UMNO Online - “Fuad Hassan Terpaksa Sekolahkan Anwar…” plus 9 more |
- Fuad Hassan Terpaksa Sekolahkan Anwar…
- Balingian By-Election Holds Significance For Constituents – Adenan
- Dakwaan Malaysia Sembunyi Maklumat MH370 Tuduhan Tidak Waras
- Jangan Terpedaya Taktik Lapuk Pembangkang Raih Undi – Shafie
- Anwar Patut Cermin Muka… Nak Urus Parti Sendiri Pun Kelam Kabut
- Pilih Calon Yang Tiada Agenda Tersirat – Shahrizat
- Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai Kehilangan Pesawat MAS (20 Mac)
- Kajang Perlukan Wakil Rakyat Yang Benar-benar Berkhidmat Untuk Rakyat – Bekas Datuk Bandar KL
- PKR Bangkrap Calon…. Di Kajang Calon Simpati, Di Balingian Calon ‘Recycle’
- Khairy Bawa Isu Salah Guna Dadah Kalangan Belia Kepada Kabinet Esok
Fuad Hassan Terpaksa Sekolahkan Anwar… Posted: 20 Mar 2014 06:21 AM PDT Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan. Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan. Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana: 1. Kita tahu dimana lokasinya: di daratan dan di kuala Lumpur. 2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya. 3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun. 4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing. 5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia. Soalannya: Siapa yang tahu dimana MH370 ? Dengan siapa kita nak berunding ? Siapa yang tahu apa kehendaknya ? Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ? Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ? Kalau Anwar boleh jawab soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang. Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya. – Dato Fuad Hassan melayupasirgudang.blogspot.com |
Balingian By-Election Holds Significance For Constituents – Adenan Posted: 20 Mar 2014 06:10 AM PDT MUKAH, March 20 – The Balingian state by-election holds great significance for the people of the constituency, said Chief Minister Tan Sri Adenan Satem. “If we win, we can continue with our development programmes for Balingian. If the opposition wins, it (Balingian) will be left out,” he told a meet-the-people session at the Tun Abdul Rahman Yakub Hall in Kampung Tellian Laut near here today. Yussibnosh Balo, 48, of the Barisan Nasional (BN) is involved in a straight fight with Abdul Jalil Bujang, 55, of the PKR in the by-election, polling for which is on March 29. Adenan said the BN should be the people’s one and only choice. “If Yussibnosh wins, he can see me at any time to seek funds for development projects. But if Abdul Jalil wins, the people will be left in the cold because he has no government to back him up,” he said. The chief minister reminded the people that the opposition could only criticise ‘left and right and loudly’. “But in the end, it will be the government that can and will deliver,” he said. Adenan was confident that the people would support Yussibnosh as a gesture of gratitude to the former assemblyman Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who is now the Sarawak Yang Dipertua Negeri. “It is extremely fitting that the people help to deliver Balingian to the BN as a mark of gratitude and respect for Taib for his countless contributions,” he said. Earlier, Mukah MP Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, who is also the BN director of operations for the by-election, said it was now up to the people themselves to decide whether they wanted the government to continue with the pace of development initiated by Taib. |
Dakwaan Malaysia Sembunyi Maklumat MH370 Tuduhan Tidak Waras Posted: 20 Mar 2014 06:07 AM PDT Misi mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi bagi seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh Presiden Barrack Obama. Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa sehingga 2 minggu. Dalam keadaan tegang ini, kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai 'berita baik' berbanding 'terhempas'. Justeru, ramai yang ingin percaya 'berita baik' ini dan inginkan kepastian mengenainya. Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan, maka mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara 'memujuk diri sendiri'. Pastinya, sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan, kesedihan dan kemarahan ialah Malaysia yang menjadi 'tuan rumah' kepada pesawat MH370. Dalam keadaan emosi yang berbaur ramai yang terlupa bahawa walaupun misi pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia, tetapi misi ini kini merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain. Segala peralatan canggih dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau ini demi mencari MH370. Namun, kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370 merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri kehilangan 'Emilia Earheart' 'di udara' pada 1937. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi seperti ini. Justeru, sejak dari awal lagi, kerajaan menerima dengan tangan terbuka semua bentuk pertolongan yang ditawarkan oleh sesiapa jua. Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat, dan bukannya direka-cipta sendiri. Oleh yang demikian, adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk mendapatkan semua maklumat itu.
Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika, Colleen Keller, yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada tahun 2009. Tidak mungkin pakar-pakar dan penyiasat ini turut sama-sama menyembunyikan maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing untuk dijaga, selain sifat semulajadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan keluarga. Secara ringkasnya, menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI, Colleen Keller dan kerajaan Vietnam, Indonesia, Thailand dan semua negara yang terlibat, atas tuduhan yang sama. Menuduh memanglah mudah tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal. Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa-apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan pencarian. Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak yang 'untung' dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan. Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370. Setiap kali sidang media, keletihan dan kerisauan mereka terserlah, sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen mereka. Di masa yang sama, rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370. Mereka sibuk mempromosi diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan. Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri. Mr Beruang Biru |
Jangan Terpedaya Taktik Lapuk Pembangkang Raih Undi – Shafie Posted: 20 Mar 2014 06:01 AM PDT SEMPORNA, 20 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pengundi di Kajang supaya tidak terpedaya dengan taktik lapuk pembangkang melalui simpati bagi meraih undi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Beliau berkata para pengundi di DUN Kajang haruslah menggunakan kuasa undi yang ada pada mereka supaya mengundi calon yang benar-benar layak dan boleh menyelesaikan masalah mereka. “Mereka (pembangkang) tidak mempunyai modal lain selain daripada cara lama iaitu meminta simpati dan memfitnah Umno untuk mendapatkan sokongan,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama kakitangan dan warga pendidikan Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, di sini hari ini. Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga mengingatkan agar para pengundi supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang sebaliknya membuka mata dan memberi peluang kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk berkhidmat membela nasib penduduk Kajang. Hari pengundian PRK Kajang ialah Ahad ini. Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan kepada keluarga dan pelajar yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Sri Jaya di sini baru-baru ini. Beliau berkata sumbangan yang berbentuk keperluan harian dan wang tunai itu bagi meringankan beban mangsa-mangsa berkenaan. “Saya berharap bantuan itu dapat meringankan beban mereka dan saya minta semua mangsa bersabar menghadapi musibah itu,” katanya. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang pada 12 Mac lepas, 22 rumah musnah manakala 10 lagi rumah mengalami kerosakan dalam kebakaran di perkampungan air itu. |
Anwar Patut Cermin Muka… Nak Urus Parti Sendiri Pun Kelam Kabut Posted: 20 Mar 2014 05:30 AM PDT KAJANG, 20 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau lebih baik mengurus krisis, berbanding dengan cara kerajaan menguruskan misi pencarian pesawat MH370 yang hilang hari ini. Menurut beliau, Anwar hanya pandai berkata-kata untuk menyalahkan kerajaan dan menampilkan dirinya sebagai pemimpin yang baik walhal kemelut dalaman dan konflik yang melanda partinya sendiri pun tidak mampu beliau selesaikan dengan baik. "Anwar pandai mengatakan kerajaan kononnya tidak dapat mengurus dengan baik misi pencarian MH370 ini, namun pada masa yang sama kita dapat saksikan bahawa beliau sendiri kelam kabut dan tidak tentu arah dalam mengurus konflik yang berlaku di dalam partinya sendiri. "Apa yang saya lihat hari ini, akibat kegagalan Anwarlah sebagai pemimpin untuk mengurus tadbir partinya sendiri sehingga menyebabkan perpecahan dan konflik dalaman PKR semakin parah, yang akhirnya membawa kepada perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh untuk memberikan laluan kepada Anwar, kononnya sebagai satu jalan untuk menyelesaikan perkara ini sekaligus untuk dilantik sebagai MB Selangor yang baru. "Namun perancangan PKR kali ini tidak menjadi apabila Anwar didapati bersalah dalam kes liwat pembantunya, Mohd Saiful Bahari dan bertambah semakin kelam kabut apabila Anwar kemudiannya menamakan isterinya sebagai calon bagi menggantikan beliau," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading, ini merupakan satu bukti di mana satu kaedah kepimpinan caca merba yang diperlihatkan oleh PKR, di mana semakin lama semakin kritikal konflik dan kemelut dalaman antara kepimpinan PKR sendiri. "Jadi dalam hal ini, saya nasihatkan Anwar agar tak payahlah memberikan komen-komen negatif beliau bagaimana kerajaan harus menangani masalah kehilangan pesawat MH370 ini. Sedangkan kerajaan kita, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib mendapat sokongan dan bantuan boleh dikatakan dari seluruh negara hari ini. "Ini terbukti apabila kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, China dan lain-lain lagi semuanya datang untuk menghulurkan bantuan kepada negara dalam usaha mencari pesawat MH370 tersebut. "Jadi saya rasa Anwar lebih baik menumpukan perhatiannya untumk membetulkan partinya sendiri terlebih dulu yang kini semakin huru hara dan kucar kacir, daripada terus-terusan membuat kenyataan dan komen yang bersifat negatif terhadap kerajaan dan langsung tidak membantu dalam misi mencari pesawat tersebut," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Pilih Calon Yang Tiada Agenda Tersirat – Shahrizat Posted: 20 Mar 2014 05:24 AM PDT KAJANG, 20 Mac – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang supaya menimbangkan memilih calon yang tidak mempunyai agenda tersirat menjadi wakil rakyat mereka. Beliau berkata selepas memasuki hari ke-10 kempen pilihan raya kecil Kajang hari ini, pengundi tentunya sudah boleh menilai matlamat kedua-dua calon yang bertanding – antara yang masih keliru mahu membela rakyat atau individu yang sudah tahu matlamatnya berkhidmat untuk rakyat. “Dalam hal ini calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak ada agenda tersirat kecuali niat suci untuk membela nasib rakyat, malah beliau juga mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang komited dan mudah didekati,” katanya ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah bersama Chew di Sungai Kantan di sini hari ini. Beliau berkata pengundi harus membuat keputusan berdasarkan agenda jelas yang dibawa calon, bukannya mengikut ‘ihsan’ berikutan masalah yang dihadapi calon berkenaan. Ketua Wanita UMNO itu berkata penerimaan masyarakat, khususnya pengundi Melayu kepada Chew adalah amat baik, malah mereka begitu selesa untuk menerima kehadiran naib presiden MCA itu dalam setiap kempen yang disertainya. Shahrizat berkata sehingga kini kempen Wanita BN juga berjalan lancar dalam suasana kekeluargaan. “Ini jauh berbeza dengan pakatan pembangkang yang merasakan mereka adalah raja, sekaligus boleh berbuat apa sahaja termasuk melepaskan amanah yang diberikan rakyat,” katanya merujuk kepada tindakan wakil rakyat sebelum ini melepaskan kerusi yang dimenanginya untuk digantikan dengan individu lain. Shahrizat berkata pimpinan pembangkang juga jelas menunjukkan sikap hipokrit serta ego keterlaluan apabila secara angkuh menyatakan mereka akan pastikan Chew kehilangan deposit kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada hari pengundian Ahad ini. Beliau berkata walaupun bermula sebagai ‘underdog’ BN tetap mempunyai kekuatan untuk mencipta kejutan, dan berdasarkan penerimaan yang ditunjukkan pengundi, perkara itu tidak mustahil menjadi realiti. “Cuma saya selalu ingatkan jentera kempen bahawa pengundi adalah raja, dekati mereka dengan ikhlas tanpa sebarang rasa riak dalam diri,” katanya. Sejumlah 39,278 pengundi terlibat bagi menentukan nasib Chew dan Dr Wan Azizah pada PRK Kajang 23 Mac ini. |
Kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan Mengenai Kehilangan Pesawat MAS (20 Mac) Posted: 20 Mar 2014 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac – Berikut adalah kenyataan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media di Sepang, Selangor hari ini mengenai gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang: Imej Satelit Australia “Pada pukul 10 pagi ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia (Tony Abbot), yang memaklumkan kepada beliau bahawa ‘dua objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan gerakan mencari' MH370 telah dikenal pasti di selatan Lautan Hindi. “Pihak berkuasa Australia di Kuala Lumpur juga telah memberi taklimat kepada saya tentang perkara itu, manakala Menteri Luar Australia pula telah berhubung dengan Menteri Luar Malaysia. “Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) terus menyelaras usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di kawasan mencari dan menyelamat negara itu, dengan bantuan Angkatan Pertahanan Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika. “Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) Australia AMSA menerima imej satelit yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan gerakan mencari MH370. “RCC Australia mendapatkan penilaian pakar tentang imej satelit komersial itu hari ini. Imej berkenaan dirakam oleh satelit. Ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pesawat terbabit. “Penilaian tentang imej ini dibuat oleh Pertubuhan Risikan Geopastial Australia yang mendapati ia mungkin merupakan petunjuk mengenai serpihan yang terdapat di barat daya Perth. “Berikutan maklumat ini, empat pesawat dikerah semula ke satu kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth. “Sebuah pesawat P-3 Orion Tentera Udara Diraja Australia tiba di kawasan itu pada kira-kira pukul 10.50 pagi. Tiga lagi pesawat dikerah oleh RCC Australia ke kawasan berkenaan, termasuk Orion kedua RAAF, sebuah Orion tentera Udara Diraja New Zealand dan sebuah P-8 Poseidon Tentera Laut Amerika. “Pesawat Poseidon itu dijangka sampai awal tengah hari ini. Orion kedua RAAF Orion dijangka berlepas dari Pangkalan RAAF Pearce, Perth, pada lewat tengah hari. Orion Zealand pula dijadualkan berlepas tengah hari ini. “Sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF telah ditugaskan oleh RCC Australia untuk melepaskan boya penanda datum bagi membantu dalam ‘drift modelling’ (pemodelan hanyut). “Ia akan memberi maklumat tentang titik rujukan sekiranya tugas mengesan objek berkenaan menjadi berlarutan. “Sebuah kapal dagang yang memberi respons kepada siaran perkapalan yang dikeluarkan RCC Australia pada Isnin juga dijangka tiba di kawasan itu tengah hari ini. “Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success kini dalam perjalanan ke kawasan itu dan dijangka tiba di sana beberapa hari lagi. Kapal ini memiliki kelengkapan lengkap untuk menaikkan sebarang objek yang dikesan dan dibuktikan berasal daripada MH370. “Segala usaha sedang dilakukan untuk mengesan objek yang terdapat di dalam imej satelit berkenaan. Perlu ditegaskan bahawa apa yang kelihatan itu, walaupun boleh dipercayai, tetapi masih belum disahkan. Aset yang digunakan “Pencarian MH370 merupakan usaha yang melibatkan pelbagai negara. Berikut saya berikan kepada anda maklumat terkini tentang aset yang digunakan. “Dalam tempoh operasi ini dijalankan, Panglima Angkatan Tentera telah menghubungi rakan sejawatan beliau dari pelbagai negara, termasuk: • Australia • China • India • Indonesia • Jepun • Maldives • Nepal • New Zealand • Singapura • Thailand • Vietnam • UK • dan Amerika. “Kesemua mereka memberi sokongan penuh dan menawarkan bantuan. Oleh kerana fokus pencarian ini telah beralih daripada Laut China Selatan dan Selat Melaka ke koridor utara dan selatan, maka rakan antarabangsa kami terus menghulurkan segala bentuk sokongan yang termampu oleh mereka. “Sejumlah aset telah digunakan dalam fasa tertentu dalam operasi mencari dan menyelamat ini. “Kini, 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter daripada kapal digunakan di sepanjang koridor utara dan selatan, seperti berikut: Pesawat Di koridor utara, terdapat empat pesawat: • dua dari Malaysia • satu dari Jepun • dan satu dari Amerika
Di koridor selatan, terdapat 25 pesawat: • dua dari Malaysia • lima dari Australia • tiga dari China • empat dari Indonesia • dua dari India • empat dari Jepun • satu dari New Zealand • dua dari Korea Selatan • satu dari UAE • dan satu dari Amerika Kapal Kesemua 18 kapal digunakan di koridor selatan: • enam dari Malaysia • satu dari Australia • lima dari China • dan enam dari Indonesia Operasi ini juga melibatkan enam helikopter: • tiga dari Malaysia dan tiga dari China. “Selagi kami tidak pasti bahawa kami sudah menemui MH370, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan di kedua-dua koridor berkenaan. “Saya ingin mengesahkan bahawa Malaysia menghantar dua pesawat ke Kazakhstan, manakala UK pula merancang menghantar sebuah kapal ke koridor selatan. “Di samping aset yang saya senaraikan tadi, beberapa negara di koridor utara juga menjalankan operasi mencari dan menyelamat di wilayah masing-masing: • China menggunakan semua cara yang ada, termasuk 21 satelit, untuk membuat carian di wilayahnya dan bersedia menghantar lebih banyak kapal serta pesawat apabila diperlukan. • Di Kemboja, empat helikopter menjalankan operasi mencari di wilayahnya. • Tentera Udara Laos menjalankan operasi mencari di wilayah Laos. • Singapura menggunakan Pusat Gabungan Maklumat Antarabangsanya, yang Malaysia juga mempunyai wakilnya, untuk memaklumkan kepada pelaut dan membantu dalam kerja mencari. • Tentera Thailand menjalankan operasi mencari di bahagian utara Thailand dengan menggunakan semua pesawat yang ada. • Dan Vietnam menjalankan operasi mencari di wilayahnya dengan menggunakan sejumlah pesawat yang tidak dinyatakan. Secara keseluruhannya, ini merupakan suatu kerahan pasukan antarabangsa secara besar-besaran. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kami yang memberi kerjasama dalam fokus kami untuk terus mencari MH370. Penjagaan keluarga “Pasukan peringkat tinggi yang saya umumkan semalam berlepas ke Beijing petang ini. “Saya juga ingin mengesahkan bahawa para wakil kerajaan Malaysia telah bercakap dengan keluarga yang hadir di sini semalam. “Di samping itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China, dan Duta Besar China di Malaysia, akan mengetuai satu taklimat hari ini untuk keluarga dari China yang kini berada di Kuala Lumpur. “Ia akan turut dihadiri Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan MAS. Taklimat serupa juga akan diadakan untuk keluarga lain. Kata penutup “Kepada keluarga dari seluruh dunia, satu-satunya maklumat yang amat mereka mahukan adalah maklumat yang belum kami ada ketika ini: lokasi MH370. “Perkara yang menjadi fokus utama kami pada setiap masa ialah untuk mencari pesawat berkenaan. Dan pada setiap hari yang berlalu, kami telah melipatgandakan usaha kami. “Semalam, saya berkata kami ingin mengurangkan kawasan mencari. Sekarang, kami sudah mendapat petunjuk yang boleh dipercayai. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dari segi kerahan aset. Usaha ini akan diteruskan dalam tempoh semalaman.” |
Kajang Perlukan Wakil Rakyat Yang Benar-benar Berkhidmat Untuk Rakyat – Bekas Datuk Bandar KL Posted: 20 Mar 2014 04:13 AM PDT KAJANG , 20 Mac – Kajang kini boleh dikatakan menjadi tumpuan buat seketika setelah berlakunya pilihan raya kecil selain pembangunan kawasan tersebut dilihat bakal menjadi bandaraya pada satu ketika nanti. Pembinaan MRT oleh kerajaan pusat sudah pasti merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada kelahiran bandaraya metropolitan yang baru yang sekaligus bakal mewujudkan limpahan ekonomi untuk penduduk Kajang dan dengan senario tersebut, sudah pasti wakil rakyat yang perlu dipilih oleh pengundi pada pilihan raya kecil DUN Kajang nanti bukan calang-calang orang. “Antara kriteria wakil rakyat itu, mestilah bercampur dengan masyarakat setempat selain tahu isu-isu setempat. Apa ketidakpuasan hati penduduk selama ini. Mesti tengok perkara ini sama ada daripada pelbagai sumber. “Wakil rakyat merupakan harapan orang ramai, tempat bergantung masyarakat untuk menyampaikan sebarang aduan. “Dan sudah pasti pengundi mahukan pemimpin yang peka dengan isu-isu setempat. Harapan rakyat sudah pasti tinggi dan wakil rakyat tentunya memerlukan gandingan untuk menyelesaikan perkara berkenaan,” kata bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ruslin Hasan ketika berkongsi pandangannya mengenai PRK Kajang. Beliau yang turut mempunyai saudara mara di kawasan itu turut melahirkan keyakinan bahawa Kajang ini akan menjadi sebuah bandaraya pada masa akan datang kelak. “Kajang ini bersebelahan dan dekat Kuala Lumpur…malah jika diperhatikan, Kerajaan pusat juga banyak membina infrastruktur di sini seperti MRT dan sebagainya. Sudah pastilah infrastruktur yang bagus akan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di sini. “Jadi ketika ditanya mengenai pilihan raya kecil di sini, saya rasa pengundi di sini lebih matang untuk membuat pilihan dan jangan tersalah pilih kerana Kajang memerlukan wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat,” katanya. -MediaUMNO |
PKR Bangkrap Calon…. Di Kajang Calon Simpati, Di Balingian Calon ‘Recycle’ Posted: 20 Mar 2014 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac – Pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan Balingian menyaksikan bagaimana PKR terbukti menyajikan calon yang hanya untuk kepentingan mereka sendiri tanpa melihat kepada kredibiliti dan keupayaan mereka sebagai pemimpin, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah. Jelas beliau, pemilihan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding di Kajang adalah ibarat bidan terjun sementara bagi Abdul Jalil Bujang di Balingian adalah calon yang pernah kalah dalam pilihan raya tetapi dipertandingkan semula sebagai pilihan rakyat. "Keupayaan calon pembangkang tidak sekuat mana, lebih kepada sentimen kasihan, keupayaan untuk mengambil hati sementara di Balingian calonnya telah ditolak tetapi dimasukkan balik yang mana ini sesuatu yang tidak sewajarnya dibuat," katanya kepada UMNO-Online. Ujar beliau, jika benar pakatan pembangkang mahu bertanding dalam pilihan raya maka sepatutnya mereka mengetengahkan individu yang benar-benar berwibawa sebagai pemimpin. "Jika benar-benar difikirkan kepada pengundi maka tentunya keupayaan calon akan diambil berat bagaimana dia mahu memainkan peranan, apakah akan turun ke kawasan untuk jalankan tugas dan sebagainya namun sekiranya melihat kepada kepentingan sentimen semata-mata ada pertimbangan lain berlaku." Ujar beliau, di Kajang pakatan pembangkang meletakkan calon tanpa melihat kepada kebertanggungjawabannya namun sebagai sebuah negara demokrasi pilihan adalah bergantung kepada rakyat selaku pengundi. "Rakyat kena rasional iaitu mereka mesti mendapatkan faedah untuk penduduk Kajang bagi memastikan kehidupan mereka lebih aman, lebih bahagia tanpa ada pertikaian atau permainan politik lagi." Tambahnya, di Balingian BN dijangka tidak akan berdepan masalah untuk mengekalkan kemenangan di kawasan terbabit apatah lagi penyandangnya sebelum ini ialah Ketua Menteri Sarawak yang amat dihormati oleh rakyat seluruh. "Tempat itu memang tempat BN tambahan pula calon pembangkang adalah 'recycle' yang telah ditolak tetapi dimasukkan balik yang mana ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana jika mereka benar-benar mahu bertanding maka carilah calon yang benar-benar berwibawa iaitu yang mempunyai keupayaan dan mempunyai peluang untuk menang, mampu menawan hati rakyat dan bukannya calon yang telah ditolak." "Ini amat berbeza dengan calon yang diketengahkan oleh BN yang menampilkan muka baharu iaitu bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo, anak tempatan dan mempunyai kewibaan untuk menjadi ADUN kepada rakyat malah dengan pengalamannya sudah tentu akan banyak lagi kemajuan yang akan dicapai." Sebelum ini, Abdul Jalil yang juga Setiausaha PKR Bintulu pernah bertanding bagi kerusi DUN Jepak melibatkan persaingan lima penjuru pada 2011 namun tewas kepada penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Talip Zulpilip sementara DUN Kajang kosong ekoran ADUNnya Lee Chin Cheh yang meletak jawatan tanpa sebarang sebab. – MediaUMNO |
Khairy Bawa Isu Salah Guna Dadah Kalangan Belia Kepada Kabinet Esok Posted: 20 Mar 2014 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Mac - Menteri Belia dan Sukan (KBS) Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membawa isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kepada Jemaah Menteri esok, susulan kematian enam orang akibat mengambil dadah berlebihan pada satu konsert di sini minggu lepas. Khairy berkata perkara itu perlu diketengahkan kepada kabinet bagi mempergiat usaha memberi kesedaran dan pendidikan kepada golongan belia mengenai penyalahgunaan dadah. “Kita bukan sahaja mahu melihat dari segi penganjuran konsert tetapi juga perkara pokok iaitu kesedaran dan pendidikan yang perlu diberikan kepada generasi muda berkaitan dengan penyalahgunaan dadah terutamanya apabila dicantumkan dengan acara-acara hiburan. “Bukan kita ingin menghalang penganjuran mana-mana konsert tetapi saya harap perkara ini (penyalahgunaan dadah) dapat dikawal,” katanya selepas merasmikan persidangan Majlis Perundangan Belia Negara Ketiga 2013-2014 di Pusat Belia Antarabangsa di sini, hari ini. Beliau berkata KBS amat berharap insiden itu, yang turut menyebabkan beberapa lagi belia kritikal kerana pengambilan dadah berlebihan ketika menonton konsert Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 di Stadium Bukit Jalil, tidak berulang. Dalam kejadian awal Sabtu lepas, tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 dan 28 tahun meninggal dunia manakala 14 lagi dirawat di hospital akibat pengambilan dadah berlebihan. Konsert tiga hari itu, yang bermula Khamis lepas, dibatalkan pada Sabtu berikutan kejadian itu. Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kementerian akan memberikan insentif berjumlah RM2,000 kepada mana-mana pertubuhan belia yang berjaya mencapai penarafan lima bintang berdasarkan penilaian oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia. Sistem penarafan bintang pertubuhan belia yang diperkenalkan tahun lepas merupakan kaedah penilaian terhadap semua pertubuhan belia berdaftar mengikut Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007. “Kita akan mempraktikkan sistem sama pada masa akan datang bagi mana-mana persatuan belia yang menunjukkan prestasi yang baik. Kita akan memberi insentif berbentuk peruntukan tambahan supaya persatuan dapat menjalankan program dirangka,” katanya. Persidangan sehari itu yang dihadiri perwakilan KBS, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu antara lain membincangkan kajian hasil makmal kos sara hidup oleh MBM serta penyertaan belia dalam pertubuhan koperasi di negara ini. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment