pendidikan Cina bukanlah jawapan kepada masalah ini.Malangnya,tidak kira Jiao Zong atau Hua Zong, apatah lagi Dong Zong,semuanya enggan mengambil sikap jujur dalam hal ini.Mereka bukannya ingin memperbaiki sistem pendidikan negara tetapi sekadar ingin bertaut dan menggenggam kemas akar kelahiran nenek moyang mereka. 

Tidak ada satu pun dari NGO Cina ini yang ingin kembali kepada aspirasi negara.Lembut atau kasarnya perjuangan mereka,tujuan mereka sama sahaja iaitu menghapuskan identiti negara yang berasaskan budaya penduduk asal.Justeru,perpecahan antara mereka tidak membawa apa-apa beza dalam konteks hala tuju negara ini melainkan berkisar mengenai kepentingan kaum Cina semata-mata.Hakikatnya,jika benar masyarakat Cina inginkan sistem pendidikan yang lebih baik,maka kecelaruan dan kelemahan dalam sistem pendidikan nasional perlu diatasi bersama-sama, bukannya dengan mengasingkan terus pendidikan anak-anak Cina daripada arus perdana.NGO pendidikan Cina harus mengambil sikap rasional dan kembali kepada realiti hidup di Malaysia.Kedegilan dan sifat rasis Cina tidak akan membawa kebaikan kepada sesiapa,sama ada kepada anak-anak Cina atau kepada negara. Malah, kedegilan dan sifat rasis itu akan memusnahkan segala-galanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! BETUL KERR POLIS TAK JAGA MAYAT #KARPALSINGH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Apr 2014 10:39 PM PDT


Ketika mayat karpal diarak oleh penyokong beliau,ramai penyokong beliau hadir memberi penghormatan yang terakhir dan di dakwa menyulitkan keadaan kerana hadirin yang datang cukup ramai.Lalu berbunyi di media pembangkang Polis tak buat kerja dan kesesakan itu adalah berpunca dari Polis kerana Polis tak pergi berarak sama.Adakah tugas wajib polis untuk jaga mayat Karpal Singh ??? 


Apabila semua dilarang untuk berhimpun oleh Polis marah pulak kat polis,apa cerita ??? sekarang tiba-tiba nak marah Polis kononnya tak datang.Itu aktiviti yang kita sedia maklum keadaan itu sesak dan berpunca dari kegelojohan mereka sendiri sekarang.Polis dipersalahkan lagi !!! betul kerr polis tak jaga ???  Abis buat apa kerajaan negeri guna wang rakyat tubuhkan pasukan baju purple tu ??? Jaga lalu lintas pun fail kerr ??? muahahaha


LIHAT KENYATAAN DI BAWAH !!!

LEBIH 50 ANGGOTA POLIS BERTUGAS SEHINGGA MAYAT KARPAL SINGH DIBAKAR 

Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di sini,Ahad lepas.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama,di sini serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.

"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).Mereka ditugaskan di situ bagi melancarkan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan dan menjaga ketenteraman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan kerajaan negeri membidas polis yang didakwa gagal hadir seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai yang bersesak-sesak di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh pada Ahad.Ketua Menteri Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan melakukan post-mortem berhubung perkara itu.Abdul Rahim berkata dua pegawainya termasuk Pemangku Ketua Polis Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri DSP Abdul Rahim Md Din menghadiri mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan jadual perjalanan upacara penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang dan persemadian Karpal Singh.Beliau berkata dua pegawai dan 20 anggota trafik bertugas pada hari Ahad iaitu semasa perjalanan mayat Karpal Singh untuk ke Krematorium Batu Gantung dan lebih 10 anggota polis berpakaian preman bertugas sepanjang tempoh orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.Abdul Rahim berkata anggota trafik yang bertugas itu diletakkan di setiap persimpangan jalan mayat mendiang diarak menuju ke krematorium iaitu Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Perak, Jalan Macalister, Jalan Residensi, Jalan Utama dan Jalan Scotland.

"Sepanjang tempoh (membawa mayat Karpal Singh) perjalanan begitu baik dan tidak berlaku sebarang kesesakan teruk. Sehingga hari ini kami juga tidak menerima sebarang laporan polis sama ada berlaku kekecohan atau sebagainya.Jadi saya tidak faham mengapa kerajaan negeri kata kami tidak menempatkan anggota polis dan saya nafikan perkara itu.Kami ada gambar-gambar untuk buktikan polis jalankan tugas,polis telah jalankan tugas untuk kepentingan masyarakat," katanya. Karpal Singh,74,bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Ahad lepas. - BERNAMA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! SAH !!! JANJI #PEMBANGKANG #PR HANYA LAKU MASA #PILIHANRAYA !!!

Posted: 22 Apr 2014 07:00 PM PDT


Sebelum berkuasa mulut pembangkang lebih manis daripada gula tetapi selepas pilihan raya semua janji menjadi basi dan tidak laku lagi.Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lalu,pembangkang antara lain berjanji tidak akan menaikkan kadar harga air tetapi selepas berkuasa lain pula ceritanya.Di Pulau Pinang,ketua menteri Lim Guan Eng menyanyikan lagi lain pula apabila mengumumkan rancangan kerajaan negeri untuk menaikkan harga air.Untuk menjustifikasikan tindakan yang lari 360 darjah daripada janji asal,Guan Eng menyalahkan pembaziran air oleh rakyat.Semasa kempen pilihan raya,rakyat ditatang seperti minyak dan segala yang dituntut oleh rakyat semuanya dijanjikan untuk dipenuhi jika kuasa diberi kepada mereka.Inilah yang berlaku kini di Pulau Pinang yang sudah membelakangkan janji bahawa kadar harga air akan kekal seperti sekarang.Guan Eng mengatakan jika harga tidak dinaikkan negeri itu akan mengalami catuan air pada msa depan seperti yang dialami oleh Johor dan Selangor sekarang.

Catuan di kedua-dua negeri termasuk sesetengah tempat di Perak terpaksa dilaksanakan disebabkan keadaan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan sejak beberapa bulan lalu. Ia bukan disebabkan oleh pembaziran seperti mana yang didakwa oleh setiausaha agung Dap itu walaupun fenomena pembaziran tetap berlaku di mana-mana.Malah senario di Selangor bukan sahaja disebabkan oleh kemarau semata-mata yang menyebabkan paras air di empangan susut di bawah tahap minima tetapi juga berpunca daripada sikap angkuh dan degil kerajaan negeri yang menolak projek Langat 2 yang menyalurkan air dari Pahang.Selangor sepatutnya tidak perlu mencatu air jika projek Langat 2 dilaksana empat atau lima tahun dahulu kerana air dari Pahang sudah lebih daripada cukup menampung keperluan negeri dan juga Lembah Kelang.Oleh sebab pembangkang mahu mempolitikkan isu air maka terjadilah krisis ir yang kritikal di Selangor atas perbuatan mereka sendiri.Hasilnya negeri kehilangan hasil dan cukai berjuta-juta ringgir apabila catuan air menjejaskan operasi industri dan sektor perkilangan di Selangor dan Lembah Kelang. Inilah dasar pro-rakyat yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang akhirnya memangsakan rakyat sendiri.

Lihat sahaja masalah air di Kelantan yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan negeri Pas sejak memerintah pada tahun 1990.Melalak dan melaung sana sini bercakap pasal Islam dan konsep keadilan yang diperjuangan oleh parti tetapi masalah asas seperti air pun tidak berjaya diangkat bagi menjaga kebajikan rakyat. Lebih memalukan Pas sering bersorak atas pentas politik mereka mengenai slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi versi agama yang mereka pamerkan kepada rakyat adalah agama yang mundur dan lemah. Isu air hanya merupakan sekelumit daripada masalah dan beban yang dibawa oleh pembangkang ke atas rakyat.Umpamanya semasa kempen pilihan raya kecil Kajang, isu banjir di kawasan itu menjadi topik hangat yang dibangkitkan oleh pengundi di situ.Sudah masuk dua penggal Kajang berada di bawah pembangkang apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah yang sering menghantui penduduk di situ ??? 

Apakah pembangkang telah menggunakan kuasa yang diberi oleh rakyat secara efektif untuk menyelesaikan masalah asasi yang dihadapi rakyat atau itu juga hanyalah sebahagian daripada kelentong nyata mereka ??? Melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sudah tiba masanya rakyat membuka mata dan pemikiran mereka bahawa pembangkang telah menipu mereka selama ini.Sedang mereka sibuk berebut jawatan dalam parti masing-masing demi menggekalkan kuasa, permasalahan rakyat diabaikan dan janji tetap tinggal janji yang tidak akan ditunaikan. Selagi rakyat tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu dan dikhayalkan oleh madat yang diberikan pembangkang, selagi itulah pemimpin pembangkang akan terus mengeksploitasi kejahilan mereka.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HUKUM #HUDUD !!! SELEPAS #KARPALSINGH KALI NI #LIMGUANENG BERSUARA !!!

Posted: 22 Apr 2014 05:00 PM PDT


Pendirian pakatan pembangkang mengenai hudud kekal apabila DAP sekali lagi menegaskan mereka menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu.Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng berkata,pendirian Pakatan Rakyat mengenai perkara itu tidak pernah berubah dan isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan. 

"Di bawah Pakatan Rakyat mesti ada konsensus daripada kesemua tiga parti politik apabila melibatkan persoalan dasar.Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud,isu mengenai Pakatan Rakyat sokong hudud adalah tidak berbangkit," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. 

Tambah Lim,persetujuan bersama Pakatan Rakyat sejak awal termasuk menerusi manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak mengandungi persetujuan mengenai hudud atau pembentukan negara Islam Bagaimanapun menurut Lim,semua parti sekutu Pakatan Rakyat bebas memperjuangkan dasar dan matlamat masing-masing menerusi amalan demokrasi.Kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

MACAM MANA PAS ???

KATA BOLEH BUAT HUKUM HUDUD ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...