UMNO Online - “Perkhidmatan, Keselamatan Di KLIA Antara Yang Terbaik Di Dunia – Pakar Lapangan Terbang” plus 9 more |
- Perkhidmatan, Keselamatan Di KLIA Antara Yang Terbaik Di Dunia – Pakar Lapangan Terbang
- No Elements Of Clear Leakage In Delay Of KLIA2 – Nur Jazlan
- MH370 Tragedy : Pilot And Air Traffic Control Radiotelephony Transcript
- Pemilihan PKR : Drama Skrip dan Arahan Anwar Untuk Kaburi Mata Rakyat
- Perjuangan UMNO Majukan Negara Selari Tuntutan Islam – Muhyiddin
- Berita Sensasi Kehilangan MH370 Bertujuan Cetus Perbalahan Malaysia – China
- Jangan Hina, Pandang Rendah Pemikiran Masyarakat Luar Bandar, Pedalaman
- Hishammuddin In Hawaii For US-Asean Defence Forum
- Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai Bukti Janji Ditepati
- Foundation To Bring Home Malay Heritage Items From Leiden University
Perkhidmatan, Keselamatan Di KLIA Antara Yang Terbaik Di Dunia – Pakar Lapangan Terbang Posted: 01 Apr 2014 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April – Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) tetap merupakan antara hab penerbangan terbaik di dunia dari segi perkhidmatan dan keselamatan. Perkara itu dinyatakan beberapa pakar lapangan terbang daripada 45 negara yang menghadiri Persidangan dan Pameran Bandar Raya Lapangan Terbang Dunia Ke-13, di sini hari ini. Ini adalah julung kalinya acara itu diadakan di Negara ini. Pengurus Kanan Projek Penerbangan Netherlands Airport Consultant (NACO) Henry de Lange memberitahu Bernama bahawa langkah keselamatan adalah antara aspek paling penting yang diambil kira pasukan itu apabila mereka diberi projek KLIA pada 1992. “KLIA berada dalam kedudukan terbaik dari segi keselamatan dan perkhidmatan,” katanya sambil menegaskan bahawa adalah sesuatu yang meragukan apabila kredibiliti KLIA, terutama dari segi keselamatannya, dipersoalkan media dan orang ramai. de Lange adalah antara lebih 500 anggota perwakilan daripada lebih 110 pengendali lapangan terbang yang menghadiri persidangan dan pameran itu dari 31 Mac hingga 2 April. Pengarah Perunding Sistem Deerns Airport of International Airport Practice, Daan Eijgendaal juga berpuas hati dengan langkah keselamatan yang dilaksanakan di KLIA. Anggota perwakilan dari Belanda ini, yang juga pakar dalam reka bentuk keselamatan, tidak mempunyai sebarang sungutan tentang KLIA, malah menaruh kepercayaan penuh terhadap lapangan terbang itu. “Saya amat menyukainya. Ia lapangan terbang yang amat bagus. Saya rasa ia tidak berbeza dengan apa yang saya lihat di negara lain,” katanya. Datuk Bandar Eksekutif Ekurhuleni di Afrika Selatan Mondli Gungubele berkata Lapangan Terbang Ekurhuleni Airport dan dunia amnya boleh mempelajari sesuatu dari segi keselamatan lapangan terbang dan syarikat penerbangan daripada KLIA. “Bagi saya, keselamatan KLIA cukup baik. Malah, sama baiknya dengan yang terdapat di Amerika. Mereka amat teliti,” kata beliau. Gungubele menyifatkan kunjungannya ke Malaysia juga merupakan pengalaman menarik walaupun ini merupakan kali pertama beliau ke sini. “KLIA sungguh mengagumkan. Walaupun ia jauh dari bandar raya (Kuala Lumpur), perjalanan dari KLIA ke KL sungguh mudah,” katanya. Gungubele berkata beliau akan berkongsi pengalaman itu dengan komuniti lapangan terbang Afrika Selatan dan percaya keadaan di Lapangan Terbang Ekurhuleni masih boleh ditambah baik. Diminta mengulas tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, de Lange, Daan dan Gungubele sependapat bahawa pihak berkuasa perlu diberi kebebasan untuk melaksanakan tugas mereka menyiasat apa yang sebenarnya berlaku terhadap penerbangan itu. Ketiga-tiga mereka berkata perkara paling baik ialah tidak membuat sebarang spekulasi dan kerajaan Malaysia patut diberi peluang serta ruang untuk menangani episod kehilangan pesawat itu. Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 ke Beijing, yang berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dengan membawa 239 orang, termasuk anak kapal, hilang daripada pengesanan radar sejam kemudian. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan laluan pesawat Boeing 777-200ER itu “berakhir di selatan Lautan Hindi”. Usaha mencari pesawat itu diteruskan pada hari ke-25 hari ini. |
No Elements Of Clear Leakage In Delay Of KLIA2 – Nur Jazlan Posted: 01 Apr 2014 05:35 AM PDT KUALA LUMPUR, April 1 – There were no element of clear leakage which caused an increase in cost that delayed the completion of the Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Public Accounts Committee (PAC) chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed said the hike in cost and the late completion of the project were because of the increase in passengers projected and the prolific development of the low cost career industry. “The question of leakage requires proof. It did not crop up during the question and answer at the PAC proceeding just now, as it was more toward implementation and planning. “PAC wants the public to do away with the incorrect perception about the construction of the KLIA2,” he told reporters in Parliament today. He was met after hearing explanations from Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) managing director Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid; MAHB Chief Executive Officer Datuk Ahmad Hamid Mohd Ali and Transport Ministry deputy secretary-general Datuk Yap Kian Sin. Nur Jazlan said MAHB clarified that the prolific growth of the low cost carrier industry made changes to the design of the airport necessary. The changes were made based on the views and projection that the number of passengers at KLIA2 was more than expected, he said. KLIA2, he said would be opened on May 2 with two airlines operating, namely, Cebu Pacific and Malindo Air. “AirAsia is expected to move on May 2. As such, there will be a soft opening on May 2 and KLIA2 will operate with a low traffic before Air Asia, with its bigger number of flights, moves in,” he said. Since many issues during today’s session touched on AirAsia, Nur Jazlan said PAC would call AirAsia for a briefing soon, as the construction of KLIA2 was heavily influenced by AirAsia. Nur Jazlan said the PAC also recorded statements from MAHB which fully financed the KLIA2 project in the interest of the public while the Transport Ministry looked into the security aspects. The KLIA2 was initially scheduled to be opened on April 30. |
MH370 Tragedy : Pilot And Air Traffic Control Radiotelephony Transcript Posted: 01 Apr 2014 04:53 AM PDT KUALA LUMPUR, April 1 – Following is the full transcript of the communication between Malaysia Airlines Flight MH370 and Kuala Lumpur Air Traffic Control (ATC) as released by the Transport Ministry here today. Departure from Kuala Lumpur International Airport (KLIA): 8 March 2014 MAS 370 (Kuala Lumpur to Beijing) ATC DELIVERY ———— 12:25:53 MAS 370 Delivery MAS 370 Good Morning 12:26:02 ATC MAS 370 Standby and Malaysia Six is cleared to Frankfurt via AGOSA Alpha Departure six thousand feet squawk two one zero six. 12:26:19 ATC … MAS 370 request level 12:26:21 MAS 370 MAS 370 we are ready requesting flight level three five zero to Beijing 12:26:39 ATC MAS 370 is cleared to Beijing via PIBOS A Departure Six Thousand Feet squawk two one five seven. 12:26:45 MAS 370 Beijing PIBOS A Six Thousand Squawk two one five seven, MAS 370 Thank You 12:26:53 ATC MAS 370 Welcome over to ground 12:26:55 MAS 370 Good Day LUMPUR GROUND: ————- 12:27:27 MAS 370 Ground MAS370 Good morning Charlie One Requesting push and start 12:27:34 ATC MAS370 Lumpur Ground Morning Push back and start approved Runway 32 Right Exit via Sierra 4. 12:27:40 MAS 370 Push back and start approved 32 Right Exit via Sierra 4 POB 239 Mike Romeo Oscar 12:27:45 ATC Copied 12:32:13 MAS 370 MAS377 request taxi. 12:32:26 ATC MAS37….. (garbled) … standard route. Hold short Bravo 12:32:30 MAS 370 Ground, MAS370. You are unreadable. Say again. 12:32:38 ATC MAS370 taxi to holding point Alfa 11 Runway 32 Right via standard route. Hold short of Bravo. 12:32:42 MAS 370 Alfa 11 Standard route Hold short Bravo MAS370. 12:35:53 ATC MAS 370 Tower 12:36:19 ATC (garbled) … Tower … (garbled) MAS 370 1188 MAS370 Thank you LUMPUR TOWER ———— 12:36:30 MAS 370 Tower MAS370 Morning 12:36:38 ATC MAS370 good morning. Lumpur Tower. Holding point..[garbled]..10 32 Right 12:36:50 MAS 370 Alfa 10 MAS370 12:38:43 ATC 370 line up 32 Right Alfa 10. MAS 370 Line up 32 Right Alfa 10 MAS370. 12:40:38 ATC 370 32 Right Cleared for take-off. Good night. MAS 370 32 Right Cleared for take-off. Thank you Bye. LUMPUR APPROACH ————— 12:42:05 MAS 370 Departure Malaysian Three Seven Zero 12:42:10 ATC Malaysian Three Seven Zero selamat pagi identified. Climb flight level one eight zero cancel SID turn right direct to IGARI 12:42:48 MAS 370 Okay level one eight zero direct IGARI Malaysian one err Three Seven Zero 12:42:52 ATC Malaysian Three Seven Zero contact Lumpur Radar One Three Two Six good night MAS 370 Night One Three Two Six Malaysian Three Seven Zero LUMPUR RADAR (AREA) ——————- 12:46:51 MAS 370 Lumpur Control Malaysian Three Seven Zero 12:46:51 ATC Malaysian Three Seven Zero Lumpur radar Good Morning climb flight level two five zero 12:46:54 MAS370 Morning level two five zero Malaysian Three Seven Zero 12:50:06 ATC Malaysian Three Seven Zero climb flight level three five zero 12:50:09 MAS370 Flight level three five zero Malaysian Three Seven Zero 01:01:14 MAS370 Malaysian Three Seven Zero maintaining level three five zero 01:01:19 ATC Malaysian Three Seven Zero 01:07:55 MAS370 Malaysian…Three Seven Zero maintaining level three five zero 01:08:00 ATC Malaysian Three Seven Zero 01:19:24 ATC Malaysian Three Seven Zero contact Ho Chi Minh 120 decimal 9 Good Night 01:19:29 MAS370 Good Night Malaysian Three Seven Zero |
Pemilihan PKR : Drama Skrip dan Arahan Anwar Untuk Kaburi Mata Rakyat Posted: 01 Apr 2014 04:05 AM PDT KOTA KINABALU, 1 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal berlansung tidak lama lagi sebagai satu lagi sandiwara hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila beliau bertanding untuk mencabar isterinya sendiri bagi jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti tersebut kali ini. Wayang gambar terbaru ini menurut beliau, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pengarah dan juga penulis skripnya, ditayangkan kepada rakyat hanyalah semata-mata untuk mengalih pandangan rakyat, dari rasa kesal kerana kecundang gagal menjadi calon di Kajang, juga rasa kecewa dengan sokongan dingin terhadap PKR di Balingian. "Bagi saya, sandiwara yang ditayang pada rakyat kali ini cukup hebat. Lebih hebat daripada kisah Singapura dilanggar todak. Bagaimana mungkin sepasang suami isteri, yang tinggal sebumbung dan tidur sebilik, bersaing satu-lawan-satu di pentas politik, merebut satu jawatan nombor satu dalam parti yang sama. "Alasan Anwar pertandingan ini sebagai petanda demokrasi subur dalam parti, hanya untuk mengaburi mata para ahlinya. Membaca skrip baru Anwar ini, ada dua kebarangkalian jelas. Pertama, untuk mencapai cita-cita politik yang tinggi melayang-layang. Kedua, kerana ketakutan diburu bayang-bayang sendiri dari kerisauan PKR dikuasai orang lain," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Apa yang jelas kata Salleh, pencalonan Anwar dan Azizah untuk jawatan Presiden PKR jelas menunjukkan parti itu hak milik mutlak Anwar. "PKR adalah Anwar dan Anwar adalah PKR. Anwarlah yang menentukan segala-galanya, bukan Azizah. Azizah berada di tempatnya hanya pada nama saja, sementara penyokong-penyokong fanatik Anwar tetap akan mengikut telunjuknya serta menjulangnya sebagai pelakon hero pujaan. "Saya yakin, sementara menunggu hari pemilihan, kemungkinan akan ada babak-babak baru drama yang ditayangkan. Tapi jelas, pertandingan ini hanya untuk mengaburi mata