House PK |
- PANAS BERAPI! KENAPA ADA LANDASAN DIEGO GARCIA DALAM SIMULASI KAPTEN ZAHARIE?
- THE TRUTH ABOUT PROTON BY DR M - MUST READ
- PANAS BERAPI! KENAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL KEPADA PUAK PELAMPAU YANG MENGHINA AGAMA ISLAM?
PANAS BERAPI! KENAPA ADA LANDASAN DIEGO GARCIA DALAM SIMULASI KAPTEN ZAHARIE? Posted: 18 Mar 2014 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR – Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian. Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie. "Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter. "Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian. Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam. Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri. Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka. Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan. Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370. Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. – www.astroawani.com HOUSE PK: Apa benda ni? Kenapa dia buat simulasi dengan landasan yang dimiliki oleh tentera Amerika ni? Simulasi untuk mendarat kat sana? Hmmmm, aku bukan nak menuduh tapi aku makin RASA TAK SEDAP HATI dengan Kapten ni... What say you? |
THE TRUTH ABOUT PROTON BY DR M - MUST READ Posted: 18 Mar 2014 05:00 PM PDT Kisah Proton nukilan Tun M mesti dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Tun M menjelaskan secara terperinci. KLIK SINI |
PANAS BERAPI! KENAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL KEPADA PUAK PELAMPAU YANG MENGHINA AGAMA ISLAM? Posted: 18 Mar 2014 12:16 PM PDT Makin dibiarkan makin biadap , makin dibiarkan makin menjadi kalau dulu ia bermula dengan gambar "Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh" , kemudian kecoh pula gambar "Head Roast Pork with Ketupat" , sekarang makin galak gambar-gambar yang sengaja di 'edit' untuk membangkitkan lagi ketegangan kaum dan agama . Tak perlu lah sengaja membuat perkara yang boleh memecah belahkan rakyat terutama dalam keadaan sekarang rakyat bersatu hati berdoa supaya kapal terbang MH370 selamat kembali. Semasa penulis melayari laman Facebook sebentar tadi , hal-hal yang sama berulang kembali. Melalui gambar di atas yang tersebar secara meluas di Facebook sejak semalam , wanita ini seolah-olah tak reti nak menghormati agama yang di anuti orang Islam di negara ini . Status wanita ini kononnya menulis beliau mahu menghabiskan masa dalam hutan, dan diluar bising kerana "melayu mahu panggil tuhan" . Tak ke kurang ajar namanya tu ?. Melalui gambar, kita pasti wanita ini dah berumur lebih kurang dalam lingkungan 40-an . Kalau tak puas hati pun , simpan saja lah dalam hati tu , tak perlu nak melalak di Facebook . Penulis cuba buat carian Facebook wanita ini tetapi gagal jumpa , mungkin telah ditutup kerana bimbang keselamatan diri. Di atas adalah gambar edit PM , digambarkan seperti seorang sami Hindu yang sedang melakukan upacara , gambar ini secara tak langsung menghina agama Hindu dan agama Islam itu sendiri kerana PM adalah seorang Islam. Berikut adalah satu lagi gambar edit oleh puak2 yang sama , ni kerja budak-budak Red Bean Army (RBA) . Jumlah mereka ramai . Dia tulis dalam bahasa Cina , diaorang ingat kita tak pantau ? Calon BN dalam PRK Kajang yang juga berbangsa Cina tak terkecuali kena serangan RBA ini . Kerja mereka meng'edit' dan menjatuhkan maruah individu , ada yang melampau bila bukan saja menghina individu malah agama melalui kerja2 edit yang mereka buat. Kita tahu program Selawat Perdana akan diadakan tak lama lagi , semalam satu lagi gambar kerja-kerja RBA tersebar di internet. Profil Facebook individu yang bernama Shinchan Lee meletakkan gambar edit program Selawat Perdana dengan beberapa jongkong emas di samping gambar bekas PM Tun Dr. Mahathir. Dalam gambar berkenaan diletakkan beberapa 'caption' tulisan Cina . Gambar berkenaan seolah-olah menghina program yang akan berlangsung di Putrajaya itu nanti. Beberapa gambar seperti di atas yang ditulis dalam bahasa Cina banyak diedarkan samada melalui admin page pro Pakatan itu sendiri atau melalui komen2 individu di situ . Ini lah kerja budak2 RBA yang makin kurang ajar . Selagi tak dikenakan tindakan selama itu lah makin menjadi jadi . Kerja mereka meracuni pemikiran pengguna-pengguna FB berbangsa cina , kalau di lihat posting2 yang dibuat ditulis dalam bahasa cina . Mungkin kita tak ada kebolehan untuk memahami apa yang mereka bincangkan , tetapi kita boleh agak permainan kotor mereka melalui gambar2 yang disebarkan . Harap lebih banyak pemantauan di buat dalam page pro pakatan berbahasa Cina kerana terlalu banyak kebencian dan perkara2 sensitif disebarkan di laman2 itu. HOUSE PK: Ini artikel Mega Bidaman, korang dah baca kan? Soalan aku mudah saja, kenapa sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka ni? Mereka dah sampai tahap hina agama Islam. Kenapa tiada sebarang tindakan diambil??? |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment