UMNO Online - “Measures Taken To Address Corruption Issues – Abdul Wahid” plus 9 more

UMNO Online - “Measures Taken To Address Corruption Issues – Abdul Wahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Measures Taken To Address Corruption Issues – Abdul Wahid

Posted: 03 Apr 2014 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, April 3 – Measures have been taken to address the corruption issues, such as by strengthening the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, said it was a very important step that the government has taken, even in the issues that had been raised in the Auditor-General’s report.

“For example, a committee has been set up, led by the Chief Secretary to the government. Among its members were representatives from MACC,” he said.

Abdul Wahid said this when commenting on Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s keynote address at the London School of Economics 6th Asia Forum today.

Najib had said corruption suppressed meritocritic opportunity, choked off entrepreneurialism and droveaway talent.

“Corruption is one structural driver of inequality that could hinder the nation to prosper.

“Many Asian economies are affected by corruption which harms social cohesion,” he said.

The forum brought together academics, policymakers and business and finance leaders to discuss Asian issues.

Among the speakers were Tan Sri Dr Munir Majid, former Chairman of Malaysia Airlines and Dr Hassan Wirajuda, former Indonesia Foreign Minister.

MH370 : Malaysia Dan Australia Ikrar Teruskan Pencarian Tanpa Garis Masa

Posted: 03 Apr 2014 05:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April – Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang hilang sejak 8 Mac lepas, tanpa garis masa meskipun jangka hayat bateri kotak hitamnya kini kurang daripada 72 jam.

“Kami tidak akan berputus asa dan mengalah,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media bersama rakan sejawatan beliau di Australia, Tony Abbott, di Perth hari ini.

Sementara itu, Abbott berkata meskipun ia merupakan misi mencari yang paling sukar pernah dilakukan, Australia komited meneruskan pencarian “walaupun ia mengambil masa yang lama”.

najib-tony-abbot-malaysia-australia-raaf-pearce-bullsbrook-carian-mh370-perth-sar-pasukan

Berdepan dengan begitu sedikit bukti yang dikumpul daripada pakar berdasarkan data satelit, kedua-dua pemimpin turut menasihati anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 supaya bersabar sehingga pesawat itu dijumpai.

Najib mengadakan pertemuan dengan Abbott dalam rangka lawatan kerja dua hari beliau bagi meninjau lebih dekat misi mencari di bandar raya barat Australia itu, bagi pesawat MH370 yang dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Najib juga berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan pesawat MH370 sebaik pinger bateri pada kotak hitam kehabisan (dalam tempoh empat hari), dan bagi membolehkan pasukan SAR mengesan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu.

Dron bawah air, atau sebuah kapal selam robotik, bergantung kepada denyutan sonar untuk pencarian di dasar laut dan ia pernah digunakan bagi mengesan pesawat Air France Penerbangan 447 yang terhempas di Atlantik pada 2009.

Sementara itu, operasi mencari yang masuk hari ke-27 hari ini, meliputi kawasan seluas 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat daya Perth, Australia dengan dibantu lapan pesawat dan sembilan kapal.

Dalam pada itu, operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan dihentikan mulai Selasa depan.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, semua kenyataan akhbar (jika ada) mulai 8 April, akan dihantar melalui e-mel yang diberi kepada pusat media itu.

Sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan sidang akhbar, jemputan akan akan dihantar kepada media melalui notis sewajarnya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan  Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Bangunan UMNO Diconteng, Muhkriz Nasihati Anggota UMNO Kedah Rasional

Posted: 03 Apr 2014 04:24 AM PDT

ALOR SETAR, 3 April  – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menasihati anggota Umno di negeri itu agar tidak bertindak di luar batas susulan perbuatan pihak tertentu yang menconteng perkataan ‘R4MASI 2.0′ di beberapa bangunan UMNO Kedah.

Sambil menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh “pihak yang dangkal akal”, Mukhriz meminta anggota dan penyokong UMNO menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

“Saya juga minta pihak polis mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden sama tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dinding Bangunan Tunku yang menempatkan pejabat UMNO Kedah antara lokasi yang diconteng perkataan tersebut.

haris-umno-kedah-bangunan-alor-setar-conteng-pejabat-re4masi-2.0-vandalisme

Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, turut meluahkan kebimbangan dengan provokasi terbaharu itu.

“Saya bimbang hasutan sesetengah pemimpin akan menggalakkan  penyokong mereka menjadi taksub dan hilang pertimbangan hingga bertindak di luar batasan.

“Kita bimbang jika tidak dibendung dengan segera, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih sukar dan rumit untuk ditangani sehingga mendatangkan kerugian kepada semua pihak khususnya rakyat Kedah sendiri,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO negeri Haris Che Mat berkata kejadian tersebut disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada pukul 5.30 pagi tadi.

“Ini merupakan kali kedua bangunan diconteng, kejadian pertama berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan dan tindakan ini dilihat sebagai provokasi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selain Bangunan UMNO, pejabat UMNO Bahagian Jerai, bangunan kerajaan di Langkawi, papan tanda di Pendang dan van milik UMNO Kubang Pasu turut diconteng dengan perkataan yang sama.

“Kita percaya bahawa perbuatan ini ada kaitan dengan Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 yang akan diadakan Sabtu di Baling dan jika benar, kita minta supaya polis menarik semula permit bagi mengadakan himpunan,” katanya.

Beliau berkata laporan polis mengenai perkara itu sudah dibuat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Bangunan Tunku juga sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Liputan Berita Tidak Tepat, Empat NGO Hantar Memorandum Bantahan

Posted: 03 Apr 2014 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April  - Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap dua agensi berita dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa membuat liputan berita tidak tepat serta tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370.

Empat NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Yayasan Media Malaysia (MMF), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Batas Malaysia (Bersekutu).

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mendakwa dua agensi berita iaitu Cable News Network (CNN) dan Fox News bukan sahaja mengeluarkan berita tidak tepat malah tidak mempunyai etika kewartawanan dalam liputan tragedi MH370.

“Media mempunyai kebebasan, tapi janganlah melampau sehingga menyebarkan pembohongan.

“Pengamal media  perlu lebih bertanggungjawab dalam penulisan berita, kerana berita yang tidak benar boleh mencetus keadaan tidak tenteram dalam kalangan masyarakat,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan AS di sini, kira-kira 3.30 petang.

Beliau berkata, sebagai pengamal media yang profesional, kedua-dua agensi berita itu perlu membuat kajian sebelum mengeluarkan berita berkenaan.

Nadzim berkata, sebagai contohnya, wartawan CNN yang membuat liputan berita itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai negara ini dan melaporkan Kuala Lumpur terletak di Indonesia.

Sementara itu, Presiden MMF Dzulkarnain Taib melahirkan rasa kesal terhadap agensi itu yang didakwanya gagal mematuhi etika kewartawanan.

“Kita (MMF) sedia menawarkan latihan asas kewartawanan secara percuma terutamanya kepada CNN dan Fox News,” katanya.

Beliau menambah, tindakan pengamal media terbabit diumpamakan sebagai ‘pelacur’ kewartawanan.

Kira-kira 100 penyokong NGO itu berkumpul di hadapan bangunan kedutaan itu sambil memegang kain rentang tertera perkataan: “malaysia is not a terrorist country, stop spreading lies about Islam and Malaysia” dan “CNN & Fox News Channel Boicott”.

Beberapa anggota polis berkawal di sekitar bangunan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pesawat Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Hasil penyiasatan dan analisis data satelit, perjalanan pesawat itu dirumuskan berakhir di selatan Lautan Hindi. Operasi mencari masih diteruskan dengan kerjasama pelbagai negara.

Kerajaan Tak Terburu-buru Laksana CBP – MP Jasin

Posted: 03 Apr 2014 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April  - Kerajaan tidak terburu-buru melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) sebaliknya telahpun melakukan banyak kajian mendalam serta melihat dari pelbagai aspek sebelum memperkenalkannya, kata Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

Beliau berkata idea pelaksanaan CBP, yang merupakan satu daripada langkah kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara dengan lebih efisien dan telus, disaran sejak 1988.

“Sudah sampai masanya Malaysia memulakan sistem CBP pada tahap enam peratus kerana angka ini cukup bertepatan… kita bukan saja dapat meningkatkan pencapaian negara bahkan ia tidak membebankan rakyat.

“Jadi berdasarkan suasana ekonomi sekarang, tahun 2015 didapati tahun yang amat sesuai untuk laksanakan CBP,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan CBP berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Ahmad juga berkata ketika ini, 160 negara di dunia telahpun melaksanakan CBP dan hanya Myanmar serta Malaysia yang belum melaksanakannya dalam kalangan negara Asean.

“Dalam usaha negara mencapai status negara maju yang berpendapatan tinggi, kita perlukan sistem percukaian yang lebih adil dan efisien,” katanya.

Sementara itu, Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) meminta kerajaan memaklumkan berapa lama kadar CBP sebanyak enam peratus akan dikekalkan kerana kebanyakan pengguna dan peniaga memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan sistem cukai serta polisi baharu berkenaan.

“Kerajaan juga harus terlebih dahulu menyediakan senarai harga barang supaya pengguna boleh membezakan harga barang dan perkhidmatan sebelum dan selepas CBP dilaksanakan bagi memberi jaminan harga tidak akan melambung naik,” katanya.

Meskipun CBP merupakan satu daripada pendapatan alternatif untuk negara, namun kerajaan harus memperhebatkan lagi perbelanjaan berhemah sekali gus mengekang pembaziran, katanya.

Persidangan dewan bersambung Isnin.

Jangan Sempitkan Pemikiran Hingga Perkataan “Berakhir” Pun Cuba Dipolitikkan

Posted: 03 Apr 2014 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini kesal dan sedih dengan sikap segelintir pihak pembangkang yang cuba menonjolkan kelemahan kerajaan berhubung kehilangan pesawat MH 370 termasuklah perkataan 'berakhir' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Presidennya Muhammad Maliki Muhaam Rafa'e berkata kalau ikut kewarasan akal sekalipun perkara berkenaan tidak seharusnya berbangkit sebaliknya semua pihak berada dalam satu pasukan dan bukannya mengambil sikap yang tidak sepatutnya.

Menurut beliau dalam usaha kerajaan berdepan dengan usaha mencari dan menyelamat alangkah baiknya mereka sama-sama mengambil tanggungjawab dan bukannya menambahkan lagi tekanan kepada kerajaan dengan menimbulkan perkara seumpama itu.

"Ini bukan masanya…Di kala kita semua memberikan tumpuan kerja-kerja mencari dan menyelamat, mereka pula menambahkan lagi tekanan serta bebanan kepada kerajaan. Janganlah ini digunakan.

"MBM alu-alukan semua pihak baik parti pembangkang dan mana-mana pihak lain untuk menunjukkan solidariti yang cukup padu dalam soal ini. Ini bukan soal UMNO…ini bukan soal BN dan ini bukan soal mana-mana parti pembangkang. Ini adalah melibatkan soal besar yang perlu dihadapi oleh negara.

"Janganlah sempitkan pemikiran dan janganlah cuba menangguk di air keruh. Bukankah dalam operasi mengenai insiden ini, apa yang dibuat oleh kerajaan mematuhi standard piawaian antarabangsa serta bukankah begitu banyak negara turut terlibat," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Maliki seterusnya menambah apa yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib yang menggunakan perkataan berakhir bagi menjelaskan kehilangan pesawat MH370 menunjukkan beliau berhati-hati dalam situasi tersebut.

"Janganlah ambil kesempatan yang tidak bertempat. Ini bukan masanya dan sudah pasti sebagai pentadbir yang bertanggungjawab perlu berhati-hati menggunakan perkataan. Kita perlu faham situasi keluarga penumpang dan anak kapal terlibat.

"Jadi kepada pembangkang cukup-cukuplah. Tunjukkanlah solidariti yang sewajarnya dan bersama-sama kerajaan dalam soal ini. MBM amat berharap adanya solidariti dalam soal ini dan kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk penumpang dan anak kapal MH370," ujarnya. -MediaUMNO

Sektor Penerbangan Awam Perlu Dikaji Semula – Hishammuddin

Posted: 03 Apr 2014 02:10 AM PDT

HONOLULU, 3 April  - Wujud keperluan untuk mengkaji semula sektor penerbangan awam bagi tujuan meningkatkan keupayaannya dan mengatasi kelemahan yang dikesan berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Semasa menyatakan perkara itu, Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata landskap keselamatan dan pertahanan juga perlu disemak semula untuk mengatasi apa yang mungkin dianggap sebagai kelemahan susulan insiden kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lepas.

“Kami mungkin perlu melihat kepada perkara seperti satelit, radar dari segi kepakaran yang diperlukan serta pemerolehan aset,” kata Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan kepada Bernama di sini Rabu.

hishammuddin-honolulu-hawaii-usa-amerika-admiral-samuel-asean-defence-forum-roundtable

Beliau berada di sini untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean, hasil inisiatif oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel.

Forum itu yang pertama kali diadakan dijadualkan berlangsung pada Khamis dan didahului dengan sesi meja bulat keselamatan bukan tradisional pada Rabu.

Penerbangan MH370, membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas semasa dalam penerbangan ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Misi pencarian besar-besaran melibatkan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi itu sedang dilakukan di perairan Perth, Australia.

Berkongsi apa yang dibincangkan beliau dalam interaksi di sini berhubung MH370, Hishammuddin berkata: “Kami berbincang tentang masa depan, tentang fasa akan datang – bukan bermaksud kami mendoakan masa itu akan tiba.

“Kami akan menggunakan teknologi yang ada, siapa milikinya, apa perlu dilakukan. Dan gesaan bagi perkongsian kepakaran dalam kalangan negara Asean,” katanya.

Dalam kenyataan dibuat di Perth pada Khamis, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 10 pesawat dan sembilan kapal sedang melakukan pencarian di Lautan Hindi bagi sebarang petunjuk berkaitan pesawat yang hilang itu.

Berhubung kehadiran menteri-menteri pertahanan Asean di Hawaii, Hishammuddin berkata Asean menghadiri forum itu sebagai satu pasukan.

“Apa yang ingin saya katakan adalah sekiranya kita hadir secara sendirian, tiada siapa akan hiraukan kita,” katanya.

Menteri Malaysia itu menegaskan Asean yang bersatu akan dihormati dan ini akan mendorong negara-negara lain tampil menghulurkan sokongan dan bantuan yang amat diperlukannya.

Tribunal Rayuan CBP Beri Ruang Pihak Tidak Puas Hati Kemuka Rayuan – Ahmad Husni

Posted: 03 Apr 2014 12:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April  - Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan dibentuk bagi memberi ruang kepada mana-mana pihak  tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pegarah Kastam berhubung perkara itu, mengemukakan rayuan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sistem  percukaian yang adil mesti mempunyai ruang untuk menyemak semula apa-apa keputusan yang dibuat.

Justeru, beliau berkata peruntukan bagi membolehkan Ketua Pengarah Kastam untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan yang dibuat sebelumnya dan membuat keputusan muktamad dalam tempoh masa yang ditetapkan disediakan.

Katanya, Tribunal Rayuan ini akan mempunyai seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota lain, dan kuasa melantik mereka ini diberikan kepada Menteri Kewangan.

“Selain itu, Menteri Kewangan juga mempunyai kuasa untuk menentukan saraan, terma dan syarat pelantikan anggota Tribunal,” katanya ketika membentang Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Rang undang-undang itu mengandungi 19 Bahagian merangkumi 197 Fasal termasuk Empat Jadual merangkumi Bahagian Satu, Fasal Satu hingga Empat; Bahagian Dua (Fasal Lima hingga Lapan) dan Bahagian Tiga (Fasal Sembilan hingga 18).

CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan dan dipungut mengikut Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Ahmad Husni berkata penubuhan Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik CBP juga dilaksana bagi memudahkan urusan bayaran balik CBP dengan konsep sama seperti tabung ditubuhkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan bayaran balik lebihan cukai pendapatan.

Katanya, langkah itu menunjukkan kerajaan komited dalam membuat bayaran balik CBP dalam tempoh 14 hari bekerja jika borang cukai dihantar secara elektronik dan 28 hari bekerja jika dihantar secara manual.

“Ini bertujuan untuk tidak membebankan peniaga di dalam menanggung kos kewangan jika lambat menerima bayaran balik CBP.

“CBP bukan kos kepada perniagaan. Ini disebabkan kerana apa-apa CBP yang dibayar ke atas input boleh dituntut semula sebagai kredit daripada kerajaan,” katanya.

Ahmad Husni berkata rang undang-undang itu juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dikenakan CBP pada kadar sifar atau dikecualikan dari dikenakan CBP.

Beliau berkata penentuan itu akan dibuat melalui Perintah yang disiarkan dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“CBP adalah cukai kepenggunaan yang dibayar apabila seseorang itu membuat pembelian atau berbelanja. Selain itu, semua peniaga yang layak juga perlu mengenakan CBP ke atas bekalan,” katanya.

Namun begitu, Ahmad Husni berkata dalam keadaan tertentu, Menteri Kewangan boleh memberikan pelepasan kepada mana-mana orang dari membayar CBP ataupun mengenakan CBP dengan senarai nama pelepasan dibentangkan di dewan.

Dengan cadangan rang undang-undang ini, katanya, negara akan mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan bagi mencapai status negara maju.

“Pelaksanaan CBP sememangnya amat tepat pada masanya dalam mencapai wawasan negara maju berpendapatan tinggi.

“Ia merupakan langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara, di mana sebanyak 106 buah negara telah melaksanakan CBP,” katanya.

CBP akan dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014.

Kerajaan memperkenalkan CBP pada enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Pemilihan PKR : Satu Banyak Sekali, Dua Kadang-Kadang, Tiga Jarang-Jarang

Posted: 03 Apr 2014 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperlihatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding melawan isterinya sendiri, Datin Dr Wan Azizah bagi merebut jawatan Presiden parti tersebut sebagai satu yang pelik dan pertama kali terjadi di dalam sejarah politik tanahair.

Tindakan itu menurut beliau, menimbulkan pelbagai tanda tanya bagaimana sepasang suami isteri bertanding merebut jawatan yang sama di dalam sebuah parti.

"Sepatutnya dalam hal ini, mengikut logik akal kita, mereka berdua boleh berbincang. Samada di rumah, dalam kereta atau pun di dalam bilik tidur, siapa yang patut dan perlu diketengahkan untuk menjadi Presiden parti.

"Bagi saya, dari segi moral, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka adalah sepasang suami isteri. Jika memilih Azizah, secara tidak langsung seperti memilih Anwar. Dan sekiranya memilih Anwar, sama juga seperti memilih Azizah. Ianya tidak ada beza.

"Saya pun jadi hairan mengapa ahli-ahli PKR membenarkan pertandingan seperti ini berlaku di dalam parti mereka. Mungkin kalau adik beradik itu lumrah, anak beranak juga mungkin okay jika bertanding berlainan jawatan tetapi di dalam satu parti. Tetapi jika suami isteri bertanding, jawatan yang sama pula, itu amat janggal sekali," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Dalam hal ini, beliau secara sinis berkata pemilihan PKR ini amat sinonim sekali dengan dialog di dalam cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Nasib Pak Belalang ketika babak pertandingan teka teki diadakan antara dua kerajaan di dalam filem tersebut.

"Kalau satu, dia banyak sekali, kalau dua pula kadang-kadang  dan yang ketiga pulaamat jarang-jarang berlaku. Jadi inilah yang berlaku pada pemilihanPKR kali ini. Pertandingan sepasang suami isteri seperti ini amat jarang-jarang sekali berlaku dan ia pertama kali berlaku di negara ini," ujarnya sinis.

Dalam isu ini tambahnya lagi, mungkin juga ada agenda tersembunyi yang sedang direncanakan oleh Ketua Pembangkang bersama keluarganya dalam usaha untuk terus mengekalkan kekuasaan di dalam parti tersebut.

"Mungkin juga apa yang mereka lakukan ini adalah satu usaha untuk menghalang orang lain di luar kelompok mereka untuk menguasai parti tersebut. Sebab itu mungkin pertandingan seperti ini berlaku. Namun mungkin juga ada sebab lain yang kita sendiri tidak tahu," ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat khususnya ahli dan penyokong PKR agar membuka mata dan minda, serta sedar bahawa perjuangan di dalam PKR tidak lain tidak bukan hanyalah untuk survival politik Anwar dan keluarganya, sama seperti mana niat diawal penubuhan parti tersebut  untuk membela Anwar.

"Jelas yang berlaku adalah kronisme dan nepotisme tegar di kalangan kepimpinan tertinggi PKR. Anwar dan anak beranaknya, dan juga kroni-kroni kesayangannya memegang jawatan tinggi di dalam parti tersebut.

"Manakala ahli dan penyokong PKR bagi saya hanyalah sebagai alat Anwar untuk melaksanakan amalan kronisme supaya  terus subur di dalam PRK yang hanya akan memberikan keuntungan politik kepada orang tertentu, yang pastinya orang tertentu itu ialah Anwar, keluarga serta kroni-kroninya yang lain,dan sudah pasti bukan untuk rakyat," akhiri beliau. -MediaUMNO

Muhyiddin Calls For Diversifying Talent Among Public Service Officers

Posted: 02 Apr 2014 11:58 PM PDT

SERDANG, April 3 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today improvement of the public service sector will propel Malaysia into the group of developed nations and enable it to compete in the era of open talent.

In this context, Muhyiddin, who is also the education minister, said emphasis should be given to producing officers with multiple skills.

“The management of talent should be seen and examined through a different perspective and the ability to contribute to the outcomes the nation needs.

“It is not only necessary for us to constantly hone skills but also diversify talent and ability by transforming the public service. The public sector has to become more dynamic, flexible and fast in meeting the change in the global scenario,” he said at the presentation of 2013 excellent service awards of the Education Ministry at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) here.

Also present were Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh, Deputy Education Minister P. Kamalanathan and Education Ministry secretary-general Datuk Dr Madinah Mohamad.

When tabling Budget 2014, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had announced a review of 81 civil service schemes with the aim of improving them.

Muhyiddin called on all staff of the Education Ministry to strive together to provide excellent service and implement improvement continuously to realise the national education agenda of producing quality human capital.

He said various action plans and measures had been drawn up to realise the vision and aspirations of the National Education Blueprint (2013-2025) and the National Higher Education Strategic Plan (2007-2020).

The Education Ministry was intensifying various programmes for the holistic transformation of the education system to produce competitive and quality human capital, he said.

The holistic transformation of the education system from the pre-school to the tertiary level and life-long learning could produce human capital for the country and the world market, he added.

“We have to surmount all challenges and obstacles with wisdom to make a difference; we need a high level of determination to execute the responsibilities entrusted upon us.

“I am confident that with strong commitment, the undivided co-operation of all quarters and sincerity, God willing, we will realise our desired aspirations,” he said.

Muhyiddin said he placed high hopes on the ministry staff to continue with the efforts to realise the transformation of the civil service and national education agenda in realising Malaysia’s vision to be a developed nation by 2020.

“I also believe that the ongoing educational transformation can produce a new generation that has a first-class mentality and the ability to drive the country’s progress and master technological expertise without neglecting noble values,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...