BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


#PRKKAJANG !!! KURANG AJAR !!! OHHH #WAWI !!! #PKR MULA MAIN KOTOR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 20 Mar 2014 08:00 AM PDT


anda nampak tak gambar di atas ??? apa yang MPKJ buat tu ??? nampak tak bendera biru yang di angkut ??? ini namanya kurang ajar.takkan bendera pun kena cabut ??? habis tu kenapa tak cabut sekali bendera PKR ??? Nampaknya PKR sudah mula main kotor dalam kempen di PRK Kajang.MPKJ telah dikerah untuk mencabut bendera-bendera BN. 


Sebelum ini mereka telah kalah di dalam memasang bendera di Kajang.Memasang bendera PKR pun melibatkan pihak kontraktor.Tiada sukarelawan untuk menolong memacak bendera.Sekarang mereka dengki dengan sokongan penduduk-penduduk Kajang yang semakin meminati BN terutama calon BN,Datin Chew Mei Fun.Langkah terdesak adalah dengan menggunakan taktik kotor.BN harus membuat laporan rasmi kepada SPR mengenai penyelewengan kuasa ini.sepatutnya bendera biarkan dipacak,bukan di cabut !!! apa masalah MPKJ ni ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! KANTOI !!! #NURULIZZAH KENA HALAU DARI #KAJANG !!!

Posted: 20 Mar 2014 05:00 AM PDT


muahahaha kantoi sudah !!! kelmarin wan azizah kena halau,semalam giliran nurul izzah pulak kena halau oleh peniaga.


video di atas adalah rakaman yang jelas Wan Azizah kena 'sound' dengan peniaga gerai berasal dari Permatang Pauh yang menumpang berniaga di gerai di Sungai Kantan,Nurul Izzah Pula Kena Maki Dengan Makcik Gerai.Apalah nasib malang anak beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah.nurul izzah kena basuh dengan makcik gerai yang berniaga di Taman Mesra,Kajang.Apa tidaknya,makcik itu sudah berniaga sejak 11 tahun,akhirnya gerainya diarahkan roboh oleh Kerajaan PR Selangor.


Padan muka Nurul Izzah kena maki dengan makcik ni.Kata makcik berkenaan,sejak PR memerintah Selangor,gerai Melayu banyak yang kena roboh.Bila nak undi baru datang melawat.


'Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang.Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti,ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #MH370 !!! DI MANA SEMANGAT PATRIOTISME KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA ???

Posted: 20 Mar 2014 01:30 AM PDT



Apa sumbangan yang kita hulurkan ??? 

Apa sokongan yang kita berikan ??? 

Bila pesawat MH370 hilang tiba-tiba !!! 

Adakah kerana perbezaan politik kita terus menyerang kerajaan ???

Adakah kerana sikap benci,maka sewenangnya anda menyalahkan kerajaan ???

TOLONG BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS !!! 

MH370 : PATRIOTISME DAN POLITIK BENCI 

Sekarang adalah waktu-waktu yang sukar bagi Malaysia.Seluruh dunia memberi tumpuan berikutan kehilangan pesawat MH370.Ketika ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

"Lupakan soal perbezaan politik sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan usaha tersebut." 

Demikianlah pandangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika berbual-bual dengan wartawan Malaysia di Mauritius pada Selasa lalu.Beliau menjadi wakil kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib yang menangguhkan lawatan ke Mauritius berikutan peristiwa pesawat berkenaan.Sememangnya gesaan Mustapa tepat pada masanya memandangkan ketika ini media barat terus melakukan serangan kiri dan kanan,depan dan belakang kepada Malaysia.BBC London contohnya,setiap hari menjadikan berita tentang kehilangan pesawat ini sebagai tajuk utama tetapi semuanya dari sudut yang memperlekehkan Malaysia.Malah walaupun diberi peluang membuat liputan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),BBC merendah-rendahkan pasukan itu apabila menganggap pegawai dan anggota TUDM dalam pesawat tersebut hanya menjenguk dari tingkap sahaja bagi mencari MH370,maksudnya TUDM tidak menggunakan sebarang peralatan untuk berbuat demikian. Tetapi dalam soal media barat ini,ia bukanlah perkara baru apabila mereka menyerang Malaysia,namun apa yang lebih dikhuatirkan adalah bagaimana sebahagian daripada rakyat negara kita seolah-olah semakin luntur semangat patriotisme. 

Seruan pemimpin-pemimpin negara kita termasuklah Mustapa supaya kita bersatu dalam isu MH370 boleh diibarat seperti mencurah air ke atas daun keladi kepada mereka. Ini memandangkan bagi sesetengah ahli politik pembangkang, peristiwa kehilangan pesawat itu dijadikan peluru untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) apatah lagi ketika ini kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berlangsung.Mereka cuba meracuni fikiran rakyat apabila mendakwa kelewatan mengesan pesawat itu disebabkan kononnya ada kaitan dengan penyelewengan peruntukan dalam pembelian aset kerajaan khususnyKementerian Pertahanan.Walaupun mereka mengetahui kerajaan benar-benar perlu berhati-hati dalam menangani isu MH370 khususnya dalam membuat pengumuman perkembangan terbaru seperti mana yang dilakukan oleh Najib kelmarin,tetapi sesetengah pemimpin pembangkang tidak mempedulikan soal itu.Tetapi dalam masa sama mereka jugalah yang bersedia menyerang habis-habisan jika kerajaan tersilap membuat pengumuman yang boleh memalukan negara ini. 

Oleh kerana ada dalam kalangan pemimpin pembangkang mempolitikkan isu ini maka ia diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong mereka untuk turut berbuat demikian.Bacalah komen-komen dalam portal berita pro pembangkang,sudah pasti kita akan mendapati bagaimana politik kebencian akhirnya menyebabkan mereka semakin terhakis semangat patriotisme.Pelbagai komen,tohmahan dan fitnah dilemparkan malah lebih biadab lagi ada pula menjadikan peristiwa kehilangan pesawat MH370 bahan lawak.Dalam memperkatakan soal ini,cuba berfikir sejenak jika peristiwa seumpama ini yang menjadi tumpuan dunia berlaku di negara lain,adakah rakyatnya akan bersikap seperti mana sesetengah rakyat Malaysia ??? Beberapa peristiwa besar sebelum ini termasuk serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York membuktikan rakyat Amerika Syarikat bersatu menyokong pemerintah negara itu. Walaupun mereka mengetahui ada kelemahan dari segi perisikan negara itu namun mereka tidak mengambil kesempatan untuk menyerang pemerintah.Soal perbezaan politik diketepikan, tumpuan utama ialah bersatu keganasan dan menentang pencerobohan.Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Malaysia. Kita sukar untuk bersatu sehingga pengganas menceroboh negara ini pun seperti di Lahad Datu, Sabah mahu dipolitikkan. 

Keadaan ini amat bahaya kepada negara kerana akibat politik kepartian, semangat untuk bersatu semakin luntur, sebaliknya politik kebencian semakin disemarakkan.Sebahagian rakyat kita sudah tidak dapat membezakan yang mana harus dilihat dari sudut politik dan yang mana pula tidak boleh. Bagaimanapun apa yang berlaku sekarang semuanya dilihat dari sudut politik bukan sahaja dalam kes pesawat MH370 tetapi juga dalam perkara lain termasuklah keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi pemimpin pembangkang.Politik kebencian yang ditiupkan oleh pembangkang sejak penghujung 1998 mula membuahkan hasil dan ini adalah satu petanda buruk kepada negara.Ia terbukti apabila dari semasa ke semasa sebahagian rakyat semakin ghairah melakukan perbuatan yang mengugat keharmonian kaum dan agama serta bersedia memperlekehkan negara sendiri.Dalam isu MH370 ini pula, politik kebencian diiringi pula dengan politik taksub sehingga kejadian pesawat itu dikaitkan dengan keputusan mahkamah beberapa jam sebelum pesawat itu hilang. Penulis yang pulang ke Kedah semalam dimaklumkan pada Jumaat lalu dalam khutbahnya, seorang khatib di sebuah masjid di Permatang Pauh secara terbuka membuat kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu adalah pembalasan Allah. 

Alangkah jahilnya khatib tersebut yang begitu mudah membuat kesimpulan sedemikian tanpa usul periksa akibat hati dan minda sudah dibutakan dengan politik kepartian.Apa pun,saya percaya dan yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370.Biarlah puak yang mahu melihat ia dari sudut politik berbuat demikian kerana kelompok seumpama itu sudah tersongsang minda dan penglihatan mereka sebab itulah yang buruk mereka pertahankan dan yang baik mereka persendakan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #ANWARIBRAHIM MELAMPAU !!! PERLEKEH MISI MENCARI #MH370 !!!

Posted: 19 Mar 2014 10:00 PM PDT


Dunia seolah-olah terhenti seketika akibat kehilangan MH370.Suasana muram menyelubungi Malaysia dan seluruh dunia.Biarpun kejadian ini dianggap sebagai bencana,namun,hakikat bahawa pesawat tersebut 'hilang' dan bukannya disahkan sebagai mengalami kemalangan,memberikan harapan kepada mereka yang menanti.Namun,penantian itu cukup menyiksakan dan penantian yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran bukan sahaja kepada keluarga yang terlibat,tetapi juga kepada semua pihak yang bertanggungjawab mencari dan menyelamat.26 negara telah tampil membantu Malaysia dengan berbagai cara, sama ada dengan menawarkan aset untuk mencari dan menyelamat mahupun menyumbangkan tenaga dan kepakaran masing-masing.Malangnya,tiada satu pun petunjuk yang dapat membawa kita kepada MH370.Dalam keadaan di mana semua kepakaran dan kecanggihan peralatan masih gagal,kita tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang yakin bahawa beliau adalah individu yang paling layak menangani isu kehilangan MH370.    

Kenyataan Anwar tersebut dilaporkan oleh portal pro-pembangkang iaitu Malaysian Insider di bawah tajuk "Anwar takes a dig at Najib,says he can better handle international media interest in MH370".   

Menurut Anwar,Datuk Seri Najib takut untuk berhadapan dengan wartawan asing apabila enggan melayan soalan selepas Sidang Media Sabtu lepas.Sidang media itu diadakan berikutan bukti baru yang menunjukkan pesawat MH370 telah mengubah haluan secara sengaja dan terkawal.Kata Anwar,jika beliau yang diwawancara,maka beliau akan menjawab semua soalan wartawan.Untuk pengetahuan anda wahai Anwar,saya merasa musykil yang anda akan menjawab semua soalan wartawan kerana masih terngiang-ngiang lagi di telinga kita semua bagaimana beliau mengugut untuk menyaman wartawan hanya kerana bertanyakan soalan.Apakah Anwar belum menonton parodi 'U Ulang I Saman' yang cukup popular di youtube tidak lama dahulu ??? Sebuah sidang media tanpa membuka ruang untuk soalan adalah biasa dalam situasi di mana hampir tiada apa yang dapat disahkan.Apatah lagi dalam kes MH370 ini,sidang media diadakan begitu kerap di mana soalan-soalan yang dikemukakan berulang-ulang dan bertindih sedangkan perkembangan baru hampir tiada langsung.Dari kenyataan Anwar tersebut, tampak jelas yang beliau amat cemburu dengan perhatian yang diterima oleh Perdana Menteri.Mungkin penyakit gila glamour Anwar menjadi tidak terkawal apabila melihat gambar Perdana Menteri terpampang di dalam akhbar dan televisyen seluruh dunia.  Perasaan ingin menjadi Perdana Menteri membuak-buak di dada Anwar apabila melihat wartawan asing berebut-rebut untuk bertanyakan soalan kepada Datuk Seri Najib.       


Anwar juga menegaskan bahawa isu ini telah menyebabkan kepimpinan menjadi tumpuan dan sedang dinilai dari segi pengurusan negara.Menurut beliau lagi, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan kepimpinan yang mengejutkan dunia.Malah,berkali-kali Anwar menyebut mengenai kelemahan kepimpinan di samping 'menawarkan' dirinya sebagai alternatif untuk memimpin.Secara ringkasnya,Anwar menyifatkan semua yang berlaku ini sebagai 'ujian' terhadap kepimpinan.Nampaknya,dalam kita memikirkan nasib pesawat MH370,Anwar pula sibuk mempromosi diri.Anwar kemudiannya menambah bahawa wartawan asing kini lebih selesa bertanyakan soalan mengenai kehilangan pesawat itu kepadanya kerana beliau lebih berkebolehan dalam melayan pertanyaan mereka.Kenyataan ini sekali gus menimbulkan kemusykilan mengenai misteri kehilangan MH370.saya musykil bagaimana Anwar mampu menjawab soalan wartawan dengan lebih baik sedangkan beliau bukan di dalam pasukan yang menerima taklimat mengenai hasil siasatan.saya musykil bagaimana beliau yakin yang beliau mampu memberi jawapan yang pihak pencari dan penyiasat sendiri tidak mampu memberikannya kepada Perdana Menteri.saya musykil bagaimana Anwar mengaku boleh memberi lebih dari 'sekadar kenyataan' seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri.    

Anwar seolah-olah menyatakan kegembiraan kerana media kembali mencarinya,walaupun 'ada usaha' untuk meminggirkannya melalui kes liwatnya di mahkamah.Walaupun Anwar menegaskan yang beliau mampu menjawab semua persoalan,namun Anwar tidak pula menjelaskan kenapa isterinya,Wan Azizah telah menipu kononnya tidak mengenali Kapten Zaharie,iaitu juruterbang yang bertanggungjawab dalam MH370.sedangkan Zaharie adalah bapa saudara kepada menantu Anwar dan Wan Azizah.Lebih pelik lagi,Anwar merujuk kepada Zaharie seolah-olah beliau tidak lebih dari sekadar seorang penyokong tegar yang sanggup menghadiri rayuan kes liwatnya di mahkamah, seperti penyokong-penyokong lain.Anwar juga tidak menjelaskan kenapa PKR kelihatan kelam kabut membela Zaharie dan menepis sebarang prasangka terhadap juruterbang itu walaupun tiada siapa pun yang menuduh beliau bertanggungjawab.Malah,PKR menuduh UMNO sebagai berusaha menyalahkan Zaharie sedangkan persoalan mengenai sifat fanatik Zaharie terhadap Anwar ditimbulkan pertama kalinya oleh akhbar asing.Justeru, Laporan Malaysian Insider ini membawa kita kepada tiga persoalan iaitu : 

1.Bagaimana Anwar begitu yakin yang beliau mampu menjawab soalan wartawan dengan lebih baik daripada Perdana Menteri yang merupakan individu utama dalam menerima laporan perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370 ???   

2. Kenapa PKR begitu bersungguh-sungguh membela Kapten Zaharie ???  

3. Apakah maksud Anwar mengenai 'ujian terhadap kepimpinan' ??? Apakah MH370 'sengaja dihilangkan' untuk 'menguji' kepimpinan ???    

Para wartawan harus mengemukakan tiga soalan ini kepada Anwar dan berdoalah yang anda tidak akan disaman hanya kerana bertanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KELICIKAN #COMANGO UNTUK MENIPU UMAT ISLAM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 19 Mar 2014 07:00 PM PDT


Umat Islam di Malaysia pada dasarnya sedia maklum akan tuntutan-tuntutan COMANGO yang bertentangan dengan Islam.Antaranya ialah hak pengamal seks songsang dan juga hak untuk murtad bagi orang Islam.Selain itu,COMANGO juga lantang memperjuangkan hak memilih agama bagi anak-anak yang terlibat dalam penceraian di mana ibu atau bapa telah memilih untuk menukar agama.COMANGO berhujah berasaskan Child Rights Convention (CRC)  yang mana Malaysia telah menandatanganinya,namun tidak melaksanakan sepenuhnya dan pada 11 Mac lalu,COMANGO sekali lagi membawa tuntutan-tuntutan mereka ke UPR pusingan kedua dan mendesak agar CRC dilaksanakan sepenuhnya.Apa yang umat Islam di Malaysia mungkin terlepas pandang ialah dengan perlaksanaan CRC secara total,COMANGO boleh berhujah bahawa kanak-kanak di Malaysai tidak perlu tertakluk kepada agama ibubapa.   

Oleh itu,kes rakyat Malaysia di Sweden yang didakwa kerana memukul anak atas alasan mendidik cara Islam dikhuatiri menjadi rujukan utama dalam memperkatakan CRC di sini.Dengan sikap COMANGO yang begitu agresif,saya percaya,gabungan itu hanya memerlukan satu kes sahaja yang boleh dirujuk untuk mendesak agar kanak-kanak tidak diwajibkan mengikut agama ibubapanya.Walaupun COMANGO tidak mendesak kepada perkara ini secara terbuka,segala kemungkinan perlu difikirkan terlebih dahulu,dalam memperkatakan perlaksanaan CRC sepenuhnya,yang mana pada dasarnya kelihatan adil lagi murni.Ini kerana,kita cukup maklum akan kelicikan COMANGO dalam gerakan mereka.Kita tahu bahawa COMANGO adalah gabungan NGO yang memusuhi Islam walaupun gabungan itu menafikan sekeras-kerasnya.Hujah ini adalah berdasarkan sokongan COMANGO kepada Kristian dalam isu Kalimah Allah walaupun ia jelas berat sebelah serta tidak berpijak di bumi nyata.     COMANGO menyebelahi Kristian walaupun tidak mampu berhujah dengan bernas mengenai keperluan untuk Kristian menggunakan Kalimah Allah.COMANGO juga gagal menyenaraikan kebaikan mahupun keburukan kepada penganut  Kristian jika tidak menggunakan kalimah Allah.  COMANGO menyokong Kristian tanpa mengambilkira kesannya kepada perpaduan dan keamanan negara.    

COMANGO memilih untuk menyokong Kristian tanpa sedikit pun mengambilkira hujah di pihak Islam.Di masa yang sama,individu yang menerajui COMANGO sering menghina dan memperlekeh pihak yang mempertahankan Islam sebagai kolot mahupun bodoh.Sikap COMANGO ini memperlihatkan gabungan itu sebagai pihak yang jumud,tidak rasional dan emosional kerana tidak mampu menerima perbezaan pendapat serta fahaman.Justeru itu,umat Islam perlu berhati-hati dan berfikir jauh ke hadapan  dalam meneliti hujah COMANGO.Walaubagaimanapun,andainya Malaysia terpaksa melaksanakan CRC sepenuhnya, maka satu perkara yang COMANGO harus terima ialah ia perlu merangkumi semua agama.Ini bermakna,jika COMANGO berhujah bahawa kanak-kanak tidak harus mengikut agama ibubanya dan perlu menunggu usia dewasa untuk memilih agama sendiri maka penganut Kristian juga tidak harus membawa anak-anak mereka ke gereja lagi.Begitu juga dengan penganut Buddha dan Hindu.Adalah tidak adil jika COMANGO cuma melihat CRC dari sudut agama Islam dan cuba menghalang umat Islam mendidik anak dengan cara sendiri.Ibubapa bertanggungjawab dan berhak mendidik dan membentuk anak-anak mengikut cara masing-masing asalkan tidak memudaratkan si anak, mahupun masyarakat.    

Menyekat ibubapa dari mendedahkan anak-anak kepada agama yang dianuti secara langsung menafikan hak ibubapa itu sendiri.Jika COMANGO benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan hak asasi manusia, maka COMANGO juga wajib memperjuangkan hak ibubapa dalam menentukan agama anak- anak mereka.Akhir kata,anggaplah artikel ini sebagai peringatan kepada COMANGO agar tidak 'terbabas' dalam memperjuangkan hak asasi manusia.Ingatlah,semua perkara di dunia ini ada batasnya.Sesuatu yang tidak punya batasan adalah mustahil untuk dikawal.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! SAH !!! #WANAZIZAH #WAWI DIJANGKA KALAH PADA 23 MAC INI !!!

Posted: 20 Mar 2014 06:09 AM PDT


Umum mengetahui tentang permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.Rakyat Malaysia juga mengetahui tentang penglibatan keluarganya dalam arena politik Malaysia.Anwar juga seorang manusia yang tidak teragak-agak untuk mengamalkan kronisme secara terang-terangan.Beliau dengan tidak segan silu memasukkan kaum kerabatnya atas alasan perjuangan rakyat,tetapi sebagai rakyat Malaysia kita tahu bahawa segala-galanya adalah kerana cita-cita politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang tidak pernah kesampaian.Wan Azizah merupakan boneka bagi permainan politik suaminya.Jika semasa Anwar Ibrahim di penjara dahulu,Wan Azizah dijadikan papan tagan supaya kerusi Permatang Pauh tetap menjadi milik keluarga Anwar Ibrahim,kini khidmat Wan Azizah ditagih pula di dalam pilihanraya yang telah direka khas oleh Anwar untuk meluaskan kuasanya di negeri Selangor.



Walaupun "sokongan utuh" diberikan oleh penyokong Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah,namun begitu ianya tidak mendapat momentum yang sama daripada rakan- rakan mereka di dalam PR.Ini dapat dilihat apabila parti-parti utama di dalam PR tidak langsung menunjukkan kekuatan mereka di dalam PRK kali ini jika ingin dibandingkan di dalam pilihanraya yang lain.Rakyat sudah pun menunjukkan rasa tidak senang mereka dengan permainan politik Anwar Ibrahim.Ini dapat dilihat daripada jumlah kehadiran para penyokong PR di dalam program yang dibuat oleh merekaKeadaan ini sudah tentu merungsingkan Wan Azizah dan jenteranya.Jika dilhat dari pelbagai sudut,Wan Azizah sudah tentu mempunyai kekuatannya sendiri, tetapi oleh kerana pejuangannya hanya dilihat sebagai memperjuangkan Anwar Ibrahim dan bukannya untuk rakyat Malaysia,keputusan pilihanraya DUN Kajang ini seolah-olah telah pun berpihak kepada calon BN yang lebih ikhlas pendapat dan gerak kerjanya.



Wan Azizah berhadapan dengan bukan sahaja gerak kerja dari jentera UMNO tetapi beliau terpaksa menghadapi Datin Paduka Chew Mei Fun dan jentera MCA yang seolah-olah diberi satu motivasi dan nafas baru.Jika dahulu,MCA dibawah pimpinan Chua Soi Lek dikatakan lemah dan tidak bertaring,kini mereka bangkit semula. Diantara hikmah yang dapat dilihat dari PRK Kajang adalah kelahiran semula jentera MCA seperti Naga yang telah dikejutkan dari tidurnya dan sudah pastinya Naga ini akan bangkit dan membaham semua penipuan Pakatan Rakyat.Boleh dikatakan Wan Azizah tidak mempunyai peluang pun untuk memenangi pilihanraya pada kali ini.Dari sudut pandangan rakyat,Datin Paduka Chew Mei Fun pula adalah seorang Sri Kandi yang tidak pernah mengenal erti penat.Beliau tidak pernah berhenti memberikan khidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi berjawatan di dalam MCA ataupun sebagai ADUN.Khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh beliau benar-benar menyenangkan hati dan perasaan rakyat DUN Kajang.Datin Paduka Chew adalah sebenar-benarnya seorang pemimpin dan bukannya pemain politik seperti Wan Azizah dan seluruh ahli keluarganya. 




Sehingga artikel ini ditulis,Wan Azizah dianggap hanya sebagai pengacau kampung orang lain. "Track record" Wan Azizah yang teruk juga tidak dapat disorok lagi daripada mata rakyat.Kehadiran semula Wan Azizah di dalam dunia politik bukan sahaja menambahkan beban kepada PR,tetapi ianya menjadi ruang kepada pembocoran rahsia yang telah disimpan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Wan Azizah yang tidak pandai berpolitik tidak dapat lagi menghalang rakyat daripada melihat kejahatan Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan isterinya untuk mendapatkan kuasa dan menagih undi.PRK Dun Kajang merupakan titik tolak kepada dua perkara yang amat besar kepada sejarah politik Malaysia.ianya adalah masa dimana dunia dapat melihat kebangkitan semula Malaysian Chinese Association (MCA) di dalam memperjuangkan aspirasi Barisan Nasional (BN).PRK Dun Kajang juga merupakan kubur kepada PR yang sentiasa menipu dan memanipulasi akal dan hati rakyat Malaysia.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...