Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS! Tersebar Cerita Berdarah Ketika Azmin Ali di Luar Negara?

Posted: 03 Feb 2014 05:12 AM PST

Gambar ini pernah menjadi kontroversi dulu.. anda masih ingat?

Namun apa yang didakwa dibawah ini lebih kontroversi, rasanya dakwaan ini perlu dijawab oleh Azmin sendiri. Sebab Mc pun taktau benda tu betul ke tak.


Mc terbaca satu status di facebook menunjukkan satu keratan pendedahan mengenai Azmin yang dikatakan pernah DISODOMI oleh Anwar semasa berada di Amerika satu ketika dulu. Status yang dimuat naik oleh sorang bernama YAHAYA ISMAIL.

Untuk bersihkan nama beliau rasanya Azmin harus menjawab isu yang dibawa oleh Yahaya Ismail ni.

Terjejas bontot maruah Azmin dengan dakwaan seperti ini! Maluu PKR Selangor.. ada bos macam ni!


McTheory:
Bontot maruah Azmin mana boleh dijolok-jolok.. he he..

HOT! Peniaga Pekan Rabu 'MARAH' Pas Ganggu Mereka Berniaga!! #HanyaDiKedah

Posted: 03 Feb 2014 01:50 AM PST



Semalam puak langau hijau Pas Kedah cuba untuk menarik orang ramai berhimpun kononnya nak bantah harga barang! Perancangan mereka mahu menarik sokongan ribuan dikalangan rakyat Kedah. Tapi rasanya pembaca boleh tengok sendiri gambar dibawah, tak sampai 100 orang pun yang datang semalam. Kalau ada pun, terpaksa sebab pegang jawatan.. he he..


Rasanya orang jual ubat pun boleh tarik lagi ramai daripada ni..

Sudahla gagal dalam himpunan semalam, Persatuan Peniaga Pekan Rabu pula buat laporan polis kerana kata mereka Pas cuba menganggu perniagaan mereka semalam. Patutnya Persatuan Peniaga, buat laporan polis dan minta ganti rugi keatas 'gangguan' terbabit.

Kononnya pembela barang naik, tapi mereka tak sedar, mereka menganggu orang lain mencari rezeki!

Bagi yang belum baca tentang himpunan turun tu, boleh klik SINI

Berita di bawah, mengenai laporan polis terhadap gangguan keatas peniaga Pekan Rabu!


Penganjuran himpunan bantah kenaikan harga atau Turun 3.0 anjuran Pemuda Pas Kedah yang berlangsung hari ini dikecam peniaga Kompleks Pekan Rabu.

Ia disifatkan sebagai tindakan biadab kerana tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan dan peniaga di situ menyebabkan berlaku suasana tidak menyenangkan dalam kalangan peniaga dan pelanggan.

Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Azmi Shahab, terkejut apabila mendapat rungutan daripada peniaga terbabit berikutan kehadiran peserta Turun 3.0.

Menurutnya, perhimpunan tanpa keizinan itu adalah kurang ajar sekali gus mencalar imej kompleks perniagaan itu sendiri.

"Tindakan mereka adalah satu pencerobohan terhadap keharmonian Pekan Rabu sebagai pusat perniagaan utama di bandar raya ini.

"Penganjuran perhimpunan itu menganggu ketenteraman orang ramai dan peniaga. Pekan Rabu hari ini menjadi tumpuan orang ramai memandangkan ia hari cuti umum,"

Kecewa dengan penganjuran terbabit, Azmi berkata, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Kami kesal kerana penganjur seolah-olah mempergunakan peniaga di sini untuk menyokong tindakan mereka sedangkan kami tidak terlibat dengan kenaikan harga barang.

"Ramai peniaga merungut dan rasa kecewa kerana kehadiran orang ramai terganggu akibat perhimpunan itu," katanya.


McTheory:
Saman sekali pun takpa.. he he.. kita tengok Amirudin dan Nasir nak 'spin' apa pulak..

HOT! Melayu Sembah Tokong Untuk minta Sedekah? #HanyaDiKedah

Posted: 02 Feb 2014 05:34 PM PST



Kejadian ni berlaku di Pekan Simpang Kuala, Mc masa lalu hari tu pun ada perasan benda yang sama. Namun tak sangka laporan dari Sinar Harian ni menyebut kebanyakannya pemimpin sedekah ni berbangsa melayu.

Baca laporan sinar dibawah,

Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

"Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.

"Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur," katanya.

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

"Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami," katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

"Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.

Sepatutnya Pusat Zakat atau Baitulmal perlu bertanggung jawab bila berlaku kejadian seperti ini. Tokong cina yang tiada bantuan dari kerajaan pun boleh bagi duit kat peminta sedekah, gereja yang hasilnya dari derma orang ramai dikawasan, pun boleh bagi makan percuma setiap hari ahad, kepada orang ramai.

Kenapa tidak Pusat Zakat atau Baitumal membuat perkara yang sama setiap minggu dikawasan yang terpilih? Duit beratus juta dalam tu nak simpan buat apa? Bukan kita nak mengalakan peminta sedekah, tapi turunlah membantu mereka yang benar-benar dalam kesusahan.

Takkan itu pun nak tunggu arahan dari Perdana Menteri kot? Siapa yang jaga Pusat Zakat dan Baitulmal ni? Reti buat kerja ka tak? Nak tunggu media datang baru terhegeh nak buat kerja?

Atau nak tunggu Pusat Zakat dan Baitumal jadi macam TUGU baru kelam kabut nak buat kerja. Kalau susah sangat, gantikan orang yang jaga kedua-dua ni dengan orang baru yang pandai buat kerja.


McTheory:
Jangan ambil mudah perkara ni.. ramai sangat yang dah komplain ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...