Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO!! Luahan Bekas Isteri Sham Kamekaze, Fitnah atau Kebenaran?
- HOT!! Tian Chua Menipu Siapa yang Tahu? #Kantoi!
- INFO! Pesawat #MH370 di Tembak Tentera US?
- INFO! Pulau Bidong Bakal Pusat Pembiakan Terumbu Karang Malaysia! @IsmailSabri60 #Dsis
- HOT!! Bila Kafir Harbi Bercakap Tentang Islam? #PelikTapiBenar
- HOT!! Pas hanya Parti 'COP' Islam, bukan Parti Pejuang Islam!! #PasSyiah
INFO!! Luahan Bekas Isteri Sham Kamekaze, Fitnah atau Kebenaran? Posted: 23 Apr 2014 08:36 AM PDT Tak sangka seseorang yang dikatakan insaf boleh bersikap macam ni? Ini dinamakan guna agama untuk kepentingan diri! Pendedahan yang paling menarik tentang sikap hipokrit Sham Kamikaze yang rasa dirinya mulia apabila sudah berhijrah atau menyertai parti politik Pas, kata Farazila. "Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampung. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa, "Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah dan menyertai parti politik yang berpakaian jubah, dia rasa dirinya mulia dan megah. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya, "Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya, "Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer "jom solat" tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan "jom solatnya" itu, kata Farazila lagi Tak sangka bukan? Kalau anda sering mengikuti akaun sosial Sham Kamikaze, memang Sham sering mengajak pengikutnya ke arah kebaikan. Selalu orang solat berjemaah dan sebagainya. Namun kalau mengikutkan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, itu hanyalah omong kosong. Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Tambah Farazila lagi. Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja. Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebuhraya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong. Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuhraya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah. Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnya, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula. Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua atau balik kampung saja.
Kontroversi yang mendakwa Sham bernikah lagi pada 16 Januari lalu bukan punca utama Farazila memfailkan perceraian. Menerusi laporan media pada 20 Januari lalu, Sham menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari di Pulau Pinang. Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila. Pada artikel mStar Online bertarikh 13 April lalu, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua. Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu. Namun selepas didedahkan oleh media dan ahli keluarga isteri kedua. Sham akhirnya mengaku, itupun apabila Isterinya sekarang mengamuk di Twitter dan mempertahankan Sham.
Luahan dan pendedahan bekas isteri pertama Sham mungkin fitnah atau kebenaran. Ianya boleh dinafikan. Namun yang menjadi persoalan, kenapa Sham tak mengakui bahawa dia telah berkahwin, jika dia tak bersalah? Apa nak takut kalau kahwin secara sah? Kata dah berceraikan? Nak takut apa betul tak? McTheory: Nak insaf alhamdulillah.. tapi jangan guna alasan tu untuk berpura-pura.. | ||||
HOT!! Tian Chua Menipu Siapa yang Tahu? #Kantoi! Posted: 23 Apr 2014 06:13 AM PDT Si kafir Tian Chua boleh membohong dengan selamber dalam sidang media. Sedangkan pada hakikatnya memang dia yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Paling menyedihkan, macai-macai PR terus menyerang BN kononnya memfitnah Tian Chua. Apa punya bengap la macai PR ni, Tengok video dibawah, Kalau hal bangla, hal cincin, altantuya, kapal selam yang difitnah pun macai PR boleh percaya sampai sekarang. Apa sangat la membohong dalam sidang media kan?? McTheory: Bodoh serba tak kena.. | ||||
INFO! Pesawat #MH370 di Tembak Tentera US? Posted: 23 Apr 2014 02:12 AM PDT Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya. Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi , tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku. "Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pergunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui. Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam. Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit). Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui. Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy. "Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika. "MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan. Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Sumber - OpedNews/Mirror | ||||
INFO! Pulau Bidong Bakal Pusat Pembiakan Terumbu Karang Malaysia! @IsmailSabri60 #Dsis Posted: 23 Apr 2014 12:12 AM PDT Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu untuk mewartakan Pulau Bidong sebagai pusat pembiakan terumbu karang secara komersial. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan kajian dilakukan pelbagai pihak termasuk universiti mendapati Pulau Bidong sesuai dan antara lokasi terbaik untuk projek itu. Projek Ladang Terumbu Karang Bidong itu kelak boleh menjana sumber pendapatan sampingan kepada nelayan dan golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang itu, katanya. "Projek ini hanya mengambil masa tiga bulan sahaja (sebelum mendapat hasil) dan modal yang digunakan juga agak kecil dan ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus seperti projek ternakan lain. "Jika ia (terumbu karang) ditanam secara banyak, sudah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada pengusaha kerana setiap terumbu karang yang dihasilkan bernilai sekurang-kurangnya RM5 atau RM10," katanya kepada pemberita selepas melancar Program Ladang Terumbu Karang Bidong dan menutup program Hari Bumi 2014: Sehari Bersama Nelayan di Pulau Bidong Isnin. Ismail Sabri berkata Jabatan Perikanan akan membantu memasarkan terumbu karang yang diusahakan secara komersial itu. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu Nawi Mohamad, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Mohamad Dolmat dan Penasihat Yayasan Coral Malaysia Prof Datuk Dr Aziz Deraman. Program tiga hari itu memfokuskan kepada aktiviti bersama-sama nelayan bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan itu yang bukan sahaja bersabung nyawa untuk membekalkan sumber makanan laut. Selain aktiviti pembersihan sekitar Pulau Bidong, turut diadakan sesi dialog bersama-sama nelayan, acara sukaneka, pelepasan penyu, lawatan ke sekitar pulau termasuk tapak peninggalan warga Vietnam. - SUMBER | ||||
HOT!! Bila Kafir Harbi Bercakap Tentang Islam? #PelikTapiBenar Posted: 22 Apr 2014 10:09 PM PDT Keadaan bertambah rumit apabila seorang kafir harbi cuba mengulas berkenaan agama Islam. Malah ia menjadi lebih rumit, apabila ulasan kafir tersebut diguna pakai oleh orang Islam yang mempercayai apa saja kata-kata yang keluar dari mulut kafir berkenaan. Jangan pelik, kerana ianya memang berlaku di Malaysia. Islam bukan lagi hak untuk orang Islam. Sesiapa pun dah boleh cakap dan pertikaikan. Mereka ini tak percaya kata-kata dari saudara mereka sesama Islam, tetapi lebih percaya kata-kata dari seorang kafir harbi yang makan babi! Baca ulasan dari blog Yuseri Yusoff, Menurut Majlis Fatwa hukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;
Tetapi status sumpah ini tidak diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam kes sumpah Dato Eskay, beliau melakukan sumpah adalah bagi membuktikan lelaki dalam video yang didedahkan oleh beliau adalah Anwar Ibrahim. Maksudnya, Eskay bersumpah demi menegakkan kebenaran kerana merasakan tiada jalan lain untuk beliau membuktikan di pihak yang benar. Justeru, sumpah Dato Eskay dilakukan dalam keadaan wajib. Seperti diisyaratkan dalam al-Quran: "..kamu menahan kedua orang saksi sesudah solat (untuk bersumpah) dengan nama Allah jika kamu ragu (terhadap mereka), "(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun ia kaum kerabat,.." (Surah al-Maa'idah 5:106) Dalam sumpah Eskay tujuan menggunakan al-Quran adalah bagi menguatkan kandungan sumpah. Sebabnya, bagi seorang Muslim, al-Quran adalah firman Allah dan setiap daripada kita wajib mempercayai firman Allah. Dengan al-Quran di atas kepala orang yang bersumpah atau memegangnya, dia dapat lebih berasakan kebesaran Allah sehingga apa yang diucapkannya benar-benar sesuai dengan isi hatinya. Jadi siapa Tian Chua mahu mempertikai sumpah yang dilakukan oleh umat Islam? Tian Chua seorang ekstremis, seorang yang menggalakkan keganasan, siapa beri dia kelayakkan untuk berbicara mengenai hal ehwal berkaitan hukum orang Islam? Jika Tian Chua seorang cina yang baik, dia akan berfikiran seperti uncle dalam video ini ; Pihak polis sudah selesai ke belum kertas siasatan kes Tian Chua mahu gulingkan kerajaan, jika sudah siapkan kertas siasatan tolong cepat-cepat serah kepada peguam negara untuk pendakwaan. Kali ini kita mahu tengok Tian Chua didakwa, itu pun kalau Ghani Patail ada telur...! McTheory: Sampai kucing bertanduk pun belum tentu dia kena dakwa.. | ||||
HOT!! Pas hanya Parti 'COP' Islam, bukan Parti Pejuang Islam!! #PasSyiah Posted: 22 Apr 2014 06:12 PM PDT
Ada orang aju soalan kat aku. Pasaipa aku benci Pas? Aku jawab, mana ada aku benci, aku cuma tak suka cara Pas berpolitik, bawa nama parti Islam tapi tak tonjolkan ciri-ciri Islam pun. Cuma aku lebih suka Pas zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Tegas dan keras dalam memperjuangkan Islam. Cuma zaman tu, Pas gagal tarik orang melayu Islam sebab nampak depa terlalu ekstrem! Pemakaian dan pembawakan dah bagus. Ramai alim Ulamak yang besar-besar. Macam Ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Taib, malah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan TG Nik Aziz sendiri sendiri pun kurang berpolitik macam orang sekarang ni. Cuma Pas dulu, suka keluar fatwa sendiri dan yang bukan-bukan. Macam Hadi Awang punya 'amanat' lepas tu doa kafirkan kerajaan dan UMNO. Lepas tu maki kerajaan atas pentas ceramah, lepas maki laung takbir, doa pecah perut. Sebab tu ada melayu Islam yang tolak cara Pas berjuang. Islam tak berjuang macam tu. Kalaulah Pas dulu berjuang secara berakhlak, beradap dan betul-betul cara Islam. Rasanya dah lama semua melayu Islam di Malaysia ni sokong Pas. Cuma agak sedih, Pas sekarang makin teruk, makin menyimpang dari perjuangan sebenar. Makin berpolitik kotor, hinggakan banyak benda yang telah mereka buat, semata-mata untuk menghalalkan cara. Contohnya ialah isu Kalimah Allah, LGBT, Comango dan pluralisme. Pas tahu benda tu salah, tapi tetap menyokong atas dasar Pakatan Rakyat. Sebab tu lani, ramai penyokong Pas yang benar-benar berjuang untuk Islam, kecewa dan marah sebab Pas dah lari dari perjuangan asal. Jubah dan serban hanya di badan, tapi jiwa dah kosong. Demi untuk kuasa dan menumbangkan UMNO, agama pun depa tolak tepi! Sebab tu aku kata, aku tak benci Pas, cuma perjuangan Pas tu dah salah! Patutnya Pas menjadi lebih baik, tapi ia jadi sebaliknya, jadi lebih buruk pulak. Aku tak kata UMNO tu baguih, tapi sekurang-kurangnya, UMNO cuba menjadi lebih baik dari dulu! Malah selama 56 tahun UMNO memerintah ni, tak pulak aku dengar UMNO nak gadai kalimah Allah, bagi Comango masuk, bagi bible melayu, sokong LGBT dan buat benda-benda yang merosakkan. Dulu UMNO tolak hudud di Terengganu dan Kelantan. Sebab hudud yang depa submit, bukan hudud sebenar. Malah bercanggah banyak dengan hudud Islam yang asal. Jadi ianya ditolak. Hudud Islam apanya sampai dibenarkan meliwat Isteri? Dah hukum kata haram, haramlahh.. buat apa nak halal lagi? Itu baru satu contoh, ada banyak lagi. Jadi.. sekarang ni, pembaca dah faham la kan. Aku tolak Pas bukan sebab benci, tapi sebab perjuangan depa yang cakap tak serupa bikin! Itu saja!! Bawah ni keterangan mengenai Hudud Pas yang ditolak dulu. Pada yang belum pernah baca, sekali lagi Mc pamerkan disini. Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, kenapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini kita rungkaikan sedikit persoalan tersebut. Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu: 1. Hudud 2. Qisas 3. Ta'zir Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta'zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta'zir 1. Hukum Hudud – Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 2. Qisas – Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahankesalahan yang melibatkan hak individu. Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. 3. Diat – Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas atau Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan. Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan. 4. Ta'zir – Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir; (a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas. (b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya. (c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan? Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza. Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal. Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal. Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja. Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu? Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25). Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah. Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan; 1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)". 2. Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat. 3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam. 4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut: (i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam. 5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya. 6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya. DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak. Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi "…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya." Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan' yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan. Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah. Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah. Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS. Jadi jelaslah kenapa hudud Pas ditolak bukan? McTheory: Soo.. rasanya Pas ni parti Islam ka atau cuma COP brand Islam? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment