Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Orang Melayu Merupakan Manusia Pertama Merentasi Dunia!!

Posted: 22 Apr 2014 08:34 AM PDT


Seorang Pensyarah di Universiti Harvard, Cambridge di Masschusets Dr. Joyce Chaplin dalam buku tulisannya bertajuk "Menjelajah Bumi : Penjelajahan dari Magellan Hingga Ke Orbit" diterbitkan tahun lalu mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia ialah seorang pemuda Melayu dan Islam.

Buku itu diterbitkan oleh penerbit buku Simon & Schuster.


Dr Joyce berkata, pengembara itu hanya dikenali dengan nama Enrique de Malaca yang diperolehi oleh pengembara terkenal Ferdinand Magellan ketika perang di negeri Melaka.

Menurut beliau dalam tempoh 250 tahun pertama manusia mengelilingi bumi, sebanyak 90 peratus gagal dengan kebanyakan daripada mereka mati ketika dalam pengembaraan.

Ketika itu bumi terbukti terlalu luas untuk dikelilingi dengan mudah. Pelbagai cabaran wujud dalam pengembaraan dan cabaran paling besar ialah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

Menurut Dr Joyce, Enrique atau nama Melayunya Panglima Awang digunakan oleh Magellan sebagai penterjemah dan pemandu di beberapa wilayah di Asia.

"Enrique de Malacca, nama yang diberikan tuannya Ferdinand Magellan ini, dikenal di kawasan Nusantara masa itu sebagai Panglima Awang, yang disebut-sebut berasal dari Sumatera atau Melaka,"

"Enrique menyertai Magellan dalam semua penjelajahannya, termasuk pelayaran dari tahun 1519 hingga 1521 yang dibiayai Raja Spanyol, untuk mencari rempah ratus," katanya.

Magellan meninggalkan Sepanyol dengan armada lima kapal bersama 270 orang kelasi tetapi hanya satu kapal dengan 35 orang pelaut berjaya kembali ke Sepanyol. Magellan pula telah pun terbunuh di Filipina.

Bagaimanapun, Enrique atau Panglima Awang pula berjaya sampai semula ke Melakasekaligus melengkapkan pusingannya mengelilingi dunia.

Dr Joyce mengarang buku itu dengan ilham dari novel tulisan Jules Gabriel bertajuk"Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 hari" yang diterbitkan pada 1873 dan kini telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa.

Dr Joyce pernah mengajar di lima buah universiti di dua benua dan sebuah pulau serta menyertai sebuah program kajian maritim di Lautan Atlantik.

Sumber rujukan : voaindoesia.com

EKSKLUSIF! Masalah Pelajar Kedah di Jordan akan diperhalusi! - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

Posted: 22 Apr 2014 06:12 AM PDT



Sebelum ini Pemuda UMNO Kedah ada membawa isu tentang masalah pelajar Kedah di Jordan. Masalah ini terjadi apabila 3 universiti utama mereka menaikkan harga yuran pelajaran.



Seminggu yang lalu, permasalahan yang di hadapi pelajar-pelajar Kedah berkenaan kenaikan kos pembelajaran oleh beberapa Universiti di Jordan telah mendapat perhatian Pemuda UMNO Kedah yang diketuai Dato' Shaiful Abidin dan Pemuda UMNO Kedah telah bertindak bertemu sendiri dengan pelajar-pelajar Kedah yang berada di Jordan bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi mereka dan cuba membantu pelajar-pelajar terbabit.

Permasalah pelajar terbabit telah dibawa masuk oleh Pemuda UMNO Kedah ketika mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah yang di pengerusikan oleh YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir semalam, dan YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataannya selepas mensyuarat terbabit akan memperincikan bagi mengenal pasti penyelesaian yang sesuai untuk membantu pelajar2 terbabit.


Pemuda UMNO Kedah yakin masalah pelajar di Jordan akan dapat diselesaikan dengan segera: 

Pemuda UMNO Negeri Kedah menghargai keperihatinan YAB Menteri Besar yang mengambil tanggungjawab untuk membuat penelitian terhadap beberapa cadangan Pemuda UMNO Negeri Kedah bagi menyelesaikan bebanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Kedah di Jordan. 
Secara dasarnya hasil pemantauan dan maklum balas yang telah diterima oleh Pemuda sewaktu lawatan dan dialog adalah

1) Kenaikan lebih daripada 100% yuran pengajian dan kos-kos lain termasuklah kos penginapan, perubatan, buku-buku dan keperluan seharian akibat kebanjiran pelarian Syria serta masalah ekonomi dalaman kerajaan Jordan.

2) Pelajar sering menerima pinjaman agak lambat dan keadaan ini berlanjutan hingga keakhir semester.

3) Keadaan keselamatan dimana sering berlaku pencabulan seksual dan layanan "double" standard oleh pihak keselamatan Jordan.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mengusulkan beberapa cadangan dan langkah untnk penelitian dan tindakan YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.
1) Kenaikan bantuan pinjaman Yayasan Islam daripada RM5,000 kpd RM8,000 untuk satu semester. Jumlah ini dilihat mampu sedikit sebanyak menyelesaikan permasalahan kewangan dan kenaikan harga yuran pengajian.

Pihak Pemuda UMNO menyarankan agar pihak Pusat Zakat negeri juga mengambil langkah yang serupa menaikkan "dermasiswa" yang sedia ada daripada RM6500 ke RM8,000.

2) Menukar status daripada "Pinjaman" kepada "Biasiswa" sekiranya seseorang pelajar tersebut mendapat keputusan yg cemerlang.

3) Menurunkan "Caj Perkhidmatan" daripada 4% ke sekurang-kurangnya 2%. Pemuda berpandangan Caj perkhidmatan yg dikenakan adalah terlalu tinggi dan perlu diberi pengurangan.

4) Memperkenalkan baucer buku khas untuk para pelajar - Pemuda melihat tindakan ini mampu mengurangkan beban harga buku yang semakin meningkat di Jordan. Sehingga kini hanya pelajar Universiti dan Kolej tempatan sahaja yang menerima "Baucer Buku 1Malaysia"

5) Mewujudkan tuntutan penerbangan - Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar pihak Yayasan Islam menanggung tiket penerbangan yang memulakan pengajian dan pelajar yang telah tamat pengajian.

6) Pemuda UMNO Negeri mencadangkan atas faktor bilangan pelajar Kedah dibawah Yayasan Islam yg agak signifikan, pihak Yayasan perlu mewujudkan sebuah sekretariat khas atau penyelia tetap di Jordan. Sehingga kini Pemuda difahamkan bahawa pihak Yayasan hanya mempunyai sekretariat di Mesir. 
Dato' Shaiful Hazizy Zainal Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

HOT!! Ahli Parlimen Pas beli Alphard Guna Duit Tabung?

Posted: 22 Apr 2014 02:12 AM PDT



Puak Pemimpin PAS dok jaja kata rakyat menderita tapi tengoklah Kereta apa yang Ahli Parlimen Temerloh merangkap mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Tantawi pakai sekarang ni?

Kalau dulu pakai kereta cap ayam saja. Bila jadi ahli Parlimen sudah tukar pakai Alphard? Fuyooo hebatlah!

Kalaulah pemimpin UMNO yang buat macam ni.. Satu dunia puak PAS dok jaja.. Kalau kena kat batang hidung sendiri, tau pulak membisu seribu bahasa..

Nak tanya... Nasrudin Tantawi bayar duit muka Alphard guna duit derma "Tabung Lahad Datu" ka atau menabung sejak dari dalam perut ibu?

Kah Kah Kah..

HOT!! Anwar Tarik diri? Konspirasi kroni PKR sudah diatur? #PemilihanPKR

Posted: 21 Apr 2014 11:34 PM PDT

Wayang PKR sudah diketahui.. he he..

Dulu Mc dah bagitau memang ini plan Anwar, boleh rujuk SINI

Kemenangan calon calon PKR sudah diketahui lebih awal.

Presiden Parti - Wan Azizah
Timbalan Presiden - Saifuddin Nasution
Naib Presiden - Nurul Izzah
Naib Presiden - Rafizi Ramli
Naib Presiden - ?
Ketua Wanita PKR - Rodziah Ismail
Ketua AMK - Nik Nazmi

Rata rata mengetahui bahawa Anwar Ibrahim akan merengkok selama 5 tahun di dalam penjara kerana kesalahan Meliwat. Justeru itu jawatan presiden PKR sekali lagi perlu digalas oleh isterinya iaitu Wan Azizah. Namun percaturan kali ini nampaknya lebih menarik apabila Saifuddin Nasution bakal menang kerusi Timbalan Presiden PKR. Saifuddin Nasution dijangka menewaskan Azmin Ali dengan bantuan Khalid Ibrahim yang mana undi Azmin Ali akan susut dan memberikan kelebihan besar buat Saifuddin Nasution yang terang terangan berkempen dan mendapat restu dari Anwar Ibrahim.

Percaturan yang dilakukan Anwar Ibrahim ini adalah kerana mahu menfaatkan kelebihan Saifuddin Nasution yang kita tahu mempunyai hubungan yang amat baik dengan sekutu berpengaruh dari dalam UMNO. Malah Johari Abdul yang merupakan pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR juga merupakan sekutu rapat kepada Saifuddin Nasution. Jadi tidak hairanlah kita bila Johari Abdul mengeluarkan kenyataan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution bakal berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana kita sudah tahu bahawa hanya Azmin Ali seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan Tatatertib manakala Saifuddin akan bebas.

"Masa depan bersama" yang dibawa oleh team Anwar Ibrahim ini akan tercapai dengan sokongan dari dalam rumah UMNO. Anwar Ibrahim tidak mahu Azmin Ali untuk menerajui PKR kerana beliau tahu Azmin Ali tidak akan membiarkan Legasi keluarga Anwar Ibrahim terus berada di dalam PKR terutama Nurul Izzah. Malah Azmin Ali pasti akan membiarkan Tubuh batang Anwar Ibrahim merengkok di dalam penjara. Saiffudin Nasution harapan besar buat Anwar Ibrahim dan apa yang pasti semua ini telah pun dibincangkan dan diatur lebih awal tanpa kita sedari bahawa komplot untuk memastikan Kem Anwar Ibrahim terus subur.

Sebab itu kita dapat lihat Saifuddin Nasution bergerak dalam kempennya bersama sama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan sokongan dari akar umbi PKR juga memperlihatkan matlamat PKR adalah untuk terus membela Anwar Ibrahim menidakkan kenyataan awal Azmin Ali sebelum ini yang menyatakan PKR bukan parti milik Anwar Ibrahim.

Tidak hairanlah pada MAC lalu Saifuddin Nasuttion dan Johari Abdul berkunjung ke rumah sahabat baik mereka yang merupakan pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh. Perancangan sudah diatur demi memastikan Anwar Ibrahim terus bebas dan mencapai cita citanya mahu UMNO digulingkan.

Fahami slogan "Masa Depan Bersama"

p/s: Perlembagaan PKR, tertulis Presiden PKR hanya boleh jadi selama 2 penggal. Dalam kes Wan Azizah ni macam mana ya? Di bolehkan ke? he he..


McTheory:
Kesian macai PKR lain semua kena KENCING!!

HOT!! Tunduk hormat, Anwar Ibrahim SEBARKAN Hadis Palsu? @realDrMAZA @TeamWardina

Posted: 21 Apr 2014 08:36 PM PDT


Ramai orang berdebat mengenai hormat kepada mendiang bukan Islam. Puak PR gunakan hadis Anwar untuk melawan hujah, kononnya boleh. Bila kita tegur kata tak boleh, puak dia melenting. Tapi apa yang Abu Aqiff dedahkan ni memang patut disebarkan. Supaya umat Islam di Malaysia tak kena tipu dengan Anwar lagi!





Komen Abu Aqif: Posting sebelum ini Anwar Ibrahim mendapat kecaman hebat dari orang Islam di Malaysia kerana sekali lagi beliau dirakam melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh. Lihat di sini.

Seperti yang telah dijelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa. Namun Anwar Ibrahim tidak dapat menerima teguran bahawa perbuatannya itu sesuatu yang haram dengan berdalilkan hadith yang asalnya sahih namun telah dipalsukan oleh beliau secara terang-terangan di ceramah Pakatan Rakyat pada 20 haribulan yang lalu seperti dalam rakaman di atas.





Hadith yang sahih sebelum dipalsukan oleh Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:

Dari 'Abdurrahmaan bin Abi Lailaa, ia berkata: Sahl bin Hunaif dan Qaid bin Sa'd pernah bertugas di Al-Qaadisiyyah. Telah lalu jenazah di hadapan mereka, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua: "Sesungguhnya jenazah itu adalah orang dari kalangan Ahludz-Dzimmah. Mereka berkata: "Sesungguhnya pernah lalu satu jenazah di hadapan Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam, lalu beliau berdiri. Dikatakan kepada beliau: 'Sesungguhnya ia adalah jenazah orang Yahudi'. Beliau shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Bukankah ia juga manusia" [Diriwayatkan oleh Bukhaariy no. 1313, Muslim no. 960, An-Nasaa'iy no. 1921, dan yang lainnya].

Ada banyak hadith sebegini telah diriwayatkan samada sahih atau lemah namun tidak ada satu pun yang meriwayatkan Nabi menundukkan kepala kepada mayat yahudi tersebut. Lihat perbahasan ilmiah seputar hadith Nabi berdiri hormat jenazah di sini.

Jelas di sini Anwar Ibrahim telah melakukan satu pendustaan ke atas Nabi dengan memalsukan hadith baginda shallallaahu 'alaihi wa sallam. Tidak perlulah bercerita panjang dan berdalih jika ianya melibatkan pendustaan ke atas Nabi. Kami menasihatkan supaya Anwar Ibrahim bertaubat, menarik balik kata-katanya.

Janganlah ingin membenarkan perbuatannya melakukan ritual tunduk sembah mayat di upacara kematian mendiang Karpal Singh, maka beliau sanggup berdusta ke atas Nabi. Sesungguhnya Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam telah memberi amaran yang sangat keras berkenaan hal ini:

"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka" [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]



Sebagai umat Islam kita mesti sensitif apabila seseorang berdusta ke atas Nabi sebegini. Perkara ini tidak boleh diambil mudah. Dan kami memohon JAKIM atau pihak berkuasa mempercepatkan proses mewartakan undang-undang berkenaan isu hadith ini.

Tidak perlu berasa malu jika tidak melakukan ritual tersebut. Jika kita mempraktikkan tuntutan agama Islam dengan tidak tunduk sembah mayat Karpal Singh, tidak bermakna kita tidak menghormati agama mereka.





Dr Asri taknak komen apa-apa ka? Takkan diam saja? Nak jadi Ulamak bisu ka?





McTheory:
Asri? Wardina? Abby? sapa lagi? kaki komen tu.. taknak ka? heh..

HOT!! VIDEO PAS Gadaikan Maruah Parti Sokong Undang-Undang Sekular? #PasCakapTakSerupaBikin

Posted: 21 Apr 2014 07:28 PM PDT


Masih ingat lagi Amanat Hadi Awang ??

Saudara-saudara sekelian percayalah,


Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,


Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Dan kini tanpa rasa bersalah dan malu mereka pula menyokong Undang undang Lord Reid.. siapa kena tipu dan siapa ditipu ?? Adakah kematian arwah Ibrahim Libya terbela ??



Sumber MedanTempur
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...