Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Jangan Tuduh Pilot atau Krew #MH370 Bersalah Sebelum di Buktikan!! - @MukhrizMahathir #StandTallMalaysia

Posted: 28 Mar 2014 06:12 AM PDT



Benar kata-kata dari Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir yang melahirkan rasa terkilan keatas sesetengah pihak yang membuat pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370.

Tweet beliau semalam,

Kemarahan rakyat Malaysia semakin membuak-buak keatas media antarabangsa yang membuat pelbagai dakwaan dan spekulasi keatas krew dan pilot pesawat MH370. Kononnya pilot dan krew pesawat terbabit ada kena mengena dengan penganas Islam. Tuduhan tanpa bukti tersebut, telah beberapa kali disiarkan, malah mereka juga menuduh kerajaan dan tentera Malaysia seolah-olah sengaja membunuh penumpang dan krew pesawat MH370.

Tepat pada masanya apabila ada pemimpin tempatan yang berani bersuara untuk membela krew dan pilot yang belum tentu bersalah. Mungkin mereka dianiaya dan diperalatkan oleh orang lain.

Bangun rakyat Malaysia, kita berdiri untuk membela nasib pilot dan krew penerbangan MH370 supaya mereka tidak diperkotak-katikkan dengan pelbagai dakwaan jahat dari pihak luar!


McTheory:
Ayuh sahabat support #StandTallMalaysia

INFO! Kenapa US Tak Berminat Dalam Percarian Pesawat #MH370? #PrayForMH370

Posted: 28 Mar 2014 12:17 AM PDT



Mc agak tertarik dengan ulasan dari sahabat blogger PPM, rasanya memang ada kebenaran disebalik persoalan yang diajukan.

Setelah satelit Thailand mengesan 300 objek dan hari ini satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam.

Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370.

Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini.

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini.


Persoalan yang paling pelik kenapa Thailand negara seteruk-teruk teknologi boleh mengesan objek sejumlah 300 tetapi Amerika yang punyai super power punya teknologi satu benda pun belum jumpa?

Satu perkara lagi umum tahu yang kepulauan Diego Garcia cukup dekat dengan lokasi MH370 dikatakan terhempas tetapi sungguh menghairankan negara kaya ini hanya berminat menghantar sebuah kapal terbang berdanding negara-negara yang lain.

Jadi dimana keikhlasan Amerika sekarang kecuali CNN sedang berusaha sedaya upaya memperburukan Malaysia?

teori dibawah pun logik kalau difikirkan..


US pernah mengelabah bila Deigo Cargia disentuh terlibat dalam tragedi MH370 ni, nak baca boleh klik kat SINI


McTheory:
US adalah dajal paling jahat dalam dunia..tak mustahil dia terbabit.

HOT! Jamil Khir izinkan Pas Kelantan laksanakan #HUDUD?

Posted: 27 Mar 2014 09:09 PM PDT


Terkejut juga Mc baca print screen dibawah,


Mc setuju dengan Datuk Jamil, sepatutnya kerajaan Malaysia kena bagi sokongan dan dorongan supaya Pas Kelantan laksanakan hudud di sana. Kita kena lihat ianya dari sudut positif, mungkin Pas ada plan dan rancangan baik untuk laksanakan hudud di Malaysia. Jika di Kelantan berjaya, kita laksanakan pula di Selangor dan Pulau Pinang, kemudian barulah Perlis, Kedah dan seterusnya.

Lepas ni Pas jangan bagi alasan kononnya tak dapat laksanakan hudud, kerana kekangan dari kerajaan pusat. Pusat dah bagi lampu hijau.. sila laksanakan segera!

McTheory:
Laksana hudud Islam naa.. jangan hudud Pas pulakk..

HOT! Melayu Sokong Kristian di Panggil Moden? Melayu Sokong Kalimah Allah, Melayu Kampung, Lembu? #antiCOMANGO

Posted: 27 Mar 2014 08:08 PM PDT



Dalam riuh rendah cerita COMANGO yang mahu Malaysia bebas mengamalkan seks songsang dan bebas beragama. Tak salah kalau Mc buka kembali cerita diantara Melayu Islam dan Melayu COMANGO. Melayu COMANGO ni selalunya mengelarkan diri mereka sebagai Melayu moden!

Yang mana anda nak ikut?


Yang mana anda yakin dan percaya dengan kenyataannya?

Takkan yang bawah ni kot?



Pakai macam ni nak cakap pasal Kalimah Allah dan Islam?


Penin kepala tengok video kat bawah ni..





Mc percaya ada orang yang sokong kata-kata Siti Zubaidah ni, atau ia lebih dikenali sebagai Siti Kassim. Mana ada orang yang tak sokong, bila nak suruh orang lain buat jahat?

Puak Melayu liberal macam Siti Kassim ni bersepah di Malaysia. Kononnya mereka ini puak melayu baru, melayu moden. Bagi yang sokong kalimah Allah kekal pada umat Islam, diberi nama melayu kampung, melayu kolot, dicop lembu.

Lembu kepala bapak hang!

Puak yang gelar diri melayu moden ni, sebenarnya, dah jauh lari dari Islam. Puak ni tak pegang pada hadis, puak ni tak percaya mazhab, puak ni juga mempunyai pandangan sendiri kononnya lebih hebat pemahaman dorang dengan Al-Quran.

Puak ni yang nak melingkupkan generasi Islam pada masa akan datang. Puak ni juga yang bakal membuka satu fahaman baru mengenai Islam. Kononnya mereka ini memegang Islam Moden!

Mc minta umat Islam di Malaysia hati-hati dengan puak Islam pro-Kristian macam si Siti Kassim ni. Jangan percaya dengan apa yang dorang kata. Baik rujuk pada alim ulamak dari rujuk Ustazah rambut karat macam Siti Kassim.

Jauhkan diri kita dari golongan seperti itu. 

McTheory:
Kang panggil murtad, ada pulak yang nak saman.. tapi dari segi gaya dah nampak kann?

HOT!! @MukhrizMahathir BIDAS Puak Reformasi 2.0!! #HanyaDiKedah @MukhrizOfficial

Posted: 27 Mar 2014 06:38 PM PDT


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini membidas pembangkang kerana cuba menghasut rakyat di negeri itu menerusi penganjuran perhimpunan yang dijadualkan 5 April ini.

"Pemimpin depa (pembangkang) nak jelajah Kedah nak lancar reformasi 2.0, konon himpunan derita rakyat, 5 April nak pi (pergi) Baling bagi memperingati ulang tahun insiden Baling (kejadian di Memali).

"Nak mai (datang) cetus kemarahan rakyat pada kerajaan...itu tindakan mudah dan langsung tidak bertanggungjawab, mai kata kat orang (datang mengkritik kerajaan negeri) tapi tak bagi penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Projek Sentuhan Kasih dan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Laka Selatan dekat sini.

Sehubungan itu Mukhriz menggesa rakyat di Kedah agar tidak terpedaya dengan helah pembangkang yang bukan mahu membantu tetapi hanya bertujuan meraih sokongan politik mereka.

Mukhriz berkata kerajaan menyedari dan mengakui akan peningkatan kos sara hidup, serta mengambil pelbagai pendekatan untuk meringankan beban rakyat termasuk menyediakan rumah dengan harga yang berpatutan.

Mengenai projek di Laka Selatan itu beliau berkata sebanyak 300 buah rumah PGBF akan dibina untuk generasi Felda.

"Saya turut dimaklumkan sebanyak 80 buah unit lagi sedang dibina di Felda Sungai Tiang, Pendang dan ada lagi kawasan-kawasan yang akan dibina bergantung kepada kesesuaian tanah.

"Sekiranya tanah-tanah kosong di Felda tidak sesuai, kerajaan negeri bersedia menilai tanah-tanah negeri berhampiran tanah rancangan Felda untuk dimajukan dengan projek perumahan.

"Ini tandanya kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dengan kehendak generasi baharu. Saya difahamkan perancangan Felda adalah untuk membina 720 unit di Kedah," katanya. - Bernama

Video MB Kedah lancar rumah Felda untuk generasi kedua..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...