UMNO Online - “NGO Lapor Akaun FB Hina PM, Polis” plus 9 more

UMNO Online - “NGO Lapor Akaun FB Hina PM, Polis” plus 9 more

Link to UMNO Online

NGO Lapor Akaun FB Hina PM, Polis

Posted: 22 Apr 2014 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April -  Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung penemuan akaun Facebook yang menghina kepimpinan negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, Selasa.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang menghina kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan polis.

“Individu terbabit yang menggunakan nama “Conspiracy Cavalera” itu mengaibkan Perdana Menteri serta menteri kabinet dalam gambar yang dimuat naik di laman sesawang berkenaan,” katanya di sini.

Selain itu tindakan tegas harus diambil ke atas seorang individu yang hanya dikenali sebagai “Afiq Gen’ji” yang telah memaki hamun polis dengan ayat yang amat biadab, katanya.

“Kami meminta Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit,” katanya.

Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Isu Hudud : Pas Hanya Mahu Mencari “Kambing Hitam” – Dr Puad Zarkashi

Posted: 22 Apr 2014 03:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Puad Zarkashi berpendapat Pas tidak bersungguh untuk melaksanakan hudud dan hanya sekadar mencari alasan untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam berkenaan dengan cara mengkambing hitamkan pihak tertentu termasuk sekutu mereka sendiri iaitu DAP dan PKR.

Menurut beliau, sekiranya Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud, mengapa ketika pertama kali mereka menbentangkan draf hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada tahun 1993, tidak mereka laksanakan selepas ianya diluluskan dengan sokongan semua ADUN Kelantan termasuk di kalangan UMNO.

dr-puad-zarkashi-ahli-majlis-tertinggi-batu-pahat-johor-umno-bn

"Bagi saya, Pas mahu bawa isu hudud ini ke Parlimen secara berseorangan sebagai satu cubaan untuk mempotretkan diri mereka bahawa Pas seolah-olah benar-benar mahu melaksanakan hudud. Sedangkan mereka sedar dan tahu bahawa pastinya DAP dan PKR tidak akan bersetuju dengan hasrat mereka itu.

"Dan sekiranya mereka gagal, maka mereka akan menuduh pihak lain yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan undang-undang jenayah Islam itu. Pihak lain itu mungkin boleh jadi sekutu mereka sendiri, DAP dan PKR, atau pun speaker sekiranya usul itu ditolak.

"Isu hudud ini timbul semula hanya kerana Pas menerima tekanan dan desakan di kalangan ahli dan penyokong yang mendesak parti tersebut untuk melaksanakan hukum hudud ini. Apa yang mereka lakukan ini adalah hanya untuk melepaskan tengkuk mereka daripada dipersalahkan dengan menuding jari kepada pihak lain sebagai penghalang kepada usaha mereka itu," demikian jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, Pas sebenarnya sudah mampu untuk melaksanakan hudud di Kelantan namun hukum tersebut tidak dilaksanakan adalah kerana kepimpinan Pas sendiri tidak faham tentang perlembagaan Malaysia.

"Saya memetik kata-kata Prof Dr Abdul Aziz Bari, seorang pakar di kalangan mereka sendiri yang berkata  kerajaan Pas Kelantan sebenarnya sedang berusaha mencari jalan untuk tidak melaksanakan hudud walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah telah diluluskan sejak 21 tahun lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

buku-jingga-anwar-mana-ada-hudud-pas-islam-dap-tolak-anti

"Sedangkan pada waktu pertama kali pembentangan draf hudud di DUN Kelantan, ianya mendapat sokongan semua termasuk ADUN di kalangan UMNO yang tidak membantah namun sehingga ke hari ini, Pas gagal untuk melaksanakan hudud di negeri bawah pentadbiran mereka.

"Kata Aziz Bari lagi dalam kenyataannya,  untuk apa draf tersebut di bawa ke DUN Kelantan untuk diluluskan pada 21 tahun yang lalu sekiranya ia tidak boleh dilaksanakan. Bahkan kata beliau lagi, pusat tidak boleh campur dalam isu ini kerana kuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut terletak di bawah kuasa negeri," soalnya tegas.

Justeru itu, sekali lagi Puad menegaskan bahawa isu hudud ini dikitar semula oleh Pas adalah semata-mata untuk melarikan diri daripada desakan ahli dan penyokong mereka yang mahukan undang-undang jenayah syariah itu dilaksanakan di negeri tersebut.

