BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #TIANCHUA HASUT RAKYAT UNTUK GULINGKAN KERAJAAN DIDEDAHKAN !!!

Posted: 28 Mar 2014 08:00 AM PDT


Kerana anwar,tian chua hasut nak gulingkan gulingkn kerajaan !!! anda kena ingat wahai Tian chua,gulingkn kerajaan,bangsa mana akan dapat susah ??? tian chua,anda pun kena faham,berapa ramai orang cina nak turun ke jalan nak gulingkn kerajaan ??? nasihat saya kepada pembaca Badut Rakyat terutama orang melayu,fikir dulu kesan yang bakal berlaku atas tindakan bodoh kita nanti.tian chua menghasut atas dasar politik dirinya,bangsa dia.dan isu anwar sekadar alat utk dia dan DAP memimpin tampuk pemerintahan negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #TRAGEDIMH370 !!! MEDIA BARAT #CNN #FOXNEWS SENGAJA JATUHKAN IMEJ MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Mar 2014 05:00 AM PDT


Media barat yang berprestij seperti CNN,Al-Jazeerah,Fox News dan sebagainya selalu dikaitkan dengan laporan berintegriti dan benar.Mereka dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat yang penting kepada warga dunia.Namun begitu,setelah dikaji dan diteliti semula,kebanyakan maklumat yang dikeluarkan media barat tidak lah setepat yang kita sangka.Malah,ada diantara yang mereka keluarkan langsung tidak tepat dan di reka cipta atas agenda tertentu. Tragedi MH370 merupakan salah satu insiden di mana media barat telah memainkan peranan untuk mensabotaj dan memalukan Malaysia.Walaupun dengan nama segah CNN,mereka sering menayangkan perkara-perkara yang negatif yang tidak tepat untuk tatapan seluruh dunia.Apa yang boleh dikatakan ialah, media barat seolah-olah mempunyai agenda tertentu agar pihak berkuasa di Malaysia nampak seperti tidak cekap dan gagal mengawal keadaan. 

Contoh penipuan paling besar adalah siri wawancara yang disiarkan oleh Fox News yang sering mengetengahkan kononya tragedi MH370 itu adalah disebabkan oleh juruterbang yang beragama Islam.Pada pandangan Fox News jika seseorang itu tidak berkulit putih maka mereka adalah pengganas yang perlu dihapuskan.Tetapi disebabkan oleh kebebasan media tanpa sekatan Amerika Syarikat berita-berita rasis seperti ini masih lagi boleh disiarkan hanya kerana atas nama kebebasan bersuara.Jika kebenaran yang dicari oleh agensi media barat,apakah kiranya mereka tidak terus memberikan sokongan dan melaporkan maklumat yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia.Maklumat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukanlah diambil dari satu sumber,tetapi ianya adalah hasil dari perkongsian data daripada 26 buah negara yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat MH370. Kerajaan Malaysia telah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap untuk panduan bersama bagi seluruh penduduk dunia.Namun,tidak tahu dimana salahnya,media barat tetap memainkan isu konspirasi dan kegagalan pihak berkuasa Malaysia.

Ini dijadikan modal oleh musuh dalaman dan luaran Malaysia untuk terus dijadikan modal bagi memfitnah pihak kerajaan persekutuan.Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada pihak tentera negara lain yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini.Pihak media barat ternyata ingin mewujudkan sentimen negatif apabila menjemput pula Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Anwar Ibrahim untuk memberikan komen tentang apa yang telah terjadi dengan penerbangan MH370 tersebut.Sudah tentu Anwar yang sudah lama berdendam dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memberikan pandangan sehabis buruk dengan situasi kini. 

Apa natijahnya pihak media barat memaparkan maklumat yang bercanggah dan hanya spekulasi ??? Adakah mereka berkhidmat untuk pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ??? Dengan kebanjiran pelbagai gossip dan cerita palsu, media barat tanpa segan silu menyebarkan tentang konspirasi dan ianya lebih daripada apa sebenarnya yang telah dijumpai oleh para penyiasat antarabangsa.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama menegakkan kebenaran dan memberikan sokongan penuh kepada Malaysia.Tidak kira fahaman politik,agama,bangsa dan taraf ekonomi perlu mempertahankan maruah dan imej Malaysia daripada di fitnah oleh konspirasi yang telah direkacipta untuk selera rakus kapitalis media barat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#TRAGEDIMH370 !!! APA MASALAH #KHALIDSAMAD NI ??? NAK JADI HERO PULAK !!!

Posted: 28 Mar 2014 02:00 AM PDT


apa masalah Khalid Samad ni ??? nak jadi hero kerr ??? siap kata Tentera Udara Di Raja Malaysia sebagai lemah kerana tidak mengesan kedudukan pesawat MH370 yang di laporkan berpatah balik serta melintasi ruang udara Malaysia.best nya statement anda ??? apa yang saya nampak,Sepanjang insiden kehilangan pesawat MH370 rasanya tidak ada satu pun barisan pemimpin pembangkang di Malaysia yang memperlihatkan sikap bertanggungjawab mereka selaku pemimpin.Kalau di ikutkan kepada gerak tindak dan cara pertuturan mereka sudah pasti tidak ada mana-mana pemimpin di dunia ini yang mampu mengatasi kepandaian serta keupayaan yang mereka miliki. 

Itu sekiranya di lihat dari sudut pertuturan dan kerja buat dalam dunia politik tetapi jika di lihat kepada tahap pemikiran profesionalisme sebagai pemimpin rasanya ibarat langit dengan bumi apatah lagi nak di bandingkan dengan pemimpin dunia.Tidak cukup dengan itu,khalid samad turut mendesak agar kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan tampil memohon maaf kepada seluruh keluarga penumpang dan juga kerajaan China di atas kesilapan tidak bertindak lebih awal sejurus pesawat MH370 di laporkan hilang dari radar. 

Memang terbaiklah,malahan sejak bermulanya insiden kehilangan pesawat MH370 sehingga kini rasanya Khalid Samad lah HERO sebenar yang harus rakyat Malaysia dambakan.Lihatlah nanti,ramai macai-macai pakatan akan mengeluarkan pelbagai teori dalam usaha untuk mencari alasan dalam memperlihatkan apa jua insiden yang berlaku, 

ITU SEMUA SALAH UMNO/BN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #TRAGEDIMH370 !!! #PEMBANGKANG SEMBUNYIKAN MAKLUMAT #MH370 ???

Posted: 27 Mar 2014 11:00 PM PDT


Seperti yang kita tahu,terdapat 26 negara semuanya yang terlibat dalam pencarian MH370.Biarpun Malaysia yang 'menerajui' misi pencarian namun setiap tindakan yang diambil pula berdasarkan nasihat dan pandangan pakar antarabangsa,terutamanya Amerika,Britain,Perancis dan Australia.Ini kerana Malaysia tidak punya kepakaran, jauh sekali pengalaman atau aset yang diperlukan untuk misi sehebat ini.Dengan hakikat ini,tentulah mustahil bagi Malaysia untuk menyembunyikan apa-apa maklumat.Dalam sejarah kemalangan udara,tidak pernah kita lihat bagaimana maklumat teknikal dibentangkan kepada umum secara terperinci sepertimana yang berlaku dalam MH370.Selalunya,hanya maklumat yang perlu diketahui awam sahaja yang akan didedahkan.Maklumat teknikal lain dikira sebagai tidak sesuai kerana melangkaui pemahaman orang ramai, kecuali yang berlatarbelakangkan bidang yang berkenaan. 

Kerajaan Malaysia,bagaimanapun,mengambil langkah berkongsi setiap maklumat ini termasuk cara-cara penemuan disahkan oleh pihak penyiasat antarabangsa.Rajah- rajah teknikal disertakan di dalam media bagi memudahkan pemahaman orang ramai.Malah,sebelum ini juga kebolehan aset yang digunakan untuk misi pencarian turut dikongsi bersama dengan seluruh dunia.Walaubagaimanapun,segala ketelusan kerajaan ini tidak dihargai oleh sesetengah pihak.Mereka masih lagi menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat.Apabila dijelaskan bahawa tiada apa yang disembunyikan dan kesukaran yang dihadapi dalam kes kehilangan MH370.mereka tetap juga bertegas bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat.Kedegilan mereka untuk mempercayai bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mula membuatkan kita musykil akan kemungkinan mereka sebenarnya mengetahui sesuatu dan mengharapkan kerajaan mendedahkannya.Namun,logiknya, kerajaan tidak akan mampu menyembunyikan apa-apa dengan 26 negara bekerjasama dan kepakaran pula bukanlah dimiliki oleh Malaysia. 

Tanpa mencerna fakta ini,laungan 'kerajaan menyembunyikan maklumat' terus membingitkan telinga kita.Yakin benar mereka bahawa ada sesuatu yang tidak didedahkan.Persoalannya,bagaimana mereka begitu yakin bahawa ada sesuatu yang belum didedahkan jika mereka tidak mengetahui apakah 'sesuatu' itu ???  Bagaimana kita boleh menuduh orang berahsia jika beliau merahsiakannya ???   Kecualilah kita sememangnya telah tahu rahsia itu barulah kita boleh menuduh dengan yakin bahawa orang itu telah sengaja merahsiakan pengetahuannya dari kita,bukan begitu ???  Justeru,hari ini saya yakin bahawa mereka yang menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu ini sebenarnya mempunyai maklumat yang lebih lagi dari para penyiasat,tetapi telah sengaja menyembunyikan sekadar untuk menekan kerajaan.Kerajaan tidak harus berdiam diri dengan membiarkan mereka terus menuduh,memfitnah dan memberi tekanan.  

Sebaliknya,kerajaan wajar mengambil tindakan,memaksa mereka mendedahkan apa sebenarnya yang mereka tahu yang kerajaan sendiri tidak tahu.Tanyakan kepada mereka,kenapa mereka begitu yakin adanya rahsia,sedangkan kerajaan tidak merahsiakan apa-apa ???   Jika mereka enggan mendedahkan apakah rahsia itu,dakwa saja mereka kerana memfitnah,menghasut atau menghalang siasatan dengan enggan mendedahkan maklumat kepada kerajaan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN PUAK #PEMBANGKANG #PKR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 27 Mar 2014 07:00 PM PDT


kantoi sudah !!! ni lahh puak PEMBANGKANG !!! fitnah tak habis-habis nak tunjukkan kononnya PRK di balingian bekas ketua menteri tak buat kerja untuk rakyat.apa kata gi sendiri kat mukah dan lihat pembangunan di sana.malas nak komen panjang-panjang 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...