Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Diego Garcia? Apasal US Gelabah Saja Ni? #MH370 #PrayForMH370

Posted: 20 Mar 2014 06:12 AM PDT



Pelbagai teori mengenai kehilangan MH370, paling menarik apabila ada yang mengaitkan dengan airport Diego Gargia. Bagi Mc semuanya berkemungkinan. Tapi paling menarik apabila disentuh airport Diego Gargia tu, US macam mengelabah dan menafikannya secepat mungkin.

Baca bawah ni,



Terbaru kenyataan dari White House menolak sebarang kemungkinan MH370 mendarat di Diego Garcia -

The United States has ruled out the possibility of the missing Malaysian plane landing at its Indian Ocean base in Diego Garcia.

"I'll rule that one out," White House Press Secretary Jay Carney told reporters yesterday when asked about such news reports appearing mainly in the Chinese press.

sumber sini ( Business-standard )

Kehilangan MH370 ni membabitkan kuasa besar. Dalam keadaan sekarang, segalanya mungkin berlaku. Kerajaan Malaysia bukan bodoh, cuma ada maklumat yang tak boleh didedahkan, takut ia menganggu usaha menyelamat.

Kita patut berdoa supaya semuanya selamat, yakin dengan kerajaan, yakin dengan pasukan keselamatan. Kalau tak yakin, rasa pandai sangat, pergi cari sendiri!


McTheory:
Kalau tak dapat membantu, berdoalah.. jangan menyibuk sudah..

MISTERI! Malaysia Hantar Komando Elit Untuk Cari Pesawat #MH370 #PrayForMH370

Posted: 20 Mar 2014 02:12 AM PDT


Difahamkan sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara. Bagaimanapun, lokasi dan jumlah anggota terbabit adalah menjadi rahsia.

Penghantaran pasukan ini sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan komando elit pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara.


Pasukan Komando Malaysia sudah beberapa kali dihantar untuk membantu misi rahsia di luar negara. Pasukan komando kita diantara tentera negara Islam yang terbaik di dunia.

Selalunya misi rahsia, untuk mengempur kedudukan atau mendekati lokasi yang tidak dapat dihubungi secara terus.

Kita doakan mereka semua selamat berjuang untuk negara.

McTheory:
Terus berharap dan berdoa..

INFO! Isu #MH370 Anwar Terus Membodohkan Rakyat Malaysia!! #PrayForMH370

Posted: 19 Mar 2014 11:12 PM PDT




Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370?

Dimasa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat prihatin mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.



Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.


Persoalannya : 


Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya.

Dari Fuad Hassan

McTheory:
Kebodohan Anwar makin lama, makin mengarut!!

HOT! Anwar Akui Dia Lebih Hebat Dari Najib? #MH370 #PrayForMH370

Posted: 19 Mar 2014 08:19 PM PDT


Kalau dah gila tu, memang susah nak ubat. Kadang-kadang kesian gak dengan Anwar ni. Dia punya meroyan nak jadi PM sampai kita tengok dia macam orang hilang akal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencanang dirinya sebagai pemimpin yang paling layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya..sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab. Kalau wawancara Najib, Najib beri kenyataan saja. Jadi lebih baik saya ganti dia.

"Sekarang ini terbalik. Daripada nak padamkan Anwar, sekarang semua media antarabangsa mula wawancara saya semula," katanya dalam satu ceramah di Sungai Sekamat, malam tadi.



Anwar juga terus memperlekehkan Najib sebagai tidak berani berdepan dengan media antarabangsa.

Ujarnya, kegagalan Najib berbuat demikian memalukan dan mencerminkan ketidakmampuan pemimpin nombor satu negara itu berhadapan dengan dunia bagi menangani krisis tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah cukup malu dengan kelemahan kerajaan menguruskan insiden tersebut yang sehingga hari ini masih menemui jalan buntu.

"Kalau orang tak boleh tanya orang nombor satu di Malaysia, nak tanya siapa lagi? Dia (Najib) bertanggungjawab. Saya hairan sebab satu dunia mengatakan dia tak sanggup berdepan dengan media antarabangsa. Dia biasa dengan Utusan dan TV3 saja.

"Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita. Itu menunjukkan kelemahan yang mengejutkan dunia," ujarnya.

Dalam ceramah yang sama, Anwar dalam pada itu terus menghentam kerajaan berhubung penglibatan bomoh yang katanya hanya menjadi 'nilai tambah' yang bukan saja memalukan negara, malah menjatuhkan maruah umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab 'membanteras' perkara syirik tersebut walaupun telah diugut saman oleh bomoh berkenaan.

"Tiga malam lalu Tok Guru Haron Din kata kepada saya supaya memastikan setiap ucapan saya mesti menegur dan beritahu umat Islam bahawa kerja syirik jangan kita subahat, dan keduanya ianya memalukan, menjatuhkan maruah umat negara kita. Jadi saya jalankan tanggungjawab saya," katanya.


Ketika negara menjadi tumpuan masyarakat dunia, kemunculan tiba-tiba 'bomoh jutawan' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang kononnya ingin membantu mencari pesawat itu, memburukkan lagi keadaan.

Rakaman ritual bomoh itu yang dimuatnaik ke laman internet menjadi viral dan menyaksikan ratusan video 'parody' dari seluruh negara dihasilkan masyarakat dunia.

Selain mentertawakan Malaysia, mereka juga mengkritik perbuatan tidak masuk akal bomoh itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan akan mengambil tindakan terhadap bomoh itu. -  Antara Pos

HOT! Sebenarnya Pesawat #MH370 di Sembunyikan Makhluk Ghaib? #PrayForMH370

Posted: 19 Mar 2014 06:23 PM PDT

Gambar hiasan


Lepas kat Malaysia ada bomoh doremi, kini muncul bomoh dari Indonesia.

Mungkin dia ni jeles tengok bomoh Malaysia buat aksi tikar terbang dan teropong ajaib. Sebab tu dia pun muncul bagi kenyataan,

Satu lagi spekulasi baru telah muncul namun kini datangnya dari negara seberang, Indonesia. Walaubagaimanapun, spekulasi ini tidak harus diterima dan dijadikan petunjuk konkrit kerana ia datangnya dari seorang bomoh Indonesia!

Bomoh wanita yang berasal dari Sumatera Utara , bernama Ani (48), kononnya menjelajah secara ghaib mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terhempas di kawasan paya di sebuah lembah di Vietnam.

"Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dalam penerbangan itu sepertinya berada di satu lembah dengan hutan yang amat tebal ," Kata Ani yang ditemui di Medan oleh pemberita Portal Indonesia, Antara , Khamis (13/3/2014) .

Tambahnya lagi, kawasan itu kini "dikuasai" makhluk-makhluk ghaib. Namun, Ani turut mendakwa kedudukannya akan diketahui dalam beberapa hari lagi. Ani juga mengatakan orang biasa pasti sukar menerima perkara ghaib yang diceritakannya.

"Saya lihat lokasi pesawat MH370 bukan di Laut Cina Selatan mahupun di perairan Selat Melaka, tapi di suatu lembah paya". Ujar Ani bersama suaminya, Upit yang kini tinggal di Jalan Pancasila Tembung Permatang Kuching, Kabupaten Deliserdang , Sumatera Utar. - Sumber: Okezone.com
Anggap ni sebagai cerita cerpen yang direka semata-mata. adeh laa..

 

McTheory:
Kalau tanya bomoh, memang kena ada makhluk ghaib ka? Jawapan standart dari persatuan bomoh-bomoh dunia kot?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...