UMNO Online - “Campur Tangan Kerajaan Bukan Faktor Indeks Kebebasan Akhbar Bagi Malaysia Menurun” plus 9 more

UMNO Online - “Campur Tangan Kerajaan Bukan Faktor Indeks Kebebasan Akhbar Bagi Malaysia Menurun” plus 9 more

Link to UMNO Online

Campur Tangan Kerajaan Bukan Faktor Indeks Kebebasan Akhbar Bagi Malaysia Menurun

Posted: 24 Mar 2014 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Campur tangan kerajaan bukanlah factor utama kepada berlakunya penurunan kedudukan Malaysia sebanyak 23 tangga dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2013.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan semata-mata sebagai punca tunggal kepada kurangnya kebebasan media kerana terdapat faktor penyumbang yang lain.

“Tanggapan orang ramai yang menganggap kebebasan akhbar musuhnya adalah kerajaan tidak semestinya betul, saya juga bimbang kedudukan kita merosot,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Perancis menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga 145 daripada 179 buah negara tahun lepas berbanding kedudukan ke-122 pada tahun sebelumnya.

Ahmad Shabery berkata faktor campur tangan daripada individu tertentu yang berpengaruh juga menyumbang kepada penurunan itu.

“Kalau kejap-kejap (media) kena saman dan larangan liputan beberapa akhbar oleh sesetengah parti politik juga telah menurunkan indeks kebebasan akhbar.

“Misalnya orang yang boleh mengawal contohnya dari pejabat seorang ketua menteri, dia terus telefon editor akhbar untuk memastikan apakah sepatutnya menjadi tajuk muka depan akhbar, ia mencampuri urusan akhbar untuk berjalan dengan baik ini juga menyebabkan berlakunya penurunan ranking kita,” kata Ahmad Shabery.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk penambahbaikan dalam usaha mempertingkatkan kebebasan media di negara ini termasuk kelonggaran pengeluaran permit akhbar.

“Kalau dahulu permit suratkhabar perlu diperbaharui setiap tahun, tapi sekarang tidak ada, secara automatik permit diluluskan kecuali akhbar itu melanggar peraturan, tetapi kenapa ranking kita jatuh.

“Negara seperti Filipina tiada permit tetapi rankingnya di bawah kita, Indonesia setelah habisnya rejim Suharto langsung tidak ada permit tetapi kedudukannya tidak pula melambung.

Kebebasan, Demokrasi Semakin Difahami Rakyat – Tun Musa Hitam

Posted: 24 Mar 2014 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Kebebasan dan demokrasi di negara ini dilihat masih diterima dan semakin difahami rakyat, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Musa berkata buktinya setiap individu dan kumpulan menggunakan demokrasi dan kebebasan dalam setiap tindakan mereka yang menjadikan ia subur di negara ini.

“Lebih-lebih lagi dengan adanya demokrasi digital ia digunakan oleh golongan kelas pertengahan yang besar dan terpelajar berbanding zaman saya dahulu yang hanya dilihat sebagai satu bahagian kecil dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama Radio 24 di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Musa berkata sehubungan itu, pemimpin kini perlu telus dan bermaklumat dalam mengeluarkan idea serta bersedia menerima segala cadangan atau kritikan daripada rakyat.

“Sebab itu kenapa pemimpin perlu telus, mesti bersedia dan mesti mampu menyuarakannya, kalau merepek habislah demokrasi kita,” katanya.

Dalam program berkenaan, Musa yang pernah menjadi Menteri Pelajaran (1978-1981) juga menekankan mengenai kualiti yang perlu dimiliki pelajar selain mengekalkan kecemerlangan akademik.

“Saya berpandangan mereka harus terima bahawa pendidikan meliputi keseluruhan. Mereka harus hadapi realiti dunia, berfikiran luas, pandai bergaul dan menanam sikap keyakinan diri yang tinggi terutamanya di kalangan pelajar Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) berkata persidangan WIEF kali ke-10 tahun ini akan diadakan di Dubai pada 28 hingga 30 Okt depan.

“Lokasi Dubai sebagai tempat persidangan WIEF ke-10 merupakan satu galakan kepada WIEF sendiri setelah penganjuran WIEF ke-9 tahun lalu di London mendapat sambutan menggalakkan.

Fokus WIEF ke-10 kali ini masih belum dipastikan, namun ia akan berasaskan kepada maklum balas persidangan di London dan juga mengambil kira kehendak hos (Dubai) yang bercadang menjadi pusat ekonomi Islam sedunia,” katanya.

WIEF yang ditubuhkan pada 6 Mac, 2006, menyasarkan untuk meningkatkan kebajikan ekonomi masyarakat dan negara Islam di seluruh dunia dengan meningkatkan dagangan dan peluang perniagaan sesama mereka selain di dunia.

Pada edisi ke-9 forum itu di London tahun lepas, WIEF menerima perakuan global apabila berjaya menarik 2,800 perwakilan dari 128 negara.

PM Najib Razak Press Statement On MH370 (24 March 2014, 10PM)

Posted: 24 Mar 2014 07:25 AM PDT

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370′s flight path.

sidang-media-najib-hisham-azharuddin-sahih-lautan-hindi-mh370-pwtc

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

Penerbangan MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi – Najib

Posted: 24 Mar 2014 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

sidang-media-najib-hisham-azharuddin-sahih-lautan-hindi-mh370-pwtc

“Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

“Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perdana Menteri berkata Malaysia Airlines telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan itu.

“Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini,” kata Najib.

Beliau berkata maklumat lanjut berhubung perkembangan ini akan diumumkan esok.

Najib berkata sidang akhbar yang tidak dijadualkan malam ini diadakan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai perkembangan baharu itu dengan secepat mungkin.

“Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini,” katanya.

Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang juga hadir pada siding akhbar berkenaan kelihatan menitiskan air mata ketika pengumuman itu dibuat.

Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Usaha mencari dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke sebelah utara Thailand, manakala koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Operasi SAR MH370 disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan lebih 27 negara.

Fokus Di Koridor Selatan Tidak Jejas Operasi Koridor Utara – Hishammuddin

Posted: 24 Mar 2014 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac kini bertumpu di koridor selatan setelah satelit beberapa negara mengesan objek-objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu di kawasan berkenaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalam masa sama usaha pencarian di koridor utara tetap dilaksana, cuma pada skala lebih kecil.

“Tumpuan kita tetap menjurus kepada dua koridor tapi dengan ‘lead’ dan maklumat terbaharu daripada Perancis, China dan Australia sudah tentu banyak aset kita ditumpukan di koridor selatan.

“Kalau itu dapat disahkan, maka kita tidak teragak-agak untuk bawa semua aset kita dan (aset) negara-negara yang membantu kita ke koridor selatan. Selagi pengesahan tidak berlaku, itu tak adil kepada keluarga penumpang-penumpang untuk kita hanya tumpukan kepada koridor selatan,” katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370 di sini, hari ini.

Khamis lepas, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan mengenai imej dua objek yang dicerap oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan MH370. Ini disusuli pengumuman kerajaan China mengenai imej objek yang dikesan oleh satelitnya tidak jauh dari lokasi awal, pada Sabtu.

Semalam, satelit pihak berkuasa Perancis turut mencerap imej beberapa objek di sekitar kawasan tersebut.

Usaha pencarian MH370 kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi (waktu Malaysia) hari yang sama.

Sehingga hari ini, nasib pesawat itu dan mereka yang menaikinya masih belum diketahui selepas operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara gagal mengesan sebarang petunjuk sahih.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata belum ada rumusan awal boleh dibuat berhubung kehilangan pesawat MH370 dan mengulangi penegasan bahawa perkara tersebut bergantung kepada rakaman kotak hitam pesawat berkenaan.

Ditanya apakah mungkin individu dalam pesawat itu yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan, Hishammuddin berkata: “Kami tidak menolak sebarang kemungkinan.

“Akan tetapi petunjuk lain berkaitan tiada nota tebusan, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab menimbulkan lebih banyak spekulasi,” katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan secara menyeluruh, justeru semua pihak perlu berlaku adil kepada pasukan penyiasat.

“Kami tidak boleh dedahkan semuanya. Jika saya jawab soalan itu, bermakna saya juga membuat spekulasi,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan tentera Amerika Syarikat akan menghantar alat pengesan kotak hitam di kawasan perairan selatan Lautan Hindi, Hishammuddin berkata perkara itu perlu disahkan oleh pihak US Pacific Command.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini penggunaan alat itu termasuk ‘Towed Pinger Locater 25′ adalah tidak realistik selagi serpihan-serpihan yang dikesan belum disahkan milik pesawat MH370.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan semua maklumat yang diberi adalah tepat masa.

Beliau juga menafikan wujud sentimen anti-Malaysia di China susulan laporan wakil media Malaysia tidak dibenar memasuki bilik taklimat.

“Mereka (keluarga penumpang MH370) bukan saja hargai tapi mereka harap operasi SAR diteruskan. Tentang media tidak dibenarkan, kita akan lihat supaya ia tak berulang,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal berita, media Malaysia yang berada di Beijing dikatakan telah menerima layanan buruk sehingga memaksa mereka menyamar sebagai media dari negara lain bagi tujuan keselamatan dan mengelak perkara buruk berlaku.

Terima Kasih Jentera dan Pengundi BN, PRK Kajang Perkukuh Kerjasama Mantap

Posted: 24 Mar 2014 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang kerana telah memberi sokongan bukan sahaja dari segi moral tetapi pelaksanaan jentera yang kukuh dan mantap.

tengku-adnan-menteri-wilayah-cabut-undi-unit-baru-sungai-besi-penduduk

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) memaklumkan walaupun calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak mencapai kemenangan dalam pilihan raya yang berlangsung semalam tetapi semangat dan sokongan yang disalurkan oleh anggota jentera dan penyokong BN amat bermakna.

"Biarpun BN tewas, namun semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para penyokong parti akan tetap diteruskan agar kesinambungannya dapat terus dirasa untuk kejayaan di lain kali," katanya.

Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi, calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sementara calon BN meraih 11,362 undi.

Lantaran itu, katanya, biarpun BN tewas tetapi ternyata masih mendapat sokongan dari kalangan penduduk tempatan khususnya dalam meneruskan agenda parti dan kerajaan ke arah kemajuan dan kebajikan masyarakatnya.

"Insya-Allah, biarpun calon BN tidak terpilih sebagai wakil rakyat di sini tetapi, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bagi membela kebajikan dan kesejahteraan penduduk."

Katanya lagi, walaupuan BN tewas dalam PRK tersebut, namun jentera BN telah menunjukkan satu kerjasama yang mantap apabila semua anggota komponan berusaha bersama-sama tanpa melihat kepada perbezaan agama, kaum dan kepercayaan masing-masing.

Justeru, beliau menyeru seluruh pengundi dan jentera BN di Kajang agar meneruskan kerja kuat dan menggembeling tenaga bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hasrat 1Malaysia untuk kejayaan dan kecemerlangan akan datang.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Hasrat Anwar bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus menyebabkannya hilang kelayakan.

Kemenangan PKR itu tidak mengubah kedudukan kerusi DUN Selangor dengan menguasai 14 kerusi dan BN kekal dengan 12 kerusi manakala dua lagi parti yang tidak bertanding iaitu Pas serta DAP memiliki 15 kerusi. – MediaUMNO

terima-kasih-semua-prk-kajang-selangor-bn

MH370 Press Briefing By Hishammuddin Hussein, Minister Of Defence And Acting Minister Of Transport (24 March 2014, 530 PM)

Posted: 24 Mar 2014 03:17 AM PDT

Introductory statement
The search for MH370 continues. Over the past few days, new leads from satellite data have focused our search and rescue operations in the southern corridor. Our partners continue to deploy assets to assist us, as we work to narrow the search areas.

Operational update
Yesterday, 18,500 square nautical miles were searched in the Australian search area.
Two orange objects approximately one metre in length and one white coloured drum were sighted by search aircraft, but remain unidentified and have not been conclusively linked to MH370.

sidang-media-menteri-pengangkutan-pertahanan-hishammuddin-pwtc-mh370

HMAS Success detected two radar targets within the search area, but could not locate the targets on further investigation of the area.

Earlier today, a Chinese search plane reportedly sighted objects in the Australian search area. These objects are not in the vicinity of those which were identified by the Australian authorities last week.

A few minutes ago the Prime Minister received a call from the Prime Minister of Australia, who informed him that an Australian search aircraft had located two objects in the Australian search area, one circular and one rectangular.

HMAS Success is in the vicinity and it is possible that the objects could be received within the next few hours, or by tomorrow morning at the latest.
Three search areas, totalling approximately 20,000 square nautical miles, have been identified for operations today. RCC Australia anticipates that 10 aircraft will be used.

HMAS Success remains the only vessel in the search area. A number of Chinese vessels are expected to commence arriving within the search area on 25th March.
3 aircraft – 2 from Japan and 1 from the UAE – have already departed from Subang today and are en route to the southern corridor.

6 Malaysian ships, with 3 ship-borne helicopters, are now in northern part of the southern corridor. 10 Chinese ships are in the southern corridor, carrying out search and rescue operations. HMS Echo is currently refuelling in the Maldives and will be sailing to the southern corridor this evening.

In the northern corridor, Turkmenistan have confirmed they have not had any sightings of MH370 on their radar. Each piece of information we receive from our partners in the northern corridor helps us to continuously narrow the corridor.

Satellite images
New leads into MH370's possible location have come from satellite data. This was one of the four tools we identified that could narrow the search area, along with surveillance radar data, increasing surface and air assets, and bringing in more technical experts.

The most recent images were obtained by French satellites, which captured radar images of potential objects in the vicinity of the southern corridor on 21st March. These images were received by Malaysia on the evening of the 22nd March, and were relayed to RCC Australia on the morning of the 23rd March, as they are leading the search in that particular area of the southern corridor.

This morning we have received a further set of images from French satellites, this time captured by cameras. These images were taken yesterday and have been relayed to RCC Australia.

Family briefings
Yesterday, the high-level team met with families in Beijing for more than eight hours.

The families asked many questions, and made detailed requests for radar readings and other data. Some of these questions could not be answered, and some of the data they requested was still being held by the investigation, as is standard procedure in investigations of this sort.

After meeting with the families for a total of more than twelve hours, and taking hundreds of questions, the high-level team has returned to Kuala Lumpur to discuss the matters raised at the meetings. They will return to Beijing tomorrow to continue.

The briefings in Kuala Lumpur over the last two days went smoothly, and the families responded as positively as could be expected, with the families engaging with representatives from the relevant authorities.

It has always been our intention to keep the families as fully informed as possible. We continue to do so.

Specific questions
There are a few specific questions I would like to respond to.

On the police investigation, we can confirm that the police have interviewed more than a hundred people, including families of both the pilot and co-pilot.

As far as the transcript is concerned, the technical committee is considering releasing it and we will keep you informed about the decision.

The Inspector General of the Police will attend tomorrow's press conference to answer further questions on the investigation.

We can also confirm that MH370 was carrying wooden pallets. However, there is as yet no evidence that these are related to the wooden pallets reportedly sighted in the Australian search area.

Concluding remarks
The search for MH370 has taken us halfway around the world. At the moment there are new leads, but nothing conclusive. Our thoughts continue to be with the families who are still waiting for news. In the meantime, we are grateful for the on-going co-operation shown by our partners in this multinational search.

ENDS

M’sia Diunjur Catat Pertumbuhan Antara 5-6 Peratus Jumlah Dagangan Pada 2014: Mustapa

Posted: 24 Mar 2014 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan antara lima dan enam peratus dalam perdagangan pada 2014, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pemulihan meluas kini dicatat dalam eksport barangan elektrik dan elektronik manakala lebihan dagangan bertambah baik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Kita telah mencapai kemajuan dalam dua bulan pertama. Prestasi dicapai mengatasi rekod pada tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Mustapa bercakap kepada pemberita selepas pelancaran buku oleh bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, di sini hari ini.

Buku “21st Century Economics in the Muslim World,” ialah himpunan pandangan mengenai isu ekonomi semasa dengan tumpuan khusus untuk mereka yang mengikuti perkembangan dalam dunia Islam.

Perdagangan Malaysia berkembang 4.6 peratus kepada RM1.36 trilion pada 2013 berbanding RM1.309 trilion pada 2012, disokong oleh prestasi eksport lebih baik.

Lebihan dagangan tahun lepas mencapai RM70.63 bilion. Ia adalah tahun ke-16 berturut-turut negara mencatat lebihan dagangan.

Mustapa berkata pasaran eksport tradisional Malaysia, iaitu Timur Laut Asia dan negara anggota Asean, kekal penting kepada negara.

“Kita juga mempunyai dagangan yang baik dengan dunia Islam, seperti negara anggota Majlis Kerjasama Teluk dan di Afrika Utara.

“Kami harap keadaan akan menjadi stabil dalam tempoh beberapa bulan ini di negara-negara Afrika Utara untuk membolehkan eksport kita ke sana dipulihkan,” katanya.

Sementara itu, Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) berkata perbankan dan kewangan Islam sebenarnya merupakan industri baharu dalam pasaran global.

“Masih banyak kerja perlu dijalankan dari segi menyelaras dan menyeragamkan peraturan dan syarat. Banyak seminar dan perbincangan diadakan hampir setiap hari atau minggu.

“Peserta datang dari seluruh pelosok dunia dan kami mencapai kemajuan yang baik,” katanya.

Kehadiran Sukarelawan Suntik Semangat Kepada Keluarga Penumpang Pesawat MH370

Posted: 24 Mar 2014 03:09 AM PDT

BANGI, 24 Mac – Kehadiran sukarelawan daripada Tzu-Chi Buddhist Foundation turut memberi kesan positif kepada keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Seorang sukarelawannya Chen Li Zhu berkata kehadiran mereka ke Hotel Bangi-Putrajaya boleh diibaratkan sebagai kaunselor untuk mententeramkan emosi anggota keluarga berkenaan yang kadang kala didapati tidak begitu stabil.

“Emosi mereka akan berubah jika mendapat perkhabaran baharu mengenai pesawat yang hilang itu. Justeru kehadiran kami ke sini sekurang-kurangnya dapat menenangkan mereka ketika menghadapi saat-saat sukar seperti ini,” katanya.

Sementara itu pegawai perhubungan awam pertubuhan tersebut, Chong Chuan Yit berkata yayasan itu menempatkan 10 anggota untuk memberi sokongan moral kepada anggota keluarga terbabit.

Beliau berkata pertubuhan itu mula berkhidmat untuk anggota keluarga sejak hari pertama kehilangan pesawat.

“Kita turut bertindak sebagai penghubung antara Malaysia Airlines dengan anggota keluarga di China memandangkan syarikat penerbangan negara tersebut kekurangan kakitangan yang fasih berbahasa Mandarin,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 21 anggota keluarga dari China, enam dari India dan satu dari New Zealand masih berada di Hotel Bangi-Putrajaya bagi mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ke-16 hari ini.

Keluarga penumpang warga China dipindahkan Sabtu lepas ke hotel itu dari Hotel Cyberview kerana telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia.

Tiada Permohonan Keluar Dari Agama Islam Direkodkan

Posted: 24 Mar 2014 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Tiada sebarang rekod dicatat mengenai permohonan daripada masyarakat Islam, termasuk saudara baharu yang ingin keluar daripada agama Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ketiadaan rekod itu adalah kerana tiada permohonan keluar Islam direkodkan dari mana-mana Mahkamah Syariah.

“Setakat ini tiada permohonan, kecuali permohonan menentukan status agama yang dipohon oleh individu berikutan kekeliruan dalam sijil kelahiran, kad pengenalan atau sijil akuan memeluk Islam.

“Mahkamah Syariah akan menimbang permohonan bagi menentu status agama bagi mengelak kekeliruan semasa pendaftaran nama terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dr Ko ingin tahu mengenai bilangan Muslim Melayu yang keluar daripada Islam dalam tempoh 10 tahun lepas serta bilangan bukan Islam yang memeluk agama Islam dalam tempoh sama.

Jamil Khir berkata bilangan mereka yang memeluk Islam perlu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merekodkan seramai 4,520 bilangan orang yang memeluk Islam bagi tempoh 2008 hingga 2012,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...