UMNO Online - “Pasangan Malaysia Didapati Bersalah, Dihukum Penjara” plus 9 more |
- Pasangan Malaysia Didapati Bersalah, Dihukum Penjara
- Hudud Liwat Anwar?
- Islam Agama Yang Menganjurkan Kasih Sayang Sesama Manusia – Najib
- Press Briefing By Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein On MH370 (28 March)
- Rakyat Sarawak Digesa Tidak Biarkan Orang Luar Musnahkan Perpaduan Mereka
- Jelajah Taklimat & Pendaftaran Sekretariat Bebas Muflis Di Kedah & Pulau Pinang
- PPIM, IMCA, MMF Akan Hantar Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan Amerika
- MH370 Tragedy : MLKN Studying New Module
- Police Guarantee ‘Smooth’ Balingian By-Election
- There’s Credible New Lead In Search For Jet, Says Abbott
Pasangan Malaysia Didapati Bersalah, Dihukum Penjara Posted: 28 Mar 2014 05:21 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Mac – Pasangan Malaysia yang didakwa mendera anak-anak mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden hari ini dan dihukum penjara selain diperintah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka. Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji dihukum penjara 14 bulan sementara suaminya, Azizul Raheem Awaludin, Pengarah Tourism Malaysia di Sweden, dihukum penjara 10 bulan. Shalwati didapati bersalah mencabul integriti anak perempuan mereka, Aishah, 15, dan sulung lelaki pasangan itu, Ammar, 13, serta memukul dua lagi anak mereka. Azizul Raheem pula didapati bersalah mencabul integriti Ammar selain memukul Aishah dan Adam, 12, tetapi dibebaskan daripada sebarang pertuduhan yang membabitkan anak bongsu mereka, Ariff, 8. - UTUSAN ONLINE
|
Posted: 28 Mar 2014 05:13 AM PDT Rupanya ada juga pasrasit yang membaca tulisan saya semalam berkaitan hudud qazaf Saiful dan bertanya soalan; mengapa Anwar tidak dikenakan pertuduhan mengikut undang-udang hududkerana meliwat Saiful? Mereka yang menimbulkan persoalan ini cuba menimbulkan persepsi bahawa jika Anwar dikenakan pertuduhan hudud kerana meliwat Saiful, pasti dia akan dibebaskan kerana Saiful tiada empat (4) saksi. Itu tujuan dan maksud mereka. Persoalan yang sama pernah dibangkitkan oleh kaum aktivitis womens lib yang mendakwa ketiadaan empat (4) orang saksi akan menyebabkan wanita teraniaya dan dizalimi kerana mereka tidak akan dapat mengemukakan empat (4) orang saksi bagi membuktikan sebarang pertuduhan merogol terhadap mereka. Malah bukan itu sahaja, kaum wanita akan teraniaya kerana akan dikenakan pula tindakan qazaf kerana menuduh seorang lelaki merogol mereka tanpa empat (4) saksi! Atas sebab inilah para pejuang kebebasan wanita, women's liberator, mendakwa undang-undang Islam zalim dan tidak melindungi dan menghormati hak wanita. Pada saya, kedua-dua kenyataan diatas, samada oleh pasrasit ataupun women's lib, dibuat atas sebab kejahilan dan kurangnya mendalami perundangan Islam. Tidak bermakna apabila tiada empat (4) saksi, maka kes pertuduhan zina, rogol atau liwat tidak boleh dibawa; atau jika dibawa tertuduh akan dibebaskan, dan mangsa akan dikenakan tindakan qazaf. Perundangan Islam tidaklah sebodoh dan sejelik itu. Undang-undang ALLAH ini cantik, yang memperhodoh dan memperbodohkan ialah golongan yang jahil sahaja. Dalam keadaan seseorang pengadu, samada wanita (mengadu dirogol) atau lelaki/wanita (mengadu diliwat) tidak dapat mengemukakan empat (4) orang saksi, ini hanya membawa kesan si-perogol atau si-peliwat itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Itu sahaja. Ini bukan bermakna dia terlepas dan dibebaskan. Ini bermakna pertuduhan hendaklah dibawa mengikut peruntukkan ta'zir, dimana pembuktian tidak lagi memerlukan empat (4) orang saksi, tetapi berdasarkan keterangan dan pembuktian qarinah. Peruntukkan paling terdekat dengan qarinah dalam bahasa undang-undang sibil dipanggil circumstantial evidence. Ini bermakna pembuktian liwat atau zina boleh dibuat berdasarkan keterangan seperti DNA, video, rakaman, persaksian termasuk oleh saksi doktor, pakar forensik, polis, orang awam dan lain-lain, sampel darah, pakaian, dan pelbagai lagi cara pembuktian dan keterangan. Dalam konteks ini, kenyataan yang menyatakan rakaman video adalah bukti besi dan tidak boleh dipakai sebagai bukti adalah kenyataan yang terlalu dangkal dan tidak memahami undang-undang Islam! Apa yang penting dibawah pertuduhan ta'zir ialah keterangan qarinah itu, atau rumusan keterangan membawa kepada satu perkara, bahawa perbuatan liwat atau rogol itu berlaku! Cuma jika pembuktian itu dibuat berdasarkan keterangan atau pembuktian qarinah, maka si-peliwat atau si-perogol tidak boleh dikenakan hukuman hudud, sebaliknya dihukum ta'zir; iaitu hukuman yang akan ditentukan oleh pemerintah melalui undang-undang yang dibuat, seperti Kanun