BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! PENIPUAN #NGAKORMING #DAP ISU BANGLA DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! ISTERI PERDANA MENTERI DS #ROSMAHMANSOR JAWAB FITNAH #PEMBANGKANG !!!
- BONGKAR !!! RUPA NYA #HERALD MALAYSIA ONLINE GUNA ISU POLITIK PANCING UMAT ISLAM ???
- KANTOI !!! #FAEKAH MEMBELASAH #RAFIZIRAMLI DI #TWITTER !!!
- HOT NEWS !!! ADA LAGI KAKITANGAN #PKNS DIPECAT ??? SIAPA ???
- #PRKKAJANG !!! ADAKAH AGENDA #ANWARIBRAHIM MEMBAWA BELIAU KE SUNGAI BULOH ??? VIDEO INSIDE !!!
KANTOI !!! PENIPUAN #NGAKORMING #DAP ISU BANGLA DIDEDAHKAN !!! Posted: 07 Feb 2014 07:30 AM PST |
EKSKLUSIF !!! ISTERI PERDANA MENTERI DS #ROSMAHMANSOR JAWAB FITNAH #PEMBANGKANG !!! Posted: 07 Feb 2014 04:00 AM PST Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.Gejalanya amat menakutkan,lagi merosakkan.Pembaca yang amat dikasihi,Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.Alhamdulillah,anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat,bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut,mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan.Cuma,mereka hairan,terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.Saya mana ada pegawai,saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.Justeru,saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'. 1) ISU PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIIBUU,19 OKTOBER 2006 Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian.Nauzubillah.Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari.Saya juga takut gelap.Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya,saya tidak diberikan kekebalan.Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu. 2) CINCIN BERLIAN BERHARGA RM24 JUTA Saya berani bersumpah,cincin itu tidak ada di tangan saya.Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya.Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway,no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia.Ia sampai pada 16 April 2011.Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011 3) BERJOLI DI LUAR NEGARA Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah.Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Britain,Perancis,Jepun dan Korea sudah maju dan kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita.Kita mahu buat kerja,bukan glamour.Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011.Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba). Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah.Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan.Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun,saya tidak minat berjoli. 4) PEMBAZIRAN PROJEK PERMATA Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.Sebagai anak bekas guru,saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik.Semuanya mereka satukan.Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya. 5) BERGAYA DENGAN PERHIASAN MEWAH Seperti kebanyakan isteri pemimpin,saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri.Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita.Itulah adab sopan melayan tetamu.Sebagai meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan.Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin,jam,perhiasan diri dan sebagainya.Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.Apabila orang memberi kita sesuatu,sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati.Dan,apabila telah diberi,saya pun memakainya.Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas,cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.Itu hak mereka.Saya tidak boleh menghalang.Tetapi,malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.Yang penting,saya percaya pada apa yang saya lakukan 6) ISU 'FIRST LADY' Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama,peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden,Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama. Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita. Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu. 7) ISU MENJADI PERDANA MENTERI KEENAM Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.Kalau dia orang biasa pun,saya akan bersama dia.Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.Datuk Seri Najib kata,sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu.Mereka tak dapat suami,mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri. Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang,tak salah setiap orang ada cita-cita.Tapi,caranya kena betul.Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu. Pembaca yang amat dikasihi,Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini.Apa yang lahir,adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu. Saya serahkan kepada Allah.Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah.Saya sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya,Tuhan akan beri yang baik kepada saya.Ingat zaman nabi dulu,bila orang kutuk baginda,baginda beri pisang kepada orang itu. Semoga Allah memberkati para pembaca semua. Sekian daripada saya, Rosmah Mansor APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! RUPA NYA #HERALD MALAYSIA ONLINE GUNA ISU POLITIK PANCING UMAT ISLAM ??? Posted: 07 Feb 2014 01:34 AM PST terjemahan dari blog hardtalkmalaysia.blogspot.com Penulis mengambil sedikit masa untuk membaca The Herald di dalam talian hari ini atas rasa ingin tahu.Rasanya penulis tidak perlu mengulangi bahawa penulis bukanlah seorang yang 'alim'.Penulis membaca The Herald hari ini semata-mata kerana ternampak akan pautan alamatnya di sebuah blog lain.Perlu ditekankan bahawa jika bukan kerana alamat laman The Herald itu atau tajuknya, penulis tentu menyangka yang penulis sedang membaca Malaysiakini atau Malaysian Insider.Jika penulis mencari hidayah dari The Herald,maka penulis telah dibawa ke dalam kegelapan.Jika penulis mencari kedamaian,penulis hanya bertemu dengan provokasi.Jika penulis mencari Tuhan,maka penulis kini keliru! Mana tidaknya,jika Pope dirakamkan sebagai berkata "Tuhan adalah bapa yang tidak pernah mengabaikan anak-anaknya – tegas Pope" Menurut Pope,Tuhan adalah seorang bapa.Menurut umat Islam,Allah tiada anak dan Padri Lawrence Andrew pula berkata Allah itu Tuhan.Hampir semua berita dan artikel di dalam The Herald adalah mengenai perjuangan Kristian untuk menggunakan kalimah 'Allah' di Malaysia.Jika Katolik itu adalah sepertimana yang digambarkan oleh The Herald,maka ia pastinya sebuah parti politik,bukan satu agama,jauh sekali Kristian.Kita telah lama menyaksikan bagaimana agama Islam dipolitikkan oleh PAS dan hari ini,Kristian juga telah menjadi alat politik,terima kasih kepada DAP.Penulis meragui yang DAP melakukan semua ini kerana agama.Seperti juga PAS,ianya adalah tentang kuasa dan wang.Bagaimanapun,bagi DAP ia mempunyai satu lagi faktor iaitu 'bangsa' - yang mana membawa kita kepada perbezaan antara DAP dan PAS iaitu,DAP adalah berkenaan kuasa satu kaum (Cina),manakala PAS sanggup menggadaikan kaum (Melayu) kerana kuasa. Sesetengah Kristian telah tidak bersetuju dengan penulis bahawa isu nama 'Allah' ini hanyalah propaganda politik pihak tertentu di barat.Ada yang menyatakan kerisauan tentang kenapa penulis tidak menyokong perjuangan menggunakan nama 'Allah' di dalam Injil – demi saudara-saudara di Sabah dan Sarawak.Untuk pengetahuan,penulis mempunyai seorang saudara di Sabah dan beliau enggan berdoa kepada Tuhan umat Islam, 'Allah' dan hanya berdoa kepada 'The Lord'.Setelah isu ini menjadi besar,beliau merasakan lebih tidak senang lagi apabila pihak gereja di kawasannya menggunakan nama 'Allah'.Mungkin beliau lebih suka menurut ajaran Vatican dan menyembah 'Lord' serta enggan menurut ajaran Father Lawrence untuk menyembah 'Allah'.Lebih dari itu,beliau akur kepada perintah 'Jesus' iaitu memilih perdamaian dan bukan peperangan. Kita tahu bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kedamaian adalah dengan akur kepada undang-undang dan pemerintah.Akur kepada undang-undang dan pemerintah tidak menjadikan kita pengkhianat kepada Jesus atau Lord.Ia juga tidak bermakna kita tidak boleh mengkritik pemimpin.Ia hanya bermaksud meletakkan keamanan mengatasi segala-gala yang lain bagi kebaikan kita juga.Amatlah membimbangkang apabila terdapat beberapa pihak di Sabah/Sarawak yang mula menyeru kepada peperangan menentang Islam. Dari mana datangnya sifat permusuhan ini? Inilah sebabnya kenapa kita tidak boleh mempunyai sumber berita politik-Katolik.The Herald amat tidak bertanggungjawab apabila terus memainkan isu ini sedangkan mahkamah telah membuat keputusan.Mungkinkah,bukannya penggunaan nama 'Allah' oleh orang bukan Islam yang perlu diharamkan,tetapi media The Herald itu sendiri.Pastinya ada Kristian yang menyatakan bahawa penulis menyebelahi umat Islam atau kerajaan tetapi penulis percaya jauh di sudut hati mereka,mereka tahu bahawa penulis bercakap benar.Tiada berat sebelah,tiada penipuan,tiada hipokrasi – hanya kebenaran yang menyakitkan. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #FAEKAH MEMBELASAH #RAFIZIRAMLI DI #TWITTER !!! Posted: 06 Feb 2014 10:11 PM PST Bekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor,Faekah Husin menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli yang sebelum ini cuba mempertahankan Ketua Umum parti itu,Anwar Ibrahim sebagai 'dangkal'.Bagi mempertahankan tindakan bodoh parti itu, yang mengkhianati amanah rakyat,Rafizi mengatakan kehadiran Anwar bertanding di Kajang adalah penting untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) dari menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu. "Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini," katanya sebelum ini. Faekah yang dipetik melalui laman twitternya pada 4 Februari lalu,menyifatkan kenyataan Rafizi itu sebagai 'dangkal' kerana cuba menjadikan alasan yang tidak masuk akal itu untuk memujuk hati rakyat yang sedang marah dengan permainan 'politik kotor' PKR.Menurut laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka,maksud bagi bagi penggunaan perkataan 'dangkal' ialah : 1.Tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu) atau cetek. UNTUK MAKLUMAT LANJUT Paling menarik apabila,'tweet' faekah itu turut di sokong oleh para penyokong parti PKR yang jelas tidak bersetuju dengan cara yang digunakan.Ia juga secara tidak langsung membuktikan parti itu sanggup mengkhianati amanah rakyat dan mempermainkan sistem demokrasi semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.Berikut adalah antara komen yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Faekah itu : Berguling-guling baca kak. Patut bagi tahu je yang betul. Tak ada la (kena) kutuk-kutuk – JDT Scouse It is hilarious how your chief strategist @rafiziramli spins strategy but surprisingly@Ambiga_S believes it – Rais Hussin Awat la bodoh piang sangat si rafizi ni? – Abu Hanim Bila kera dapat kuasa,pisang di sangka senjata..itu je standard pengarah strategi#wasted – Tuan Penasihat Bagus ler @faekah_qkn5 sudah tahu rafizi ni dengkal dan bodoh sombong @HasniYatim @MediaSelangorku – Ismail Ahmad Pilihan raya kecil dah jadi pilihan raya kelakar.Tak rasional langsung – Khairi al-Attas Bila sudh tepu + tiada lg justifikasi yg kukuh utk mmberikn alasan = merapu? – Rasbima APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! ADA LAGI KAKITANGAN #PKNS DIPECAT ??? SIAPA ??? Posted: 06 Feb 2014 06:00 PM PST Seperti yang diketahui ramai,Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar pilihan DAP dan perbalahannya dengan Azmin dilihat membawa erti yang Azmin tidak disenangi oleh DAP.Penyingkiran Azmin Ali dari PKNS sekali gus mengukuhkan persepsi bahawa DAP berada di belakang, kalau pun tidak di atas Khalid Ibrahim.Sumber dalaman PKNS turut memberi laporan yang konsisten dengan persepsi rakyat iaitu Azmin merupakan penghalang kepada agenda perkauman DAP di Selangor.Maka kerana itulah,DAP telah memastikan Khalid menyingkirkan Azmin agar agenda rakus mereka dapat diteruskan.Bagi sesiapa yang kurang arif dengan sikap orang-orang Cina acuan DAP mungkin merasa terkejut dengan pemecatan 23 kakitangan PKNS,lanjutan dari pemecatan Azmin.Namun,hakikatnya,apa yang berlaku ini bukanlah mengejutkan hatta cukup konsisten dengan hati perut komunis DAP yang tidak punya belas kasihan serta tidak menghiraukan soal moral dan kemanusiaan. DAP tidak perlukan alasan untuk memecat mereka dan tidak akan menghiraukan sebarang desakan untuk keadilan.Malah,DAP akan meletakkan segala-galanya ke atas kepala Khalid Ibrahim untuk berhadapan dengan semua masalah ini.DAP adalah parti yang tidak pernah berpegang kepada nilai-nilai murni.Buktinya,pemimpin DAP sanggup membelakangkan undang-undang dan peraturan parti sendiri demi kepentingan diri.Sikap DAP yang gemar membela penjenayah seharusnya telah menjelaskan siapa mereka.Justeru,jika Azmin juga boleh dipecat, maka apalah sangat kakitangan lain yang seramai 23 orang itu ??? Tindakan DAP menyokong Anwar bertanding di Kajang memperlihatkan permainan yang lebih 'kasar' selepas ini.Dengan kesungguhan Lim Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei secara berterusan selama berminggu-minggu dan 'pesanan' awal Rafizi mengenai keadaan darurat, maka tidak mustahil Kajang bakal dijadikan 'medan perang' yang jauh lebih besar dari sekadar perang Pilihanraya Kecil. Perlu diingatkan bahawa Anwar kini terdesak kerana kes liwatnya bakal menghampiri garis penutup.Dalam keadaan ini,Anwar merupakan satu 'kelebihan yang berganda' bagi DAP.Kita tahu bahawa Anwar sanggup berbuat apa saja atau menuruti apa saja perintah dari sesiapa sahaja asalkan ia memberinya sedikit harapan untuk melepaskan diri dari kes ini.Maka,tidak hairanlah DAP dilihat berdiri teguh di belakang Anwar di Kajang dan sedikit pun tidak mempersoalkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh walaupun BERSIH dan PAS mempersoalkannya.Sokongan padu DAP terhadap Anwar pastinya bukan percuma.Ansuran pertama nampaknya telah dibayar melalui pemecatan 23 orang pekerja PKNS tadi.Bayaran ansuran seterusnya belum pasti. Namun, apa yang pasti ialah nilainya tentulah teramat tinggi di mana ia boleh jadi dalam bentuk hak pendidikan,hak pekerjaan,hak penempatan,kedudukan Islam,mahupun keseluruhan maruah dan harga diri orang- orang Melayu.Kesimpulannya,pemecatan 23 orang pekerja PKNS mungkin hanyalah satu permulaan kepada pengakhiran nasib orang-orang Melayu di Selangor. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
#PRKKAJANG !!! ADAKAH AGENDA #ANWARIBRAHIM MEMBAWA BELIAU KE SUNGAI BULOH ??? VIDEO INSIDE !!! Posted: 06 Feb 2014 04:00 PM PST Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di kerusi dewan undangan negeri Kajang terus hangat dipertikaikan penyokong pembangkang peringkat akar umbi.Ini menunjukkan walaupun pada peringkat pimpinan atasan menyokong tindakan ketua pembangkang itu namun peringkat ahli-ahli bawahan Pas dan PKR terutamanya sukar menerima mainan politik Anwar.Mereka menganggap Anwar yang semakin pudar popularitinya mengambil satu tindakan terdesak bagi menyelamatkan dirinya sendiri.Kekosongan kerusi Kajang yang sengaja dikosongkan bukan untuk kepentingan pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun berjaya kembali berkuasa di Selangor dengan majoriti yang lebih mantap.Jadi ia bukan untuk menyelamatkan kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim.Tidak kedengaran pun ura mana-mana Adun mereka ang hendak lompat parti, jadinya kedudukan mereka selamat dan selesa buat masa sekarang. Apa yang dilakukan oleh Anwar ialah politik alihkan perhatian daripada isu sebenar yang menjadi tumpuan rakyat iaitu pergolakan dalaman antara kumpulan Azmin Ali dan Khalid ang terus berlarutan sejak lima tahun lalu.Kegagalan Anwar menyelesaikan perkara inilah sebenarnya yang menggugat kestabilan kerajaan negeri bukannya disebabkan faktor luaran. Bagaimanapun Anwar dan kuncu-kuncunya membohongi rakyat Kajang khususnya dengan mereka-reka ceriat bahawa tindakan itu perlu kerana serangan UMNO dan BN untuk menjatuhkan kerajaan negeri mereka. Kerajaan negeri mempunyai 44 kerusi Dun berbanding BN 12,oleh itu tidak ada sebab mereka berasa takut.Mereka hanya takut bayang-bayang sendiri dan krisis ciptaan mereka sendiri.Anwar juga berharap dengan mengalihkan punca krisis politik di Selangor kepada UMNO-BN ini dapat mengalihkan fokus rakyat daripada dirinya. Rayuan kes liwat II yang bakal dihadapinya tidak lama lagi menjadi antara sebab utama mengapa Anwar menjadi begitu phobia untuk berdepan dengan mangsanya,Saiful Azlan Bukhari.Mungkinkah pihak pendakwaan sudah mempunyai bukti baru yang lebih jelas dan kukuh yang bakal menyumbat pemimpin berusia 67 tahun itu ke penjara Sg Buloh sekali lagi ??? Antara kes liwat dan krisis Azmin-Khalid,kes jenayah seks songsang itu lebih merisaukan beliau.Beliau berfikir dengan memenangi kerusi Kajang membolehkan ia menjadi menteri besar baru Selangor secara otomatik.Jika ini menjadi perkiraan Anwar maka ini adalah silap paling besar beliau kerana integriti politik dan peribadi akan terus hancur dan tidak mungkin dapat dipulihkan selama-lamanya. Jika menentang kuasa perlantikan sultan berhubung jawatan menteri besar maka Anwar akan dilihat sebagai tergolong dalam kumpulan bughah yang ingin melihat kejatuhan institusi beraja di negara ini.Maka sahkanlah sesetengah pendapat sedari dulu bahawa Anwar sememangnya anti-raja dan mahu institusi itu dihapuskan. Dalam hal ini beliau sudahpun berkerjasama dengan Dap sejak 2008 ke arah tujuan yang satu. Lagipun Pas sudah dijinakkan sebagai keldai tunggangan yang taat kepada Anwar dan Dap jadi parti itu tidak menjadi masalah besar kepada mereka. Asalkan Dap dan Anwar menyuap pemimpin-pemimpin Pas dengan jawatan dan wang ringgit mereka akan menutup mulut serta tidak menentang sebarang agenda Dap dan Anwar.Jadinya Kajang bukanlah agenda Anwar untuk ke Putrajaya kerana lokasi ke Putrajaya sering kali bertukar.Kalau pada pilihan raya kecil Julai 2008,slogannya adalah 'Dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dan sebelum itu semasa pembangkang menawan Selangor,negeri itu pula menjadi titik tolak ke kerajaan pusat.Kini garisan berlepas bertukar sekali lagi dari Selangor ke Permatang Pauh kepada Kajang pula.Mungkin Anwar risai sekiranya agenda yang kononnya dianggap 'paling strategik' oleh pemimpin PKR sebenarnya membawanya ke destinasi di Sg Buloh sekali lagi. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment