Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Wan Azizah Dakwa SPR Bakal Menipu Dalam #PRKKajang? #KajangMove #ComeyFun
- HOT! Gambar Lucah Calon BN Di Sebarkan? #PRKKajang #ComeyFun #PrayForMH370
- HOT! #MH370 Malaysia Gagal Beri Kerjasama Dengan Negara Lain? #PrayForMH370
- HOT! Lepas Wan Azizah, Nurul Izzah Pula Kena 'MAKI' Dengan Peniaga!! #PRKKajang #ComeyFun
- HOT! Hasil Siasatan Keatas Kapten Zaharie Akan Di Dedahkan!! #PrayForMH370
INFO! Wan Azizah Dakwa SPR Bakal Menipu Dalam #PRKKajang? #KajangMove #ComeyFun Posted: 19 Mar 2014 08:12 AM PDT Nampaknya Wan Azizah sudah mula melakukan kempen penipuan di Kajang apabila menuduh SPR menambah bilangan pengundi di Kajang secara mendadak. Walaubagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya kononnya berlaku pertambahan mendadak seperti didakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga calon bagi pilihan raya kecil itu merupakan pembohongan melampau tanpa berpandukan data lengkap disediakan. Beliau berkata jumlah pengundi awal yang layak mengundi ialah sebanyak 1,197 orang, pertambahan sebanyak 17 pengundi berbanding 1,180 ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lepas. "Tuduhan bahawa SPR sengaja menambah bilangan pengundi disebabkan dakwaan undi awal kebanyakannya menyokong Barisan Nasional (BN) merupakan satu pembohongan besar dan melampau. "Untuk makluman, jumlah pengundi awal atau pengundi biasa ditentukan berdasarkan jumlah semasa pengundi sehari sebelum seseorang penyandang meletak jawatan...maknanya kita tidak boleh sesuka hati menambah bilangan selepas berlaku kekosongan," katanya kepada Bernama di Kajang hari ini. Abdul Aziz mengulas kenyataan Dr Wan Azizah hari ini yang mendakwa berlaku peningkatan mendadak jumlah pengundi melebihi 1,000 daripada hanya 300 pengundi awal yang mengundi pada PRU lepas. Menurut Dr Wan Azizah pihaknya cukup sangsi dengan peningkatan itu, apatah lagi ketika selepas dan sebelum pengundian hanya SPR dan polis yang berhak mengawasi kotak undi, manakala undi itu pula selalunya berpihak kepada BN. Abdul Aziz berkata jumlah 17 pengundi awal didaftarkan merupakan pertambahan yang sangat biasa, mungkin disebabkan keperluan semasa anggota polis di Kajang. "Hanya PKR yang tahu bila Lee Chin Cheh (penyandang kerusi dari PKR) akan meletak jawatan, jadi berdasarkan pernyataan di atas saya minta mereka hentikan kenyataan tidak berasas ini," katanya. Pengundian awal bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung esok di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, membabitkan 1,197 anggota polis dan pasangan. Pilihan raya kecil pada 23 Mac itu menyaksikan Dr Wan Azizah berdepan Datin Paduka Chew Mei Fun dari BN
| ||
HOT! Gambar Lucah Calon BN Di Sebarkan? #PRKKajang #ComeyFun #PrayForMH370 Posted: 19 Mar 2014 06:12 AM PDT
Makin lama makin melampau kempen yang dilakukan oleh puak Pakatan ni. Hingga mereka sanggup menyebarkan gambar separuh lucah calon BN yang telah disuperimpose! Mungkin niat asal nak hancurkan integriti calon BN tu, tapi depa silap, hanya orang bodoh saja yang boleh percaya dengan gambar macam tu.
| ||
HOT! #MH370 Malaysia Gagal Beri Kerjasama Dengan Negara Lain? #PrayForMH370 Posted: 19 Mar 2014 01:12 AM PDT Ada khabar angin yang mengatakan Malaysia gagal memberi kerjasama yang baik dengan pasukan penyelamat negara lain. Betul ka apa yang diperkatakan tu? Atau ia hanya bisikan jahat dari orang yang tak suka tengok Malaysia hebat dimata dunia. Baca berita dibawah, Dalam apa yang disifatkan oleh media antarabangsa sebagai misteri paling membingungkan dalam penerbangan moden, bakal Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa menafikan bahawa maklumat diberikan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah tidak selaras. McTheory: Siapa kata Malaysia tak pandai buat kerja? | ||
HOT! Lepas Wan Azizah, Nurul Izzah Pula Kena 'MAKI' Dengan Peniaga!! #PRKKajang #ComeyFun Posted: 18 Mar 2014 10:40 PM PDT Apalah nasib malang anak beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah. Semalam Mc ada siarkan posting Wan Azizah kena 'sound' dengan peniaga gerai berasal dari Perda, Permatang Pauh yang menumpang berniaga di gerai di Sungai Kantan, tengok SINI. Hari ini pula giliran anak perempuan sulungnya pula kena basuh dengan makcik gerai yang berniaga di Taman Mesra, Kajang. Apa tidaknya, makcik itu sudah berniaga sejak 11 tahun, akhirnya gerainya diarahkan roboh oleh Kerajaan PR Selangor. Mau tak bising makcik tu!! Kesian tengok Nurul Izzah kena bising. Kata makcik tu, sejak PR memerintah Selangor, gerai Melayu banyak yang kena roboh. Bila nak undi baru datang melawat. ''Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang. Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti, ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati. Gambar dari blog CTS Lepas kena SOUND dengan makcik tu, Nurul Izzah pun terus angkat kaki. Kalau tak lari, mau berlori kena maki. he he he.. P/s: Sapa suruh tak buat kerja, orang jaga rakyat, korang sibuk jaga punggung masing-masing..bila kena maki.. padan dengan muka.. McTheory: Kesian Izzah.. dah la single mingle.. tahan le ja Izzah oii.. he he.. | ||
HOT! Hasil Siasatan Keatas Kapten Zaharie Akan Di Dedahkan!! #PrayForMH370 Posted: 18 Mar 2014 08:13 PM PDT Rasanya ramai diantara kita yang menunggu keputusan hasil siasatan keatas Pilot MH370 Kapten Zaharie. Bukan kita nak tuduh, tapi kita nak tahu, adakah dia terlibat atau tidak. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan pendedahan hasil siasatan simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat. Lagi cerita tentang Kapten Zaharie boleh baca kat SINI |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment