BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#HIMPUNAN #ANTIGST #GST501 !!! #MATSABU BERDEGIL !!! @PDRMSIA LIHAT APA YANG TERJADI NANTI !!!

Posted: 22 Apr 2014 08:00 AM PDT


Nampak gayanya perhimpunan haram tetap diteruskan oleh puak pembangkang,apa pun ini sudah memang jadi stail puak pembangkang.Apa saja yang hendak diberi itulah yang ditolak.Macam tak syok kalau tidak bikin kontroversi.Jadi tidak menghairankan bila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tunjuk keras kepala nak buat juga Himpunan 1 Mei untuk membantah GST di Dataran Merdeka. Sebaliknya Ketua Polis daerah Dang Wangi Kuala Lumpur ACP Zainuddin Ahmad telah mencadangkan mereka buat di Stadium Merdeka kerana Dewan Bandaraya (DBKL) sedang buat pengubahsuaian di Dataran Merdeka. 

Mat Sabtu bersama beberapa pemimpin PR telah mengadakan pertemuan selama sejam dengan para pegawai polis IPD Dang Wangi kelmarin.Beliau yang ditemui wartawan selepas pertemuan itu kata lokasi mereka nak adakan perhimpunan di Dataran merdeka tidak berubah.Katanya ada bahagian di Dataran Merdeka tidak diubahsuai dan mereka akan berhimpun di situ.kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan sewajarnya.boleh kerr mereka ikut syarat polis ??? saya rasa semua itu mustahil.lihat sendiri apa yang terjadi pada malam ambang tahun baru,semuanya musnah kerana puak pembangkang !!! sekali lagi malaysia dipandang sinis oleh rakyat luar negara.kenapa ??? semuanya kerana puak-puak PR yang memalukan malaysia di mata dunia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! KEMATIAN #KARPALSINGH !!! ADAKAH WAJAR #PULAUPINANG KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG ???

Posted: 22 Apr 2014 05:00 AM PDT


Bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas peristiwa tertentu terutamanya kematian atau kemangkatan seseorang yang begitu banyak berjasa atau pembesar-pembesar negara.Kadangkala,bendera separuh tiang turut dikibarkan atas sebab-sebab bencana besar yang menimpa rakyat dalam negara.Arahan pengibaran bendera separuh tiang untuk seluruh negeri atau negara merupakan satu penghormatan yang sangat tinggi dan tidak boleh diberikan atas kapasiti peribadi atau kelompok kecil masyarakat,jauh sekali parti politik.Berdasarkan hakikat ini,arahan kerajaan Pulau Pinang agar menghormati pemergian Karpal Singh dengan pengibaran bendera separuh tiang dilihat sebagai tidak tepat dan tidak perlu sama sekali.saya tidak pernah menafikan yang mendiang Karpal Singh turut mempunyai jasa di dalam negara,namun hakikat yang perlu diterima ialah jasanya tidaklah seberapa bagi membolehkan beliau menerima penghormatan sebegitu rupa. 

Kita sedia maklum bahawa Karpal adalah seorang peguam yang masyhur serta seorang ahli politik yang terkenal dengan ketegasan.Mendiang dikatakan berprinsip,beradab dan merupakan seorang yang budiman.Kenyataan ini,walaubagaimanapun,masih boleh dipersoalkan kerana mendiang pernah mendedahkan Anwar sebagai peliwat tetapi kemudiannya seolah-olah menafikan pendedahannya sendiri,apabila menjadi peguambela Anwar dalam kes liwat.Sejak itu,Karpal tidak sekali pun tampil menjelaskan apakah kebenaran sebenarnya.apakah mendiang menipu ketika mendedahkan Anwar sebagai peliwat suatu ketika dahulu ??? Atau apakah mendiang 'sekadar' tersilap ketika menuduh Anwar sebagai peliwat pada ketika itu ??? Jelas,mendiang bukanlah seorang yang 'berprinsip' sepertimana yang dikata.Tindakan Karpal telah membawa kekeliruan dan kekecohan yang berpanjangan dalam politik negara,sekali gus menafikan hak untuk pemergiaannya dihormati sebegitu rupa.Karpal bukan pejuang kemerdekaan,keamanan atau personaliti yang membawa apa-apa perubahan kepada landskap hidup rakyat.

Karpal mungkin pernah membela nasib beberapa orang rakyat dalam kes-kes mahkamah yang dikendalikannya,tetapi semua itu adalah bersifat peribadi antara peguam dengan pelanggan, bukan dengan negara atau rakyat keseluruhan.Karpal mungkin seorang yang banyak berjasa pada DAP,tetapi bukan kepada Pulau Pinang atau Malaysia.Karpal bukan seorang Ketua Menteri tetapi sekadar Ahli Parlimen dan bekas Pengerusi DAP.Malah,perletakan jawatannya sebagai Pengerusi pula adalah akibat didapati bersalah mengikut Akta Hasutan atas tindakannya mempersoalkan tindakan Sultan.Ini membuktikan bahawa Karpal juga bukan seorang warganegara yang baik yang mana menafikan terus kelayakannya untuk diangkat setaraf wira di kala kematiannya. 

Pendek kata,Karpal hanyalah seorang Ahli Parlimen dan belum ada dalam sejarah negara di mana kematian seorang Ahli Parlimen biasa mendapat penghormatan pengibaran bendera separuh tiang seperti Karpal Singh.saya menghormati mendiang serta turut bersimpati dengan keluarganya.Takziah dari kita semua atas pemergiannya.Namun,fakta dan hakikat tidak boleh diketepikan begitu saja.Hakikatnya,Karpal bukan bertaraf negarawan,jauh sekali pahlawan.Faktanya,Karpal hanyalah seorang ahli politik sama dengan ahli-ahli politik lain.Justeru,tindakan Pulau Pinang memberi penghormatan pengibaran bendera separuh tiang dilihat sebagai keterlaluan dan tidak wajar sama sekali.Malah,ia dilihat sebagai satu penghinaan kepada tokoh-tokoh negarawan dan pahlawan yang benar-benar berjasa kepada negara ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! BUKTI #TIANCHUA #RAFIZIRAMLI #HASUTRAKYAT DIDEDAHKAN !!! @PDRMSIA TOLONG BERTINDAK !!!

Posted: 22 Apr 2014 01:20 AM PDT


Tak serik-serik nampaknya si tian chua ni dan rafizi ni.saya ceritakan dulu apa yang di baut oleh tian chua.nampaknya tian chua ni seringkali mencabar undang-undang.kali ini sekali lagi tian chua mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri di jalanan menerusi akaun Twitternya sebelum ini,namun Tian Chua seolah-olah terus mencabar kewibawaan undang-undang negara. 

"Ini janji saya.Kalau Najib berani penjarakan Anwar,kita akan bangkit jatuhkan Najib.Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini.Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun,pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam pada ahad lepas.Sebelum ini,beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Datuk Seri Najib.Malah,Ahli Parlimen itu juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang. 

Dalam pada itu,Tian Chua juga dengan angkuh mendakwa,bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan kerana desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi."Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa.Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya.

di bawah pula kisah rafizi ramli.Ini baru beberapa klip video yang didedahkan.Video yang mana butir-butir perkataan yang keluar adalah daripada mulut pemimpin pembangkang seperti rafizi ramli.Mungkin selepas pada ini sudah pasti mereka akan putar belit apa yang mereka katakan.Kerana si penipu sememangnya mudah lupa dengan segala apa yang pernah diperkatakan.Adakah apa yang diucapkan pengarah strategi PKR ini juga merupakan konspirasi UMNO BN ??? atau Najib telah mengambil suara beliau menjadi suara Rafizi ??? Inilah bezanya parti pemerintah dengan pembangkang yang hanya tahu bermain politik 24/7.

LIHAT VIDEO DI BAWAH 


ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH



KEPADA PIHAK BERKUASA TOLONG BERTINDAK !!!

JANGAN BERDIAM DIRI LAGI !!!

AKTA BARU DAH KELUAR KAN ???

APA LAGI !!!

TOLONG BERTINDAK !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SAH !!! #PEMBANGKANG #PR DAH RAPUH !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Apr 2014 10:00 PM PDT


gambaran pakatan pembangkang seolah-olah wujud kesepakatan yang kukuh dan mantap antara mereka hanyalah ilusi dan fantasi mereka semata-mata.Sebenarnya pembangkang setakat berpakat-pakat sahaja dan bukannya serius untuk berkerjasama dalam politik sebagaimana Barisan Nasional.Jika hanya berpakat ia adalah sama seperti permainan badminton atau bolasepak di mana pemain-pemain hanya berada di dalam satu pasukan dengfan tujuan untuk menang permainan sahaja.Ini tidak bermakna mereka berkongsi satu matlamat atau saling percaya mempercayai satu sama lain atau berpegfangf kepada satu prinsip perjuangan.Mereka bersama hanya bersama dek kerana matlamat untuk memenangi perlawanan dan mendapat imbuhan di hujung pertandingan.Begitu jugalah keadaan dengan PKR,Pas dan Dap yang mewujudkan satu pakatan untuk sama-sama berjuang menentang BN tetapi mereka seperti tidur sebantal namun mimpinya berbeza-beza.

Tinggal di bawah satu bumbung tetapi setiap satu membawa hala tuju masing-masing yang amat berbeza dan sukar untuk mencari titik persamaan.Namun oleh kerana hendak melawan musuh yang satu mahu tak mahu terpaksa berpegang tangan jua walaupun hati sebenarnya tak sudi.Inilah yang terjadi antara Dap dan Pas sekarang,dua musuh tradisi yang sejak dahulu sememangnya tidak sebulu dan sepandangan dalam banyak isu.Asas kepada perbalahan Dap-Pas ialah prinsip perjuangan parti Islam itu yang hendak menubuhkan sebuah kerajaan yang berlandaskan syariat.Ini ditentang habis-habisan oleh Dap yang memperjuangkan dasar 'Malaysian Malaysia' yang lebih mirip kepada sistem pemerintahan republik. 

Isu perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan kembali panas apabila pengerusi kebangsaan Dap,Karpal Singh menyelar kerajaan Kelantan yang berhasrat mengimplementasi sistem syariat di negeri itu.Malah menyeru agar pakatan pembangkang menolak dan menentang sebarang usaha Pas untuk berusaha ke arah tersebut.Keadaan yang berlaku samalah seperti ketua pasukan meminta angota pasukan untuk menentang anggota tim yang sama.Jika ini berlaku sudah tentu akan wujud keadaan tidak tenteram di dalam pasukan apabila anggota dalam pasukan sama berbalah sesama sendiri.Dap dan Pas hanya bersetuhju untuk berpakat-pakat hasil pujuk rayu Anwar Ibrahim yang bercita-cita hendak menjadi perdana menteri.Jika tidak kerana impian menggunung beliau, Anwar pun tak pandang atau pedulikan dap mahupun Pas.Dap dan Pas pula kerana tamakkan kuasa dan mengejar jawatan bersetuju pula menjadi balaci Anwar walaupun mereka tidak mempercayainya sedikit pun. 

Oleh kerana sama-sama hendak menentang BN mereka bersetujulah untuk bersama seperti pakatan antara perompak atau penyamun yang mempunyai matlamat yang sama.Apatah lagi Anwar bakal masuk penjara sekali lagi jadi Pas dan Dap bersiap sedia untuk mengambil alih sebagai pemimpin de facto pakatan pembangkang.Jika ini berlaku bertambah hancurlah mereka kerana masing-masing akan cuba untuk menunjukkan kuasa dan lagak siapa yang lebih layak jadi pemimpin.Inilah hasilnya apabila tidak ada keikhlasan dan kesepakatan sejati dalam erti kata sebenar kerana bukan rakyat menjadi ukuran tetapi kepentingan peribadi yang terserlah.Rakyat hanya dijadikan tunggangan yang mudah diperdaya untuk mencapai cita-cita politik keluarga dan kroni.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #KEMALANGAN MAUT #KARPALSINGH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 21 Apr 2014 07:00 PM PDT


Ekoran laporan meluas mengenai kemalangan yang mengorbankan ahli parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh Khamis lalu,pihak suaratv menerima banyak makluman balas yang dikirimkan melalui email dan ruangan komen yang dikirimkan oleh pembaca.Paling memeranjatkan apabila pihak editorial,portal itu juga turut menerima satu rakaman kemalangan maut tersebut dan dikirimkan oleh mereka yang tidak dikenali.Menurut pengirim email tersebut,dia adalah antara penumpang yang terawal tiba di lokasi kemalangan tersebut.Berikut adalah rakaman yang dimaksudkan itu.



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PEMILIHANPKR !!! #AZMINALI TUBUH PARTI BARU DALAM #PKR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Apr 2014 05:00 PM PDT


Dalam kekecohan kempen pemilihan parti PKR,penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali telah mengambil selangkah lebih jauh meninggalkan lawannya dengan melancarkan gagasan yang dipanggil 'Keadilanraya'.Azmin berdepan dengan cabaran empat penjuru dalam usahanya untuk mengekalkan jawatannya.Beliau yang menimbulkan begitu banyak kontroversi akhir-akhir ini berikutan perbalahannya dengan Tan Sri Khalid Ibrahim,dilihat sebagai 'merbahaya' apabila berkali-kali membuat kenyataan yang tidak diduga,malah bersifat 'menyindir' kepimpinan parti.Langkah Azmin dilihat begitu agresif serta sukar dijangka,sekali gus meletakkan kepimpinan PKR dalam keadaan yang sukar.Gagasan Keadilanraya yang dibawa Azmin dikatakan membawa semangat nusantara yang merangkumi perjuangan Ibrahim Yaacob,Burhanudin AlHelmy,Soekarno dan termasuk juga Gandhi,Okakura Tenshin serta Rabindranath Tagore. 

Menurut Azmin,slogan itu dipilih atas usaha menyatupadukan rakyat agar bangkit menentang penjajahan.Nampaknya,Azmin juga seolah-olah sudah terjangkit dengan 'penyakit gila' Anwar.Kita sedia maklum bahawa Anwar amat gemar menyamakan dirinya dengan tokoh pejuang keamanan atau kebebasan dunia seperti Gandhi,Suu Kyi,Mandela dan sebagainya.Namun,apa yang Anwar tidak sedar ialah beliau adalah terlalu jauh berbeza dengan kesemua tokoh ini.Kesemua mereka itu tidak pernah memilih keganasan, malah sanggup dipenjara demi perjuangan tetapi Anwar sanggup mencetuskan rusuhan dan berbuat apa saja,asal tidak dipenjara. Kini,Azmin pula membawa kegilaan yang sama. Dengan merangkumkan semua semangat pejuang nasionalis radikal dengan pejuang keamanan, entah semangat apa sebenarnya yang ingin Azmin bawa ??? Dan ke manakah semangat tersebut ingin dihalakan ??? Apa kena mengena antara 'rakyat bangkit menentang penjajahan' dengan pemilihan PKR ??? Apakah ahli-ahli PKR sedang dijajah ??? Atau apakah Azmin sedang mempersiapkan diri untuk kempen pilihanraya umum sebagai Presiden PKR yang baru ??? 

Begitu banyak persoalan yang timbul dengan pelancaran slogan Keadilanraya Azmin.Lebih pelik lagi slogan ini turut disertai dengan logo baru.Promosinya pula dilakukan dengan meletakkan Azmin sebagai watak utama,sementara Anwar sebaris dengan pejuang-pejuang yang tinggal dalam lipatan sejarah.Justeru,kita tertanya-tanya,apakah Azmin ingin menggambarkan Anwar sebagai sebahagian dari sejarah ??? Di kalangan PKR sendiri,ramai yang merasa kurang selesa dengan tindakan Azmin.Pelancaran slogan dengan logo adalah keterlaluan bagi sebuah pemilihan parti.Tindakan Azmin ini dengan sendirinya menyerlahkan kerakusan beliau dalam mengejar kuasa,selain 'kuasa wang' yang beliau sedia ada.Kerakusan Azmin sebenarnya menggambarkan kerakusan parti PKR itu sendiri.Anwar mengejar jawatan Perdana Menteri,isterinya mengejar jawatan MB,kini Azmin pula hampir gila cuba mempertahankan jawatan sendiri manakala pemimpin bawahan pula berpecah kepada tiga hingga empat kumpulan. 

Jelas,kepimpinan PKR hanyalah berkisar berkenaan merebut kuasa dan pemilikan wang yang banyak semata-mata.dulu kata UMNO dan BN korup dan rasuah,sekarang siapa yang KORUP ??? siapa yang merebut kuasa dan main duit ??? Pentadbiran PKR pula hanya memperlihatkan politiking sesama sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat.Oleh itu,jika pemilihan parti PKR sebelum ini dilihat sebagai paling kotor dalam sejarah,maka tidak mustahil kita bakal melihat tahap kekotoran yang jauh lebih tinggi lagi dalam pemilihan kali ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...