"Dalam isu ini, Pas akan mencari kambing hitam untuk memindahkan kelemahan dan kesalahan mereka itu. Boleh jadi kambing hitam Pas itu adalah perlembagaan Malaysia, speaker sekiranya usul itu ditolak, mahupun sekutu mereka sendiri DAP dan PKR," akhiri beliau. -MediaUMNO

Pesawat Tidak Dibenar Berlepas Jika ‘Kecacatan’ Dikesan – Pakar

Posted: 22 Apr 2014 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April – Pesawat milik mana-mana syarikat penerbangan yang didapati mempunyai sebarang “kecacatan” pada mana-mana strukturnya tidak sekali-kali dibenarkan berlepas.

Pakar Kanan dari Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) Ahmad Maulan Bardai berkata, peraturan itu adalah antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang pertama perlu dipatuhi bagi mana-mana syarikat penerbangan.

airport-lapangan-terbang-mas-malaysia-airlines-plane-runway-among-best

“Mengikut protokol terdapat lapan SOP yang perlu dilakukan dalam memastikan keselamatan sesebuah kapal terbang sebelum berlepas.

“Tetapi SOP yang pertama ini adalah perkara yang perlu diutamakan syarikat penerbangan.

“SOP itu melibatkan ‘flight inspection’ oleh juruterbang yang memeriksa sekeliling kapal terbang sebelum berlepas, selain turut melakukan pemeriksaan secara menyeluruh,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Maulan mengulas insiden tayar pecah pada alat pendaratan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 Selasa lepas.

Beliau berkata, sekiranya terdapat apa-apa indikasi (petunjuk) yang boleh mendatangkan kecelakaan, maka pesawat berkenaan tidak boleh meneruskan penerbangan.

Sementara itu, bekas penasihat khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Peter Talalla pula berkata, “Tayar pecah semasa berlepas bukan masalah kecemasan besar.

“Dengan kru yang cukup terlatih, prosedur yang perlu diikuti berikutan insiden itu bukanlah rumit sangat.

“Malahan, saya tidak fikir kru menyedari tayar pecah sehinggalah menara (kawalan) memberitahu mereka,” kata beliau yang berpengalaman hampir 34 tahun dalam industri penerbangan.

“Juruterbang MAS cukup terlatih dan dalam hal ini mereka mungkin membuat latihan dalam pemeriksaan simulator dua tahunan mereka,” katanya.

Pesawat MH192 membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam Isnin menuju Bangalore, India.

Ia kemudian mengesan alat untuk pendaratan sebelah kanannya tidak berfungsi, menyebabkan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada pukul 1.56 pagi Selasa.

Pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi bersama dengan pembantu juruterbang Prakash Kumar.

Tolak Tawaran Beli Air… ‘Bodoh Tak Boleh Diajar, Pandai Tak Boleh Diikut’

Posted: 22 Apr 2014 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 April – Keegoan yang tidak bertempat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran penolakan terhadap tawaran Negeri Sembilan untuk menjual 20 juta gelen air kepada negeri itu boleh diibaratkan sebagai 'bodoh tidak boleh diajar dan pandai pula tidak boleh diikut'.

Ketua Pemuda UMNO Selangor,  Zainuri Datuk Zainal berkata dalam keadaan rakyat Selangor yang berdepan dengan krisis air sejak beberapa bulan yang lalu, sewajaryalah perkara dan cadangan daripada Negerei Sembilan perlu diambil kira serta diperhalusi sebaik mungkin.

gprs-ngo-mb-menteri-besar-selangor-gagal-khalid-ibrahim-kebajikan-rakyat-manifesto

Menurut beliau langkah berkenaan sekurang-kurangnya dapat menjadi salah satu penyelesaian terbaik di samping pelbagai inisiatif lain untuk jangka masa panjang kepada rakyat Selangor yang hari ini rata-rata berdepan masalah air.

"Kalau dah ada tawaran seumpama itu sekurang-kurang perhalusi dan pertimbangkan sebaik mungkin. Bukan untuk kepentingan mana-mana pihak pun tetapi untuk rakyat negeri Selangor kerana masalah air adalah masalah yang cukup besar.

"Kita tidak mahu perkara sama berlaku saban tahun dan rakyat berdepan dengan catuan air. Sampai bilakah masalah ini akan berlarutan. Samada sedar atau tidak saya kurang pasti tetapi kesan daripada masalah air ini bukan hanya kepada rakyat tetapi juga ekonomi negeri.

"Sudah pasti industri yang sedia ada akan terjejas manakala pelabur baru pula tentunya khuatir dan bimbang dengan masalah berkenaan. Jadi renung-renungkanlah dan janganlah ego tidak bertempat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sebelum ini dilaporkan kesediaan Negeri Sembilan untuk menjua lair bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, kerajaan negeri sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

Mengulas lebih lanjut Zainuri seterusnya berharap apa jua jalan dan apa jua keputusan yang diambil mestilah berpaksikan kepada kepentingan rakyat.

"Tidak kiralah daripada mana-mana pihak sekalipun jika ianya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, apa salahnya dipertimbangkan terlebih dahulu. Bukankah mereka sering melaung-laungkan utamakan rakyat khususnya soal kebajikan.

"Ini tidak…lain pula jadinya. Bila ada tawaran tidak pula dipertimbangkan dan dibawa ke meja rundingan untuk diperhalusi sedalam-dalamnya," ujarnya. -MediaUMNO

khalid-mb-selangor-anwar-tolak-tawaran-air-terawat-n9-negeri-sembilan

Selangorku : Banjir Di Luar, Catu Di Dalam & Anwar Tarik Diri

Posted: 22 Apr 2014 02:21 AM PDT

Serdang dan beberapa kawasan berhampiran, dilanda banjir kilat semalam.  Ramailah pengguna jalan raya yang terpaksa meredah banjir semalam, kesian.  Pun begitu, banjir kilat itu menunjukkan 2 perkara saja – longkang tak berselenggara dengan baik dan air memang melimpah ruah di Selangor.

Tapi masalah itu tak selesai di situ sahaja.  Balik rumah, buka buka pili, yang keluar hanya angin, airnya takde, ni di luar banjir ni, apahal?  Fikir punya fikir, rupanya inilah masalah sebenar di Selangor sekarang, banjir di luar tak bermaksud air akan mengalir keluar bila pili dibuka.

nasib-rakyat-selangor-selangorku-hujan-banjir-rumah-air-catu-catuan

Ada seorang penyokong tegar PKR yang penulis temui kata, inilah kekuasaan tuhan, DIA bagi banjir di luar rumah, tapi kering di dalam rumah, kononnya untuk keseimbangan alam – betul-betul dungu dan bodoh.  Ada seorang sepupu, dah 3 hari mandi di R&R dan stesen minyak, tapi sokongannya kepada PKR, mengurang tiada.

Bukan setakat itu, dia lebih memikirkan tentang himpunan membantah GST di Kuala Lumpur 1 Mei depan.  Dah berkira-kira dah dia baju apa nak dipakai dia dan anak beranaknya ke perhimpunan itu nanti, parking dimana dan sebagainya – ni air kat rumah takde ni, tak, dia fikir GST juga.

Untuk rekod, GST akan hanya dilaksanakan tahun depan, air kena catu dah berlaku sekarang.

Walaupun semua ini menggambar satu benda dan satu benda saja – kebodohan, tapi dalam masa yang sama, kita perlu mencari punca kenapa setelah apa yang berlaku di Selangor sekarang, majoriti rakyatnya lebih menumpukan kepada isu-isu nasional, bukan masalah yang memang sedia ada depan mata.

Jampi apa yang Anwar pakai sampai semua yang terbabit jadi macam itu, inilah yang sama-sama kita perlu cari puncanya.

Sebentar tadi difahamkan, Pengerusi pemilihan PKR, Johari Abdul mengumumkan berita yang memang sudah dijangka sejak mula – ANWAR MENARIK DIRI DARI MENCABAR BININYA SENDIRI DALAM PEMILIHAN.

Pun begitu, percayalah, macai-macai PKR ini tidak akan melihat mereka sebagai dibohongi, tapi yakin bahawa Anwar membuat keputusan ini setelah membuat pertimbangan sewajarnya, mendapat petunjuk dari tuhan dan yang seumpama dengannya (macam nak muntah pun ada).

Bila bodoh nak habis pun tak tahu.

mykmu.net

MACC Act To Be Amended By Year’s End To Include Corporate Liability Provision

Posted: 22 Apr 2014 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 22  - The Corporate Liability, a new provision that will be included in the Malaysian Ant-Corruption Commission (MACC) Act 2009, is expected to be tabled in Parliament by year’s end.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Paul Low Seng Kuan said drafting of the provision was currently in the final stage.

“Once it comes into effect, companies can be held responsible if their employees commit bribery under the amended act, unless they can prove that they have taken adequate measures to prevent it.

“We cannot jail a company, but we can fine them with heavier penalty,” he told reporters after attending an event here, today.

Currently only employees who committed bribery would be charged if they were found guilty while companies were not liable for the crime.

Low added that the new provision was also expected to be a strong persuasion in encouraging more companies to sign the ‘Corporate Integriti Pledge’, a programme introduced in 2012 that aimed to combat corruption in the corporate sector.

Earlier when launching a book on ‘Guide to Implement The Corporate Integrity System Malaysia’, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek said only 395 out of 444,544 companies that were active under the Companies Commission of Malaysia’s (SSM) registry had signed the pledge up to last February.

“As such I urge more companies to come forward to sign it and practise the best business practices and principles,” he said.

He said the SSM book to instill an accountable and ethical business culture besides creating a sustainable corporate governance can be uploaded via the website www.ssm.com.my

Tarik Diri Tanding Presiden, Anwar Ulang Skrip Lama Pertahan Sandiwara Politik

Posted: 22 Apr 2014 01:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman menganggap pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul yang memaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, apabila Anwar mencalonkan diri bagi jawatan Presiden, maka keputusan yang diumumkan hari ini telah pun dijangka sebagaimana sikapnya yang penuh dengan sandiwara.

"Ini semua sandiwara daripada Anwar dan keluarganya yang mahu memastikan bahawa PKR kekal didominasi oleh anak beranaknya sendiri tanpa ada orang lain yang berani tampil mencabar Wan Azizah sebagai presiden parti," katanya kepada UMNO-Online.

pkr-parti-keluarga-rakyat-suami-isteri-anak-anwar-azizah-nurul-pemilihan

Jelas beliau, Anwar sedar kebarangkalian untuk beberapa pemimpin PKR yang akan bertanding jawatan tertinggi parti lantas dia sendiri mencalonkan diri menentang isterinya agar pihak lain tidak berani untuk berbuat demikian.

"Tindakan menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden ini dibuat adalah taktik politik bagi melindungi kepentingan kroni dan keutamaan keluarga sendiri agar tidak beralih kepada individu lain biarpun mereka adalah pemimpin PKR. Ini kerana Anwar mahu mengekalkan dominasi dan pengaruhnya sendiri."

Akhir Mac lalu, pencalonan PKR untuk pemilihan parti dibuat dengan Anwar Ibrahim mencabar isterinya, Wan Azizah untuk jawatan presiden sementara empat orang untuk jawatan Timbalan Presiden yang antaranya ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Azmin Ali dan Tian Chua. Anak Anwar, Nurul Izzah pula akan bertanding bersama 15 yang lain bagi jawatan Naib Presiden PKR.

"Ini bukan cerita baru kerana tindakan tersebut pernah menjadi permainan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini yang meletakkan Anwar bertanding dengan Wan Azizah dan di saat-saat akhir beliau bertindak menarik diri sebagaimana yang berlaku hari ini," kata Hasbullah.

Dalam hal ini beliau menyorot kepada pemilihan PKR pada 2007 apabila Anwar bertanding bersama Wan Azizah dan Rahman Othman untuk jawatan Presiden tetapi kemudiannya Anwar menarik diri yang diikuti oleh Rahman dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Wan Azizah.

Ketika itu, Anwar tidak dibenarkan bertanding setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkannya tidak layak kerana tempoh sekatan politik masih berjalan hingga April 2008, dan kini untuk pemilihan 2014, Anwar juga berisiko hilang kelayakan ekoran hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya.

"PKR bukan sahaja parti anak beranak, laki bini dan parti keluarga tetapi mereka juga adalah parti politik yang penuh dengan babak-babak sandiwara, selepas satu babak maka mereka akan beralih kepada babak yang seterusnya untuk dilakonkan malah sekiranya wujud anugerah pelakon terbaik dalam politik maka Anwarlah orang yang paling layak."

Penarikan diri Anwar itu sekali gus memberi laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan yang disandang sejak penubuhan parti pada 1999.

"Pemilihan PKR ini ibarat mengulangi skrip lama dengan siapa yang bakal menang telah pun dapat diduga.

"Apa yang berlaku dalam PKR ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kenyataan bahawa ideologi perjuangan parti tersebut adalah berlandaskan kepada individu dan ahli keluarganya semata-mata dan tidak mengutamakan kepentingan masyarakat keseluruhan."

Lantaran itu, beliau menyeru rakyat agar menolak taktik politik sedemikian dan menjadikan insiden yang berlaku dalam PKR sebagai penilaian terbaik bagi memilih pemimpin negara pada masa hadapan. – MediaUMNO

KDN Tumpu Tiga Elemen Tangani Isu Keselamatan Terkini – Zahid

Posted: 22 Apr 2014 01:30 AM PDT

PUTRAJAYA, 22 April – Kementerian Dalam Negeri memberi tumpuan kepada tiga elemen dalam usaha menangani isu keselamatan terkini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata elemen pertama adalah maklumat mencukupi kerana tanpanya sesuatu tindakan sukar dilakukan manakala keduanya adalah komitmen terhadap tugas oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Elemen yang ketiga adalah aset dan peralatan…tiga elemen ini sangat penting dan bergantung antara satu sama lain dan kita di Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan kepada tiga elemen ini dalam melunaskan penguatkuasaan undang-undang dalam negara,” katanya.

zahid-hamidi-kdn-menteri-dalam-negeri-rela-passport-paspot

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ceramah bertajuk ‘Cabaran Keselamatan Awam Masa Kini’ disampaikan Felo Institut Keselamatan Awam Malaysia (Ipsom) yang juga bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Hanif Omar anjuran Ipsom di KDN di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu mengenai penahanan pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Awam Syiah Imamiyyah (Ja’fari) Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz semalam, Ahmad Zahid berkata Mohd Kamilzuhairi ditahan untuk disoal siasat kerana pertubuhan itu tidak berdaftar dan dengan itu majlis dianjurkan pertubuhan itu adalah tidak sah.

“Persatuan berkaitan syiah tidak pernah didaftarkan maka apabila sesuatu pertubuhan atau persatuan itu tidak pernah didaftarkan maka majlis yang dilakukan juga haram,” katanya sambil menambah terdapat kira-kira 3,000 pengikut syiah di Malaysia.

Semalam Mohd Kamilzuhairi ditahan polis di Taman Sri Gombak selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat laporan polis berhubung kewujudan Ja’fari yang tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan.

Malaysia’s Property Market Expected To Increase And Stabilise In 2014

Posted: 21 Apr 2014 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 22  -  Malaysia’s property market is expected to increase in terms of value and to stabilise in terms of transaction in 2014, based on the country’s economic growth projection at the rate of between 5.0 per cent and 5.5 per cent this year.

Speaking to reporters after the launch of Property Market Report 2013 here today, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan said the property market will normally increase in line with the country’s economic growth.

Ahmad said the property market in 2013 saw a 10.9 per cent contraction in total transaction with an increase of 6.7 per cent in value.

No Trade Pact To Be Signed During Obama Visit, Says Mustapa

Posted: 21 Apr 2014 11:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, April 22 – Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, has indicated that no trade agreement will be signed during US President Barack Obama’s visit but a lot of issues will be discussed to strengthen bilateral relationship.

He said Obama’s visit to Malaysia, the first by a US president since President Lyndon Johnson in 1966, would discuss various issues including economic, defence, education and entrepreneurship.

“It’s an opportunity for us to share our issues and challenges of concern,” he told reporters after officiating the American Malaysian Chamber of Commerce’s (AMCHAM) new office here today.

Also present were US Ambassador to Malaysia, Joseph Y. Yun and AMCHAM President Sanjeev Nanavati.

Yun said Obama visit showcased the strength of the bilateral relationship of Malaysia and the US.

He said the visit would enhance mutual cooperation in various fields, such as educational exchanges, diplomacy, regional collaboration and partnership in trade and investment.

Meanwhile, Sanjeev said, the visit was significant in many ways as the ties between both countries were improving amid the efforts from the current administration of Prime Minister Najib Tun Razak.

“The foundation of the relationship is the investment and trade ties. The visit will help strengthen it and give a further impetus to the foundation,” he said.

Obama’s visit on April 26 to April 28 was part of the US leader’s tour to Asia which includes Japan, South Korea and the Philippine.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...