Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pesawat #MH370 Akhirnya Terhempas Ke Lautan Hindi!! #PrayForMH370

Posted: 24 Mar 2014 08:25 AM PDT


 Akhirnya berita yang amat menyedihkan kita terima pada malam ini. Penantian rakyat Malaysia akhirnya terjawab, dengan sebuat berita buruk.

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:16 MYT
Siti Khadijah Jaafar

Kita cuma mengharapkan pasukan percari dapat mengesan kotak hitam secepat mungkin, ia akan menyelesaikan segala misteri, tentang apa yang terjadi di dalam pesawat MH370, kenapa pesawat berpindah haluan, kenapa boleh hilang dari radar.

Mc percaya, pelbagai andaian dan spekulasi akan keluar selepas ini, namun bagi Mc.. lebih baik kita tunggu cerita sebenar.

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada penumpang dan krew pesawat yang beragama Islam.

McTheory:
Al-Fatihah!

TERKINI! Sidang Media PM Mengenai Tragedi #MH370 #PrayForMH370

Posted: 24 Mar 2014 07:22 AM PDT

PM NAJIB RAZAK'S PRESS STATEMENT ON MH370


This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.


Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR:  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:16 MYT
Siti Khadijah JaafarBahasa Melayu!
 
ENDS

  McTheory:
 Berita paling buruk bagi warga Malaysia dan juga dunia. Takziah kepada semua keluarga krew dan penumpang. Al-Fatihah!






INFO! Satelit China Jumpai Serpihan Pesawat #MH370? #PrayForMH370

Posted: 23 Mar 2014 11:12 PM PDT



Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin semalam mendedahkan satelit China telah menjumpai objek yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Menerima maklumat itu semasa taklimat hariannya petang semalam, Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata objek itu berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau menambah bahawa maklumat itu disampaikan kepadanya oleh kedutaan China di Kuala Lumpur dan kerajaan China akan membuat pengumuman mengenai perkara itu lewat hari ini.

"(Berdasarkan) berita yang baru saja terima, duta negara China telah menerima imej satelit mengenai satu objek terapung di koridor selatan dan mereka akan menghantar kapal untuk mengesahkannya," katanya.

Menurut agensi berita Xin Hua, objek tersebut berada di selatan Lautan Hindi, kira-kira 120km daripada objek lain yang ditemui satelit Amerika Syarikat yang didedahkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Khamis.

HOT! Antara Realiti Sebenar Kemenangan PKR di Kajang! #PRKKajang #KajangMove

Posted: 23 Mar 2014 08:12 PM PDT


Tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh seorang rakan, ternyata hujah dan apa yang diutarakannya hampir benar.

PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti merosot dari 6,824 (PRU13) kepada 5,379 (2014). Dengan pengumuman rasmi tersebut maka kita semua bertanya:

1. Mana dia keangkuhan Lim Kit Siang yang mahu mempastikan BN hilang deposit?.

2. Apakah hasrat PKR yang ingin menjadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat terhadap kerajaan persekutuan tercapai walaupun sokongan PKR sedikit meningkat 1.54% berbanding BN yang walaupun kalah tetapi sokongannya meningkat sebanyak 2.7%.

3. Mengapa ramai pengundi yang tidak keluar mengundi hanya 72% berbanding 88% pada PRU 13, walaupun PKR memulakan kempen dan serangan terhadap UMNO lama sebelum BN mengumumkan calonnya. Adakah kerana pengundi tidak mahu MB Selangor bertukar tangan? atau rakyat bosan dengan politik wayang yang tidak mengubah apa-apa keadaan.

4. Apakah makna PKR dengan tokoh besarnya Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dengan politik simpatinya menang dengan majoriti kurang 1,445 sedangkan tujuan asal PKR untuk meningkatkan majoriti 10 hingga 11 ribu?

5. Apakah Perdana Menteri Malaysia bertukar tangan hanya dengan PRK Kajang? sedangkan ini bukan PRK Parlimen untuk memilih kerajaan persekutuan dan MB Selangor masih dalam gengaman Khalid Ibrahim.

6. Apa hebatnya sangat pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengaku mencetuskan idea PRK Kajang bagi mendapatkan sokongan yang semakin kurang?

7. Apakah UMNO masih dilebalkan sebagai parti rasis sedangkan BN meletakkan calon Cina di kawasan majoriti Melayu berbanding dengan PKR yang meletakkan ramai calon Melayu di kebanyakan kawasan majoriti Melayu. Siapa yang beramalan rasis?.

Oleh yang demikian terbuktilah bahawa PRK Kajang tidak megubah apa-apa corak dan keputusan kerajaan negeri dan Persekutuan. - Sumber FB


INFO! BN Kalah Di Kajang Apa Kata Chew Mei Fun? #PRKKajang

Posted: 23 Mar 2014 06:05 PM PDT


Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini.

Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian.

Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.

Datin Paduka Chew Mei Fun
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...