Kesiksaan. Sebenarnnya kalau kaum pasrasit ini membaca undang-undang hudud ciptaan PAS sendiri, mereka akan dapati didalam Seksyen 50 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 (yang mana Enakmen Jenayah Hudud & Qisas Kelantan mempunyai peruntukkan yang sama) memperuntukkan seperti berikut: Seksyen 50: Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hudud kerana…keterangan yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud (contohanya seperti ketiadaan 4 orang saksi), maka tertuduh hendaklah dihukum dengan hukuman ta'zir; dan Mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu. Jadi tidak sepatutnya kaum pasrasit menimbulkan persoalan mengapa Anwar tidak dikenakan pertuduhan mengikut hudud; dan mendakwa Anwar wajib dibebaskan kerana Saiful tidak ada empat (4) orang saksi. Pada saya ini adalah kenyataan paling hipokrit dan mempermainkan hukum ALLAH semata-mata untuk kepentingan politik mereka! Apa yang jelas, Anwar telah dikenakan pertuduhan meliwat Saiful menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan, keterangan dan pembuktian melalui qarinah telah didengar dan diperhalusi dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ta'zir 5 tahun penjara tanpa sebatan. Apa yang penting ialah Mahkamah Rayuan tidak menjatuhkan hukuman hudud iaitu rejam keatas Anwar, kerana ketiadaan empat (4) orang saksi yang melihat perlakuan liwat dia terhadap Saiful! Akhir kalam, apa yang penting ialah selain memastikan keadilan untuk tertuduh, Islam juga menjamin dan menjaga keadilan untuk mangsa. Didalam kes kita, saya pelik mengapa kaum pasarasit hanya memperkatakan tentang keadilan untuk Anwar? Bagaimana pula keadilan untuk Saiful? Adakah Saiful tidak mempunyai sebarang hak? Sebenarnya gelagat kaum pasrasit inilah yang menyebabkan undang-undang Allah yang cantik menjadi hodoh dan jelik! Wallahua'lam dan Wassalam. Adios amigos, grasias. Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) |
Islam Agama Yang Menganjurkan Kasih Sayang Sesama Manusia – Najib Posted: 28 Mar 2014 04:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam supaya meyakini bahawa Islam sebagai agama syumul (bersifat menyeluruh), yang menjadi tatacara kehidupan, adalah agama yang menganjurkan kasih sesama manusia. Perdana menteri berkata sifat kasih sayang yang disemai dalam diri itu menjadi asas kepada kesatuan dan perpaduan ummah, yang merangkumi rakyat Malaysia keseluruhannya. “Kasih sayang dalam Islam tidak mengenal sama ada seseorang itu Muslim atau sebaliknya. “Kepimpinan Rasulullah SAW sebagai model pemimpin teragung membuktikan bahawa kesatuan dan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama mampu dicapai melalui penyemaian kasih sayang dalam kalangan ummah,” katanya dalam perutusan sempena Program Dakwah Negara Tahun 2014. Dalam perutusan itu, Najib turut mengingatkan umat Islam supaya sentiasa menjaga kasih sayang dalam kesatuan dan perpaduan ummah. bagi mengelakkan Negara daripada menjadi porak-peranda. Sejak akhir-akhir ini, katanya, kemelut perpecahan dalam kalangan ummah nampaknya semakin berkembang seolah-olah menggambarkan bahawa kasih sayang semakin diketepikan dalam mendepani isu-isu. “Perbezaan kadangkala sengaja diperbesarkan bahkan disemarakkan dengan api kebencian dan nilai prejudis sesama kita. “Sekiranya dibiarkan berterusan, bukan sahaja ikatan kesatuan dan perpaduan ummah mampu terlerai, bahkan negara bakal berdepan dengan porak-peranda,” katanya. Najib berkata program Dakwah Negara 2014 dengan tema ‘Kasih Sayang Disemai, Perpaduan Dituai’ bertujuan menzahirkan Islam sebagai agama yang menganjurkan kasih sayang sebagai asas kesatuan dan perpaduan ummah. Istilah ummah, katanya, pertama kali digunakan dalam pembentukan Piagam Madinah oleh Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan seluruh bangsa, tidak kira Arab mahupun Yahudi bukan Islam yang tinggal di Madidah ketika itu. “Teras kepada penyatuan dan perpaduan ummah di Madinah adalah kasih saying atau mahabbah yang didasari dengan kefahaman mengenai hak dan tanggungjawab setiap warga terhadap negaranya,” kata perdana menteri. Najib berharap program yang diatur dalam Program Dakwah Negara akan memberi ruang dan peluang terbaik kepada umat Islam untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam sebagai agama kasih sayang demi kesatuan dan perpaduan ummah. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan semua agensi kerajaan serta majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri yang berpadu tenaga menganjurkan program dakwah negara 2014. |
Press Briefing By Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein On MH370 (28 March) Posted: 28 Mar 2014 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR, March 28 – Following is the statement by Defence Minister and acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein at a press briefing on the search for the lost Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370, here today: Today, the search for MH370 has been further refined. The international investigation team continue working to narrow the search area, and shed further light on MH370's flight path. We are, as always, grateful for the continuing co-operation of our partners in this difficult and intensive search. Whilst search operations are on-going, we continue to focus our efforts on caring for the families. In Cabinet this morning, we discussed the importance of continuing to support the relatives of the passengers and crew. Refined search area On Monday, the Prime Minister announced that based on new data analysis, Inmarsat and the AAIB had concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. On Tuesday, I confirmed that further study of this data would be undertaken to attempt to determine the final position of the aircraft. The Malaysian investigation team set up an international working group, comprising agencies with expertise in satellite communications and aircraft performance, to take this work forward. The international working group included representatives from the UK, namely Inmarsat, AAIB, and Rolls Royce; from China, namely the CAAC and AAID; from the US, namely the NTSB, FAA, and Boeing; as well as the relevant Malaysian authorities. The group has been working to refine the Inmarsat data, and to analyse it – together with other information, including radar data and aircraft performance assumptions – to narrow the search area. Information which had already been examined by the investigation was re-examined in light of new evidence drawn from the Inmarsat data analysis. In addition, international partners – who continue to process data in their home countries, as well as in the international working group – have further refined existing data. They have also come up with new technical information, for example on aircraft performance. Yesterday, this process yielded new results, which indicated that MH370 flew at a higher speed than previously thought, which in turn means it used more fuel and could not travel as far. This information was passed to RCC Australia by the NTSB, to help further refine and narrow the search area. The Australian authorities have indicated that they have shifted the search area approximately 1,100 kilometres to the north east. Because of ocean drift, this new search area could still be consistent with the potential objects identified by various satellite images over the past week. This work is on-going, and we can expect further refinements. As the Australian authorities indicated this morning, this is standard practice in a search operation. It is a process of continually refining data which in turn further narrows the search area. With each step, we get closer to understanding MH370's flight path. Searches must be conducted on the best information available at the time. In the search for MH370, we have consistently followed the evidence, and acted on credible leads. Our search and rescue efforts have been directed by verified and corroborated information. This latest refinement of the search area is no different. Satellite images Last night, Japanese authorities announced they had satellite images which showed a number of floating objects approximately 2,500 kilometres southwest of Perth. Early this morning we received separate satellite imagery from the Thai authorities which also showed potential objects. These new satellite images join those released by Australia, China, France, and Malaysia, all of which are with RCC Australia. The range of potential objects, and the difficulty in re-identifying them shows just how complex this investigation is. We remain grateful to all our partners for continuing to assist in the search operations. The new search area, approximately 1,680 kilometres west of Perth, remains in the Australian area of responsibility. Australia continues to lead the search efforts in this new area, and the Australian Maritime Safety Authority gave a comprehensive operational update earlier today. As more information emerges, they will be issuing frequent operational updates, including on assets deployed. I would like to echo their statements that the new search area, although more focused than before, remains considerable; and that the search conditions, although easier than before, remain challenging. For the families of those on board, we pray that further processing of data, and further progress in the search itself, brings us closer to finding MH370. |
Rakyat Sarawak Digesa Tidak Biarkan Orang Luar Musnahkan Perpaduan Mereka Posted: 28 Mar 2014 12:52 AM PDT MUKAH, 28 Mac – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengulangi gesaannya agar rakyat di negeri itu tidak membenarkan orang luar memusnahkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang dinikmati mereka sejak lebih 100 tahun lalu. “Kita mempunyai rasa hormat dan toleransi yang kuat terhadap agama dan latar belakang masing-masing. Marilah kita kekalkan keadaan ini. “Jadikan ini cara kita untuk bergerak ke hadapan,” katanya di hadapan kira-kira 200 penganut Kristian di pusat pertemuan Gereja St Peter dan St Paul di sini. Beliau memberi contoh di Mukah sendiri ada keluarga yang tinggal di bawah satu bumbung namun anggotanya berlainan agama. “Ibu bapa adalah Kristian atau mengamalkan ‘Likou’ iaitu ajaran nenek moyang mereka, manakala anak-anak pula beragama Islam menerusi perkahwinan. Akan tetapi mereka dapat hidup bersama secara harmoni. “Kita tidak harus benarkan mereka yang rasis, fanatik agama dan lain-lain pembuat kacau dari luar merampas semua ini daripada kita. Selagi saya menjadi ketua menteri, saya tidak akan benarkan kumpulan berkenaan datang ke negeri ini,” katanya. Adenan berkata beliau mengambil langkah itu bagi melindungi perpaduan dan keamanan di Sarawak selain menghormati semua agama. Katanya beliau juga akan terus berlaku adil dalam agihan dana pembangunan untuk pelbagai kumpulan agama di Sarawak. |
Jelajah Taklimat & Pendaftaran Sekretariat Bebas Muflis Di Kedah & Pulau Pinang Posted: 28 Mar 2014 12:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac – Sekretariat Bebas Muflis akan meneruskan program program khidmat komuniti secara percuma, Taklimat Dan Pendaftaran Bebas Muflis di negeri Kedah dan Pulau Pinang hujung minggu ini. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program Taklimat Dan Pendaftaran Bebas Muflis bertujuan untuk menjadi jejambat penghubung antara mereka yang muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia di samping membantu mereka yang telah pun disahkan muflis untuk bebas dari belenggu kebankrapan. "Orang ramai yang menghadapi masalah kebankrapan ini diminta tampil dan mendaftarkan diri dengan Jabatan Insolvensi Malaysia agar kes mereka dapat didengar daripada terus menyembunyikan diri dan menghadapi kesulitan menjalani kehidupan harian. "Taklimat dan penerangan mengenai peranan, bidang kuasa dan bagaimana setiap kes dapat dibantu akan diadakan melalui Siri Jelajah diseluruh Malaysia yang akan di adakan di Kedah pada 29 Mac di Hotel Seri Malaysia Alor Setar manakala di Pulau Pinang pada 30 Mac bertempat di Wisma Transformasi, Dewan UMNO Permatang Pauh. Kedua-dua program ini bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 petang," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini. Siri Jelajah yang diadakan ini mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan UMNO Pulau Pinang selain Jabatan Insolvensi Malaysia memberi peluang kepada orang ramai untuk terus berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. "Program Komuniti Kemasyarakatan disediakan secara percuma. Maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.bebasmuflis.com. Berilah peluang untuk Sekretariat Bebas Muflis membantu anda," ujarnya lagi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. -MediaUMNO |
PPIM, IMCA, MMF Akan Hantar Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan Amerika Posted: 28 Mar 2014 12:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Mac – Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Yayasan Media Malaysia (MMF) akan menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia pada Selasa depan. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata memorandum itu bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka sebagai rakyat Malaysia terhadap tiga agensi berita dari Amerika Syarikat yang dianggap memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370. “Tiga agensi berita iaitu Cable News Network (CNN), Fox News dan Washington Post yang pada kami tidak mengamalkan pemberitaan yang bertanggungjawab dengan laporan yang disiarkan mengikut kaca mata mereka sahaja,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Hadir sama adalah Setiausaha Agung IMCA Sheikh Abd Kareem S Khadaied dan Ketua Pegawai Eksekutif MMF Dzulkarnain Taib. Pada sidang media itu turut ditayangkan klip video analisis laporan berita sebuah agensi berita berkenaan. Sheikh Abd Kareem menganggap ia sebagai gerakan terancang untuk member persepsi negatif kepada masyarakat dunia terhadap Malaysia. Dzulkarnain pula berkata MMF sedia menawarkan latihan di negara ini bagi pengamal media mengenai etika kewartawanan. Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam. Hasil penyiasatan dan analisis data satelit, perjalanan pesawat itu disimpulkan berakhir di selatan Lautan Hindi. Operasi mencari masih diteruskan dengan kerjasama pelbagai negara. |
MH370 Tragedy : MLKN Studying New Module Posted: 28 Mar 2014 12:33 AM PDT KUALA LUMPUR, March 28 – The incident which befell Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370 has prompted the National Service Training Council (MLKN) to study the need to introduce a new module for National Service (NS) trainees. MLKN chairman Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun said the new module would, among others, emphasised aspect on volunteerism to provide assistance to family members of those involved in such an incident. “We are studying it. Any module that can help to build self-resilience, we will implement,” he said when met after representing Deputy Defence Minister Datuk Abdul Rahim Bakri at a programme with the camp commandants of the National Service Training programme here today. Also present was National Service Training Department director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Noor Ehsanuddin said the new module would also look into the aspect of fostering unity and cooperation among all parties when facing such an incident. Under the new module, he said trainees would be enlightened on how a country could be exposed to foreign threat. Noor Ehsanuddin said MLKN would continue to focus on three aspects in its module for trainees, namely unity, volunteerism and patriotism. Flight MH370, carrying 227 passengers and 12 crew, left the KL International Airport at 12.41 am on March 8 and disappeared from radar screens about an hour later while over the South China Sea. It was to have landed in Beijing at 6.30 am on the same day. Following an unprecedented type of analysis of satellite data, United Kingdom satellite telecommunications company Inmarsat and the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) concluded that Flight MH370 flew along the southern corridor and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth, Australia. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak then announced on March 24, seventeen days after the disappearance of Flight MH370 that it “ended in the southern Indian Ocean”. |
Police Guarantee ‘Smooth’ Balingian By-Election Posted: 28 Mar 2014 12:31 AM PDT MUKAH, March 28 – Police have assured that the voting process for the Balingian by-election tomorrow will run smoothly as all security precautions have been taken to meet any eventualities. Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said a total of 13,233 ordinary voters who will fulfill their responsibilities tomorrow need not have to worry about going to the polls as police have been deployed to all the 21 polling stations to maintain security. “We have sufficient personnel and additional troops if something happens,” he told reporters at the Mukah district police headquarters here today. Earlier, Khalid, together with Sarawak Police Commissioner Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, attended a briefing given by Mukah police chief DSP Omar Bakthiar Yaacob. Khalid expressed confidence in the voting process and said the counting of votes tomorrow will run smoothly without any incidents and provocation. “Until now, police have not received any reports whatsoever from any of the political parties during the campaign and I’m sure it will continue until tomorrow,” he said. Yussibnosh Balo, 48, of the BN is engaged in a straight fight with Abdul Jalil Bujang, 55, of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) in the by-election, necessitated by the resignation of Tan Sri Abdul Taib Mahmud when he stepped down as the chief minister. Taib is now the Yang Dipertua Negeri. |
There’s Credible New Lead In Search For Jet, Says Abbott Posted: 27 Mar 2014 10:19 PM PDT MELBOURNE, March 28 - Australia’s Prime Minister Tony Abbott said there was a credible new lead in the search for the Malaysia Airlines jet, which went missing almost three weeks ago. The Australian Associated Press said Abbott has been briefed on new radar data analysis which has prompted authorities to shift the search area 1,100 kilometres to the northeast, following updated advice from the international investigation team in Malaysia. The search zone is now about 319,000sqkm and some 1,850km west of Perth. The analysis is of radar data between the South China Sea and the Strait of Malacca before contact with MH370 was lost. “This is a credible new lead and will be thoroughly investigated,” Abbott said in a statement on Friday. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment