tun faisal dot com |
Analisis #PRKKajang vs #Kajang - Bukti Pemimpin BN #SyokSendiri ... @NajibRazak Posted: 07 Feb 2014 08:22 PM PST Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang. Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR. Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN. NOTA: Semalam saya menulis tentang analisis dua hashtag utama Pilihan Raya Kecil Kajang, iaitu #PRKKajang dan #Kajang. #PRKKajang banyak digunakan oleh ramai pengguna dan penggiat twitter pro-BN. Manakala #Kajang digunakan oleh secara relatifnya lebih ramai pengguna dan penggiat twitter pro-PR. Tujuannya bukan nak tunjuk bagus, tetapi sengaja melontarkan sesuatu untuk difikirkan dan dianalisis oleh para penggiat media siber pro-UMNO/BN. Namun mungkin kerana ramai penggiat siber pro-UMNO/BN melihat analisis tersebut sekali lalu, maka hampir kesemua mereka tidak benar-benar membuat analisis yang lebih mendalam terhadap statistik yang diberikan oleh aplikasi Hashtracking dan Tweetbinder tersebut. Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut. Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :- 1. tidak berminat 2. pandang remeh 3. terlalu sibuk dengan perkara lain 4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau 5. SYOK SENDIRI Pemimpin BN syok sendiri sebab Barisan Nasional kalah perang siber - Khairy Ada nampak Kadir jasin dalam analisis hashtag tersebut? Ya, ya, ya - Blogger UMNO sebenarnya TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO - tu sebab dalam analisis tu banyak blogger dan cybertrooper PEMBANGKANG DAN BUKAN PRO-UMNO.. Cakap tak guna fakta! PEMIMPIN UMNO/BN terlalu SIBUK? Di bawah adalah analisis penyumbang kepada perbualan #KAJANG menggunakan tweetbinder.... ANDA SIBUK. Malangnya PEMIMPIN PR TIDAK TERLALU SIBUK UNTUK TERLIBAT DALAM PERBUALAN #KAJANG dan #PRKKAJANG! Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda lupa cakap pasal ni? Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di anak syarikat negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka... |
Analisis hashtag #KajangBetrayal : Perbandingan #PRKKajang vs #Kajang Posted: 06 Feb 2014 10:00 PM PST |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment