Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO!! Punca Pelancong China di Culik Hasil Kerjasama 'Orang Dalam' dan Puak Sulu?

Posted: 03 Apr 2014 08:12 AM PDT


Kronologi cerita pelancong dari China dan pekerja Filipina yang telah di culik oleh orang yang tidak dikenali dan disyaki berbangsa Sulu.

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu – seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.
.
Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.
.
Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri ke arah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan. – ASTRO AWANI

Gambar gadis pelancong China yang telah diculik oleh Lanun Sulu (Perangai macam lanun, soo Mc panggil lanun)


 Bapa kepada pelancong China minta bantuan dari pihak berkuasa untuk selamatkan anaknya.

PETALING JAYA – Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio 'Shanghai People' bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. – The Star

Orang dalam negara menjadi DALANG untuk lanun Sulu tu memasuki resort terbabit

SEMPORNA – Polis percaya bahawa kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan, yang berpangkalan di selatan Filipina bertanggungjawab terhadap penculikan dua wanita, seorang pelancong warga China dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna.

Polis turut mengesyaki bahawa tujuh lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman" untuk memasuki resort itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Khamis.

Beliau menambah, "sesiapa yang ingin memasuki kawasan resort itu perlu dibawa atau dibenarkan masuk oleh kakitangan Singamata Reef Resort.

Hamza berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan-kumpulan tertentu dalam usaha mereka untuk mengesan lelaki bersenjata dengan harapan bagi menyelamatkan dua wanita yang diculik.

"Ia kelihatan seperti kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang merupakan dalang kepada insiden ini.

"Kumpulan ini menculik mangsa dan kemudian menjualnya kepada kumpulan-kumpulan lain," kata beliau sambil menambah bahawa mereka telah merekodkan kenyataan 49 pekerja resort dan 61 pelancong (59 warga China, seorang warga Iran dan seorang rakyat Malaysia) dalam siasatan mereka.

"Tiada tangkapan yang dilakukan," kata beliau sambil menambah bahawa mereka hanya mencari orang-orang yang boleh membantu dalam siasatan mereka. – Mstar.com.my

Nampaknya sedang kita asyik memberi tumpuan pada pencarian pesawat MH370, masih ada lanun Sulu yang berani menceroboh ke negara kita untuk membuat kacau.

Walaupun mendapat bantuan dari orang dalam, ini membuktikan sistem pertahanan kita disana masih lemah dan mudah diceroboh. Itu baru 7 orang bersenjata, kalau masuk satu angkatan, macam mana?


McTheory:
Masih ada yang tak lupa kisah Lahad Datu..

HOT!! @MukhrizMahathir KECAM Pihak Khianat Bangunan UMNO Kedah! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Apr 2014 12:32 AM PDT


Kenyataan Media dari Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir mengenai tindakan khianat dan provokasi individu yang tak bertanggung jawab menconteng Bangunan UMNO negeri dan beberapa UMNO bahagian.

Kenyataan Media beliau dibaca oleh Setiausaha Kerja UMNO negeri, En Haris Che Mat kerana Dato Seri Mukhriz diluar negeri menunaikan tugas kerajaan.

KENYATAAN MEDIA

Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan Ibupejabat Umno Negeri Kedah.

Bukan sahaja ia mencerminkan kedangkalan minda pelakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan berpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam.

Saya bimbang jika hasutan sesetengah pemimpin akan menggalak para penyokong mereka menjadi taksub dan hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak di luar batasan. Jika tidak dibendung dengan segera, adalah dikhuatiri ia boleh menimbulkan masalah yang lebih rumit dan sukar ditangani sehingga merugikan semua pihak, khususnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman.

Saya memahami perasaan penyokong-penyokong UMNO ketika ini ekoran insiden tersebut tetapi saya menyeru semua penyokong UMNO supaya berfikiran rasional, bertenang dan bersabar dalam menghadapi provokasi ini. Jangan pula penyokong UMNO terikut-ikut dengan sikap tidak bermoral pihak yang dangkal akal dan fikiran itu.

Pada masa yang sama, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan selaku Menteri Besar Kedah Darul Aman, saya menyeru pihak polis supaya sentiasa mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden yang menimpa Umno Negeri Kedah tidak berulang.

Harapan saya semoga kita berpolitik secara sihat dan beradab, menegakkan perjuangan dan fahaman dengan ikhlas dan saling menghormati dengan berpaksikan pada nilai-nilai sosial yang murni, demi agama, bangsa dan tanahair.

Sekian.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 3 April 2014

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dato Shaiful selaku Ketua Pemuda Kedah, YB Mahadzir Naib Ketua Pemuda, Syed Hafiz SU Pemuda, Syed Johan, Fadil, Ismail mewakili Ketua2 Pemuda Bahagian.



Pemuda UMNO Kedah memberi amaran pada individu yang melakukan kerja kotor ni.

Kalau berani silalah buat lagi!

McTheory:
Kalau kena 'cepuk' jangan salah kami..

HOT!! Isu Air Penang! Dah La Free Lagi Nak Minta Tolong Ka? #BolehBlah

Posted: 02 Apr 2014 09:12 PM PDT

poyo tak sudah..

Apa yang menarik perhatian kita rakyat Kedah mengenai masalah air di Pulau Pinang ni? Kita baca dulu berita bawah ni,

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak melaksanakan catuan air bulan ini sebaliknya mengambil langkah melakukan pelan rancangan luar jangka sekiranya musim kemarau berterusan di negeri ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Exco hari ini selepas membuat kajian berhubung cadangan melakukan catuan air pada bulan ini.

"Kita membuat pertimbangan (catuan air) berikutan keputusan mengejutkan kerajaan negeri Perak untuk melaksanakan catuan air di Taiping iaitu sebuah kawasan paling basah di Semenanjung Malaysia," katanya dalam sidang media di sini.

Lim berkata jika April masih merupakan bulan yang kering, kerajaan negeri dan Perbadan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan pelan tindakan luar jangka.

"Sebagai usaha mengelak catuan air, kita juga akan minta kerajaan Persekutuan untuk melakukan pembenihan awan bagi menurunkan hujan di kawasan tadahan Sungai Muda.

"Kita juga ada maklumkan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meminta kerajaan negeri Kedah melepaskan air di Empangan Beris supaya kita dapat menarik air yang cukup dari Sungai Muda," katanya.

Lim berkata semua kos tambahan bagi melaksanakan usaha itu akan ditanggung sepenuhnya oleh KeTTHA dan kementerian itu memberi jaminan secara bertulis mengenainya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Selain itu, katanya kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.
Ayat Guan Eng nak minta tolong kerajaan negeri Kedah lepaskan air tu yang Mc tak boleh tahan. Dah la air ambik free, lagi nak suruh orang buat yang bukan-bukan. Orang nak cas air dia dok berdalih yang macam-macam, kata sungai tu depa ada setengah la, apa la.

Lanie, hangpa ambik air sungai hangpa, kami ambik air sungai kami. Cukup tak cukup punya pasai la. Dulu sombong sangat, lanie pandai la pulak nak minta tolong.

Bukan tak kesian kat orang Pulau Pinang ni, tapi depa pilih kerajaan negeri pun.. hurm..

McTheory:
Mohon MB Kedah jangan lepaskan air empangan Beris.. utamakan rakyat Kedah dulu..

PANASS!! Bangunan UMNO Kedah Di CONTENG Puak Beruk #Reformasi2.0 #HanyaDiKedah

Posted: 02 Apr 2014 06:51 PM PDT



Tak sudah-sudah puak beruk reformasi dok cari pasal conteng bangunan UMNO Kedah. Dulu dah pernah kena sekali, ni kena lagi. Perangai macam beruk tak sudah-sudah.

Hangpa nak buat reformasi ka reforBASI ka, ikut suka la. Dok mai conteng habis bangunan orang ni buat apa? Takdak akai ka? Atau akai ada kat lutut?

Cuba tengok, habis depa conteng!






Jenis muka manusia akai beruk ni memang susah nak ajar. Sia-sia jadi manusia akhlak takdak. Mangkaq ubi sungguh!

McTheory:
Jenis pakai kopiah, mengaku Islam.. tapi dalam hati langsung takdak NUR..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...