para ahli parti. Dan pada akhirnya, Azizah akan kekal di situ kerana sesuatu yang tidak masuk akal bagi Anwar menentang isterinya sendiri,"ujarnya. Sekiranya Anwar menjadi Presiden menggantikan Azizah, maka Azmin sebagai timbalannya boleh menjadi `penyelamat’ jika Anwar gagal dalam proses rayuan di mahkamah dan terlucut jawatan. "Jika Azmin menjadi pemangku presiden, dia tidak akan mengambil sesuatu keputusan tanpa merujuk Anwar, berbanding Khalid yang dilihat lebih lantang dan pandai-pandai membuat perhitungan sendiri. Anwar membaca dan mengetahui semua ini,"katanya lagi. Anwar adalah pelakon politik yang bijaksana, kata Salleh. Anwar tidak akan berubah sejak dulu, kini dan selamanya. Sepanjang mengikuti perjalanan politiknya, taktik dan strategi politik beliau amat mudah untuk dibaca dan fahami. Politiknya hanya bermain isu dan bukan perjuangan dalam ertikata sebenar. Dia hanya mengikut nafsu dan selera politiknya semata-mata. "Dia adalah penulis skrip, pengarah, pelakon dan penerbit drama politik yang berlaku hari ini, khususnya dalam PKR. Tetapi jalan cerita drama ini sama seperti cerita-cerita dahulu. Penuh suspen, tapi `ending’nya tetap sama, untuk survival politik Anwar , maka suatu hari nanti masyarakat pasti akan bosan dengan drama ulang tayang yang sama ini," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Perjuangan UMNO Majukan Negara Selari Tuntutan Islam – Muhyiddin Posted: 01 Apr 2014 04:02 AM PDT KOTA BAHARU, 1 April - Perjuangan UMNO memajukan Malaysia sejak dahulu hingga sekarang adalah selari dengan tuntutan Islam dan hakikat ini diakui banyak pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata keadaan negara yang makmur dan pesat membangun sekarang ini juga adalah mengikut acuan Islam dan ia menjadi contoh kepada negara lain. “Perjuangan UMNO adalah selari dengan tuntutan agama dan saya tegaskan apa yang kita lakukan dalam memajukan negara sama sekali tidak bercanggah dengan syariat Islam. “Bermula daripada sistem pelajaran di peringkat rendah semuanya berpaksikan kepada agama kerana yang penting adalah melahirkan negara yang maju dengan rakyatnya hidup aman dan makmur,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Skuad Ta’lim-An Nur Bersama Wanita Kelantan di Dewan Terbuka Markas 8 Briged, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari UMNO Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kelantan, Senator Datin Rahmah Mahamad. Muhyiddin berkata apabila kerajaan meletakkan Islam di hadapan dalam semua perkara, ia sebenarnya mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh yang terbaik. “Saya nak sanggah apa kata Pas kepada kita kononnya kerajaan kita tidak mengikut lunas Islam. Kita perlu perbetulkan tanggapan itu dan buktikan apa yang kita lakukan ini adalah benar. "Apa yang kita adakan pada hari ini oleh Wanita UMNO sebagai bukti kita meletakkan Islam itu pada perjuangan dan kita perlu mempunyai ilmu dalam memperjuangkan Islam itu,” katanya. Beliau berkata Skuad Ta’lim-AN Nur itu boleh dicontohi kerana ketika ini umat Islam menghadapi cabaran hebat yang mahu menggagalkan usaha yang dilakukan umat Islam di negara ini. Skuad Ta’lim-An Nur itu berperanan menyebarkan kefahaman Islam dan berdakwah dan anggotanya terdiri daripada kalangan Wanita UMNO. Muhyiddin juga turut memberi jaminan akan membantu skuad itu menyebarkan dakwah, terutamanya dalam mematahkan hujah pembangkang mengenai Islam yang dibawa UMNO. Timbalan Perdana Menteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara. |
Berita Sensasi Kehilangan MH370 Bertujuan Cetus Perbalahan Malaysia – China Posted: 01 Apr 2014 03:13 AM PDT ALOR SETAR, 1 April - Berita yang disiarkan sesetengah media asing berhubung kehilangan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines bertujuan untuk menimbulkan perbalahan antara Malaysia dan China, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini. Beliau berkata, sesetengah media ini mempunyai kecenderungan kepada berita-berita sensasi tanpa menghiraukan sama sekali perasaan anggota keluarga penumpang terbabit. “Kita telah melihat bagaimana mereka berniat jahat bukan sahaja terhadap juruterbang, pembantu juruterbang, anak kapal dan penumpang tetapi juga kepada seluruh negara. Ini sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali. “Saya tidak terkejut jika tumpuan (media asing) sebenarnya untuk mencetuskan perbalahan antara Malaysia dan China. Kita mempunyai hubungan yang sangat baik dengan China, kita mencatatkan lebihan dagangan dengan negara itu (China),” kata beliau. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Operasi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor – koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Susulan analisis data, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu bahawa Penerbangan MH370 telah “berakhir di selatan Lautan Hindi”. Misi pencarian pesawat diteruskan. Semalam, Aishah, anak perempuan juruterbang MH370, Kapt Zaharie Ahmad Shah, menyangkal laporan dalam akhbar The Daily Mail, London yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi selama berminggu-minggu sebelum insiden itu. Laporan muka depan akhbar Daily Mail membawa tajuk “Anak perempuan akui Kapt MH370 Nampaknya Keliru dan Terganggu’. |
Jangan Hina, Pandang Rendah Pemikiran Masyarakat Luar Bandar, Pedalaman Posted: 01 Apr 2014 02:34 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan dari penyokong pembangkang yang berkata hanya golongan bercawat sahaja yang memilih Barisan Nasional (BN) merupakan satu kenyataan yang melampau dan keterlaluan serta menghina masyarakat pengundi di kawasan itu. Menurut beliau, kenyataan seperti itu jelas memperlihatkan sikap penyokong dan kepimpinan pembangkang yang memperkecilkan tahap pemikiran masyarakat di luar bandar dan pedalaman di negara ini. "Bagi saya, sebenarnya tahap pemikiran masyarakat di luar bandar dan pendalaman adalah lebih matang dan rasional daripada golongan yang mencerca dan menghina itu. Pemikiran mereka jelas lebih tenang tanpa dipengaruhi oleh isu-isu yang bersifat pembohongan dari pihak pembangkang hari ini. "Malah, mereka ini adalah golongan yang pernah merasai kehidupan yang susah dan sukar, dan juga melihat sendiri bagaimana usaha kerajaan dalam membangunkan kawasan mereka untuk memberikan kemudahan kepada rakyat di luar bandar dan di pedalaman di seluruh negara," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Kata beliau, kenyataan penyokong pembangkang di laman sosial twitter itu jelas mengikut jejak langkah kepimpinan pembangkang apabila pada pilihanraya umum 2013 dulu, Datuk Seri Haji Hadi juga mengeluarkan kenyataan yang sama apabila BN menang di Sawarak. "Sebenarnya masyarakat pedalaman dan luar bandar sebenarnya lebih bijak untuk memilih kerajaan di mana jelas mereka menolak segala politik bohong, politik emosi dan politik persepsi yang menimbulkan pemikiran yang negatif di kalangan rakyat. "Pembangkang silap kerana memandang rendah terhadap pemikiran masyarakat di luar bandar dan pedalaman dan oleh sebab itu, mereka gagal untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat di kawasan seperti itu. "Pembangkang sangkakan mereka boleh memperbodohkan rakyat dan pengundi di kawasan luar bandar tetapi ternyata jangkaan mereka meleset, kerana rakyat dan masyarakat pengundi di luar bandar lebih bijak dalam menilai dan memilih kepimpinan untuk mewakili kawasan mereka," tegasnya. Beliau turut menyifatkan bahawa PRK di Balingian Sarawak yang baru saja selesai merupakan satu pukulan maut kepada PKR khususnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana jelas bahawa majoriti rakyat di sana menolak politik pembohongan dan emosi yang digunakan oleh parti tersebut. "Jadi saya gesa agar kepimpinan pembangkang, khususnya Datuk Seri Hadi Awang agar memohon maaf di atas ketelanjuran kata-kata yang jelas menghina dan merendah-rendahkan pemikiran masyarakat di luar bandar dan pedalaman. "Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz boleh memohon maaf, apakah Datuk Seri Hadi sebagai seorang presiden Pas tidak boleh memohon maaf di atas ketelanjuran kata-katanya itu yang kini dicontohi pula oleh para penyokongnya pula," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Hishammuddin In Hawaii For US-Asean Defence Forum Posted: 01 Apr 2014 02:24 AM PDT HONOLULU, April 1 – Malaysian Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein is in Hawaii to attend the first United States-Asean Defence Forum and related events. Hishammuddin is accompanied on the trip by Chief of Defence Forces Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Deputy Chief of Navy Vice-Admiral Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin as well as senior ministry officials. He was met on arrival in Honolulu Monday evening by Brig Gen Mark McLeod of the United States Pacific Command (USPACOM). Hawaii is 18 hours behind Malaysia. Hishammuddin had said that in Hawaii, he would share with his Asean counterparts and the US government the latest developments on the search for the missing Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370. The opportunity, he said, would also be used to convey Kuala Lumpur’s appreciation for their assistance in the massive hunt for the Malaysian jetliner. The Beijing-bound aircraft with 239 people on board mysteriously vanished on March 8 about an hour after taking off from the KL International Airport. The search for the plane is currently focused on the southern Indian Ocean. On Tuesday, Hishammuddin is expected to hold bilateral meetings with his counterparts from Brunei, the Philippines, Singapore and Vietnam. The Malaysian minister is also scheduled to meet with USPACOM commander Admiral Samuel Locklear and also Lt Gen Terry G. Robling, commander of the US Marine Corps Forces, Pacific. Thursday’s US-Asean Dialogue, convened by US Defence Secretary Chuck Hagel, will be preceded by the Non-Traditional Security Roundtable a day earlier. |
Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai Bukti Janji Ditepati Posted: 01 Apr 2014 01:23 AM PDT KOTA BAHARU, 1 April - Pelaksanaan projek lebuh raya Kota Baharu- Kuala Krai hari ini adalah bukti benarnya slogan “janji ditepati” oleh kerajaan persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas. “Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini,” katanya di sini. Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini. Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan. Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017. Muhyiddin berkata walaupun mengambil masa untuk menyiapkan sepenuhnya lebuh raya itu, kerajaan persekutuan akan tetap menyiapkannya kerana ia sudah lama diidam-idamkan oleh rakyat Kelantan. “Projek seperti ini sudah lama diidam-idamkan oleh orang Kelantan sebab itu Perdana Menteri buat komitmen dan kita laksanakan,” katanya sambil menambah bahawa lebuh raya itu bebas bayaran tol (percuma). Ditanya mengenai cadangan kerajaan Pas Kelantan yang juga mahu membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, Muhyiddin berkata kerajaan negeri menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk pembinaan lebuh raya itu, yang jajarannya disediakan oleh kerajaan pusat, bagaimanapun setakat ini tidak ada perbincangan mengenai cadangan itu. “Saya diberitahu ada fasa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita harap mereka boleh laksanakan tetapi bahagian di bawah kerajaan pusat telah kita laksanakan, terserah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk laksanakan,” katanya. Beliau berkata pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya itu sehingga siap melibatkan tempoh masa Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek infrastruktur di negeri itu malah beliau menyokong usaha itu demi faedah rakyat. Mengenai pelaksanaan enam lagi projek pembangunan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini, beliau berkata pelaksanaannya adalah mengikut keperluan dan keutamaan dan perdana menteri akan membuat keputusan mengenai perkara itu. Enam projek itu adalah pembinaan stadium baharu, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek bagi menyelesaikan masalah air. Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Muhyiddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, berkata dalam RMK-10 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk membiayai 116 projek pembangunan di Kelantan dan sebanyak 77 daripada jumlah projek itu telah siap sepenuhnya. “Baki 39 projek kini dalam pelbagai peringkat seperti reka bentuk, perolehan dan juga dalam pembinaan,” katanya. Katanya 50 daripada 116 projek pembangunan itu melibatkan projek jalan dan jambatan. “Tanggungjawab kerajaan persekutuan ini tidak hanya terbatas kepada pembinaan atau menaik taraf jalan sahaja, malah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM26 juta setahun bagi menyenggara 1,261.22km jalan persekutuan sedia ada di Kelantan,” kata Muhyiddin. Beliau berkata projek seumpama itu merupakan contoh bukti kerajaan persekutuan sentiasa peka terhadap kehendak rakyat dalam usahanya untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di seluruh negara. Katanya pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai itu, merupakan sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. |
Foundation To Bring Home Malay Heritage Items From Leiden University Posted: 01 Apr 2014 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR, April 1 – The National Heritage Foundation will collaborate with Leiden University, the Netherlands to bring home a collection of Malay heritage items and old photographs in the form of digital copies. Socio and cultural advisor to the government Tan Sri Dr Rais Yatim said among the relics of the colonial era that were still available at the university were old Malay manuscripts in the form of writings, religious texts, literature, letters and materials related to the daily life of the earlier society. “The Dutch materials or research documents available at Leiden University include ‘Adat Pepatih’, ‘Adat Temenggong’, the history of the Malay rulers and the ‘Misa Melayu’ manuscripts,” he said in a statement to Bernama after attending a briefing at the Leiden University Library in the course of his working visit to the Netherlands since last Monday. He was accompanied by Dewan Bahasa dan Pustaka head of the Malay Documentation Centre Datuk Abdul Rahman Poziah who is also National Heritage Foundation special officer. The delegation also visited the Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies (KITLV), a research body related to knowledge and expertise in the areas of international and cultural cooperation. KITLV, a merger under the Royal Netherlands Academy of Arts and Sciences, undertakes research in anthropology, linguistics, social sciences and history of Southeast Asia, Pacific region and the Caribbean. The delegation also visited the National Museum of Ethnology in Leiden that keeps a collection of cultural artefacts from the Malay Archipelago as well as other parts of Southeast Asia. Rais, who is also National Heritage Foundation founder, said at least 14,000 old manuscript titles were still available at the Leiden University Library besides other research institutions in the Netherlands. He said plans were afoot to duplicate the material digitally so that the manuscript collection would be a good source of research by local institutions on the Malay heritage. “International Islamic University Malaysia (IIUM) also plans to forge collaborations with Leiden University especially in old Malay studies and research on knowledge development as well as the spread of Islam in the Malay Archipelago,” said Rais who is also IIUM president. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment