BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BREAKING NEWS !!! #MH370 !!! PM DS @NAJIBRAZAK SAH KAN PESAWAT TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI !!!

Posted: 24 Mar 2014 08:02 AM PDT


Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak #MH370 - 24/03/14
 
Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB).Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat,syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.
 
Berdasarkan analisis baru mereka,Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi,barat Perth.
 
Ini adalah lokasi yang jauh,jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin.Oleh itu,adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa,menurut ini data baru,penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.
 
Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut.Dalam pada itu,kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal.Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.
 
Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini.Bagi mereka,beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

KETIKA INI SAYA TENGAH SEDIH SELEPAS MELIHAT KENYATAAN INI 

ADAKAH INI BENAR BERLAKU ??? :-(

AL-FATIHAH...

ANALISIS PENUH #PRKKAJANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Mar 2014 06:18 AM PDT


Keputusan PKR memilih Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail antara faktor membolehkan beliau menang selesa walaupun undi diperolehi pada PRK DUN Kajang, merosot sedikit.Ini kerana pengundi melihat Presiden PKR itu tiada liabiliti berbanding suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bertanding selepas Adun PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan akhir Januari lalu.

Malah,pada peringkat awal ketika Anwar diumumkan akan bertanding, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh mengurangkan majoriti 6,824 yang diperolehi Lee pada PRU 13.
Tinjauan awal ketika ini mendapati penduduk Kajang sudah muak dengan isu peribadi Ketua Pembangkang itu yang berdepan perbicaraan kes liwat dan isu moral yang pernah dinafikannya.

Bagaimanapun,perasaan kecewa dengan Anwar dikatakan berubah sebaik Wan Azizah dicalonkan menggantikan suaminya yang hilang kelayakkan bertanding selepas dihukum penjara lima tahun kerana disabit kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebilangan pengundi yang sebelum ini dijangka memihak kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun kembali menyokong PKR dengan memberi undi kepada Wan Azizah atas faktor beliau tidak bermasalah seperti Anwar.

Selain itu,Kajang Move turut memberi pengaruh kepada pengundi di kawasan tersebut untuk memilih Wan Azizah.
Ianya bukan kerana untuk menukar Menteri Besar tetapi mereka percaya cakap-cakap pembangkang bahawa itu langkah mudah ke Putrajaya.Mesej lain selepas keputusan pengundian pada Ahad membuktikan pengundi-pengundi Cina masih setia dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun BN berkempen dengan menonjol Chew sebagai pimpinan baru MCA selepas pemilihan baru-baru ini, pengundi-pengundi Cina tidak melihat itu boleh membawa kebaikan kepada mereka.
Lihat sahaja peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina, mereka menguasai peratusan dan sanggup memilih Wan Azizah berbanding Chew walaupun Naib Presiden MCA itu satu keturunan dengan mereka.Chew hanya mendapat 11,362 undi berbanding Wan Azizah yang memperolehi 16.741 undi.

Untuk rekod, Lee memperolehi 19,571 undi manakan calon BN Lee dapat 12,741 undi pada PRU 13.
Dengan majoriti 6,824 diperolahi Lee dan 5,379 oleh Wan Azizah, bermakna Chew dapat mengurangkan 1,445 undi pada PRK ini.Inilah suka duka yang diharungi Wan Azizah dan Chew pada PRK DUN Kajang.

Ia juga membawa makna yang menang tidak dapat kesemuanya manakala yang kalah tidak kehilangan kesemuanya.
Lagipun,mood PRU 13 yang baru 10 bulan berlalu masih kuat dijiwa sebilangan besar pengundi DUN Kajang jika keputusan PRK Kajang ini diambil kira.

Bagaimanapun,pada PRK kali ini,peratusan pengundi keluar mengundi merosot sebanyak 16.4% apabila hanya 72% (28,314 orang) pengundi berbanding pada PRU13 sebanyak 88.4% atau 34,920 orang.
Pagi tadi,Pengerusi Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mensasarkan 80% pengundi untuk keluar mengundi namun sasaran itu gagal dicapai.Walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat, namun sasaran mereka untuk menambah undi majoriti gagal dicapai.

Apatah lagi omongan kosong Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mencanangkan pembangkang mahu memastikan bukan sahaja Chew tewas tetapi hilang deposit.

Dengan kemenangan ini, apakah agenda seterusnya PKR?

Juga ingin diketahui sama ada Wan Azizah akan menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka yang telah mengundinya atau berjuang dalam Reformasi 2.0 kononnya bagi menuntut keadilan untuk Anwar. -bnbbc.my

EKSKLUSIF !!! BOLEH KAH #WAWI #WANAZIZAH JADI PERDANA MENTERI WANITA YANG PERTAMA DI MALAYSIA ???

Posted: 23 Mar 2014 07:00 PM PDT


semalam,wan azizah telah menang dan menjadi ADUN bagi kajang.adakah wan azizah benar-benar berkhidmat untuk rakyat selepas ini ??? lupa kan cerita ini dulu.saya nak anda fikirkan soalan saya di atas.Slogan PKR sebelum ini dalam menghadapi PRK Kajang,iaitu 'Dari Kajang ke Putrajaya' memaksa saya berfikir sebentar.Apa kena mengena Kajang dan Putrajaya ???  Dan apakah hubungkait antara kerusi ADUN Kajang dengan kerusi Putrajaya ??? Bagaimanakah Kajang mampu membawa calon PKR ke Putrajaya ??? Persoalan ini rupa-rupanya turut ditanya oleh negarawan kesayangan kita iaitu Tun Mahathir Mohamad.Beliau menyimpulkan bahawa Wan Azizah, telah 'tersesat' jalan jika hendak ke Putrajaya melalui Kajang.Ini kerana kerusi Kajang adalah kerusi Dewan Undangan Negeri dan kuasa DUN hanyalah terhad di dalam kawasan sendiri dan paling tinggi pun boleh mempengaruhi pentadbiran di peringkat negeri.Untuk ke Putrajaya,Wan Azizah perlu bertanding Parlimen,bukan DUN.Justeru,Tun Mahathir meminta mana-mana pihak memberitahu Wan Azizah bahawa jalan yang diambilnya itu silap dan tak mungkin mampu membawanya ke Putrajaya.saya harap,adalah dari pihak PKR yang menasihati Wan Azizah berkenaan hal ini.Meletakkan Putrajaya sebagai matlamat PRK membuktikan bahawa PKR tidak pernah berniat untuk berkhidmat kepada rakyat Kajang.  

Niat PKR adalah kuasa memerintah semata-mata.Malah,jika dilihat dari kempen PKR,parti itu hampir tidak langsung menyentuh isu-isu setempat mahupun perancangan mereka untuk Kajang.Memandangkan Kajang sememangnya berada di bawah parti itu sebelum ini,maka sebarang pengumuman perancangan baru untuk Kajang pastinya kelihatan janggal.Sekiranya Wan Azizah mengumumkan perancangan baru,maka rakyat pasti bertanya,kenapa perlu bertukar ADUN sekiranya PKR telah mempunyai perancangan untuk Kajang ??? Mengapa perlu membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu ??? Kita faham bahawa slogan 'dari Kajang ke Putrajaya' dipilih dengan mengambil 'Anwar' sebagai subjeknya.Mungkin,Anwar melihat Kajang sebagai batu loncatan untuk menjadi Menteri Besar dan seterusnya memanjangkan tangan ke dalam kewangan Selangor sambil mendekatkan diri dengan Institusi diRaja. 

Dari situ,Anwar bercadang untuk mengorak langkah ke Putrajaya dalam dua cara iaitu, 

1.  sekiranya beliau tidak diterima baik sebagai Menteri Besar, maka beliau akan menggerakkan pemberontakan besar-besaran dan 

2.  sekiranya beliau diterima,maka jalan ke Putrajaya akan dibina dari kewangan Selangor.      

Rayuan kes liwat yang diumumkan dalam tempoh yang sama,akan membantu beliau menggandakan semangat penyokongnya untuk mengadakan pemberontakan sekiranya perlu.Memandangkan Anwar telah didapati bersalah,maka Wan Azizah dijadikan galang ganti sekadar sebagai simbol kepada penguasaan Anwar.Wan Azizah telah terbiasa dengan jawatan sebagai 'simbol' Anwar di dalam parti sejak dari pemecatan Anwar dari kerajaan lagi.Justeru,slogan dari Kajang ke Putrajaya telah tidak ditukar dengan harapan dapat menggunakan strategi dan skrip yang sama dengan ditukar ditukar pelakonnya sahaja,kepada Wan Azizah.Ini bermakna,jika strategi dan skrip ini mampu membawa ke Putrajaya,maka Wan Azizah bakal menjadi Perdana Menteri Wanita pertama,biarpun hakikatnya beliau adalah simbol Anwar semata-mata.Malangnya,strategi dan skrip ini dibuat berdasarkan imaginasi seorang manusia yang telah digelar oleh rakannya sendiri dari seberang,iaitu Jusuf Kalla,sebagai 'gila'.   

Manakan tidak gila jika ingin menjadi Perdana Menteri melalui jawatan sebagai ADUN.Biarpun ia boleh dilakukan dengan melakukan politiking keterlaluan mengikut skrip asal, tetapi kebarangkaliannya amatlah kecil, apatah lagi dengan pertukaran 'pelakon' di saat akhir.Di saat ketika Anwar sendiri telah kehilangan sokongan, di mana pula Wan Azizah akan menarik sokongan ??? Himpunan Reformasi 2.0 yang diadakan hanya mampu menarik sekitar 8,000 hadirin sahaja berbanding ratusan ribu dalam Reformasi 1998.Jika Anwar punya sedikit kebijaksanaan,beliau pasti tahu bahawa kemerosotan jumlah sebanyak itu adalah terjemahan kepada kegagalan yang memalukan.Hujah PKR di sekitar kempen yang berkisar soal keputusan rayuan kes liwat serta kelemahan kerajaan dalam menangani MH370 turut menjadi bukti bahawa PKR telah gagal di Kajang.PRK bukan platform untuk bertanding menjadi Perdana Menteri, tetapi ADUN.PRK bukan platform untuk membela diri tetapi untuk membela rakyat.Anwar telah melengahkan perbicaraan selama bertahun-tahun, kenapakah beliau tidak membela diri di situ ???  Kenapa hanya berani membaca skrip di kandang tertuduh ???  Kenapa tidak berani disoal-jawab di kandang saksi ???  Kenapa hari ini ingin menjawab soalan di dalam ceramah ???   

Sedangkan yang bertanding bukan Anwar,tetapi Wan Azizah.Apa kena mengena Wan Azizah dalam kes liwat Anwar,atas kapasitinya sebagai calon PRK Kajang ???  Apatah lagi dalam memperkatakan tentang 'Putrajaya' ??? Untuk pengetahuan Wan Azizah,Malaysia tidak mampu mempunyai Perdana Menteri yang hanya menjadi boneka atau simbol kepada sesiapa.Seorang Perdana Menteri tidak boleh terlalu mudah mengalirkan air mata.Lagipun,Wan Azizah sendiri mengaku tidak begitu berminat untuk menjadi calon,tetapi hanya mengikut arahan parti sahaja. Apakah jenisl ADUN ataupun bakal Perdana Menteri yang mengikut arahan parti,mahupun suami ??? tepuk dada tanya iman

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN MEDIA BARAT BURUKKAN MALAYSIA BERKENAAN #MH370 DIDEDAHKAN !!!

Posted: 23 Mar 2014 05:00 PM PDT


Tembelang media barat untuk memburuk-burukan imej Malaysia kononnya seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dikasari,terbongkar apabila wanita warga China tersebut tampil menafikan laporan BBC tersebut.Liu Guiqui,ibu kepada salah seorang penumpang yang dipaparkan di dalam video kekecohan yang tersebar dengan meluasnya itu,menafikan bahawa beliau telah dilayan dengan buruk oleh pihak berkuasa Malaysia semasa berlaku kekecohan di Hotel Sama Sama Rabu lepas.

"Itu tidak benar.Saya dikelilingi oleh wartawan.Pada mulanya saya rasa seorang anggota polis muda hendak menarik saya.Pada mulanya,saya tidak faham apa yang sedang berlaku.Tetapi kemudian seseorang memberitahu saya supaya jangan panik.Mereka memberitahu saya mereka berada di situ untuk melindungi saya," katanya kepada CCTV Amerika dalam satu temubual eksklusif.

Liu memberitahu,dia datang bersama enam warga China yang lain ke Kuala Lumpur untuk bertanyakan kepada ahli-ahli politik tentang apa yang berlaku kepada anaknya.Dalam video tersebut,Liu dilihat diusung keluar dari bilik sidang media di hotel itu sambil meraung dengan kuat bagi menuntut penjelasan dari pihak berkuasa Malaysia. 

"Pada hari itu,sudah 12 hari pesawat itu menghilang.Saya tidak faham mengapa tidak ada apa-apa berita.Tiada sebarang berita mengenai anak saya," katanya.

Liu turut menegaskan,beliau tidak berasa pihak Malaysia menerima kritikan terhadap cara negara itu mengendalikan krisis ini. "Saya tidak percaya itu adalah situasinya.Saya pasti mereka (Malaysia) berada di bawah tekanan yang tinggi.Saya faham mereka sedang sibuk mencari pesawat.Jadi, mereka tidak boleh memberikan perhatian kepada keluarga penumpang," katanya.Wartawan yang menemubual wanita itu dikejutkan seketika apabila Liu berlutut sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari pesawat. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang cuba untuk mencari keluarga kami. Saya perlu berlutut untuk menunjukkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dalam usaha-usaha untuk mencari ahli keluarga kami.Terima kasih banyak-banyak kerana mencari keluarga kami. Saya berterima kasih kepada mereka," katanya.Sementara itu,Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai perkara itu dalam twitternya berkataB: "Kebenaran akan sentiasa wujud."

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...